Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Hanya terdapat 1 post di halaman utama. Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Nota: Post ini agak panjang. Untuk diri sendiri dan sesiapa memerlukan.

Hari ini appointment ganti yang sepatutnya pada 20 November 2009. Sebenarnya dapat tarikh 9 Disember 2009, tetapi sebab ada tugasan di sekolah tunda ke tarikh hari ni. Banyak benda yang perlu diingat. Aku buat tajuk la ya.

1. Semenology Test / Sperm Count Test
Suami aku buat test ni pada 30 Oktober 2009. Jadi, hari ni mendengar komen doktor. Kesimpulannya, suami aku perlu menjalani satu lagi test selepas 3 bulan dari tarikh test sebelum ni. Sebab? sebabnya ialah hasil test tersebut tidak memberansangkan. Tapi doktor kata jangan risau keputusan itu tidak muktamad. Sebab tu test kedua perlu dijalankan. Adakah muka saya nampak risau tadi wahai doktor? 😌🤔

Aku tak terkejut sebab dah dapat gambaran dari cerita suami selepas test tu dulu.

2. Fluoro Hysterosalpingogram / Hysterosalphingografi / HSG / Pemeriksaan Tiub Fallopio [x ray]
Doktor cadangkan buat pemeriksaan tiub fallopio. Masa ni aku dah cuak sebab ye lah, inilah antara perkara yang menakutkan aku selama ni, kena periksa kat kawasan tu. Sebelum ni pernah scan perut aje, tak ada masalah sebab perut je. Walaupun aku tak sure cara pemeriksaan itu aku ikutkan je la. Walaupun dalam hati aku kalau boleh macam tak nak je buat pemeriksaan tu. Sedikit lega bila doktor kata caranya ialah dengan x ray.

Pemeriksaan ini tak dibuat tadi, kena buat appointment. Sempatlah aku bersedia dari segi mental dan fizikal dulu. Aku kena buat pada 4 Januari 2010 tapi tarikh tu mungkin berubah (sila rujuk Ulasan / Tambahan di bawah). Kena tel sehari sebelum tarikh appointment.

Tapi bila google tadi.. aku kata "habislah akuuuuu" sebab..

Sumber gambar : http://img.alibaba.com/photo/100091856/Cusco_Vaginal_Speculum.jpg

How is the procedure performed?

This examination is usually done on an outpatient basis.

The patient is positioned on her back on the exam table, with her knees bent or her feet held up with stirrups. A speculum is inserted into the vagina, the cervix is cleansed, and a catheter is then inserted into the cervix. The speculum is removed and the patient is carefully situated underneath the fluoroscopy device. The contrast material then begins to fill the uterine cavity, fallopian tubes and peritoneal cavity through the catheter and fluoroscopic images are taken.

In some cases, if certain abnormalities are encountered, the patient will be asked to rest and wait up to 30 minutes so that a delayed image can be obtained. This delayed image may provide clues to a patient's condition that the original images with contrast material do not. On occasion, an x-ray will be taken the next day to ensure that there is no scarring surrounding the ovaries.

When the procedure is complete, the catheter will be removed and the patient will be allowed to sit up.

When the examination is complete, you will be asked to wait until the radiologist determines that all the necessary images have been obtained.

The hysterosalpingogram is usually completed within 30 minutes.

http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?PG=hysterosalp

Err.. korang baca ke quotation tu? Tak payah la dera diri sendiri.. hehe. Dalam surat temujanji.. dah ada syarat2 lain yang perlu dipenuhi..

  • Tak boleh bersama tanpa alat pencegah kehamilan
  • Kena ambil paracetamol 2 biji setengah jam sebelum pemeriksaan
  • Tukar tarikh temujanji jika masih haid?.. bercanggah dengan kata staf tadi. hmmp apa-apa hal sehari sebelum temujanji mmg kena call. confirm semula la nampaknya.
  • Kena hadir 15 minit awal.
  • Pemeriksaan mengambil masa + - 1 jam. Lama tu.....

3. Next Appointment Dgn Kilinik Pakar
Temujanji seterusnya pada 19 Febuari 2010 sebab nak bagi laluan pada dua test kat atas tu dijalankan dahulu. Tapi yang penting test untuk suami tu sebab dia hanya boleh buat pada bulan Febuari.

4. Folic Acid
Doktor tadi galakkan aku makan vitamin ni. Baik untuk baby. Dia kata seawal 3 bulan sebelum pregnant ambil la. Masa ni kan.. rasa nak tanya je kat doktor.. "Dr rasa saya boleh ke pregnant?" lagi aku nak cakap "Dr.. bagi la motivasi kat saya ni.. saya makin rasa ....". Tapi semua tu dalam hati je ... tak terkeluar.

5. Clomid
20 Nov 2009 tu aku ada ambil darah untuk melihat hormon pada hari ke 21. Doktor kata hormon progesterone aku tak cukup untuk mengeluarkan telur. Kadar hormon aku cuma 22.? point berapa tak ingat tapi 22 je la. Biasanya yang bagus 30++ .. doktor cakap tak de la kurang sangat. Tapi selepas semua hal2 di atas ni selesai, dos Clomid aku akan ditambah dari 50mg kepada 100mg.

[Sebenarnya aku tak ambil pada hari ke 21 tapi hari ke 20 sebab mengikut doktor aku sebelum ni, boleh ambil hari ke 20 kalau hari ke 21 tu.. kena pada hari Sabtu dan boleh ambil pada hari ke 22 kalau hari ke 21 tu jatuh pada hari Ahad]

Sekian Laporan Dari Bilik Berita

Sebenarnya hari ni emosi sebak semacam je masa kat hospital. Ye lah, bukan mudah nak menghadapi ujian macam ni. Bila satu persatu situasi diketahui dan proses dilalui terasa... ntah la.. tak tahu nak gambarkan.

...

Aku tahu Allah Maha Mendengar, Maha Berkuasa, semoga aku tabah. Nak ikutkan malu aku nak tulis semua ni. Tapi aku harap aku dapat memberi sedikit manfaat pada yang memerlukan melalui penulisan ini. Dan aku selalu pujuk hati aku sakit bukan bererti aku insan hina atau berdosa walaupun sakit itu boleh jadi penebus dosa.

Sakit boleh jadi harta bila aku redha dan sabar kerana ini adalah peluang untuk mengumpul pahala. Lain orang lain ujiannya.

Hari ni aku nak hiburkan hati yang lara, nak berbuka di Pizza dan menonton wayang. Mau ikut?

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Tarikh buat Pemeriksaan Tiub Fallopio (nombor 2 di atas) memang boleh jadi berubah / ditunda. In shaa Allah akan diterangkan pada post-post akan datang.

Sperm Count Test tu maksud aku Semen Analysis. Suami diminta keluarkan air mani dan dihantar ke makmal untuk diperiksa kuantiti dan kualiti sperma.

Love

17 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

22 comments:

  1. Allah itu paling tahu
    yang terbaik buat segala sesuatu..
    senyumlah walaupun pahit
    ;)

    ReplyDelete
  2. Dugaan akan mematangkan kita. Kita kurang di bahagian ini tp gerenti lebih di bahagian lain. Allah Maha Pemurah. Semoga anda dapat apa yg dihajati. Amin.

    ReplyDelete
  3. Tak tau plak ada ujian pakai spatula besi tu. Ingatkan pakai dye tu jer (HGC kalau tak silap namanya)

    Tapi tak apa la... semua ini berbaloi dilalui bila dapat melihat sicomel dalam pelukan kita...

    Esok akak start dengan clomid for the first day and first cycle... tapi akak lebih gembira kalau irtiyah dulu yang peknen... dan akak gembira berganda ganda kalau berita peknen tu kita dapat serentak ... hehehe... amin...

    ReplyDelete
  4. salam awk...

    nk tau tak sy tgk jer gmbar Speculum dh meremang bulu roma sy. sebabnya sy dh rasa cmana benda tu masuk..hmm xtau nak citer cmana rasa masa tu..:(

    awk kira dh tau doc nk buat camtu nk guna benda tu.. masa saya kena sy xtau dia nk buat apa time tu..ye la masa tu baru 2 bulan lebih kawen tiba2 abort n doc nk buang janin guna alat ni la..

    awk siap sedia dri skrg ye..bukan sy nak takutkn awk tau tpi sy bgitau awal2 mmg pedih jugak la bila alat tu masuk kt dalam..

    ~ semoga segala ikhtiar dan doa kita Allah permudahkan satu hari nanti..I'ALLAH Amin..

    ReplyDelete
  5. wak... kita pun dah buat dah benda nih...
    nebes gak ms memula wat nih.. sebab msk dlm bilik tu je dah wat kita berdebar2 n bila tgk patience lain kena tukar kain spital..dh la kaler oren (wat kat ppum)..lagi takut
    tapi takpe.. benda nih bg kita dia ade rase ngilu n sakit sikit sb trase ade benda masuk sampai ke bhgn ari2.. pastu kita dh bleh tgk kat atas (sb ms tu skrin dia kt atas) sambil mendongak & nmpk cecair tu berjalan ke trus ke tiub kita(kl x de tersumbat la)... pastu bila dia dh kuarkan benda tu lega.. tapi ade cam pening2 skit..sb sblm tu dia bg kita mkn steroid.pastu kat prut rs cam senak sket...cam2lah lbh krg.. tp tiap2 org lain2 kan rase dia.. arap2 awak nya treatment bjln lancar.. sori yer. komen pjg gle.. just nk share... bln 1 ni genap kita kawin wak.. tapi still lom ade rejeki lg...

    ReplyDelete
  6. byk2 sabar.byk lagi step2 yg mesti dilalui. sokongan dr smua pihak amat2 diperlukan.ibu guru dah melaluinya. akhirnya ibu tewas........

    ReplyDelete
  7. Salam semua..

    to intan izani;
    InsyaAllah :)

    to precious;
    Amin. terima kasih

    to izawani;
    Tak tahu la kak.. saya google sendiri je. Tapi kalau ikutkan nama test tu dan maklumat yg dijumpai.. memang macam tu la. Memang akan dimasukkan cecair tu kot tp spatula tu untuk membuka ruang.

    to teratakmahligaikasih;
    Memang saya teringat awak bila nampak gambar tu. Saya pun takut gak sebenarnya. Harap2 semua lancar.

    to Anonymous;
    Terima kasih sebab tinggalkan komen dan cerita pengalaman tu. Memang dialu-alukan. Macam tu rupanya ujian tu ye. Saya pun tak tahu nak komen selagi tak wat ujian tu. Sama2 la kita berusaha ya. Sabar .. dan berbaik sangka pada Allah. InsyaAllah. Lagi satu kalau boleh lain kali kalau awak tinggalkan komen guna 'Anonymous ' letak la sekali nama samaran kat akhir komen. Supaya saya tahu 'Anonymous' yang mana. Itu pun kalau saya ingat nama sebab saya susah sikit ingat nama ni. hehe

    to Ibu_guru;
    Kak.. terima kasih tinggal komen. Tewas? akak tak teruskan rawatan? terasa ingin tahu pengalaman akak.

    ReplyDelete
  8. Saya suka sangat ngan cerita rawatan kesuburan awak... awak dah lalui banyak benda... nasib saya belum tau lagi... tapi saya still terus kan usaha sedaya yang mampu...semoga Tuhan kuatkan hati kita... Amin

    ReplyDelete
  9. saya conpius spatula n masukkan cecair tu untuk apa sebab doktor suruh saya makan ubat jer. since first time makan ubat alhamdulillah menjadi cuma tak lama. lepas tu gugur mungkin tak da rezeki. pas tu jumpa doktor lagi, dia bagi ubat period n clomid lagi sebab tak tahu period nak datang bila. Mungkin rahim tak da masalah n ari test darah dengan kak iparpun semua normal hormon progestrone pun tinggi dari suami. Tapi insyallah bulan ne nak cuba lagi ngan ubat clomid. Mungkin dengan izin ALLAH ada rezeki anak. tapi takut gak la

    ReplyDelete
  10. to Yusmaniza;
    Semoga cerita2 saya ini dapat memberi manfaat. Ya.. sama2 kita berusaha, doa dan tawakal. Sama2 memberi semangat antara satu sama lain. Amin

    to Numi;
    Rawatan kesuburan ni bukan macam sakit lain. Kalau demam.. doktor bagi ubat demam. Kalau masalah kesuburan.. biasanya doktor akan mulakan dari proses paling basic kemudian naik ke stage2 seterusnya sehinggalah peringkat terakhir. Ada individu.. dah habis peringkat akhir.. tp akhirnya doktor nasihatkan berserah sahaja. Sebab individu tidak ada masalah apa-apa.

    Dalam kes saya.. ada beberapa masalah dah dikenalpasti.
    1. period tak regular [rasanya awak pun sama]
    doktor dah cuba guna ubat perancang untuk regularkan tetapi gagal. 3 bulan saya makan ubat tu. Bila dah tak boleh.. doktor start dengan ubat Clomid [subur].

    2. Clomid ni sepatutnya diambil beberapa cycle. Tetapi doktor saya lebih berhati2. Dia baru bagi satu cycle. Sementara tu.. hormon saya diuji dan memang ada sedikit masalah [awak kata hormon progesterone awak ok]

    3. Sementara tu juga suami kena cek sperm.. [2x] dan saya kena buat ujian yang guna SPATULA dan CECAIR tu untuk CEK SALURAN FALLOPIO TERSUMBAT ATAU TIDAK. Kalau tersumbat.. sperm tak akan sampai ke situ untuk bersenyawa dengan telur saya [kalau ada].

    Setakat ni lebih kurang begitu la.. saya saje tulis semula step yg saya lalui tu, [kalau-kalau] numi belum baca dari entri terawal.

    Spatula tu dimasukkan ke vagina untuk membuka ruang supaya cecair dapat dimasukkan [dan ada yg kata kamera sekali.. ntahla]. Apabila cecair yang berwarna tu dimasukkan.. kalau cecair tu keluar semula dengan cepat..[tidak tersekat2] menunjukkan saluran fallopio tidak tersumbat. Lebih kurang begitu la.. saya pun tak buat ujian tu lagi. Baru appointment.

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan saudari..
    terlebih dahulu saya ceritakan latarbelakang ketidaksuburan saya, usia perkahwinan genap 2 tahun April 2010 dan didiagnos menghidap PCOS pada Mac 2009. Kemudian berjumpa dengan doktor pakar wanita untuk mulakan rawatan PCOS dengan mengambil pil hormon bermula julai-sept 2009. Mulakan rawatan kesuburan (clomid -1 cycle) pada okt 2009. Kesan pengambilan clomid didapati gagal dan tunggu period seterusnya untuk clomid next cycle.. kecewa dan hampir putus asa.. terpanggil untuk mencuba rawatan alternatif homeopathi di bangi (http://drnikomar.tripod.com) menjalani akupuntur dan makan ubat rawatan kesuburan.. nov 2009 menunggu kedatangan period untuk cuba ambil clomid lagi.. dis 2009 disahkan mengandung setelah buat pemeriksaan sebab period x dtg2.. amalan lain ialah amalkan doa-doa mohon zuriat (boleh dicari di internet) apabila ada kelapangan di rumah dan berdoa kepada Allah setiap kali sembahyang agar dikurniakan cahayamata secepat mungkin.. jangan putus asa walaupun byk cabaran dan dugaan.. saya amat memahami dengan apa yang dilalui saudari amat perit untuk difahami orang lain yang tidak menghadapi masalah ketidaksuburan.. semoga kedatangan tahun baru hijrah kali ini memberi sinar yang lebih bermakna.. amin

    ReplyDelete
  12. to anonymous;
    komen dari anda memang dialu-alukan. Sebab.. blog ni memang menerima kunjungan rakan senasib.. masing2 mencari panduan, semangat untuk menghadapi, jadi pengalaman awak insyaAllah membantu kami.

    Tahniah sebab dah berjaya mengandung. Smg kandungan dan awak sihat dan selamat semuanya. Terima kasih juga beri nasihat dan panduan.. Alhamdulillah.. doa tu memang saya dah mula amalkan.

    Semoga hadiah untuk kami akan tiba x lama lagi :)

    ReplyDelete
  13. bestnya dengar dah peknen....nasib saya ni, semua dah lalui...HSG last buat 2bulan lepas...harap2 lepas ni akan mendatangkan hasil....boleh percaya ker kalo ada org kata..mungkin ada org ikat peranakan kita( guna ilmu jahat)...???

    ReplyDelete
  14. .






    to kelisa1881 ;

    Alhamdulillah kelisa1881 dah buat HSG ye.. Semoga lepas ni mudah la urusan. Sihir memang wujud.. tapi sama ada kita terkena atau tidak ..itu perlukan penjelasan ustaz yang ada ilmu. Kalau memang rasa ada sesuatu tak kena.. boleh cari ustaz seperti pergi ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa' .. Cubalah.







    .

    ReplyDelete
  15. salam...

    saya jgk mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat...saya mula baca blog puan ni minggu lepas...saya dah berkahwin hampir 2 thn...saya mempunyai masalah haid tidak teratur..kekadang sampaikan 3-5 bulan tidak datang haid..dari usia 19 lagi..saya akan mengambil pil hormon jika tidak datang haid...tapi dari apa yang saya baca kemungkinan saya adalah pengidap PCOS..sbb ade beberapa ciri2 spt itu...rasa rendah diri sangat sbb sampai ke hari ini saya tidak dpt memberi zuriat pada suami...tambahan bila lihat kwn2, adik mengandung,melahirkan anak...terasa kekurangan diri...setelah saya membaca blog puan dari mula rawatan....saya seperti mendapat 1 semangat untuk terus bjuang...teringin sgt nak melihat benih zuriat kita sendiri...sblm ni saya tidak pnh mendapatkan rawatan....setelah mendapat semangat dari setiap pjalanan puan untuk memperoleh zuriat....akhirnya saya juga mengambil keputusan untuk btemu doktor...tanggal 27/10/2010 temujanji ptama dgn pakar...harap saya jgk akan setabah puan untuk teruskan rawatan ni.....

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    Salam

    Alhamdulillah kalau ada yg dapat manfaat. Sabar dan teruskan usaha. Jangan putus asa. Allah sedang menguji dan memberi yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  17. Salam.....

    Saya dah lalui sumenye kecuali IVF.... saya dah wat HSG n tiub x tersumbat.... dah wat iui tiga kali kat lppkn tapi x berjaya.....23 Dis. 2010 genap 4 tahun saya kawin.....

    ReplyDelete
  18. @nana80

    Salam

    Maaf la lambat balas. Terlepas pandang pula komen ini. Saya manusia biasa huhu

    Semoga awak berjaya tak lama lagi. Semoga tabah dengan semua ini.

    ReplyDelete
  19. Hi, Salam Perkenalan.

    Saya pun buat benda yang sama. I wrote my journey too. And how about now? Are u pregnant? Glad to hear that. Love to read this entry :)

    ReplyDelete
  20. assalam....sya de prblem yg sama.....tkutnya nk buat ujian H S G tu.....bru apointment ni....... anairon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Jangat takut sangat anairon.. kena rilex..
      Semoga dipermudahkan urusan =)

      Delete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)