Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Hanya terdapat 1 post di halaman utama. Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG

Nota : Post ini asalnya dipost pada 18 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

HSG ini ringkasan atau maksud yang sama dengan Fluoro Hysterosalpingogram / Hysterosalphingografi / Pemeriksaan Tiub Fallopio [x ray].

Dalam post sebelum ini, aku dijadualkan buat ujian HSG pada 4 Januari 2010, seperti yang dijangka, ujian tidak dapat dilakukan sebab aku belum period. Period aku kan tak regular. Disebabkan tak jadi buat pada tarikh itu, sebaik sahaja period hari pertama aku telefon untuk temujanji HSG seterusnya iaitu 11 Januari 2010 (Isnin minggu lepas). Dan, kali kedua ini pun ditangguhkan malah kali ini doktor dah mulakan prosedur pun.

Di bawah ini aku cerita ujian HSG yang berjaya dijalankan pada hari ini (temujanji kali ke 3 untuk buat HSG) dan di akhir post ini aku cerita tentang HSG yang tak jadi minggu lepas.

Aku mulakan dengan yang hari ini ya. Ketakutan aku pada spatula itu rupanya tiada apa-apa, tidak sakit tetapi proses HSG tu yang sakit. Doktor kata senak, tapi bagi aku sakit. Sebelum prosedur ujian, doktor terangkan apa yang akan dilakukan pada aku. Selepas spatula dimasukkan, doktor godeh-godeh juga la ntah apa yang agak susah. Lepas itu ada ballon atau tiub panjang yang dimasukkan, masa ni la senak / sakit bagi aku. Akan ada cecair yang dimasukkan dan doktor akan memantau dari skrin beberapa perkara untuk menilai tiub fallopio tu tersumbat atau tidak. Lebih kurang macam tu la.

Selepas ujian selesai, doktor terangkan yang pendarahan akan berlaku dalam 2 hari.

Aku tanya pada doktor result ujian tadi. Alhamdulillah doktor nombor 2 kata semua OK. Tiub fallopio aku tak tersebumbat. Kalau tak silap, dia ada sebut keadaan tiub aku cantik. Diorang memang suka guna istilah cantik tu ek. Masa scan dulu pun pegawai tu kata rahim cantik.

Bagi yang menghadapi ujian seperti aku tentu faham bagaimana rasanya melepasi satu-satu peringkat ujian perubatan dan mendengar hasil ujian tersebut dilakukan. Kalau boleh kita nak cepat selesai masalah dalam masa yang sama takut nak berdepan dengan masalah. Atau kalau boleh.. biarlah masalah sebenar tidak seserius yang kita bayangkan.

Aku bukan nak menakutkan mereka yang bakal buat HSG ni, pengalaman aku tak sama dengan kawan-kawan aku. Diorang kata senak tapi aku rasa sakit. Sampai saat ini masih sakit, nak batuk pun susah, nak jalan pun hati-hati sebab sakit bahagian rahim tu dan masih bleeding sikit.

*********

Ok sekarang cerita tentang kisah minggu lepas. Sesungguhnya amat susah apabila ujian HSG ini hanya dilakukan pada hari Isnin sahaja (bergantung kepada fasiliti agaknya). Selain itu ujian mesti dilakukan dalam tempoh tertentu sebaik sahaja period berakhir. Yang aku ni pula period tak regular, tempoh period aku pun adakalanya sekejap dan ada kala panjang.

11 Januari 2010 tu adalah hari ke 6 period. Sebaik sahaja doktor memasukkan spatula, maka dia nampak la darah period aku masih ada. Sedangkan sepanjang separuh hari tu period aku dah tak keluar selain 'stain' sikit.

Balik dalam keadaan tertekan sebab ujian tak jadi dan kehadiran pelatih juru x ray (mungkin) yang pada aku agak ramai. Agak trauma jugak la.

Kalau tidak insiden ini, mungkin appointment ditunda ke tarikh yang belum pasti membolehkan ujian dilakukan. Kali ini doktor yang jalankan prosedur tu campur tangan tentukan tarikh HSG seterusnya. Iaitu pada hari ini 18 Januari 2010 iaitu pada hari ke 13. Kali ini aku period selama 11. Memang cantik la tarikh ini. Mana la aku nak tahu period aku akan panjang macam ini, sedangkan sebelum ini ada yang bersih pada hari ke 6, 7 dan 8. Aku cek balik kitaran sebelumnya ialah 7 hari sahaja dan sebelumnya lagi cuma 5 hari sahaja. 11 hari ni kerap berlaku sebelum aku kahwin dulu.

Apapun aku minta maaflah kepada jabatan tersebut kalau menyusahkan mereka pada 11 Januari 2010 tu dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekarang ujian pun dah berjaya dan keputusan menggembirakan. Semoga step seterusnya lancar. Lepas ni tunggu ujian sperma suami kali ke 2 dan bolehlah tambah dos clomid untuk aku. Semoga tak perlu tunggu lebih lama. Baru-baru ni dapat buah zuriat, dah berurut, dah pergi Darussyifa'. Semua aku buat dalam tempoh yang dekat. Semoga ada berita gembira tak lama lagi. Jika tidak, aku teruskan berusaha, doa dan tawakal.

p/s : semua gelaran yang aku beri pada mereka ni ikut logik aku je, sebab aku bukan tahu sangat jawatan mereka. Agak-agak je.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 18 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Love

5 Oktober 2019

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

44 comments:

  1. akak..
    semoge beroleh berita gembira tak lama lagi.
    sy doakan semoga akak selamat
    =)

    ReplyDelete
  2. detail cerita akak
    moga ada hasil tak lama lg
    ;)

    ReplyDelete
  3. sy doakan berita gembira akan menjelma tak lama lagi. good luck n jaga kesihatan ya!:)

    ReplyDelete
  4. teringat masa ibu dok wat benda tu.......sampai en. suami kata dahla tak payah dok sakit2, sorg tu cukuplah.

    ReplyDelete
  5. Insya-Allah...Allah SWT akan makbulkan doa Irtiyah...saya akan berdoa juga ye!!!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah... satu berita gembira untuk adik. Doktor akak ada pesan, peratusan tinggi untuk pregnant slps HSG dilakukan kerana tiub kita telah mengembang. Apa2 pun doa ye moga Allah beri rezeki yang ternilai dalam masa yang terdekat ni... Insyaallah...

    ReplyDelete
  7. Salam semua..

    to kutojimedo
    Adik.. terima kasih ya. Mendoakan orang lain sama kebaikan yang kita dapat sebagai timbal balik. Semoga adik juga sukses terutama dalam pelajaran dan kehidupan akan datang.

    to intan izani;
    Hehehe detail ek.. tu pun rasa macam tak detail.. Amin. TQ ya.

    to PUANSTOBERI ;
    Amin.. terima kasih. Awak pun sama la.. jaga kesihatan dan semoga berita baik menanti awak.

    to iBu...gUru ;
    Oh ya ke... en. suami ibu guru sayang kat ibu guru tu. Tak pe la.. tentu ada hikmahnya :)

    to syedzanina ;
    Amin. Terima kasih ya. :)

    to Anonymous ;
    Oh akak.. terima kasih atas info tu. Saya baru tahu ni.. Memang ada logiknya pun. Semoga semua harapan kita termakbul. Amin. TQ ya. :)

    ReplyDelete
  8. salam..

    smoga segala usaha yang dijalnkan membuahkan hasil ye..sy doakan impian akan tercapai...sama2 kita berdoa yer..

    ReplyDelete
  9. Salam kak,

    Tak sabar rasanya nak dengar berita gembira.. Tabah kak hadapinya :)

    ReplyDelete
  10. Dengar cita akak ne menakutkan juga.. nak cucuk jarum kat kulitpun takut nekan pulak wat cam akak wat. tapi saya doakan akak berjaya..tapi kak, saya nak tanyer biodex tu ok tak??

    ReplyDelete
  11. to numi;
    Ni sebenarnya kategori ujian saje bukan rawatan. Semoga cita2 kita tercapai. No komen.. akak berhenti sebab mahal dan tak disiplin amilnya.

    ReplyDelete
  12. awk sy nak tanya... dah banyak kali awk pegi rawatan2 ni kn. berapa dah duit yg awk habis?

    sy teringin nak buat rawatan2 ni. tp masalahnya tak tahu nak budget berapa perlu ada.

    ReplyDelete
  13. to lilyana;

    Salam. Saya dah banyak kali pergi buat rawatan ni.. sejak awal tahun 2009. Setakat ni saya cuma bayar RM1.00 sebab saya kakitangan kerajaan dan buat pun di hosp kerajaan.

    Bayaran RM1.00 tu pun masa buat pendaftaran di klinik kerajaan untuk dapatkan surat rujukan ke pakar di hosp Ampang tu.

    kalau terpaksa pergi ke swasta.. tak salah rasanya tanya dulu pada mereka tentang bayaran. Kalau rasa kurang mampu.. dapatkan atau cari tempat bayaran yang mampu ditanggung. Rasanya ada.. cuma tak pasti.

    ReplyDelete
  14. emmm... klu x keberatan utk awk... boleh tanyakan utk sy bayaran bagi yg bukan kakitabgan kerajaan. sy suri rumah je. suami sy kerja swasta.awk buat di hospital kerajaan ke?

    dah banyak kali pujuk suami pegi tp dia risaukan bayaran. sebab untuk sesi berbual dengan doktor tu pun kena bayar mahal.

    ReplyDelete
  15. to lilyana;

    sebenarnya.. saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan kepada bukan kakitangan kerajaan. cuma masa saya telefon sebagai langkah pertama dulu.. saya hanya diberitahu bahawa ada perbezaan bayaran jika surat rujukan dari klinik kerajaan dan klinik swasta.

    Maksud saya kalau surat rujukan kita dari klinik kerajaan bayaran adalah lebih rendah. [kita tak boleh pergi tanpa surat rujukan buat kali pertama]. Masa tu mereka tak tahu pun saya kakitangan awam.

    Jadi dinasihatkan jangan dapatkan surat rujukan dari klinik swasta. Saya pun sampai sekarang tak pasti adakah memang saya tak perlu bayar apa2.. manalah tahu di akhir rawatan baru saya diberitahu kos rawatan sebenar.

    Untuk kepastian elok rasanya awak telefon mana2 saje pusat rawatan.. dan tanyakan kos rawatan. Oleh itu awak boleh buat perbandingan. Rasanya kalau nak murah hosp kerajaan lebih murah dari swasta.. namun seperti biasa.. lewat dan kesesakan pesakit itu lumrah. Kita kena sabar dalam segala usaha kita.

    ReplyDelete
  16. hai... Assalamualaikum....

    hari ni sy dah pegi LPPKN Shah Alam.
    Untuk 1st visit ni dia buat pap smear n buka fail. alhamdulillah bayaran x de la mahal.
    RM 50 utk buka fail & RM 25 untuk bayaran pap smear.

    Memandangkan di LPPKN x de lab utk check hormon so kami di beri surat rujukkan untuk ke sebuah klinik di klang untuk buat test2 berkaitan kemudian bawa result tu ke LPPKN balik. Tapi semua2 test ni x buat lg sbb kena tggu bila sy period dulu.Bayaran utk test2 ni pun x mahal ada yang dalam RM 26, RM 46, RM36 dalam lingkungan ni la. Ujian2 ni termasuk la dengan ujian untuk suami sekali. Yang mahal pun sikit ujian HSG dalam lingkungan RM 300. Bagi ubat2 pun akan di kenakan bayaran sbb ubat adalah bekalan dr doktor sendiri. Dan RM 10 dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan setiap kali lawatan.

    Sy dapat appointment doktor dlm 8 April ni sbb nak tggu test2 ni dapat result. Kat LPPKN Shah Alam ni doktornya Ismail Tambi

    Ok.. nanti saya dah mulakan semua2 rawatan boleh la kita sembang2 lg ye...

    ReplyDelete
  17. to lilyana;

    Salam

    Tahniah sebab dah berjaya melakukan langkah pertama dalam hal ni. Gembira dengar. Hmm nampaknya apa yang awak dapat ni [kos] agak berpatutan dengan prestasi baik lppkn dan dr Ismail Thambi.. memang satu berita baik.

    jeles gak hehe.. tapi tak pe.. rezeki awak.. saya memang ada rasa nak ubah angin pergi tempat lain tapi sayang pula nak tinggal rawatan sekarang. biasala rasa macam tak sabar. InsyaAllah saya akan terus berusaha.

    insyaAllah kita boleh sembang bila2 saja. tak semestinya tunggu dapat lepas satu appoinment baru berkongsi cerita.

    ok tahniah sekali lagi..

    ReplyDelete
  18. akak.. doktor cakap next treatment saya nak wat HSG xray.. takut la.. sakit tak..

    ReplyDelete
  19. To Numi..

    Tak sakitlah HSG tu..ok aje ..cuma mcm kena sengat sikit aje...Selamat buat HSG..

    ReplyDelete
  20. Salam






    to Numi ;
    Majoriti kata tak sakit. Cuma pengalaman akak lain sikit. InsyaAllah tak de apa2 yang serius dan perlu dirisaukan ye...





    .

    ReplyDelete
  21. salam..

    saya pun baru bulan lepas buat HSG.. sebelum nak buat tu memang google macam awak buat.. mak aih ngerinye ... dlm hati asek berdoa je supaya preggy n tak perlu buat HSG...

    last2 hari yang tak dinanti pon tiba, kena gak buat HSG... alhamdulillah, rasa ngeri sebelum tu telah bertukar lega... saya tak rasa sakit... wpun ada bleeding. doktor siap bagi MC. tapi saya tak MC pon sebab rasa macam ok jek..

    thanks sharing pengalaman...mmg byk info.. saya tumpang baca gak...saya pon dah 2 thn + masih menunggu. dari dulu tatau apa2.. skang ni istilah IUI, CLOMID, HSG, TVS dah tau...

    ReplyDelete
  22. Salam




    to kuizikel ;
    Alhamdulillah. Tahniah..sebab dah berjaya lalui HSG dengan baik. Saya pun dapati ramai yang pernah lalui kata tak sakit. Cuma sebahagian kecil shj yang sakit. Jadi sekarang boleh teruskan rawatan dan ujian seterusnya. InsyaAllah moga2 Allah membalas usaha dan doa kita dengan berita gembira di masa hadapan. Amin.

    Saya pun sama. Sekarang saya tahu sikit2 tentang istilah2 ini. Tak pe la.. tentu ada hikmahnya.

    :)





    .

    ReplyDelete
  23. salam semua..
    pengalaman saya buat SHG;

    saya buat HSG hari selasa 1st june lalu at 9am di hospital pantai ayer keroh. masa masuk kan contrast dye ada rase sakit sket je, rase nk wee2 pun ada. then settle with the SHG x-ray. then sambil tunggu xray film siap, saya mmg ok sgt2. mmg xde rase sakit ape2 pun. then balik umah... after an hour, rase sakit like stomach cramp. nk pegi toilet, masa berjalan tiba2 rase pitam, terus collapse and berpeluh2. nanges la masa tu, ape lagi kan. mujur husband ada and ambil cuti sbb dia dh baca forum sblm2 ni saying that lepas buat HSG, perut akan cramp, pitam and so on. so dia dh ambil precautions la. i did the SHG at 9am. kul 12 baru start rase sakit, mmg cramp habis. nk gerak2 xbole, horrible sgt.. managed to fall asleep tpi kejap2 terbangun sbb rase sakit. so nanges lagi.. pegi toilet, pitam lg! husband tolong angkat masuk bilik, buka aircond n kipas paling kuat skali. bila dh almost senja, rase nk bangun, cramp pun dh kurang. tpi still jalan xok, terbongkok2.. dinner sket since x lunch, then tidur awal that day, esoknye bangun, dh rase ok... sakit sket2 ada la tpi leh tahan.. oh yea, bleeding saya sikit sahaja. tu la pengalaman saya to share with u'all... : )

    ~maksu baby

    ReplyDelete
  24. Salam





    to anonymous a.k.a maksu baby;
    Pitam? bahaya juga ya. Saya pun sakit walaupun majoriti orang buat tak sakit. Tak pe la walaupun sakit yang penting dapat tahu keadaan tiub. Sakit boleh baik. Cuma lepas ni maksu kena hati2 la kalau buat rawatan. Kena ada orang jaga. Mungkin badan maksu tak biasa kena rawatan macam tu.




    .

    ReplyDelete
  25. salam..
    esok saya akan menjalani HSG..harap2 semuanye ok dan berjalan lancar...aminn...

    ReplyDelete
  26. @Alin Tahsil

    Salam
    Semoga semua berjalan lancar. Jangan risau ya. Good luck

    ReplyDelete
  27. masa procedure HSG tu dijalankan tak sakit..tapi lepas buat tu sakit sgt...saya sakit berlarutan selama 4 hari...bila ingtkan balik masih terasa lagi kesakitan tu...

    -shikin

    ReplyDelete
  28. @Anonymous

    Salam Shikin..

    Tu la.. lain orang lain bahagiannya. Saya sakit masa prosedur tu dah sakit sangat.. jadi lepas2 tu dah lega walaupun masih sakit.

    ReplyDelete
  29. assalam...sy nak way hsg 24 ari bln ni...tkut la plak bc citer pengalaman kwn2..tp sy kuatkn semangat sbb nak sgt bb...doakan sy bjaya melaluinye

    ReplyDelete
  30. @Anonymous

    salam.. insyaAllah.. tak de apa.. kuatkan hati. Saya yakin awak boleh buat..

    Doa banyak2.. Moga2 Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  31. assalam...sy nak tny skit la...esk sy nak wat hsg..esk adalah hari ke12 period..tp ari ni masih ade lagi coklat2..mcm mn ye? agak nye blh x sy wat hsg 2?
    izani..

    ReplyDelete
  32. @Anonymous

    salam

    ikut pengalaman saya dulu.. tak boleh buat dalam keadaan ini, walaupun period coklat2..

    nasihat saya.. telefon atau datang sendiri ke hosp esok dan beritahu.. mungkin mereka akan beri tarikh lain. Kalau boleh tak perlu tunggu next cycle.. mungkin boleh suggest next week..

    kenapa x boleh sekarang? dibimbangi masih ada darah di dalam sana, bila mereka x ray ...mereka send keliru sama ada yg mereka lihat nanti darah atau sesuatu yg menghalang tiub.

    walau apa pun.. dapatkan pandangan profesional dari mereka. sekurang2nya pandangan saya ni boleh awak guna utk bersedia..

    maklumlah kalau tiba2 tak jadi.. mungkin kita kecewa sebab dah penat menanti appointment.. apapun jika mereka kata boleh, buatlah.

    ReplyDelete
  33. salam...hari nie sy buat rawatan HSG, pengalaman mengerikan sebab saya sakit teramat2 dan pendarahan yg banyak.... keputusan tak dapat lagi... nasib sy tak baca ape2 tentang hsg..kalo x mmg tak buat..sangat menyakitkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      ada orang tak rasa sakit macam kita, ada yg sakit ada yg tak.. semoga keputusan yg baik.

      Delete
  34. hai kak,

    saya baru nak pi jumpa dr.utk buat procedure ni, baca dalam net org cakap tak sakit.huhu tapi nampak di sini macam sakit pula ni tau :s..risau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang kena sakit, ada yang tidak.. tapi jangan takut sampai tak nak buat ye.. 'merana dalam hati' sebab tak tahu sakit apa lagi sakit kot..

      Delete
  35. Saya akan bt hsg 19/4 ni..period blm dtg lg..sempt ke??start mkn noculat yg doc bg 6/4..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai tarikh masih period, elok call sehari sebelum dan rasanya mereka akan beri tarikh baru. Tentang ubat tu... saya tak tahu ttg ubat noculat tu.

      Delete
  36. SALAM..SAYA PUN NK BT HSG KT COLOMBIA 31HB JAN NI..HARAP XDE MASALAH LA SBB HARI KHAMIS TU..KALO SAKIT MC LA JUMAAT TU..KPS HSG LEH BERSAMA SUAMI KAN..NURSE DH BGTAU CUMA NK KEPASTIAN DR YG PENGALAMAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Maaf sebab tak perasan / terlupa balas komen ini
      Yang tak boleh adalah sebelum HSG, sekadar yg saya tahu

      Delete
  37. SLM...SAYA PUN NK BT HSG NI 31HB JAN. HARI KHAMIS PTG BT KALO SAKIT DPT MC KAN JUMAAT..DPT REHAT TERUS SABTU AHAD..RISAU SAKIT BERPANJANGAN SBB SYA NI MMG KUAR MASUK WAD DH MCM RUMAH SENDIRI..SELALU SAKIT SEGUGUT DLL.NK TANYA LEH BERSAMA X LPS HSG.NURSE CKP LEH.XSAKIT KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Maaf sebab tak perasan / terlupa balas komen ini
      Yang tak boleh adalah sebelum HSG, sekadar yg saya tahu

      Memang lah sakit. Tapi ada orang tak sakit. Bergantung pd keadaan awak masa tu. :)

      Delete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)