18SG : Rupa Embrio (4 Gambar) Sewaktu ICSI Gagal

*Aku dah kata tak nak tulis dah pangkal tajuk.. Kalau aku tulis mungkin aku mulakan dengan "Rawatan kesuburan : ....." 18SG ni bukan la pangkal tajuk yg baru.

Dulu.. Ogos 2010... Ketika aku dalam ketakutan, bingung, kecewa, mengaharap.. aku tercari-cari bagaimana rupa embrio yang aku kandung. Adakah benar ia telah keluar sekaligus usahaku gagal? adakah yang keluar tadi baby aku?

Adakah ketiga-tiga embrio kami yang gred A yang telah berkembang menjadi 8 sel itu benar-benar telah gagal semuanya? atau mungkin baru satu yang keluar? Adakah baki yang tinggal untuk membesar dalam rahim ini?

Kau tak kan tahu betapa tingginya harapan agar rawatan itu berjaya kecuali kau sendiri melaluinya. Apabila impian tinggi melangit, pasti sakit teramat apabila jatuh dari ketinggian itu.
Aku tahu aku tak boleh meletakkan harapan setinggi itu.. Tapi apakan daya, aku cuma manusia biasa.

Aku rasa entri ini sangat membantu mereka yang memerlukan. Aku harap tiada yang memerlukan. Siapa yang mahu melihat embrio yang dikandung berada di tapak tangan? Tapi sekurang-kurangnya... dengan entri ini, orang yang mengalami dan masih tertanya-tanya dapat bersedia sebelum menerima sendiri berita yang paling ditakuti dari doktor.

Masa itu walaupun aku rasa apa yang keluar sememangnya baby aku.. tapi aku tidak pasti kerana tidak tahu bagaimana rupa sebenar embrio di luar tubuh manusia. Masa kami bawa ia kepada doktor pun, mengikut pemerhatian beliau memang apa yang kami bawa ialah baby kami. Keputusan penuh diketahui seminggu selepas itu kalau tak silap (melalui ujian darah). 

Usia embrio @ janin ini (gambar di bawah ni) lebih kurang 4 minggu. Jika kehamilan normal, mungkin usianya 4 minggu lebih sebab sewaktu embrio di masukkan ke dalam rahim, ia telah membina 8 sel dan kalau tak silap dah berusia 3 hari dan ketika itu, halus sangat.. kena guna alat khas nak tengok.. masih terbayang melihat di skrin embrio berusia 3 hari yang doktor tunjuk sebelum masukkan ke dalam rahim. Dan selepas 4 minggu ia berada di dalam rahimku, dengan kehendak Allah, ia pun keluar. (Gambar di bawah ni).

Nak ikutkan aku dah pregnant (melalui ICSI) tetapi hanya bertahan selama sebulan (lbh kurang). Sebab apa gagal? Ada dua sebab yang mungkin menjadi punca.. itu dari segi kedoktoran, tapi dari hakikatnya Allah belum mengizinkan.
Disebabkan gambar-gambar ini akan mengganggu ketenteraman sesetengah orang, aku dah simpan molek-molek.. sesiapa dah bersedia dan dah buat pertimbangkan sendiri untuk melihat, sila masukkan password. Password aku bagi siap-siap di bawah ni. Jadi tak ada orang patut salahkan aku sebab 'terklik' entri ini lalu terkejut.

Ada 4 gambar semuanya (ada kesilapan tadi buat tajuk kata ada 8 gambar. Sorry). Semuanya adalah baby yang sama. Apa yang aku faham, ini adalah satu-satunya embrio yang berjaya menempel dinding rahim tetapi tidak bertahan lama. Doktor masukkan 3 embrio. Lagi dua mungkin gagal sebelum itu lagi kerana sebelum dan selepas dari kejadian ini, tiada kejadian serupa berlaku.






Password = embrio



Masa aku jalani rawatan ini, entri yang ada dalam blog ini adalah entri berpassword. Masa itu, rajuk aku masih belum reda. Sekarang pun aku masih teragak-agak apabila ingin membicarakan tentang rawatan yang aku lalui.

Memang, dengan ahli keluarga pun aku tidak bercerita sangat. Mungkin mereka pun tak tahu apa yang aku dah lalui. Masih teringat tatkala bius yang disuntik di tubuhku telah hilang sedangkan operasi di bilik bedah masih berjalan. Sakitnya sehingga menitis air mata... (badan aku tak jalan bius yang kadar biasa orang perlu sedangkan bius tak boleh berlebihan. Orang lain masih tak sedar walaupun operasi dah selesai). Sebab apa aku tak bercerita? sebab tidak semua orang akan memahami malah akan menyakiti diri kita sendiri bila yang mendengar menyalahtafsir apa yg kita sampaikan.


Aku ada banyak juga cerita disebalik ICSI yang gagal... (dan rawatan-rawatan lain) aku simpan dengan sebab yang dinyatakan tadi..

Tapi apabila aku diam membisu.. aku tetap disakiti dengan alasan mereka tidak tahu.

Habis apa yang mereka boleh lakukan untuk TTCians sebenarnya? Bagi aku (mungkin tidak sama pandangan dengan TTCians yang lain)... DIAM dan berdoa untuk TTCians tanpa TTCians ketahui itu lebih baik. Tak perlu bertanya dah buat itu ini... ke belum.

Contoh: seseorang tu dah masuk bilik bedah beberapa kali.. ko datang sengih-sengih suggest kawan tu makan panadol? Ntah.. aku rasa annoying kot. Zaman sekarang ni, ilmu tu ada di hujung jari.. nak berperang kena ada ilmu, nak berbahasa tak payah ada ilmu ke?

Apatah lagi soalan super duper bodoh...seperti ;  "Bila nak mengandung?" ..... "Tak cemburu ke dengan adik dah ada anak tu?"


Tetiba emo... sebab dah kena la. Emo sikit. Sikit je.. Emo sebab kena smash.

p/s : ICSI tu lebih tinggi dari IVF. IUI tu bawah dari IVF. Sila buat research kalau masih nak tahu yang selanjutnya.

Dah lama nak buat entri ni.. tetiba bila flash punya flash ter-emo pulak. Dah jangan emo-emo lagi. Happy .. happy sudah..

46 comments:

  1. Assalamualaikum kak irtiyah..adik hrap kak irtiyah sabar dan sentiasa bertawakal pada Allah..setiap yang terjadi pasti ada hikmah yg Allah sembunyikan..sya juga seorang TTCian..dah kawin 8 thun...awal tahun 2012 ni...semasa usia perkhwinan memasuki tahun ke8..kmi dikurniakan berita gembira bahwa sya hamil setelah bermacam dugaan yang kami terima sepanjang minggu sebelum kami mengetahui akan kehamilan sya (adik sya kemalangan kerata dan adik ipar kemalangan motor dalam masa hanya selang 4 hari).terasa terbang segala kesedihan yang kami lalui sepanjang minggu yang penuh dugaan itu..dan terasa betapa singkatnya penantian 8 thun itu..Sepanjang kehamilan sya tdk pernah mengalami alahan yang melampau..bahkan sepanjang kehamilan sya merasa sgt sihat dan ceria.Namun benarlah...kita hnya mampu merancang..namun Allah yg menentukan..sya melahirkan anak sya semasa 6 bulan mengandungkannya..dan anak sya hnya dpat berthan hidup selama 4 hari..Allah lebih menyayanginya...dia kembali kepada penciptanya bersama segenap cita dan cinta kami untuknya..terlalu besar kasih yang tak sempat kami tumpahkan untuknya..dan yg paling membuat sya terkilan ..setitik pun air susu sya tak sempat tuk sya berikan padanya selama dia hidup ..tapi sya yakin..takdir Allah ini adalah yg terindah tuk sya dan suami...dan kini hampir 6 bulan pemergiannya...sya pun tak pernah menyangka bahwa sampai saat ini sya masih bisa bertahan dan Alhamdulllah Allah berikan sya dan suami kesabaran dlm menjalani semua ini..maaf cerita sya terlalu panjang..dan doa sya moga kita saling menguatkan...kerna kita berkongsi cerita yang sama..perasaan yg sama..dan mudah2an doa kita sma2 dikabulkan agar kita diberi upaya olehNya tuk bisa melahirkan..membesarkan dan membimbing anak2 kita kelak..aamiin3x...salam perkenalan..MAMAMUNIF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamamunif
      Salam perkenalan.

      Terima kasih sudi baca dan tinggal komen. Tak perlu la minta maaf. Saya memang mengalu-alukan kawan-kawan share pengalaman dan perasaan di sini.

      Kisah Mamamunif mengingatkan saya, setiap orang ada ujian masing-masing. Malah betapa seninya Maha Pencipta, dalam ujian yg sama, Dia bagi liku-liku yg berbeza.

      In sya Allah suatu hari nanti, impian kita tercapai. Mudah-mudahan. Datanglah lagi dan kongsi la apa-apa pun. Moga-moga bermanfaat kepada kawan-kawan lain juga.

      Delete
  2. Salam kak irtiyah dan pn. mamamunif,

    Terima kasih sudi berkongsi, sesungguhnya kesabaran akak berdua sangat sangat memberi semangat untuk saya. Semoga Allah rahmati kalian~ Ameen ameen ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Vyra..

      amin..amin..amin..
      Terima kasih sudi baca dan tinggal komen.
      Adik pun ber-TTC juga ke?

      Delete
  3. pada usia perkawinan 2 tahun 4 bulan doc suggest peluang untuk dptkan anak hanya dgn cara ivf atau icsi. luluh hati dan kaki rasa tidak berpijak pada bumi...sy belum bersedia untuk kedua2 cara itu..boleh saya tahu berapa anggaran untuk ivf dan icsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya.. kes kita lebih kurang sama saja. Kalau saya, tak ada cara lain.. IUI pun tak akan boleh, IVF pun tidak.

      Tapi doktor RosDiana kata IVF mungkin boleh.

      Tempat saya buat rawatan dulu, kalau IVF pun, mereka akan terus buat ICSI. Kalau tak silap doktor kata antara RM 10 000 - RM 12 000 sebenarnya. Yang mahal ialah ubatnya kata doktor. Setiap manusia perlukan dos yg berbeza ikut kes. Jadi mungkin ada perbezaan kos sebab dos ubat yg sedikit/banyak.

      Lain tempat lain kadarnya. Yg saya bagi tu kira ICSI. Kalau swasta ada yg sehingga RM 20 000 lebih. Bukan nak takutkan.. tapi nasihat saya.. cari maklumat lagi tentang harga, pengalaman orang, kadar kejayaan dan sebagainya. Paling penting mental kena kuat.

      Hugs~

      Delete
    2. Assalam,

      Kes saya pun sama dgn RosDiana, doktor trus suggest IVF..sy menangis sepanjang malam tuh...tp sy tabah dan kuatkn hati sy utk truskn dpatkn 2nd opinion di tmpat lain. Harap sy kuat cam kak Kak Irtiyah dan para TTCians yg lain

      Delete
    3. Salam
      Sabar ye. Kuatkan semangat. Sebenarnya bila kita diuji, kita tiada pilihan selain menghadapinya. Antara hadapi dengan lemah atau hadapi dengan tabah. Jauh kesannya. Pilihlah ketabahan.

      Delete
  4. Aduh... mahalnyer... biarpun dulu akak terima memacam dugaan... yang rasa akak macam nak bunuh diri pun... tapi... sekarang akak rasa dugaan akak lebih kecik berbanding irtiyah... dulu akak gagal first time dengan ectopic (selepas 5 tahun mencuba)... sakit sampai berguling, tapi akak tetap nak teruskan kandungan kalau doktor kata boleh simpan... hmmmm...

    Masa kata hospital, akak tak sedarkan diri sangat... tapi akak dengar sora orang cakap lebih kurang ayatnya bermaksud...

    "Sayang jer sakit macam ni tapi tak ada anak kat sebelah !" ...

    aduhh... pedih ayat macam tu kan ?

    Semoga Irtiyah tetap tabah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sebenarnya kan kak.. dari segi kewangan, kitorang tak mampu pun. Tapi kena cari jalan juga la. Bila confirm usaha kitorang tu gagal.. doktor terus je tanya "bila nak buat sekali lagi"?

      Ya Allah.. dalam hati.. kalau la murah.. berapa kali pun aku sanggup buat walaupun sakit.. malu. Masalahnye.. bukan ada duit berpuluh ribu dalam bank...

      Sabar je la. Allah lagi tahu.

      Delete
  5. Awk dah buat ICSI?? jauh sudah perjalanan awk....sy baru nak plan buat, tapi menurut doktor kena lalui IUI dulu. jika gagal, IVF pastu baru ICSI.

    tabahnye kalian berdua...saya yg lihat ni rasa sedih la pulak. kos rawatan bukan murah. kalo setakat 2 ribu tu masih mampu lagi kalo nak buat 4-5 kali. Ya Allah...tabahkan la hati hambamu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga usaha awak berjaya. Ikut kes.. kalau kes ada masalah sperm biasanya memang kena lompat peringkat terus IVF. Kes lagi serius IVF pun tak boleh terus ICSI. Kalau sperm tiada masalah memang mula dari IUI atau sebelum IUI pun dah berjaya.

      Dulu IVF tu apa.. saya pun tak tahu .

      Delete
  6. Salam perkenalan utk awak dan mama munif...mcm2 yang dilalui anda..sedangkan IUI pn satu langkah yg berat, ape tah lagi IVF dan ICSI...tapi benar, Allah mengetahui apa yang terbaik utk hamba-Nya..bahkan, Dia takkan uji kita dengan sia-sia..kadang2 kita yg khilaf ini selalu merungut dan meratap ttg sesuatu yang masih belum pasti milik kita... pandanglah suami disisi, syukur ada ahli keluarga dan kawan2 yang memahami.... saya suke ada sorang blogger ni tulis- TTC juga ada hak utk menangis dan bersedih..kalau sy, sy akan menangis, tapi lepas tu sy akan rasa lebih kuat n tabah hadapi segalanya...
    utk TTcians, bertabahlah kita semua..dgn berTTC ni membuatkan kita makin dekat dgn Allah s.w.t, bukan? baik kita, ataupun suami.. bukankah itu pahala ? be strong kawan2....huggsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Selamat berkenalan Nissa,
      Terima kasih sudi baca dan tinggal komen.
      Benar kata awak.. semua ini ada hikmahnya.. yang paling penting mudah-mudahan mendekatkan kita pada Allah.

      huggss~ kita tak keseorangan =)

      Delete
  7. Salam Irtiyah
    saya baru je buat entry psl IVF ni..
    Bila baca ni baru saya tau yang Irtiyah nak buat proses ICSI
    saya masih berkira2 lagi nak buat IVF /ICSI ni
    tapi doctor suh cepatkan proses..saya buat dgn gov je..
    tahla saya tak boleh nak buat keputusan, saya x ready lagi..
    saya pun tak tau nak cakap camne, tak dpt nak buat keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Suwaibah
      Typo kot... saya bukan 'nak' buat ICSI tapi 'dah'. Mungkin sebab Suwaibah memang tengah bercelaru nak buat keputusan sampai silap tulis. =)

      Macam ni la.. Suwaibah buat solat istikharah. Rawatan ni bukan perkara kecik. Walaupun ramai yg buat dan kata bersedia.. akhirnya stress... macam saya. Bukan sebab bergantung berjaya atau tidak rawatan ni.. tapi sememangnya rawatan ni memberi tekanan kerana pesakit biasanya mengharap sangat disamping pengaruh ubat, hormon, kos dll.

      Pastikan Suwaibah dah betul2 ready baru buat. Tak kisah la nak buat sekarang atau nanti.. banyakkan research tau. Banyak perlu tahu dan bersedia utk rawatan ni.

      Last sekali.. jangan risau sangat.. Allah bersama kita. Apapun kita buat kerana Allah. Dan hasilnya kalau tak kat dunia.. pasti ada di akhirat. Allah bg peluang sebab nak kita naik pangkat sebab tu dia uji macam-macam.
      hugs~~~~~

      Delete
    2. Salam Irtiyah

      Yup, typo.. :P

      Thanks byk2 for the advise.. sbenarnya sue rase hati n emosi blum betul2 kuat.. mungkin sue nak tggu.. tapi x tau sampai bila .. mungkin sue proceed dgn rawatan lain dlu.. tahla.. mmg betul2 celaru skang..

      mungkin solat istikharah cara terbaik tuk leraikan kusut kat kepala ni.. huu..

      semoga ade rezeki nant tuk kita.. aminnnnn

      ~hugss :)

      Delete
    3. Salam
      In Sya Allah.. semoga suwaibah kembali tenang tak lama lagi. Dan.. mudah-mudahan rezeki kita tiba x lama lagi. Tak payah pening kepala dah. hugs~~ =)

      Delete
  8. Salam irtiyah,

    Soklan xjeles ke dgn adik yg dh ade tu mmg sy kena byk kali raya thn ni. Ade yg tanya dpn2 mertua. Huhu sedih pdhl nk aje ckp, sy bkn mariam boleh mengandung sendiri.

    Sabar je yg mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Melampau kan? nak smash kita pun.. tak kan depan mak mertua kita. Kalau tipikal fikiran orang.. perempuan yg disalahkan.. dah tu cakap depan mak mertua kita lagi?
      Nampak mcm nak aniaya je.. walaupun hakikatnya.. !!! kita tetap cuba menjaga hati suami / mertua.

      Tipikal fikiran mengatakan masalah TTC ni memalukan. Apa la..

      Delete
  9. Salam Irtiyah dan semua kengkwn.
    Salam perkenalan buat semua. Sy pun telah buat icsi. Tapi blm ada rezeki. Sesungguhnya sy memahami keperitannya dan perasaan anda semua.

    Sy penah ditanya dgn sorang kenalan, "nape x de baby lg ni, merancang k" dlm hati Sedihnye, smbl pk tak kn nk merancang dh kawin 6 thn.

    ~fuadiah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Mereka tak tahu apa yg kita rasa, apa yg kita usaha. Mereka hairan melihat kita.

      Sabarlah..

      Delete
  10. salam irtiyah,
    salam kenal..sy rasa sy pernah komen, tp xberapa pasti pulak..boleh sy mintak email irtiyah x?ada hal sy nak tanya, tp rasanya xselesa pulak kalau tanya direct kat sini je..hehe terima kasih byk ye

    ReplyDelete
  11. Salam...sayu sgt bc pengalaman kwn2 ttc yg lain...sy dh buat icsi 2 kali...tp belom lg rezeki kami....plg sy terasa ms second icsi..w.pon sempat 5w ja...tp kesannya ttp terasa...skrg masih consider utk buat icsi ke3...tp nk cuba kt hospital lain pulak...moga2 usaha semua kwn2 ttc termsk sy akan termakbul....amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Semoga berjaya dan dipermudahkan urusanmu.
      Amin

      Delete
  12. Kawan2..nk ajak join whatsapp ttc. Do contact me. 0122193870. Sarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah, saya ada beri maklumat ni kepada seorang reader hari ini. tak tahulah dia hubungi sarah atau tidak.

      Delete
  13. saya pernah mengalami hal yg sama...gugur pada masa 7 mggu...tp dh ade rupa cicak...terlalu panik xsempat pon nk snap...trus berlari bwk jumpa doc...baby tu dh siap ade tulang rusuk...sedey...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedeynye lagi sedey bila dia sudah membentuk rupa kan? Semoga Allah jaga kita

      sabar ye..

      Delete
  14. saya pon pernah gugur masa tu wat iui...baby dh 7mggu...masa tu panik xsempat nk snap...trus bawak jumpa doc...baby tu mcm bentuk cicak mata besar n dh ade tulang rusuk....sedey...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy paste hehehe :
      Sedeynye lagi sedey bila dia sudah membentuk rupa kan? Semoga Allah jaga kita

      sabar ye..

      Delete
  15. Terima kasih atas perkongsian pengalaman..saya pun sedang TTC dah dua tahun lebih..kisah-kisah kalian memberi semangat untuk saya tak berputus asa.Semoga ada rezeki untuk kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply.
      In Shaa Allah. Ada nanti.. Allah masih mahu menguji buat masa ini.
      Jangan berputus asa. Allah tak suka. :)

      Delete
  16. Saya dah buat icsi..keputusan darh dah tau..bacaannya kurang memberangsangkan.mmgu dpn ulang lg skali itupun klu xperiod.pengalaman sy..nak menjalani rawatan ini bkn sja kewangan perlu ada tp persediaan mental perlu sgt2..walaupun berkali2 sy dan suami kata kami redha dgn apa keputusan tp rebah jgk..sylah terutamanya,suami ok..dia byk memujuk supaya sy redha..semuanya atas kuasa tuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga masih ada peluang, rahsia Allah kita tak tahu. Fikir positif dulu.
      Betul dalam masa yg sama kita perlu redha.

      Memang tepat sekali. Persiapan mental dan emosi sangat perlu. Selepas rawatan saya gagal. Saya dapati berat badan saya turun 6 kg dalam masa lebih kurang sebulan.

      Delete
  17. salam..
    usia pkhwinan sy 2thn 2bln.kami dh buat ujian ksuburan n dapati huby tiada sperm.doc syorkan huby operate utk dapatkan sperm.sekiranya berjaya dapatkan sperm,kami ke prosedur ivf..sebenarnya sy tak faham sgt antara ivf dan icsi..doc tak ckp plak psl icsi.adakah proses yg sy akan buat ni di namakan icsi? ade sape2 yg bleh tlg jwbkan?-sulily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Semoga bersabar dengan ujian yg Allah beri.
      Berdasarkan apa yg saya tahu.. tempat saya buat rawatan dulu Dr dan kakitangan hanya memanggil prosedur sebagai IVF tetapi sebenarnya apa yg dilakukan ialah ICSI atau IVF-ICSI.

      Beza kedua-duanya
      IVF : sperm (dari lelaki) dan telur (dari wanita) diletakkan di dalam satu tempat dan mereka senyawa sendiri. Sperm mestilah betul2 "bagus" supaya mampu buat persenyawaan sendiri.

      ICSI atau nama lain IVF-ICSI
      embryologist (bahasa mudahnya doktor) akan suntik sperm (dari lelaki) ke dalam telur (dari wanita). Bermakna mereka senyawa dengan bantuan doktor.

      ----
      Kedua2 prosedur ini jika berjaya.. sel2 akan berkembang sehingga peringkat yg sesuai utk dimasukkan ke dalam rahim. Anggaran 3 hari selepas persenyawaan

      lebih kurang begitu. Kiranya secara logik manusia biasa... ICSI lebih bagus sbb doktor terus bantu mereka senyawa. sebab sperm yg tak kuat tak akan mampu menembusi telur. Allahua'lam

      Seeloknya dapatkan penjelasan dr sebelum buat keputusan atau memulakan rawatan.

      Delete
    2. kedua2nya dibuat di luar badan manusia sblm dimasukkan ke dalam rahim . beza sama ada sperm usaha sendiri vs doktor suntik.

      jika nak kaji lebih dalam ada isu2 yg berkaitan. tp sebagai org awam macam saya, saya tak buat research terlalu dalam. sekadar tahu gitu2 je

      Delete
  18. Salam...
    Sy sedang mencari2 semangat after my ivf-icsi fail a week before hari raye baru2 ni. Tiba2 terjumpa entry ni...ade jg org yg senasib dgn sy. Just to share my experience..
    Sy dh berkahwin 4 yrs. Kahwin agak lewat me 34 & my hsbnd 39 mase tu. During 4 yrs mcm2 usaha dh buat berurut mkn ubat mcm...xde rezeki( nak sedapkan hati). IUI 2 kali try both failed. Then finally tried ivf-icsi di MAChukm.
    After my 1st appnment with prof zainol, we decided to do ivf-icsi. My folicoller transfer about 4 days before embrio transfer. Sebelum tu mmg byk mkn ubat2n & jg suntikan yg kosnya agak boleh tahan. My embryo-transfer a week before puase.Tp sy diserang batuk plak. Alhmdulillah my husbnd sgt cooperate since sy x boleh byk bergerak. Duk dlm kete pn beralas bantal bertingkek2. Terasa hsbnd sungguh caring mase tu...huhu. Dapat mc almost 2 weeks. After mc terpaksalah bertugas mcm biase turun tangga naik tgga bergerak ke sana sini. Nak bercakap slow tak boleh... Ape nk buat sy yg menurut perintah.
    Ramadhan sy lalui dgn penuh pengharapan & doa spy hajat dimaklbulkan. Hari2 yg dilaui terasa bkn diri sendiri demi mjadi kandungan.
    4 weeks after embryo transfer sy igt lps tu sblm sahur dan sy tgg my period xdtg sy try pregnancy test....ada double line...+ve...gembira bukan kepalang. Then sy sengaja letak ditempat my husbnd boleh lihat... utk suprise la konon.
    After my hsbnd tgk n then he asked me to reconfirm, nmpk wajah ceria....siap buat sujud syukur. Rase sgt terharu mse tu...
    Keesokkan harinnya kmi ade appoinment di MAC, during scanning embriologist to kata xnmpk ape2. Mase tu air mata dh mengalir n terus mgalir. Tp sy informed her my preggy test +ve. Nk cnfirmkan embriologist to panggil doktor. Mgkin nk sedapkan hati sy ..dr. kate mgkin baby sembunyi tp dr suruh buat tst darah (HCG test) to detect preggy.Result a few days. Dr. jg inform mgkin kesan ubat yg diambil tu yg mybbkan test yg sy buat tu +ve. Tuhan je yg tahu perasaan sy mase tu...air mate ni xboleh tahan2 terus je mgalir mase tu. Tp hati sy kuat mgatakan kuasa Allah ape2 boleh berlaku. Sy terus berdoa & +ve thnking.
    Mlm terasa perut cramp. Tp sy pernah google kalau cramp maksudnya baby nk membesar. Mase tu rase sgt gembira. During our sahur I told my husbnd...dia turut gembira.
    Esoknya sy bekerja spt biase. Unfortunately...mase tgh bertugas waktu tu tghari sedg duduk mnanda tugasn2 pelajar. Rase ade sesuatu .. Terus call hsbnd & trus bawa ke hospital. Nmpk wajah kecewa hsbnd ...tp sy rase lg kecewa.
    Sy duk dlm wad shari smalam & spnjg mase tula sy hanya menangis. Beberapa doktor dtg menenangkan siap bagi tokens takut sy kemurungan. Mase tu seminggu sblm raye same ngan tarikh mh17 ditembak..(tibe2 je)
    Hingga saat ini sy msih bersedih. Biaselah...perempuan2 kat tempat kerja sy ni asal berkumpul crite ank, asal crite anak je berkumpul...siap perli ngan yg mmber gosip lain. Apatah lg balik kmpung bhari raye. Tuhan je yg tahu. Sy sgt terasa...geram, marah, myampah sume ade. Rase nk sound je kat diaorg2 tu. Tp igt hsbnd ckp....sabar. Terasa sgt demotivate.
    Hsbnd suggest buat lg...tp I refused fikir better cari ank angkat. dan skg ni sy masih mcari kekuatan...kdg2 terfikir mgkin Tuhan nk bg pahala atas dosa2 sy yg lalu...mgkin...mgkin. Ade jg kwn2 n famili yg bg smgat. Tp rakan2 sekeliling yg bertuah dikurniakan rezeki ank msih bercakap2 n kecoh2 pasal ank diorg ke kandungan diorg ker...
    Itulah pengalaman sy.....:(

    ReplyDelete
  19. Salam...
    Sy sedang mencari2 semangat after my ivf-icsi fail a week before hari raye baru2 ni. Tiba2 terjumpa entry ni...ade jg org yg senasib dgn sy. Just to share my experience..
    Sy dh berkahwin 4 yrs. Kahwin agak lewat me 34 & my hsbnd 39 mase tu. During 4 yrs mcm2 usaha dh buat berurut mkn ubat mcm...xde rezeki( nak sedapkan hati). IUI 2 kali try both failed. Then finally tried ivf-icsi di MAChukm.
    After my 1st appnment with prof zainol, we decided to do ivf-icsi. My folicoller transfer about 4 days before embrio transfer. Sebelum tu mmg byk mkn ubat2n & jg suntikan yg kosnya agak boleh tahan. My embryo-transfer a week before puase. Tp sy diserang batuk plak. Alhmdulillah my husbnd sgt cooperate since sy x boleh byk bergerak. Duk dlm kete pn beralas bantal bertingkek2. Terasa hsbnd sungguh caring mase tu...huhu. Dapat mc almost 2 weeks. After mc terpaksalah bertugas mcm biase turun tangga naik tgga bergerak ke sana sini. Nak bercakap slow tak boleh... Ape nk buat sy yg menurut perintah.
    Ramadhan sy lalui dgn penuh pengharapan & doa spy hajat dimaklbulkan. Hari2 yg dilaui terasa bkn diri sendiri demi mjadi kandungan.
    4 weeks after embryo transfer sy igt lps tu sblm sahur dan sy tgg my period xdtg sy try pregnancy test....ada double line...+ve...gembira bukan kepalang. Then sy sengaja letak ditempat my husbnd boleh lihat... utk suprise la konon.
    After my hsbnd tgk n then he asked me to reconfirm, nmpk wajah ceria....siap buat sujud syukur. Rase sgt terharu mse tu...
    Keesokkan harinnya kmi ade appoinment di MAC, during scanning embriologist to kata xnmpk ape2. Mase tu air mata dh mengalir n terus mgalir. Tp sy informed her my preggy test +ve. Nk cnfirmkan embriologist to panggil doktor. Mgkin nk sedapkan hati sy ..dr. kate mgkin baby sembunyi tp dr suruh buat tst darah (HCG test) to detect preggy.Result a few days. Dr. jg inform mgkin kesan ubat yg diambil tu yg mybbkan test yg sy buat tu +ve. Tuhan je yg tahu perasaan sy mase tu...air mate ni xboleh tahan2 terus je mgalir mase tu. Tp hati sy kuat mgatakan kuasa Allah ape2 boleh berlaku. Sy terus berdoa & +ve thnking.
    Mlm terasa perut cramp. Tp sy pernah google kalau cramp maksudnya baby nk membesar. Mase tu rase sgt gembira. During our sahur I told my husbnd...dia turut gembira.
    Esoknya sy bekerja spt biase. Unfortunately...mase tgh bertugas waktu tu tghari sedg duduk mnanda tugasn2 pelajar. Rase ade sesuatu .. Terus call hsbnd & trus bawa ke hospital. Nmpk wajah kecewa hsbnd ...tp sy rase lg kecewa.
    Sy duk dlm wad shari smalam & spnjg mase tula sy hanya menangis. Beberapa doktor dtg menenangkan siap bagi tokens takut sy kemurungan. Mase tu seminggu sblm raye same ngan tarikh mh17 ditembak..(tibe2 je)
    Hingga saat ini sy msih bersedih. Biaselah...perempuan2 kat tempat kerja sy ni asal berkumpul crite ank, asal crite anak je berkumpul...siap perli ngan yg mmber gosip lain. Apatah lg balik kmpung bhari raye. Tuhan je yg tahu. Sy sgt terasa...geram, marah, myampah sume ade. Rase nk sound je kat diaorg2 tu. Tp igt hsbnd ckp....sabar. Terasa sgt demotivate.
    Hsbnd suggest buat lg...tp I refused fikir better cari ank angkat. dan skg ni sy masih mcari kekuatan...kdg2 terfikir mgkin Tuhan nk bg pahala atas dosa2 sy yg lalu...mgkin...mgkin. Ade jg kwn2 n famili yg bg smgat. Tp rakan2 sekeliling yg bertuah dikurniakan rezeki ank msih bercakap2 n kecoh2 pasal ank diorg ke kandungan diorg ker...

    Itulah pengalaman sy....

    Daniella

    ReplyDelete
  20. Assalam semua..sy dan berkahwin selama hampir 4 thn..berusia 30 dan suami juga 30..Saya baru menjalani rawatan ivf-icsi pd 26 ogos 2014 yg lalu..sebelum ni sy pernah menjalani pembedahan kecil laparoscopi sbb period xteratur..tp cuma bertahan 2 bln sahaja period keluar setiap bln..lepastu period jadi balik maksudnya kembali tidak teratur..sy mmg ada mslh ini sejak berusia 14 thn lg tp makin teruk selepas berkahwin..emm..sy xbuat iui tp terus proceed ke ivf dgn alasan xnk tunggu lama2..tp Allah adalah perancang terbaik.. rawatan bermula pada bulan april 2014 dan sepatutnya babies dimasukkan pd awal bln mei 2014..tp sebab sy ada batuk teruk kesan ubat bius treatment harus ditangguhkan..kebetulan pd awal bln 6 sy dijemput allah menunaikan umrah bersama keluarga..kami berjaya mendapat 9 embryos iaitu 5 kualiti baik..3 average n 3 poor..
    Treatment disambung semula pd penghujung bln 6..sy diberi ubat kuarkan period selama 2 kali cycle period..maksudnya treatment utk prepare masukkan babies bermula pd awal bln 8..selepas segalanya berjalan lancar babies dijangka akan dimasukkan pd 26 Ogos 2014.m3 embryos akan dimasukkan..1 good..1 average n 1 poor dgn alasan takut risiko kwmbar 3..segalanya berjalan lancar..dr pun ckp everything ok..xde pndrhn sewaktu masukkan tiub n baby mmg diletakkan betul2 dekat dgn dinding rahim..fuhh..lega..walaupun malu terpaksa tebalkan muka..harapan mmg menebal tinggi pd waktu itu..
    Selepas prosedur selama 2 jam sy xdibenarkan bangun..gerak pun kena slow2..selepas 2 jam saya balik dan masuk hospital selama 5 hari utk bed rest..tp malangnya pd hari ketiga sy sembepit dan teran..terkejut ada darah warna jernih kuar..mengalir..sy panik cepat2 panggil dr..dr suruh pakai pad utk pantauan..kalau masih berdarah kemungkinan baby turun..tp alhamdulillah tiada darah lg yg keluar..2 minggu sudah berlalu selepas proses masukkan babies..ni adalah hari yang ke 17 ikut usia babies..tp malangnya semalam sy buat blood test dan ujian air kencing keputusan adalah negatif..sy buntu..sy sedih sgt..di mn silapnya proses sy..sy menangis sedih sgt..adakah sbb terlalu awal ujian dilakukan atau mmg betul babies da turun ms sy bleeding haritu..nasib baik sy ada family yg sgt supportive baik belah keluarga sendiri dan keluarga mertua..mungkin juga khilaf sy yg asyik bergerak..tp apapun kita hanya merancang tp allah adalah perancang paling terbaik..mungkin babies ni bkn yg trrbaik utk sy..allah akan berikan babies yg terbaik..apa yg mampu hanyala bersabar..tawakkal san mohon ampun banyak2..
    Dah pelbagai rawatan sy lakukan..Utk makluman sy jlnkan rawatan di hspital private.setakat ni utk rwtn ivf sahaja dan ubat ubatan sudah mencecah rm21k++..tp kami tidak akan berputus asa..kalau kita putus asa bermakna kita xredha dgn ketentuan Allah..kita cuba selagi mampu dan terdaya ye semua..insyaalah sy tunggu lg 2 minggu..if mmg result still -ve..kami akan ulang lg rawatan ini..semoga allah makbulkan doa kita semua..sekurang kurangnya sy bersyukur dikurniakan dua buah keluarga yg sgt memahami..apa yg org lain ckp kita abaikan..dulu2 mmg xle terima tp skrg alhamdulillah..Inshaallah kalau mmg tiada rezeki sy kali ni..sy kena betulkan kesilapan sy iaitu;
    1.kena kurangkan mkn sblm n selepas proses masukkan babies..sbb xblh sembelit atau cirit birit..babies blh di flush out kalau kita teran atau waktu sakit perut
    2..bykkan minum air dan buah bg memudhkan proses pembuangan air besar n kecil
    3. Kurangkan pergerakan..jgn pegi shopping complex atau byk brjalan
    4. Kawal emosi..jgn tension2..suami kn mainkan peranan
    5. Elakkan kuar rumah selama 14 hari terutamanya sekiranya melalui jln yg xrata..maksudnya kurangkan movement kat tummy
    6..banyakkan mengaji..sentiasa buat solat taubat n solat hajat setiap kali waktu sembhyg..(solat taubat n solat hajat blh dilakukn pd bl2 masa)
    7.minta ampun pada suami..minta halalkan mkn minum
    8.minta ampun pd kedua2 ibu bapa dan keluarga mertua
    9.merayu bersungguh2 pd allah..kalau boleh biar sampai nangis..
    10.banyakkan bersedekah

    -@zie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      saya ada buat entri baru berkenaan komen @zie di sini http://irtiyah.blogspot.com/2014/09/perkongsian-rawatan-ivf-icsi-dari-rakan.html

      Delete
  21. salam sis,, malam ni nk jd kebetulan terjumpa blog sis utk dijadikan rujukan for my next step.. dh berkahwin setahun seminggu.. masih belum dikurniakan baby .. nk g pakar, tp rasa takut sgt,, kadang2 berani terlebih2 pulak..sy cuma tkut tk boleh nk trima kenyataan kalau ada apa2 masalah.. huhu.. mcm2 produk dh telan. tk larat dh.. pk2 , apatah lg sis yg dh lama berttc.. but then, Allah maha kuasa, sy di kurniakan husband dan family mertua yg sgt memahami dan baik sgt.. sy tggl dgn mertua, tk pernah sekali pn pushing or keep asking about baby .. syukur sgt.. cuma kdg2 pressure tu dtg dari diri sendiri yg mmg nk sgt baby.. kalau sedara or kawan tanya2 pasal baby, cpt2 tukar topik, tkp pn lari je g tmpat lain. kalau kene smash, sy slalu ckp " Allah tk bgi rezeki lgi, tanyalah la Allah bila nk bgi kami rezeki anak ", arghh,, mmg emo sikit, tp lama2 ok sbb husbang pujuk .. kebetulan, mertua masa nk dpt husbang(sulung) pn tunggu lama, dlm 3 tahun.. so dia mmg faham sgt .. sis irtiyah, tq so much,,banyak sgt info2 berguna utk dijadikan guideline utk ttc baru mcm sy ni.. tq so much sis.. sy akan doakan sis n smua ttcian lain , smoga ada rezeki buat kita ..jgn berhenti berdoa dan usaha ok.. sorry sgt, sy nk tnya, iui,ivf & icsi ni ada buat apa2 pembedahan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Tahniah sis, dikurniakan mertua yg memahami.
      Tahniah juga sbb ambil tahu tentang rawatan dan mencari maklumat.

      Biasalah tu, diuji dengan masyarakat. Mereka tak rasa, sebab tu mereka tak kisah pun perasaan kita.

      iui, ivf dan icsi asasnya tak ada pembedahan. kecuali kes-kes yg memerlukan. takut kena bedah eh? hehehe jangan marah.

      tapi kalau ivf dan icsi ada proses collect telur, kena masuk bilik bedah juga tapi caranya guna alat lain. bukan bedah potong perut.

      tapi dalam proses rawatan sebelum buat iui, ivf dan icsi ni, atas keperluan individu pesakit, mungkin ada yg kena buat pembedahan kecil atau besar.

      kalau saya dulu tak ada.

      Delete
  22. Tq sis 4 ur feedback. Mmg la tkut sgt nk bedah2 ni. Sy mmg pnakut . Tkpnah masuk hospital . Demam pn tk g klinik..hehe..
    Dlm 2 bulan ni slalu tnya suami nk g buat rawatan. Tp dia ckp nanti2 jela. Haishh. Sabor jela.. maybe nk tunggu lg . Tp sy sndiri yg rasa sy yg bermasalah. Google n cari apa2 yg berkenaan dgn diri sndiri.. sedih betul .. kawan2 baru kawen senang je lekat. Tension fikir knapa dgn sy tk lekat jgk.. ni ada kawan baik nk kawen dh. Boleh pulak dia ckp nk lumba sape.dpt anak dlu .. aduhaii.. balik nanges jela keje..suami pn tklarat pujuk..
    Sorry la sis . Bnyk pulak cerita. Huhu.. cuma nk mnta share tips2 supaya tk fikirkn sgt pasal nk pregnant ni. Mcmana eh ?? .huhu.. tq sis..

    ReplyDelete

Sila komen.. sila komen.. mari.. mari.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Cuma.. kalau kenal pemilik blog di dunia luar, jangan tulis nama sebenar beliau di sini.

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi sila tulis nama @ nickname selepas komen. Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru.

Senarai Entri (Semua)

Tanpa berbuat apa-apa, di bawah sudah tersedia senarai semua entri. Susunan entri tersebut ialah entri terkini berada di atas sekali. Entri terawal berada di bawah sekali.

Ok.. sekarang cuba lihat magik berikut.

Jika anda klik 'Post Title' sekali senarai disusun mengikut ejaan A - Z. Jika klik sekali lagi di 'Post Title' senarai akan disusun mengikut ejaan Z - A.

Jika anda klik 'Post Date' sekali senarai disusun mengikut tarikh terdahulu. Jika klik sekali lagi di 'Post Date' senarai akan disusun mengikut tarikh terkini.

Jika anda klik labels yang tertentu contohnya 'Menanti Zuriat', senarai entri di bawah labels tersebut akan dipaparkan. Jika nak cari senarai labels yang lain klik 'Labels' semula dan klik labels pilihan anda.

 ------------------------------------------------
Jika klik terus di tajuk yang telah dipilih untuk dibaca, senarai ini akan hilang sebab entri yg dipilih tu dibuka di tab yg sama, jadi Jika tak nak susah asyik cari senarai ini, pilih entri yang hendak dibaca, right click di mouse anda dan 'open link in new tab'.
.