Rawatan Kesuburan [Petua] 4 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 3]

Updated on 27 Mac 2011;
Saya pernah claim ini cara rawatan Islam, saya tarik balik sebab bila difikirkan balik.. ustaz kata ni adalah petua orang Arab. Wallahua'lam

Entri ini sambungan dari entri Rawatan Kesuburan [Petua] 3 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 2]

Ini adalah video rancangan Tanyalah Ustaz bertajuk Anak Anugerah Allah yang saya maksudkan.


Kalau kalian klik link2 TV9 yang saya beri ini.... Click Here To Read More! dia akan minta kalian log in. Kalau kalian dah log in di link tersebut ia akan terus preview video yang saya maksudkan.
Episod 131 Hari Jumaat
Episod 132 Hari Sabtu
Episod 133 Hari Ahad

Kalau kalian hadapi kesukaran, log in seperti biasa kemudian carilah bahagian program ini dan carilah episod 131 hingga 133 tersebut sendiri.

Slot yang saya maksudkan ustaz memberi petua tersebut adalah di episod 132 ... part 3 bermula di minit ke 3:29 [email] kemudian ustaz ada mengulas kembali email tersebut di part 4 bermula minit ke 5:17 yang mengulas lebih lanjut tentang anak angkat tu.

Namun alangkah bagusnya kalau kalian dapat menonton/mendengar dari episod 131 hingga 133 kerana banyak maklumat yang menarik. Tersentuh hati masa ustaz cerita harapan seorang wanita yang telah berkahwin selama 13 tahun namun belum dikurniakan anak di episod 131. Ketika entri ini ditulis saya belum dengar/tonton episod 133.


Updated on 10 Disember 2010: Malangnya.. link tersebut dah x valid. Saya cuba cari url yang terkini tapi x berjaya. Mungkin video tersebut telah dikeluarkan. Allahua'lam.

Dalam entri sebelum ini saya ada cerita/jawab pertanyaan kawan kita yang tanya dari mana saya akan dapatkan sumber susu kambing. Dengan confident nye saya bagitau En.Suami akan dapatkan dari pasar basah / segar berhampiran rumah. Sebab masa tu En.Suami dengan confident jugalah bagitau saya di situ ada jual susu kambing.

Namun bila saya minta dia beli tiba2 dia jadi tak confident. Dia kata entah betul ke itu susu kambing. Dia takut dia salah tengok/sangka.. dia terfikir kalau-kalau itu sebenarnya santan... [puloook!] haha.. setelah beberapa kali usaha saya menggesa dia mendapatkan susu kambing dimaksudkan akhirnya dia berjaya mengesahkan identiti sebenar 'susu' itu. Iaitu susu masam. Hahaha... [tapi tak ingat lak saya susu masam kambing ke lembu dan apa tujuan dan rasa meminumnya].

Dah habis RM30 beli kurma ...tapi susu kambing tak ada. Kurma pun habis jadi santapan dan kudapan En.Suami.

Akhirnya semalam dia dapat tahu ada jual susu kambing seperti maklumat di bawah...

Sumber gambar dan maklumat jualan susu kambing dari web : http://www.mudah.my/Susu+Kambing+Asli-6262013.htm

Bagi yang tak tahu di mana lokasi ekspo ini, ini adalah peta lokasi tersebut : http://wikimapia.org/16357183/Kota-Agro-2010. Mungkin kawan2 dari kawasan berdekatan boleh dapatkan sumber susu kambing dari sini. Maklumlah bukan mudah nak dapat susu kambing kan?
[updated: En.Suami cuba nak beli lagi pada 14 Julai 2010 tapi bazar ni dah tutup]

Dia beli 8 botol tadi.. satu botol tu lebih kurang 2 gelas la kuantitinya. Tapi kami belum cuba sebab kena beli kurma dulu.

Sila baca entri seterusnya Update! : Rawatan Kesuburan [Petua] 8 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 4] Video ' Tanyalah Ustaz TV9 ' Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk Video : Anak Anugerah Allah


-----------------------------

Entri berkaitan

Rawatan Kesuburan [Petua] 2 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 1]
Rawatan Kesuburan [Petua] 3 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 2]
Rawatan Kesuburan [Petua] 4 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 3]
Update! : Rawatan Kesuburan [Petua] 8 :: Susu Kambing Dan Kurma [Siri 4] Video ' Tanyalah Ustaz TV9 ' Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk Video : Anak Anugerah Allah

18 comments:

  1. kakak saya hari tue ade beli yogurt susu kambing..tapi tak tanya lak mane dia beli.

    ReplyDelete
  2. Salam




    to melur roslan;
    Ada ye yogurt susu kambing... Pernah rasa ke? sedap tak? hehe




    .

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau daging kambing sedap, mesti susu dia pun sedap :D tak pernah minum lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam



    Susu kambing yang saya beli tu ada aroma kambing sikit...hehe




    .

    ReplyDelete
  5. kak..ada aroma kambing..oh..x boleh...kalu ada bau tu...kalu makan daging kambing umie jadi pening...hhahha

    ReplyDelete
  6. Salam




    to umie;
    Alaa... sikit je. Cuba la dulu. Hehe





    .

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan,

    saya ada beli susu kambing lepas baca blog awak. tp yg instant punya. dlm peket, jenama hiraq. saya dah blender susu tu n campur dgn segenggam kurma. rupanya sedap jugak rasanya. alhamdulillah, xde bau kambing pun(hasben allergy sket dgn kambing..huhu).rasa mcm 'shake' tu. cuba la rasa..sedap.. :)

    -lavender (",) -

    ReplyDelete
  8. Salam




    to anonymous a.k.a lavender;
    Hehehe... sebenarnya kami ni minat juga dengan susu dan juga minat makan kambing. Hari tu En.Suami nak beli yang instant punya...saya ngengada nak yang fresh. Minat susu kononnya kan...

    Alhamdulillah... walaupun ada aroma tu saya masih boleh telan walaupun dalam hati kena nekad telan. haha... Apapun terima kasih maklumat tu. Boleh jadi alternatif pada kawan2 lain macam umie. Ha... umie... cuba la cara lavender tu.

    TQ ya lavender :)




    .

    ReplyDelete
  9. tq jugak utk petua susu kambing + kurma daripada ustaz yg awak inform tu. saya terjumpa blog irtiyah ni masa tgh surf pasal susu kambing + kurma. saya pun tgh berusaha utk mengandung..ada saudara hasben inform psl petua ni. saya xtau kat mana nak tgk ceramah ustaz tu sbb igtkan dah terlepas daan tak boleh tgk dah..nasib baik ada blog ni.. terima kasih banyak irtiyah. saya doakan semoga awak & yg lain termasuk diri saya sendiri berjaya dengan usaha ini.amiinnn..insyAllah.. :)

    salam mesra,
    lavender

    'Allah lebih tahu apa yang terbaik utk hambaNya..'

    ReplyDelete
  10. to anonymous a.k.a lavender;




    Welcome... InsyaAllah.. kita berusaha sahaja. Allah yang menentukannya. Kalau dia nak beri...tentu tiada yang mustahil. Sebenarnya Allah nak uji kita. Mungkin. Awak di alu-alukan di sini. Kita ada senarai kawan2 seumpama awak di sini. Baca sticky entry http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/senarai-menanti-zuriat.html di laman utama kalau berminat. Bersabarlah atas ujian Allah, tentu balasanNya amat manis sekali. InsyaAllah.




    .

    ReplyDelete
  11. Owh..expo ini sgt dkt ngan umah saya cikgu. Nanti saya nak pi carik lah.

    ReplyDelete
  12. to Puanstoberi;




    Bagus lah kalau macam tu. Senang awak nak beli. Susu ni kena simpan di freezer tau. kalau nak minum baru keluarkan biar dia cair.



    .

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Ayah saya meniaga kambing dan susu kambing. Tapi tak tau pulak saya ia boleh membantu dalam usaha nak dpt baby ni. Biasa orang beli untuk ubat baby sakit jaundice (kuning). InsyaAllah, lepas ni bolehlah saya dan suami cuba. Boleh dapat free. hehe...

    Najwa.

    ReplyDelete
  14. @Anonymous

    Salam

    Ini petua. Kita berusaha.. Allah yang menentukannya. Untunglah awak. Supplier depan mata. Hehe...


    Salam kenal.

    ReplyDelete
  15. salam, susu kambing yang dalam botol fresh ada dijual di wangsa maju. No nya 013 358 8821, blognya http://susu-kambing-asli.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. To Anonymous:

    Awak jual susu kambing area mana kat wangsa maju tu? sbb sy xpernah jumpa pun kt wangsa maju ada org jual susu kambing.

    ReplyDelete
  17. Saya pun pernah amalkan susu kambing & kurma.. Tapi x wat sendiri.. Sbb tu x jadi2 kot.. Bonda yang buatkan.. Susu kambing fresh.. Sbnarnya x sangka susu kambing fresh nie x rasa mcm kambing pun.. Sedap.. Biasanya susu kambing nie saya sejukkan.. belnd ngan kurma.. Wah sedap.. mcm ice cream.. Tapi nie dh lama x minum.. Igt nak mula semua lah.. aimee

    ReplyDelete
  18. @Anonymous

    Kalau saya.. kena adjust sukatan, sebab bila pekat sangat.. susah nak telan. Hehehe.. tapi memang macam aiskrim :)

    ReplyDelete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.