Rawatan Kesuburan [Petua] 2 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 1]

Updated on 27 Mac 2011;
Saya pernah claim ini cara rawatan Islam, saya tarik balik sebab bila difikirkan balik.. ustaz kata ni adalah petua orang Arab. Wallahua'lam

Eh... tak ada password? sebab entri ini tak ada cerita apa yang En.Suami dan aku sedang hadapi. Sekadar berkongsi petua yang aku dapat pagi tadi masa menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Ustaz pagi tadi ialah Ustaz Hanafi Abdul Malek dan tajuknya ialah Anak Anugerah Allah.

Ustaz kata orang arab berbadan besar tetapi sukar mendapat anak. Tak pasti pula atas dasar apa ustaz kata macam tu. Jadi Click Here To Read More! petua orang arab ni mudah diikuti iaitu ambil segelas air susu kambing dan segenggam kurma di blander dan diminum. Dapat buat sekali seumur hidup pun tak apa la. Kalau boleh minum tiap-tiap hari. *Saya ada menulis entri seterusnya yang berkaitan iaitu Rawatan Kesuburan [Petua] 3 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 2]. Sila baca entri ini untuk mengelakkan kekeliruan.* Ustaz pun tak cakap si suami atau si isteri yang kena minum. Tapi bagi kami sebaiknya dua-dua sekali minum.

Ustaz bagi petua ini apabila ada seseorang menghantar email memberitahu mereka dah 13 tahun berkahwin. Kalau tak silap aku tahun ke 2 perkahwinan dia isteri dia pernah mengandung tetapi kandungan tersebut hilang [bukan gugur]. Sampai sekarang masih belum ada anak. Encik tersebut bertanya adakah anak angkat yang merupakan hasil perbuatan zina juga dianggap sebagai anugerah?

Jawapan ustaz ialah.. kehilangan anak dalam kandungan ni memang biasa berlaku. Ustaz juga cakap kalau baru 2 tahun berkahwin, nasihat dia jangan ambil anak angkat .. kecuali kalau dah 10 - 20 tahun berkahwin. Ini kerana ada masih banyak cara yang boleh diusahakan untuk medapatkan zuriat.. lalu ustaz pun bagi petua di atas tadi. Kemudian tentang soalan tu ustaz jawab [lewat sikit dia jawab] Ya... memang anugerah tetapi ustaz tidak galakkan mengambil anak angkat dari hasil perbuatan zina kerana walaupun diberi didikan agama.. terdapat faktor genetik yang mendorong kepada perbuatan tidak baik seperti mencuri.

Ustaz ini juga mempunyai pusat perlindungan yang menjaga wanita yang mengandung kerana perbuatan zina dan ada yang berlaku disebabkan perbuatan rogol. Namun hasil carian di google.. bukan itu sahaja usaha ustaz untuk menangani masalah remaja dan belia..

Nasihat aku sesiapa berminat dengan petua ini dan nasihat-nasihat ustaz berkenaan cara didikan anak boleh tengok rancangan ni dalam website tv9 bila dah dimasukkan nanti. Supaya dapat maklumat yang lebih tepat. Sebenarnya slot rancangan kali ni mengajar kita cara mendidik anak dan menghargai anak. Jadi yang mempunyai anak seharusnya tidak melepaskan peluang ini. Cara dan personaliti ustaz ini menarik minat aku.. tenang dan tersenyum selalu.

Kalau tak silap esok ada rancangan ini lagi dan masih lagi tajuk yang sama. Wallahua'lam.


*Updated

-----------------------------

Entri berkaitan

Rawatan Kesuburan [Petua] 2 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 1]
Rawatan Kesuburan [Petua] 3 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 2]
Rawatan Kesuburan [Petua] 4 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 3]
Update! : Rawatan Kesuburan [Petua] 8 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 4] Video ' Tanyalah Ustaz TV9 ' Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk Video : Anak Anugerah Allah

26 comments:

  1. kak,
    nak password jugak leh ke
    cmne?
    ni email kite
    girl_peace66@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam




    to Intan izani;
    Sebenarnya awak kena baca sticky entry tu.. tapi tak apalah memandangkan saya memang tahu latar belakang awak dan memang dah tahu awak memang boleh dapat password.. saya akan masukkan awak dalam senarai. Sebenarnya ada kawan-kawan yang bukan sedang menanti zuriat meminta dimasukkan dalam senarai.. tetapi saya terpaksa menolak. Saya pun tak rasa seronok menolak tetapi demi menjaga hati sendiri dan mengelakkan sesuatu yang tidak diingini di masa hadapan.. saya terpaksa juga.

    Jadi nanti tunggu email saya ya.




    .

    ReplyDelete
  3. Mana nak beli susu kambing tu yer??

    ReplyDelete
  4. Salam



    to PuanStoberi;
    Biasanya kalau nak susu kambing segar ni .. orang India yang menjual. Kalau dapat orang muslim alangkah bagusnya. Tapi kalau tidak pun.. rasanya tidak mengapa.. sebab mereka biasanya tidak mencampur dengan bahan lain. Kalau yakin bolehla beli. Seeloknya tanya dulu. Kawasan saya ni En.Suami kata ada dijual di pasar segar.

    Cuba google.. saya ada jumpa blog yang jual tapi di Johor.. tak tahulah dia ada edarkan ke kawasan sini atau tidak.


    Produk HPA pun ada http://duniaherbahpa.com/2008/05/susu-kambing-segar/ tapi tulis kat situ dihentikann pengeluarannya sementara. Tak tahu kenapa dan bila dijual semula.



    .
    .

    ReplyDelete
  5. Salam



    to Aryati Bakri;
    Saya ada tulis diperenggan pertama. Mungkin akak tak perasan. Nama dia Ustaz Hanafi Abdul Malek. Kalau ada apa2 kekeliruan seeloknya akak tonton sendiri slot tu. :) mungkin penulisan saya tidak tepat.



    .

    ReplyDelete
  6. salam irtiyah,

    lepas ni eden pun nak torai!!!

    ReplyDelete
  7. salam,

    kandungan hilang tu bagaimana ya?

    ada seorang kakak di ofis saya dulu..masa tu dah nak 3 tahun kahwin belum ada rezeki anak. dia ni berikhtiar juga..menurut kawan dia yg tahu, dia susah dapat anak sebab badan dia yang besar. hmm tak tahulah kalau berkaitan dgn badan besar orang arab yg ustaz kata tu.

    ramai saja wanita yg diuji dgn zuriat ni.. di ofis saya dulu tu ada 4 orang yg dah kahwin lama dari saya belum ada rezeki.

    ReplyDelete
  8. Salam




    to Totyati;
    Ya... saya pun nak cuba... lagipun bahannya masih boleh dicari walaupun susu kambing tu kena usaha sikit kot.





    to sakinah;
    Ia ada kaitan dengan dunia makhluk jin. Kalau sakinah berminat nak tahu cuba tanya dengan ustaz. Namun kalau nak tahu pandangan dan pengalaman masyarakat.. boleh google..

    Apa yang saya tahu badan besar bagi masyarakat kita ni tak semestinya ada kaitan dengan sukar mengandung. Erti kata lain, mungkin kalau ada pun faktor kecil sahaja. Ramai juga yang berbadan besar mudah mengandung. Lagipun ustaz tu cakap 'tetapi' tu yang saya hairan.





    .

    ReplyDelete
  9. Salam... Cikgu da try ke minum susu tu?... hehe tanye jer.. ingat pas ni darling pon nak try gak la... mane tau da rezeki kan... Insya ALLAH... :)

    ReplyDelete
  10. Salam





    to Darling;
    Belum... hari ni pesan kat En.Suami beli kurma. Mungkin esok baru dapat beli susu kambing. Cubalah.. usaha aje.. ada rezeki atau tidak itu ketentuan Allah. Usaha pun dapat pahala :) InsyaAllah.






    .

    ReplyDelete
  11. salam..

    pertama kali melayari blog ini, banyak intipati yg boleh di guna pakai, maklumlah saya bukan org yg khusyuk tuk menonton TV.. insyaAllah nanti saya singgah lagi..

    salam perkenalan dari saya,
    byk yg ingin di tanya, tapi kemudian sajalah..

    ReplyDelete
  12. Salam




    to Adyshariz ;
    Salam perkenalan. Semoga dapat manfaat dari entri2 di sini. Sama2 kita berkongsi ilmu. Kalau boleh saya jawab, saya jawablah. :)





    .

    ReplyDelete
  13. cSalam.. saya pun masih baru kat sini.. gembiranya saya lepas jumpa blog nie.. rasa banyak sangat maklumat yg saya dapat.. saya pun dah kahwin setahun lebih tp masih blum ada tanda2 jugak nak dpt baby.. anyway thanks for aour information...

    ReplyDelete
  14. Salam



    to tintamahabbah ;
    Alhamdulillah kalau tintamahabbah rasa dapat manfaat dari blog ini. Sabar ye dengan dugaan ini. Sebenarnya Allah nak beri kita sumber pahala ... Sampai masa yang ditentukanNya ...InsyaAllah kita akan menjadi ibu. Amin.




    Oh ya sila baca sticky entry di halaman utama ya... http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/senarai-menanti-zuriat.html ya. :)




    .

    ReplyDelete
  15. salam,

    saya dah mencuba susu kambing dan kurma ini. sungguh enak kerana saya memang kurang sikit susu segar ni, tapi bila dah diblender dengan kurma, rasa kurma tu menguasai susu tu.

    pesan saya, jika tak suka susu putih, lebihkan kurma, tapi milkshake tu akan pekat sikitla.

    bila blender, memang macam milkshake.

    ReplyDelete
  16. Salam




    to Saudah;
    Saya baru cuba tadi. Kalau lebih kurma manis la pulak... tapi biar manis dari ubat pahit ye tak? ye betul macam milkshake.






    .

    ReplyDelete
  17. salam,

    sesiapa yang di area Klang Valley boleh dapatkan disini http://asma-rizal.blogspot.com/2010/07/bekam-lagi.html

    saya n suami dah buat rawatan bekam ni sebanyak 6 kali(1 cycle). awal2 tau suami ada masalah terus pergi berbekam. Selepas berbekam ustaz ni bekalkan 2 botol susu kambing segar (RM7) sebotol. Ustaz tu suruh amalkan minum. saya jrg sgt minum, sebabnya..rasanya yg susah nak diterima tekak..so far suami minum itupun selang2 juga dgn yg segera (byk jenama..tawakal je)

    dah cuba paksa minum..sikit2 tu masuk juga ke perut saya..=)

    ReplyDelete
  18. saya pun selepas tgk ranc tanyalah ustaz tu terus pi cari susu kambing dan kurma. mmg sedap... skrg saya amalkan minum susu kambing pagi dan malam. kdg2 saya minum yg fresh, kdg2 susah nk cari sy minum susu higoat yang packet tu.

    ReplyDelete
  19. @Asma

    Salam Asma..

    Maaf la lewat membalas... tak perasan pula.

    Terima kasih maklumat bekalan tu.. Suami saya pun suka berbekam.. tapi risau pulak nak kasi dia bekam di kedai.. risau macam2 hehe

    ReplyDelete
  20. @novel reader

    Baguslah kalau dapat amalkan.. saya pun dah lama tak buat.. hari tu bersemangat.. hehe banyak sangat petua.. sampai tak teramal..

    ReplyDelete
  21. @Aryati Bakri

    Salam....sy pun ada gak dgr tanyalah ustaz...mmg ustaz tu ckp sama mcm TT....nama ustaz tu klau xsilap Hafni kot...klau silap maaf la yer....salam...(Ina)

    ReplyDelete
  22. @Anonymous

    Salam
    Terima kasih. Cuba tengok web ni
    http://kem-ruh.blogspot.com/
    Ada gambar ustaz Hanafi di sebelah kiri blog. Betul tak ustaz ni?

    ReplyDelete
  23. salam, saya noor nak ty kurang faham la cara pengambilan susu kambing dan senggam buah kurma..kena buat tiap2 hari atau sekali sahaja..saya dalam percuba untuk mendapat anak no 4..semua dapat perempuan teringin untuk mendapat anak lelaki..in shaa allah..bagi kan petua tu saya kurang faham..t kasih

    ReplyDelete
  24. salam, saya noor nak ty kurang faham la cara pengambilan susu kambing dan senggam buah kurma..kena buat tiap2 hari atau sekali sahaja..saya dalam percuba untuk mendapat anak no 4..semua dapat perempuan teringin untuk mendapat anak lelaki..in shaa allah..bagi kan petua tu saya kurang faham..t kasih.reply pada email saya..noorazalinazil@gmail.com

    ReplyDelete
  25. salam.saya amal bayam merah yg direbus semaangkuk sehari,lepas 2 bulan terus lkatt selepas 2 thn menunggu,selain itu amalkan bersedekah setiap juamaat.itulah amalan yg dibuatt dgn ikhlas,,akhirnya peknen gak...

    ReplyDelete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.