Rawatan Kesuburan [Petua] 1 :: Buah Zuriat [Siri 1]

Updated on 27 Mac 2011;
Disebabkan ada yg tersalah faham.. saya ingin menegaskan saya TIDAK PERNAH MENJUAL BUAH ZURIAT. Akan datang saya tak tahu la... Kalau ada di bahagian komen, itu ditinggal oleh orang yang saya tidak kenali. Saya biarkan komen itu andai ada yang betul2 memerlukan. Tetapi secara peribadi.. bagi saya harga itu terlalu mahal. Mungkin akan datang saya akan delete komen tersebut. Harap maklum.

Updated lagi 27 Mac 2011:
Sebelum ni saya claim cara ini adalah cara Islam.. saya tarik balik statement saya.. kerana difikir-fikirkan lagi saya tak pernah dengar dari mana-mana ustaz secara direct mengatakan ini cara Islam. Cuma mungkin kewujudan buah ini yang dikatakan hanya boleh diperolehi di Mekah membuatkan saya terfikir begitu. Mungkin boleh dikatakan petua. Wallahua'lam

Pesanan : Ada satu lagi cara ...sila baca entri Rawatan Kesuburan [Petua] 6 :: Buah Zuriat [Siri 2] :: Buah Hawa

Kalau anda tak pernah dengar tentang buah zuriat, buah ini terkenal sebagai satu petua. Hasil bacaan di web2.. Dikatakan buah ini amat berkhasiat untuk tujuan mendapat zuriat. Nak dapatkan buah ni susah sikit. Biasanya hanya dapat dibeli di Mekah atau Madinah. Ada juga sumber mengatakan ia sebenarnya buah dari pokok koka yang digunakan membina bahtera Nabi Nuh. [updated on 6 Januari 2011] Juga dikenali buah Hawa, buah Adam dan beberapa nama lagi. Seorang kawan pergi umrah cuti sekolah yg lalu. Alhamdulillah dapat kirim dia buah zuriat ni. Banyak cara yg orang guna untuk mengamalkan petua buah zuriat ini. Saya buat berdasarkan nasihat seorang kawan dan juga bacaan di internet.

Seperti yg sedia maklum.. untuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Ha.. yang tu saya tak mampu nak asingkan antara isirung berwarna putih dengan tempurung tu. Saya rebus sekali jadi mungkin itu punca rasanya agak kelat sedangkan ramai yg kata sedap. Lagipun saya tak letak apa2 seperti gula.

Lagi satu sebab rasanya kelat mungkin ini iaitu saya cuma dapat 3 biji. salah satu buah dari 3 biji tu, macam kurang elok.. bau nya agak berbeza sikit ada sedikit tengik. Tapi en.suami suruh campurkan sahaja. Memandangkan susah nak dapat.. saya ikutkan saje.

Di bawah adalah proses saya eh.. en.suami mengupas.. siap keluar gergaji tu.. gergaji besi pulak tu. Pisau? tak berjaya. Saya tukang ambil gambar dan sediakan bekas dan lesung batu je. Hehe

5 biji yang kawan bawa dari Mekah.. Click Here To Read More!
3 untuk saya dan 2 untuk seorang lagi kawan dia dan juga merupakan kawan saya. Mungkin ada yg perasan entri Jejak Kasih Homestay. Saya dah kenal sape dia.. memang pernah berYM cuma info tertentu yg tak tepat sebab tu masa tu keliru.


Gambar atas ni.. yang kecil tu isi yang agak kurang elok tu..
Gambar atas ni cubaan memecahkan isi guna gergaji tetapi gagal. Akhirnya ketuk dalam lesung..
Masa ketuk dalam lesung ni.. memang mantul.. akhirnya ketuk sambil berselubung dengan kain. Elak pecahan dia melantun ke sana sini. Mujur satu pecahan yang terbang tu berjaya ditemui semula.
Gambar atas ni la.. hasil usaha tu.. saya terus rebus.. kata sumber yg saya rujuk tu.. kena rebus setiap hari sambil di tambah air.. saya rebus lebih kurang setengah jam.. buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot. Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca basmalah [bismillahirrahmanirrahim] dan ayat 38 surah Al Imran yg diulang 3 kali. Ini antara web yang saya maksudkan.. http://www.hamidarshat.com/smf/index.php?action=printpage;topic=283.0
Gambar atas ni pula.. sabut2 3 biji tu.

89 comments:

  1. salam...

    elok akak berusaha mcm2..mn tahu kali ni berjaya...yg penting sentiasa doa pd Allah...agar apa yg kita hajati dimakbulkan..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Bagus betul korang berdua, berusaha tanpa jemu... Tentu berita gembira akan tiba juga suatu hari nanti.

    Akak tak proceed plak clomid bulan ni... tangguh ke bulan depan atau cancel terus... ekekeke... semangat tak kuat sangat...

    ReplyDelete
  3. Salam ya ukht..berusahalah,setiap orang diuji dengan mcm2 dugaan...insyaAllah Allah tidak menguji sesuatu itu dengan sia-sia...fikir2kanlah...

    ReplyDelete
  4. Salam kak,

    Saya pernah tengok buah zuriat ni. Kalau tak silap saya, buahnya keras tapi sangat ringan. Betul tak? Ustazah saya pun pernah makan buah ni juga, salah satu alternatif utk usaha mendapatkan zuriat.

    Mudah-mudahan buah ini mendatangkan hasil pada akak nanti..Aminn!

    ReplyDelete
  5. Salam semua

    to fashah84 ;
    InsyaAllah. Amin. TQ ya

    to izawani ;
    ye ke.. InsyaAllah akak.. teruskan usaha. :)

    to TotYati ;
    :) tq

    to Husin Husaini ;
    InsyaAllah.. Tq ya..

    to Insyirah ;
    Betul tu.. buah ni ringan tapi keras. Memang masyhur juga buah ni.

    ReplyDelete
  6. ooo...buah niey kew..
    buah niey mak i de satu
    nenek bg blk dr mekah..
    org arab kt sane kate buah nie bleh ubat n halau sihir, jin, n ape2 jew...
    usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  7. salam.. selepas 3kali berurut, and takde tanda2 lagi, sy nekad jumpa pakar. Dr Marsita di Pantai - first time jumpa dia bgtau rahim sy terbalik and ada fibroid and minta sy buat semen test utk hubi. bila hubi okay, doc advise sy terus operate utk buang fibroid and betulkan rahim on the next following month. lepas 3 bulan operate (period sy keluar macam biasa), doc beri ubat subur (clomid) - and kebetulan kawan balik dari doha bawa "debunga kurma" - sy guna dua2 sekali disamping terus bertawakal dan berdoa. Alhamdulillah, bulan ini macam ada tanda2... sy kena tunggu seminggu dua lagi utk confirm kan dengan doktor utk scan....

    ReplyDelete
  8. Salam. Maaf la...tak perasaan komen anda berdua belum dibalas.




    to seindah haruman;
    Buah ni memang glamer cuma nak dapat yang susah sikit.





    to Leenz Yusoff ;
    Menarik juga 'debunga kurma' tu... boleh cuba kalau ada peluang. TQ ya kongsi ilmu. Oh ya...rentetan tentang berita ni saya dah tahu dan dah komen di sana. Sabar ya. InsyaAllah ada lagi nanti.




    .

    ReplyDelete
  9. salam puan...
    nmpaknya mcm2 cara..tapi boleh saya tahu...siapa yang sudah berhasil dan dgn cara/petua yang mana..

    ReplyDelete
  10. Salam to anonymous;


    Maaflah saya tak ada maklumat siapa yang dah berhasil dan kalau ada pun dengan cara/petua yang mana. Apa yang ada di blog ini adalah perkongsian cara yang saya dapat dari sumber pelbagai. Kalau ada pun yang mengamalkan dan berjaya rasanya mereka tak update pada saya dan saya pun tak minta mereka buat sedemikian. Saya sendiri masih terus mencuba dan mencuba.




    .

    ReplyDelete
  11. Salam...akak terima kasih sgt atas blog akak yg sgt berguna ni...tp mmg saya nak tergelak tgk gmbr buah hawa ni...br saya tau dlm tempurung keras tu ade isi mcm kelapa....sy pun minum air buah hawa ni tp sy rendam je yg tempurung tu sbb sy ingt tulah isinya hehehe...patutlah air dia warna coklat n kelat jer...time kasih yer akak...Dabot..

    ReplyDelete
  12. salam..sy ingin berkongsi dgn semua pembaca di sini tentang buah zuriat..ade seorang kwn telah berjaya melahirkan kembar pd mei lps selepas mencuba dgn buah zuriat(dgn izin Allah SWT)..
    kwn sy ni bgthu buah tu belah 2,kemudian rebus..dah mendidih tu tunggu sekejap je tutup api..jgn lama2 sgt..tiap2 hari rebus dgn air segelas sampai dah xde warna..(cume sy xpasti dgn tempurung yg keras tu sekali atau buah nye saja)..minum antara maghrib dan isyak (ade dc bgth sy apa2 ubat subur pun kena minum waktu yg sama setiap hari)..nak minum mula dgn bismillah hirrahmanirahhim(3X)..selawat(3X)..doa nabi ibrahim(3x)..niat nak baby..suami dan isteri kena minum sekali..sy pun tgh mencuba..buah tu ade lg tp sy syg nak gune sbb period sy tak lancar(dah masuk 4 bln tak period tp tak pregnant)..sy tgh usahakan utk lancarkan period..semoga usaha kite semua diberkati dan doa kita utk mendapat zuriat yg soleh dan solehah termakbul..amin3..
    salam..

    ReplyDelete
  13. @Anonymous

    Salam
    Biasalah... tak biasa. Jadilah macam tu. Tapi mmg banyak versi. Buatlah mana termampu. =)

    ReplyDelete
  14. @Anonymous

    Salam

    Terima kasih. Info tu amat berguna. Semoga kita dapat berita gembira tak lama lagi. Amin.

    Sekadar kongsi. Period saya pun tak regular. Tapi masih datang. Paling teruk pun..sebulan x ada tp bulan seterusnya awal. Lebih kurang macam tu la.

    Dr saya bgtau..jangan sampai 3 bulan. Kalau dah 3 bulan...kena pergi klinik ambil ubat untuk kasi period. X tahu pula kesan kalau dibiarkan.

    ReplyDelete
  15. salam..nampaknya kita senasib menanti kehadiran zuriat.terima kasih sbb blog ni buat sy bersemangat..sy pun dh cuba buah zuriatni tp just belah 2 n rebus..xtahu plk ada isi kt dalam.tp sy kurang pasti buah ni blh diminum suami isteri or isteri shja?

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    Salam
    Apa yang saya tahu... suami isteri minum. Tapi ada juga yang ajar isteri sahaja. Kesimpulannya, pada saya terpulang kepada kita. Memang banyak sangat versi cara tapi kita tak tahu mana yang betul dan berkesan.

    ReplyDelete
  17. salam.. sy eida.. br kawen 2 thn stgh.. sy pun pnh mcuba buah zuriat ni.. fmly mertua beli masa p umrah 4/5 bln yg lps... sy rebus 3 bj terus.. air bh zuriat rs x la sedap sgt.. skali pandang nmpk mcm air cincau.. kat mekah buah ni 10 bj hnya 10 riyal sj.. so ada la dlm 20 bj fmly mertua beli...kalu di sini ada juga oang yg menjual.. sepasang buah zuriat Rm40 kalu x slap sy la sbb sy pun pnh beli sblum ni.. hmm sy msh berusaha minum.. air d rebus berkali2 tp msh tak menunjukkan hasil jg... mgkin cr sy minum salah kot.. bla sy terbaca d blog ni br sy tau... buah ni perlu d kupas d amik isinya utk d rebus.. dan ada jg doa2 yg boleh kita amalkan semasa hndk minum... so thanks admin... byk gak leh d kongsi d sini... dan kpd yg minum air bh zuriat.. semoga kita semua mdapat zuriat spt nama bh zuriat...

    ReplyDelete
  18. @Anonymous

    Salam
    Memang banyak cara. saya pun tak tahu mana yang berkesan. Entri tentang ini saje ada dua. Dari komen2 kawan2 di sini pun ada pelbagai cara. Ikutlah mana yang rasa yakin dan mampu buat. Kita usaha, Allah juga yang menentukanNya. =)

    ReplyDelete
  19. Salam semua. Saya pun ugh mencuba Dan mmg minum air buah zuriat ni dua kali sehari dan ambik serbuk debunga kurma jantan skali. Dah sebulan Cuba tapi takda hasil lagi. Period datang jugak bulan ni. Nway saja nak share supplements lain yang boleh dibuat alternative untuk kesuburan. Cuba vitex (boleh jumpa di pharmacy mana2 under brand name Kordel). Also boleh true royal jelly yg mmg terkenal utk menaikkan quality telur kita Dan juga cordyceps (sejenis fungus china yg bentuk mcm caterpillar). Saya juga ugh Cuba vitamin kesuburan brand Fertilaid. Harap2 lepas 3 bulan berjaya lah. AMIN.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulilah hari ini aku jumpa buah zuriat

    http://myvitrd.blogspot.com/2010/12/alhamdullilah-bertemu-dengan-buah.html

    ReplyDelete
  21. @Pomme

    Salam
    Ye, buah zuriat ni sebagai usaha [petua] berjaya atau tidak utk kita.. kita tak tahu.

    Terima kasih kongsi info supplement tu.

    ReplyDelete
  22. sy pun dah kwin dlm 2thn lbh...blm de rzeki nk dpt bby...mcm2 dah try buat, tp allah blm izinkan lg nk bg zuriat...sy pun de jgk dpt buat zuriat ni dr mertua sppu..tp sbiji jek...dia kate belah n isap sabut tu n pecahkan biji 2 n rebus minum tiap2 ari hsband n wife...hope yg mcube buat zuriat ni kte sme2 berhasil...insayallah..sbb buah ni de tanah suci...insayallah...sme2 lah kte berushe keras...

    ReplyDelete
  23. @Anonymous

    InsyaAllah.. mudah2an..

    kita usaha aje.. moga ada bahagian untuk kita. Amin

    ReplyDelete
  24. Salam..mncari info cara nk mkn buah zuriat terjmpa blog ni..sy bru nk cba..sblm ni period xteratur..bru je period slps miss 3 bulan..doc bg Evening Primrose Oil (EPO)..semoga Allah permudahkan urusan kita...Amin.

    ReplyDelete
  25. salam sayang adik2 semua....
    buah ni bukan buah koka coz buah koka macam rupa telur, bujur dan berkilat n ada mata dan hidung macam kelapa...buah ini ialah buah zuriat @ buah hawa digunakan untuk mendapatkan zuriat.....kat mekah murah buah ni, 3 biji 5 riyal, di sini akak tak tau pulak ada jual, akak baru balik dari mekah baru2 ini dan membelikan sahabat2 akak buah ini dan berdoa agar mereka dikurniakan zuriat.....moga2 dengan izinNya adik2 semua akan memperoleh zuriah yang soleh dan solehah...Amiiinnn!!!!

    ReplyDelete
  26. @Teratak Cinta Kasih Kita

    Salam


    Salam perkenalan. EPO tu dapat regularkan period ya? mana ya nak cari?

    Semoga Allah permudahkan urusan kita. Amin

    ReplyDelete
  27. @Anonymous

    Salam

    Amin..

    Terima kasih kak.. kat sini memang susah dapat.. kalau ada pun memang mahal la. Ramai yang dapat dengan jasa baik kawan2 atau sedara yg pergi Umrah atau Haji.

    Terima kasih juga maklumat2 tu. Amat berguna. Salam kenal.

    ReplyDelete
  28. Salam perkenalan Pn. Irtiyah...

    saya pun dah 3 tahun lebih kahwin, masih belum dikurniakan zuriat. baru2 ni kakak ipar ada bg sebiji buah zuriat tp belum try lg sbb xtahu nk buat mcm mana.dah jumpa blog ni blk nnt boleh la cuba. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...Amin...

    ReplyDelete
  29. @novel reader

    Salam perkenalan..

    Amin...

    Alhamdulillah.. at least dapat la juga kan.. nak mencuba. Usaha kita. Memang susah nak dapat buah ni.. cuba la. Moga2 berhasil. Amin.

    ReplyDelete
  30. @Irtiyahsry sbb ambik masa tuk reply..boleh bli kat farmasi..bukan setakat tuk stabilkan hormon tp bagus tuk kulit jg..

    ReplyDelete
  31. @zih@n

    Tak pe.
    Terima kasih. Sekarang dah regular ke?

    ReplyDelete
  32. salam perkenalan...sye dah kupas buahnye...nk tnye,isi dlm tu nk rebus ngan kulit coklat tu atau nk putih je

    ReplyDelete
  33. @Anonymous

    Salam perkenalan
    Kalau saya ritu.. saya rebus dengan kulit coklat tu sebab tak mampu nak buang kulit tu.

    Sebenarnya ada banyak version terpulanglah dan ikut kemampuan. Pada pandangan saya la.

    ReplyDelete
  34. Salam....
    Saya br je dpt buah zuriat. Tq kepada semua yg sudi share cara nk mkn buah ni. x sabo nk cuba mnm. dh mcm2 cara dh buat utk dptkn cahaya mata. hrp2 dgn izin Allah lps ni berhasil.....Insyaallah...

    ~ Nina ~

    ReplyDelete
  35. @Anonymous

    Salam

    Kita usaha mana yg mampu. Mohon pada Allah moga dimakbulkan. Amin

    ReplyDelete
  36. salam semua...

    nampaknye kita nie seangkatan...
    sy pun dh kawen 3 tahun lebih, msih blom dikurniakan zuriat...
    insyaallah ibu mertua akn ke mekah ujg minggu ni utk umrah...mudahan mama dpt tlg carikan buah zuriat nie...
    mmg sgt2 nk cuba buat nie stlh usaha lain gagal...

    -ina, kl-

    ReplyDelete
  37. @Anonymous

    Salam
    Semoga ibu mertua ina berjaya dapatkan dan bolehlah ina mencuba cara ini pula. Semoga berjaya la.. Amin

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. salam .. usaha tangga kejayaan. dulu 4 thn baru dpt zuriat . ALHAMDULILLAH skrg dah ada dua .. 3 thn sorang .. 8 bulan sorang . Pernah usaha macam macam .. mengurut, makan ubat subur, minum air buah zuriat, biodex sekali, maharani, pakai beautiful , epo dll. doa nabi zakaria selalu, sedekah baby baru lahir dgn niat nak baby juga. Suami suruh makan madu ... satu lagi makan bidadari . pernah suruh sedara makan ni , alhamdulillah dpt anak ke 2 selepas 10 thn . usaha tanpa jemu .. dulu ingat duit habis tak apa sebab orang lain boleh habis duit untuk anak anak , beli susu dan lampin ... kita habis duit untuk ubat la pula .. kak amri

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum.saya orang baru kt sini.saya pun dh lama kawin.Dah 10 thn dah.saya bru dpt buah zuriat,tp tak tau nk buat mcmn.bila sef dlm internet bru dpt tau caranya.SOFIEYNA..

    ReplyDelete
  41. @Anonymous

    Salam

    Tak pe, usahalah tanpa jemu. Allah tidak akan sia-siakan usaha kita. Tentu ada ganjarannya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  42. salam,

    seronok baca blog akak ni. pagi ni sebelum pi keje sempat lagi ayah mentua bagi 3 biji buah zuriat untuk kami suami isteri minum air rebusan buah ni. tertanye2 jugak macammana la proses yang betul nak merebusnya. terbaca blog akak ni mmg dah dapat gamabaran jelas nak buat macammana. insyaallah berkat susah payah ayah dan mak mentua saya cari buah ni kat mekah, boleh la mereka merasa nak timang cucu dari kami.

    ReplyDelete
  43. @Anonymous

    Salam

    Terima kasih sudi baca blog akak.
    Baik keluarga mertua awak.. InsyaAllah semoga dimakbulkan. Amin

    ReplyDelete
  44. salam...sye nk taw cm ne nk gne buah zuriat..ibu sye da bli buah zuriat 2..n dlm bnyk buah 2,da sebiji buah 2 kembar..ley x terang lbh detail...

    ReplyDelete
  45. @Anonymous


    Salam

    Kalau nak tahu cara guna, baca entri di atas. Yang saya tulis di atas setakat pengetahuan saya. Banyak cara sebenarnya. Tentang buah yang kembar pula, saya x tahu.

    Maaflah ye.

    ReplyDelete
  46. salam..

    buah ni klu nak sng potong. guna pisau n ketuk ngn lesung..sy guna cara ini je..rsnye lebih sng..

    fisyah

    ReplyDelete
  47. @Anonymous

    salam

    terima kasih kerana berkongsi maklumat ni :)

    ReplyDelete
  48. sy kawin hampir 2 tahun..haid pon irregular..mcm2 cara nk regularkn haid.skg ngah try buah ni..hr ptama mkn rasa biasa.hr k2 da rasa kelat n tambah gelap warnanya...kami mnum suami istri..smoga usaha ni berhasil n tawakkal..anyway tq cz bg info sal buah ni.

    ReplyDelete
  49. as salam,

    sy dh 2 thun kwin,tp msih blum dikurniakn zuriat..mcm2 dh usaha tp ttap x bhasil..ni tgah tgu mak balik dr mekah bwak blk buah zuriat..bile dh bce blog ni..sng la nk bt nti.time ksih..sronok sy bce blog ni

    ReplyDelete
  50. @Anonymous

    salam
    insyaAllah.. berusahalah apa yg termampu dan doa ...tawakal.
    Allah la yg menentukan segalanya. Tapi jika ikhlas dan sabar.. ganjaran tentu begitu besar. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  51. salam..

    saya baru je dapat buah zuriat ni mggu lepas. cuma saya xamalkan lagi sebab saya dan suami duduk berjauhan(coz kate kene minum same2...)

    kak ipar saya sebelum ni pun dah amalkan petua ni dan alhamdulillah dia da berjaya.

    ReplyDelete
  52. Salam....

    Saya baru je beli buah zuriat ni dlm 10 biji ngan kawan tp x cuba lagi...lps baca blog ni baru lah jelas sket cara2 nak proses buah ni...
    Thanks pada Irtiyah dan kwn2 lain kerana sudi berkongsi maklumat kat atas....
    Saya dh ada anak sorang umur 5 tahun...niat nak lah jugak tambah anak lagi ....-Shahrina-

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum.tertarik baca komen2 yg ada.anyway thx for the information ttg cara nk mkn buah zuriat tu.nk syer skit pengalaman.sy dh kawin 3thn lebih.alhamdulillah bln 2 lps sy disahkan preg tp Allah masih menguji kami suami isteri.sy keguguran dan bila pegi cek kat specialist doc kata saya mengidap PCOS.antara faktor2 PCOS haid xteratur,ade tumbuh bulu2 spt lelaki cth misai halus2,berat badan naik mendadak.sy punya kitar haid mmg pjg antara 35-40 hari bru period lg.tp supplement EPO & Fish Oil mmg bagus utk org yg PCOS<< sy baca kat blog bleh stabilkn hormon wanita.klu nk tau lebih lanjut ttg PCOS bleh la search kt google.PCOS nie mengganggu telur kita utk bersenyawa.apapun janji Allah "KUN FA YAKUN".semoga kita semua tidak berputus asa & terus berdoa mengharap keajaiban dr-Nya...FadyLALA

    ReplyDelete
  54. Salam! Terima Kasih berikan info tentang Buah Zuriatni. Saya diberikan Kakak saya tahun lepas tapi, saya tak Indahkan mungkin tak yakin. Apapun hati awak mulia mahu berkongsi pengalaman.Saya tiada Zuriat tapi masih mengharap seandainya Allah masih mengizinkan...

    ReplyDelete
  55. @Anonymous

    Salam

    maklumat awak tentang PCOS tu mmg betul. Kita kena belajar hidup sihat, sebab terdedah dengan penyakit berat.

    Saya pun ada PCOS

    ReplyDelete
  56. @Anonymous

    Salam

    Semoga dapat manfaat dari entri ni. Saya biasa aje.. cuma menulis pengalaman dan apa yg saya tahu.

    ReplyDelete
  57. Salam kepada tuan empunya blog dan rakan-rakan lain. Saya pon senasib. Dah hampir 5 tahun masih belum ada tanda2. Baru-baru ini saya ada beli biah zuriat dari pembekal barangan arab( kebetulan kedainya sangat hampir dgn rumah) . Buah zuriat tu saya dah kupas spt yg dibuat cuma saya tak rebus, just rendam minum dan refill hari2 saja. Smggu selepas minum ada priod sket keluar,kitar period saya mmg sgt panjang. Setahun sekali atau dua kali saja.. Sampai sekarang pon minum. Masih mencuba. Sama2 lah kita berusaha

    **oh ya buat sesiapa yg mencari buah zuriat boleh kirim kat saya. Saya tolong belikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. from yane
      salam S.I....saya nanak buah 2...
      cane saya nk kontek awak?

      Delete
  58. Salam

    Terima kasih sudi baca blog saya. Menariknya.. ada jual dekat dengan rumah awak ya..

    Siapa yg memerlukan boleh la kirim pada kawan kita ni.. :)

    ReplyDelete
  59. Lebih sedap air rebusan buah zuriat itu dicampurkan dengan susu dan madu. semoge doa kte diperkenan kan Allah Yang Maha Esa..

    ReplyDelete
  60. salam. terima kaseh atas perkongsian ilmu dlam blog ini. semoga kita semua beroleh manfaat dgn usha murni anda itu dan doa kita didengari Allah S.W.T

    ReplyDelete
  61. Askum, cmne cara yg sebenar minum buah zuriat ni? blh terangkn x? & lg 1 masa rebus nk ambik dgn kulit luar atau isi putih & coklat je?

    ReplyDelete
  62. @alina

    Terima kasih Alina for the sharing :)

    ReplyDelete
  63. @Anonymous

    Salam
    Amin..
    Semoga kita tidak jemu berusaha, doa dan tawakal

    :)

    ReplyDelete
  64. @mas

    Salam

    Apa yg saya tulis di dua entri ni.. inilah yg saya tahu. Ada juga kawan2 yg tinggal komen.. bgtau cara yg mereka tahu.

    Kalau pada pandangan saya. Saya x tahu cara 'sebenar'.

    Yg kulit luar tu.. saya x nak salah bg pandangan. Apa yg saya terangkan di atas ni la.. apa yg saya tahu. Maaf sbb penjelasan ini kurang membantu :(

    ReplyDelete
  65. @mas

    Baca sekali entri irtiyah.blogspot.com/2010/07/rawatan-kesuburan-cara-islam-7-buah.html ya.

    ReplyDelete
  66. ibu mertua saya belikan buah zuriat ni di mekah ms dia menunaikan haji..tp sy x reti la nk guna mcm mana..ada yg ckp belah pstu rebus..ada yg ckp kikis..mcm2 la.. tp nk try la cra akk buat nie.. hehe..thanks akk berkongsi info dlm blog nie.. 5 thn menanti cahayamata..hrp2 segala usaha akan diperkenankan olehNya satu hari nnt.. ADYLA (^_^)

    ReplyDelete
  67. @Anonymous

    tu la.. banyak cara yg dicadangkan. kita cuba je ... mana tahu ada rezeki :)

    ReplyDelete
  68. macamane ye nak dapatkan buah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2, 3 entri berkenaan buah zuriat dlm blog ni. ada org tinggal komen bgtau ada org jual. saya x jual. tak pun search Google.. ada blog yg jual

      Delete
  69. Salam...Saya pn bru je dpt buah zuriat ni, mak sedara bw blk dr Mekah.. Mula2 tak pasti jgk mcm mn nk bt dgn buah ni,tp lps bc blog ni sy dh nmpk ckit cara2ny.. thanks.. Harap2 impian utk memiliki zuriat mnjd knyataan.. sama2lh berdoa..InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      InsyaAllah.. usaha tangga kejayaan. :)

      Delete
  70. ...saya pun sudah cuba buah ni kak.last nov ada pacik di ofis yang pi menunaikan haji, so pun pi lah tanya kalau dia boleh tolong belikan buah ni..lucu pula rasanya pasal dorang pun tidak tahu pasal buah ni!..bila saya explain ni buah untuk apa, haha, pacik ni risau kalau2 isteri dia fikir dia mo beli untuk di bagi dengan isteri muda!!!hehe..anyway, dia belikan juga, 5 biji. kalau saya tidak silap , saya pernah terbaca yang ada orang jual buah ni RM50 sebiji di sini!!
    Bila nampak cara kak irtiyah buka kulit ngan sabut ni, saya teringat, hubby pun sampai guna gergaji juga hehe...jangan disangka kecil senang mo dibuka !
    sabut tu wangi kan kak, macam bau kurma, sampai saya pi rasa ni..ada rasa manis2 sikit..:D, isi tu bila rebus macam rasa teh. So far saya baru guna 1 biji. ada 4 lagi dalam stok..nanti2 bila hubby senang suruh lagi dia menggergaji hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kelakar pulak pasal isteri muda tu
      Memang ada org jual mahal macam tu. Kat sana x de la mahal sangat sebenarnya, tapi terpulanglah kalau sangat berhajat, tapi kalau boleh kirim lagi bagus, saya pun x suka sangat org yg jual mcm tu seolah2 ambil kesempatan, ini pandangan peribadi je..

      Delete
  71. saya baru je dpt buah nie dari nenek..die ckp nt isinye cicah ngn madu pas2 mkn..bile da kupas buahnye..mak oii kerasnye mau patah gigi kalu nk kunyah....achik

    ReplyDelete
  72. salam, saya baru minum air buah zuriat ni 2,3 hari.. mmg keras..hubby pun minum..paksa dia jugak la sbb katanya tak sedap..hehehe..cuma sekali rebus tu tak banyak sgt air dia..kena rebus 2 x or rebus skali terus letak air banyak..mcm mana yek? sbb hubby pun kena minum..ada org kata guna satu gelas air je..so, satu gelas air tu kita share ngan hubby or boleh rebus sekali lg utk dpt 2 gelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujurnya, saya x sure. banyak version.

      Delete
  73. salam hai semua sy dh kawin setahun lebih tp blm ada zuriat lg pelbagai usaha dh lakukan ari nie sy ada dpt buah zuriat dr kawan suami y br pulang dr mekah...bila baca blog nie br sy tau cara2 tuk minum...thanks ye ats info kalian...AZIAN@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Sebenarnya banyak versi nak guna buah zuriat ni. Buat la yang termampu. Saya pun x tau mana yg versi sebenar-benarnya.

      Delete
  74. perempuan tgh dtg period boleh ke minum air buah zuriat ni? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang saya tahu tak de masalah / halangan. Tak ada terbaca kat mana-mana tentang isu ini. Allahu'alam

      Delete
  75. salam saya bawu jer dapat buah zuriat ni memang nak cube makan buah ni mudah2 han usaha saya ni akan berjaya dengan izin ALLAH S.W.T.. tapi saya x tahu lah macam mane cara nak makan buah zuriat ni dengan berkesan ader yang cakap rebus 2 biji pastu minum airnye setiap hari.tolonglah bagitaw kat saye cara nak makan buah zuriat ni...adakah kite kene kupas kulitnya sebelum rebus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Kalau itu yg diketahui.. saya rasa ada jawapannya dalam entri yg tulis panjang lebar di atas. Maaf la kalau masih tidak membantu.

      Delete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.