Rawatan Kesuburan [Petua] 6 :: Buah Zuriat [Siri 2] :: Buah Hawa

Updated on 27 Mac 2011;
Disebabkan ada yg tersalah faham.. saya ingin menegaskan saya TIDAK PERNAH MENJUAL BUAH ZURIAT. Akan datang saya tak tahu la... Kalau ada di bahagian komen, itu ditinggal oleh orang yang saya tidak kenali. Saya biarkan komen itu andai ada yang betul2 memerlukan. Tetapi secara peribadi.. bagi saya harga itu terlalu mahal. Mungkin akan datang saya akan delete komen tersebut. Harap maklum.

Updated lagi 27 Mac 2011:
Sebelum ni saya claim cara ini adalah cara Islam.. saya tarik balik statement saya.. kerana difikir-fikirkan lagi saya tak pernah dengar dari mana-mana ustaz secara direct mengatakan ini cara Islam. Cuma mungkin kewujudan buah ini yang dikatakan hanya boleh diperolehi di Mekah membuatkan saya terfikir begitu. Mungkin boleh dikatakan petua. Wallahua'lam

Entri berkaitan sebelum ni ..Rawatan Kesuburan [Petua] 1 :: Buah Zuriat [Siri 1]

Kali ni saya dapat bekalan buah zuriat dengan kirim seorang kawan yang pergi umrah baru-baru ni. Selain saya minta dia doakan, saya minta dia belikan buah zuriat.

Kali ini dia ajar saya [berdasarkan penerangan seseorang] caranya berbeza dengan cara yang saya tunjuk dalam entri yang saya link kan di atas tu iaitu Rawatan Kesuburan [Petua] 1 :: Buah Zuriat [Siri 1]. Sila rujuk untuk dapat membezakan jika berminat.

Cara yang diajar kepada saya.. Click Here To Read More!

Buah ini dipanggil buah hawa. Sebenarnya benda yang sama.
Sabutnya diparut atau ditumbuk. Selepas itu masukkan serbuk tu ke dalam minuman panas. Kalau tak silap saya kena tapis la.. sebelum minum [maaf kalau salah maklumat]. Atau ...... rebus serbuk tu dengan segelas air sehingga airnya sejat menjadi separuh gelas, tapi rasanya agak tak sedap la kalau guna cara ni.








Saya dah parut tadi. [En.Suami yang buat]. Tapi sebab buah tu kecil.. takut tangan terkena parut.. En.Suami guna pisau tajam untuk hiris baki sabut tu. Lepas tu saya blander la serbuk2 dan sebahagian hirisan2 tadi supaya lebih halus. Saya bland kering.

Sama ada saya nak guna masuk dalam air panas atau rebus tak tahu lagi. Bijinya saya simpan. Mungkin boleh guna cara sebelum ini.

p/s: Memang banyak versi cara menggunakan buah zuriat ini. Saya pun tak tahu mana satu cara yang paling berkesan. Cuma bagi saya kalau ada peluang, tak salah guna pelbagai cara tersebut. Tapi kalau memang tak banyak peluang, buatlah cara mana yang paling selesa bagi kita dan mudah untuk dibuat. Kita hanya berusaha.. Allah yang menentukan segalanya.


Updated: Baru teringat.. orang tu pesan... cuma isteri je boleh guna buah hawa ni. Wallahua'lam





19 comments:

  1. Semoga berjaya kali ni.....saya suke entry ni...sapa la nak pegi umrah..nak kirim.

    ReplyDelete
  2. ahaaa...gtew pulak eh cara nya..
    ritu da gak dgr org kata kalo yg parut ni campur dgn susu kambing..tp xtahu la sejauh mn keberkesanannya..wallahua'lam...

    sy nk cuba gak la wat camni irtiyah.. ;)

    ReplyDelete
  3. pegawai kat ofis umie pun tgh wat umrah sekarang ni..umie pun ada kirimmkan doa dan kalu dia berkesempatan pun ada gak minta dia tolong belikan buah zuriat ni...

    ReplyDelete
  4. memang ada byk cara.. ada mak sedara yg tlg belikan buah hawa ni bgtau, pakcik yg jual ni ckp rebus je semua tu (kulit dan biji) dgn memecahkannya dulu.. pernah tanya ustaz, dia suh sagat kulit n blender dgn air soya, n bijinya dipecahkan dan direbus.. ada yg ckp kene minum laki bini.. ada yg ckp utk isteri saja.. hm.. memang betul irtuyah ckp, buat mana yg mampu n selesa..

    ReplyDelete
  5. Salam semua...


    to Cikgu ILi ;
    InsyaAllah.. doalah..mudah2an Allah buka peluang tu... dapat krim dari kawan2..mana tahu kan?




    to kuntumsuci ;
    Macam-macam cara eh...




    to umie ;
    Alhamdulillah.. mudahan-mudahan.. amin.





    to nazza_syikin ;
    InsyaAllah niatkan dengan betul.. tentu Allah balas. Amin.





    .

    ReplyDelete
  6. nama buah ni dalam bahasa arab atau english ap?

    ReplyDelete
  7. Salam to zulaikha;





    Maaf la saya tak pasti tapi kalau tujuan nak beli, di Mekah tu.. biasanya mudah nak dibeli. Sama ada bertanya kepada rakyat malaysia yang ada di sana guna istilah BUAH HAWA, BUAH ADAM, BUAH ZURIAT, malah ada yang guna istilah BUAH KOKA. Yang pasti kalau tengok mesti boleh cam. Maaflah kalau jawapan saya tak membantu. Setakat ni saya kirim dengan kawan yg pergi umrah, rasanya mudah aje nak jumpa. Wallahua'lam





    .

    ReplyDelete
  8. salam..

    kalau ada sape2 nak buah zuriat ni, saya ada jual ye..ready stok.
    sepasang rm40 termasuk poslaju.

    kalau nak, pls sms me 016-9865624 [ira sulaiman]

    ReplyDelete
  9. salam semua...

    saya pernah juga cuba minum air buah hawa nie.caranye berlainan sikit.sebiji buah hawa di belah dua.lepas tu rendam biar buah hawa tu terbenam dalam air (dalam keadaan telangkup) biarkan semalaman.esok bangun pagi dua-dua bangun tidur jangan bersihkan diri (x payah gosok gigi) sedut air buah hawa serentak sambil mengadap kiblat dan menadah tangan sambil berdoa agar di kurniakan zuriat.sedut air buah hawa hingga kering.itulah cara yg di ajar oleh bidan di tempat saya.

    ReplyDelete
  10. @ct

    Salam ct,
    terima kasih kongsi info ni. =)

    ReplyDelete
  11. salam,
    nk tanya pasal buah zuriat ni. sama ke ngn buah hawa? buah adam? ke lain2?

    confius sket.

    ReplyDelete
  12. @@ntu_@we

    Salam

    Setahu saya ya.. buah yang sama. Nama yang berbeza.

    ReplyDelete
  13. semoga usaha akak ber buahkan hasil...saya pun masih tercari2 buah ni...lom penah cuba lagi

    ReplyDelete
  14. @E K A

    Amin
    Ada juga yang menjual melalui internet.

    ReplyDelete
  15. ABIS TU AIR YG DIREBUS TU KENA MINUM SAMPAI BRP HARI LAK?

    FISYAH

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    Yang saya tahu.. air tu setiap kali minum, dalam satu gelas je.. baki dia simpan dalam peti ais ke.. esoknya nak minum panaskan semula.. boleh tambah air masa tu.

    buat sehingga rasa air tu tawar.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  17. assalam semua... sape2 ade jual buah zuriat ni?tgh mencari juga ....

    dah 2 tahun kawin tapi masih belum dikurnia kan zuriat.ada masalah period yang sgt tak teratur... xtau macamana nak buat.ade sesape bole bg advise? nak jumpa doctor yang elok ke? lisa tgl area cheras. kadang sgt moral down hurmmm sgt...


    not a blogger,
    ~ Lisa ~

    ReplyDelete
  18. @Anonymous

    Di entri http://irtiyah.blogspot.com/2010/01/rawatan-kesuburan-cara-islam-2-buah.html cari komen yg ditinggalkan oleh S.I pada November 24, 2011 11:43 AM

    atau

    baca entri http://irtiyah.blogspot.com/2011/11/rawatan-kesuburan-petua-7-buah-zuriat.html

    Kalau nak regular kan period.. kalau jumpa doktor biasanya mereka bg jenis pil perancang. Kena ikut saranan doktor. Saya tak pandai nak tunjukkan mana yg baik.

    Lagipun saya x suka pil macam ni.. bg saya ia pil yg bekalkan hormon. Ada orang dapat baiki masalah irregular period. Tapi bg kes saya.. tak berkesan. Kalau saya, saya cadangkan homeopati. Wallahua'lam

    Maaf kalau info x betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam...sy pn nk share jugalah berkenaan kaedah makan buah siti hawa@adam hawa@zuriat@koka ni..sy bru ja dpt buah ni dr sorg senior kt tmpat keja..3 biji..katanya buah ni perlu di kikis kulit luarnya dgn pisau or penyagat buah..lepas tu amik sdikit sapu pd bhgian ari-ari (pangkal peha) kemudian bakinya dibakar dan dijadikan serbuk..lepas tu bleh dcmpurkan dgn air minuman atau campur madu..juga bleh msukkn dlm kapsul..dh 2 rakan cuba cara ni brjaya hamil..sy pn sdkit confuse..cr mana lbih berkesan?

      Delete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.