Rawatan Kesuburan [Petua] 5 :: Debunga Kurma :: "Abang Minta Maaf ..semua-semua ye"

Bila suami meminta maaf dari isteri...atas segala-galanya sweet tak? sweet kan? kan? kan?

Tapi tak jadi sweet mana bila diucapkan ketika dalam perjalanan ke hospital. Agak tergesa-gesa. Dia duduk di sebelah pemandu.. kita yang memandu.. dan dia dalam keadaan sesak nafas.. suara yang semakin hilang dan tersekat-sekat.. Click Here To Read More! Arrghh.. dari perasaan dan wajah tabah aku bertukar menjadi gembeng / cewek / sebak.

"Abang jangan la cakap macam tu.. jangan fikir macam tu...jangan risau pasal tu" Aku cuba tenangkan dia sedangkan suara aku dah macam orang nangis... Pastu aku terfikir kalau betul dia pergi selepas itu.. aku tentu menyesal kerana tidak memohon keampunan darinya. So aku pun minta maaf dari dia.

Aku cuba memegang tangannya sambil satu tangan lagi memegang stereng. Cepat2 dia suruh aku pegang stereng dengan dua tangan.

Hujan renyai-renyai.. hosp yang jarak hanya 10 minit rasakan seperti jauh. Masa menunggu 7 minit rasa seperti satu jam.

Rasa nak tengking orang je masa mendaftar tu sebab banyak pulak cekadaknya... cakap pasal GL la.. maklumat kakitangan awam dalam sistem tak lengkap la.. guru data la.. sedangkan dalam hati aku.. kalau suruh aku bayar dua kali ganda pun aku sanggup. Sebenarnya semua tu prosedur biasa.. dan kalau keadaan En.Suami tak begitu membimbangkan aku rasa ok je dengan semua tu.

En.Suami duduk atas kerusi roda.. sesekali batuk mengeluarkan kahak.. sesak nafas dan bibir semakin pucat.. tangan sejuk...

Sebenarnya kebetulan hujan jadi banyak kes kemalangan.. doktor tak ramai.. akhirnya selepas saringan En. Suami dibawa ke zon separa kritikal... setelah beberapa prosedur.. aku diminta tunggu di luar. Argghh mana boleh aku bertenang. Aku kena menunggu di zon hijau. Semua di situ tenang2 saje. Aku sorang yg rasa seperti air mata mahu terhambur keluar. Menangis juga aku.. membayangkan hanya dapat menatap sebujur tubuh yang kaku. Tidaaaaaak... aku pula jadi blur tadi langsung tak cakap apa2 pada En.Suami sebelum keluar dari bilik kecemasan tu.

Hanya berteman kan HP En.Suami sebab HP aku tertinggal. Semua sebab kelam-kabut. Aku dapat berSMS dengan adik ipar di rumah.

Nekad aku masuk senyap-senyap... bila lihat dia ketika itu.. ada sedikit perubahan .. walaupun dengan bantuan pernafasan.. kemudian kelihatan tanda gatal2 seperti gegata...di lengan. Aku naik nafas lega.. boleh senyum sebab aku yakin tu adalah tanda2 alergik. Perangai sebenar dia pun dah keluar. Hehehe.. berbeza la masa mula-mula tadi.. Sekurang2nya sebaik saja dia sesak nafas tadi terus bersiap ke hosp.. kalau tidak mungkin aku kehilangan dia.

Aku senyum sebab aku tahu tak perlu bimbang sebab dah tahu punca semua tu.. dan boleh jangka dia akan hadapi situasi apa pulak lepas tu. Sebab aku ada pengalaman alergik. Aku alergik sengatan serangga dan dia alergik debunga. Sesuai la tu...

Betul.. tak lama lepas tu dia cirit birit. Selepas dapat suntikan seterus nya... kira-kira 3 jam start sampai hosp dia dibenarkan keluar. Tu pun dah tak sabar-sabar nak keluar hosp.

...

Semuanya bermula petang semalam.. kami cuba petua mendapatkan zuriat iaitu debunga kurma yang perlu dimasukkan dalam minuman panas. Aku buat air panas dan masukkan debunga kurma tu dalam air. Dia pun buat juga tapi air dia tak panas. Aku ingat itulah punca kejadian. Rupa-rupanya tak ada sesiapa tahu dia arlegik debunga. Sebaik sahaja dia minum..dia bersin-bersin..dan seterusnya sesak nafas. Ruang penafasan dia mungkin membengkak seperti yang dialami oleh pesakit arlegik lain.. seperti juga orang terkena ular berbisa.

Mujur dia tak degil masa aku ajak ke klinik atau hosp. Oh ya aku tak apa-apa pun makan debunga tu... jadi sebenarnya bukan debunga tu yang bermasalah tapi memang dia tak boleh atau tak sesuai dengan debunga.

So.. kepada sesiapa yang ingin mencuba salah satu petua.. boleh guna debunga kurma.



Aku akan terus amalkan..InsyaAllah. Debunga ni diberi oleh seorang kawan yang baru balik dari umrah baru-baru ni. Aku amat menghargai pemberian dia. Sebab aku dah kirim doa dan buah zuriat..aku memang tak minta dia belikan debunga kurma. Sebab tak nak menyusahkan dia. Tapi dia dengan baik hati memberi aku dengan bantuan seseorang yang membawa dia di sana. Alhamdulillah. Aku sikit pun tak menyesal dengan pengalaman ini. Bagi aku semua ini peringatan Allah kepada kami. Dan juga peluang ke 2 Allah beri pada suami dengan memanjangkan umurnya.

Kami juga menginsafi diri melihat pesakit di katil sebelah yang kemalangan. Alfatihah padanya semoga dia selamat dalam pembedahan yang dijadualkan malam tadi. Juga melihat pesakit2 lain.. kita seharusnya ingat setiap detik dan ketika ada makhluk dan hamba Allah mengalami ujian dan musibah.. kita bersyukur di ketika dan saat ini sedang menghadap komputer dalam keadaan tenang, bernafas dengan tenang dan seharusnya mengucap syukur padaNya. Peringatan untuk diri sendiri.

Terima kasih kepada semua staf hosp Ampang atas bantuan yang diberi. Semoga Allah mengurniakan rahmah dan hidayahNya kepada kalian. Amin.


p/s: Tahap alergik adalah pelbagai..[ada kes masuk paper dulu.. ibu mengandung meninggal sebab sebab kena sengatan lipan. Sampai sekarang aku ingat] berlaku alergik juga pelbagai [rasanya dah kena baru tahu]. Penting untuk tahu kita alergik terhadap apa dan perlu medapatkan rawatan secepat mungkin. Aku bawa dia terus ke hosp sebab aku tak tahu punca sebenar dan andai aku bawa ke klinik mungkin akan diminta hantar ke hosp juga malah perjalanan lebih mudah ke hosp berbanding klinik. Aku bukan expert memandu.

Doktor yang pernah merawat alergik aku pun pesan.. kalau aku kena sengatan seperti lebah pun...aku perlu terus ke hospital. Lepas kena alergik 2 hari / sehari [tak ingat] sebelum hari pernikahan aku dulu tu.. barulah terjawablah persoalan kenapa aku boleh menjerit2 kesakitan ketika kena sengatan lebah masa kat kolej dulu sehingga menyusahkan kakak dan abang ipar.. dan juga pernah kena labah-labah masa ikut abah ke kebun dulu. Sedangkan aku biasanya agak tahan sakit.

Updated 27 Mac 2011:
Sebelum ni saya claim cara ini adalah cara Islam.. saya tarik balik statement saya.. kerana difikir-fikirkan lagi saya tak pernah dengar dari mana-mana ustaz secara direct mengatakan ini cara Islam. Cuma mungkin kewujudan debunga kurma ini yang dbiasanya boleh diperolehi di Mekah / mungkin juga Madinah membuatkan saya terfikir begitu. Mungkin boleh dikatakan petua. Wallahua'lam

21 comments:

  1. semoga suami akak sembuh dan sihat seperti sedia kala...amin...

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,

    sangat sweet ok.

    macam drama. hekhek (^_^)

    ReplyDelete
  3. Ok. saya panik baca.

    Err..debunga kurma pulak yer. Emm... takat ni saya tgh keliru dgn diri saya. Kenapa saya langsung tak buat sebarang usaha (esp bab makan2). Kurma muda yg di blend (juga dari rakan yg balik umrah- tk kirim pun, dia yg belikan) pun masih ada dlm petiais.
    Kadang2 saya rasa saya yang seolah2 taknak anak. Oh Tuhannn... berilah kekuatan.

    ReplyDelete
  4. salam..

    didoakan suami irtiyah sudah sembuh sepenuhnya...

    saya dah cuba dengan debunga kurma tu.. dah abes 3 botol.. tp yelah.. belum rezeki.. bagus juga irtiyah cuba..

    ReplyDelete
  5. ha, dia nak maklumat dari guru data...isk..apa ke hey nyer...sekrang dh ok ke? napa kena password2 bagai?

    ReplyDelete
  6. salam irtiyah,
    moga suami kembali sihat..

    panik jugak bc entri ni..ingtkan biasa2 jer,rupa2nya smpai berkejar ke spital...bahaya btl kes2 alergik ni yer....syukur sy dan en somi setakat ni takde alergik trhdp ape2...

    ermm..debunga kurma.insya Allah akan mencari jugak...

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Irtiyah...berdebar saya membaca setiap perkataan..

    Rupanya sebab tu...terkejut.

    Mujur la takde apa-apa...alhamdulillah.

    Kwn yang belikan debunga kurma tu tau tak psl kes ni?

    Buah zuriat tu baru pertama kali awak try ke?

    Saya tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  8. erm..saspennya baca...ingatkan nape la..
    teruk jugak eh efek elergik ni..
    sampai sesak2 nafas..semoga cepat sembuh.. ;)

    psl serbuk ni..xpernah pulak try..
    ade sape2 nk pergi umrah x?
    nk mintak tlg belikan...hukhuk..

    ReplyDelete
  9. Salam semua...




    to umie ;
    Alhamdulillah. Dah ok. :)




    to TotYati ;
    Hehehe..cuak ok?





    to PUANSTOBERI ;
    InsyaAllah.. cuba la kurma tu... bila kita dah mula.. insyaAllah kita akan lebih termotivasi.





    to nazza_syikin ;
    Alhamdulillah.. dia dah ok. :) Oh bagus la nazza dah makan 3 botol.. saya suka masukkan dalam air horliks.. :)




    to AnimNaim ;
    Ntah la.. tapi rasanya hermis sek kita dah lengkap kan? dekat sistem dia.. maklumat gaji tak lengkap. Suami sebagai tanggungan pun tak ada. Rasanya sek dah setel.. tapi peringkat seterusnya yg tak update. Tak pasal2 cikgu data yg kena. Sorry la tak sempat nak fikir dan nak backing.. tengah panik. Untung aku tak belasah dia. Walhal dia tak salah pun.. huhuhu..




    to Zura Hasan ;
    Alhamdulillah dia dah ok :)
    Cubalah debunga ni.. mana tahu sesuai dengan awak... :)





    to Cikgu ILi ;
    Saya tak bagitau kawan tu, bukan apa.. tak nak la dia rasa bersalah.. lagipun suami dah ok..
    Saya dah pernah cuba buah zuriat sebelum ni...




    to kuntumsuci ;
    Saya pun kebetulan kawan pergi umrah.. kalau kawan tak kenal sangat serba salah juga nak minta tolong.






    .

    ReplyDelete
  10. wah sgt mendebarkan baca mula2 tu..
    btw, salam kenalan ^_^

    ReplyDelete
  11. info yg menarik...mohon follow blog awak ye...

    ReplyDelete
  12. salam pun irtiyah..

    saya cuma nak share,kalau puan kehabisan debunga kurma tu, boleh beli kat ibtisam travel milik ustaz hassan mahmud al-hafiz kat selayang. haritu saya pergi sana sebab buat upah haji arwah ibu saya, saya ternampak debunga tu ada dijual kat sana. sekadar info.. saya doakan impian dan harapan puan tercapai untuk mempunyai anak..ameen..

    ~dilla

    ReplyDelete
  13. salam irtiyah,

    Baru hari ni saya buka entry ni mase tgh santai-santai tgk blog irtiyah. Saya pun penah makan serbuk kurma tu, tapi cuma 1 botol je yang ada, so bile dah abes tak tahu dah nak dapat kat mn? irtuyah masih amalkan lagi?

    ReplyDelete
  14. @fadwah

    Salam

    Saya pun dapat sebotol aje. Tapi sejak insiden en.suami masuk hosp tu.. saya tak amalkan. Ada pun sekejap aje. En.suami bising.. dia kasi makan sikit je... tak galakkan sangat. Mungkin dia fobia kot. Kalau dia memang dah tak sesekali la lepas tu nak guna.

    ReplyDelete
  15. akk..sy pun na pegnen..tp br je 1 tahun lebih kawen.. ramai yg da tanye2 tnpa taw perasaan sy...siap dorang bgth 'asal lmabt sgt..ke korang merancang tanak anak utk jg badan" smpai cmtu skali..kekadang smpai mls nak balik kmpung or jumpe org2..mesti bende ni dlu yg dorang tnye..mmg xkecik hatii tp ssh la..salu maz jawab je 'belum ade rezeki kot' kalau dh terlebih mls nk jwb...tggu dlu la,muda ag nih' tu jwpn simple..mls nak jwb byk...tolong la kak...suami pun mcm berubah bila taw sy pegnen asyik gugur2 je.. slm.

    ReplyDelete
  16. @♥♥♥Mrs_IceLemonTea♥♥♥

    Sabar ye dik... Memang sampai takut balik kg pun tu hampir semua org macam kita alami.

    Tentang suami tu.. berdoa agar Allah buka hatinya untuk memahami dan memberi kita semangat. Doa ye dik. Hati manusia ni ...Allah yg kawal. Moga2 Allah pandu kita semua. Amin

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum salam kenalan dr zila..zila pun baru je dapat sebotol ni kakak masa keje tempat lama bg..caner raa dia eh..campur air ye makan nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      org yg bg pd saya kata, campur dengan minuman panas.

      Delete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.