Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Alhamdulillah, MasyaAllah, Tabrakallah. Telah Hadirnya Permata Hati Yang Dinanti

1 comment:

Assalamualaikum

Minta maaf kalau ada pembaca yang menanti post dari saya. Lama saya tak update blog.

Alhamdulillah, MasyaAllah, Tabarakah saya selamat melahirkan seorang baby girl pada 21 Mei 2021. Baby IVF. Ini rawatan IVF ke dua. Rawatan IVF yang pertama adalah yang saya kongsikan pengalaman saya di blog ini sebelum ini. 

Untuk rawatan kali ni saya buat di Hospital Pantai Kuala Lumpur, dengan Dr Adilah Ahmat. Setakat hari ini saya belum buat apa-apa perkongsian di blog ini tentang rawatan ini. Saya harap tiada yang menanti tulisan saya tentang rawatan ini sebab takut tak tertunai.

Sebenarnya masa saya update semula blog ini 26 Ogos 2019 (comeback la kononnya) masa tu jugalah tiba-tiba suami buat surprise untuk kembali buat rawatan. Sebelumnya memang saya yang mengajak buat rawatan lagi. Tapi tiada kata putus. 

 Jadi nak kata, kebetulan (tiada kebetulan sebab tentunya Allah yang merancang), masa saya nak aktif blog semula tu, masa tu la bermula jurney baru kami. Tapi kali ni berbeza, yang mana kami tidak terlalu terbuka berkongsi rawatan tu. Ada beritahu beberapa orang atas sebab tertentu. Tapi pastinya berbeza dengan pengalaman rawatan IVF pertama dulu. Yang dulu masa menjalani rawatan pun, saya dah kongsi di blog.

 Di bawah ni saya kongsi post facebook saya sewaktu saya maklumkan kelahiran anak saya tu. Maklumlah zaman sekarang lebih mudah update facebook berbanding blog. Kalau blog saya kena menaip di komputer baru ada feel. hehehe


Love

7 September 2021






Buat Chocolate Cookie Hehehe

1 comment:
Klik untuk melihat dengan lebih jelas #hakmilikterpelihara #copyrightprotected

Panas.. panas baru keluar oven.. kita buat chocolate cookie hari ni.. dah siap dah tapi dalam adobe illustrator je.. 😆 tak boleh makan 🤣 ada rupa tak? hehehe biskut ni berdiri nanti dah penat dia baring hahaha 🤣 yang baring belum buat.
#stickercooldotcom

Love

6 Jun 2020






Raya Semasa PKP

3 comments:

Macam mana rasanya beraya sebagai TTCians semasa musim PKP? Lebih tepat lagi PKPB disebabkan covid-19.
Beraya masa PKP mungkin memberi kelegaan bila mengenangkan kebiasaannya kita akan 'terpaksa' bertemu insan-insan yang kerap melukakan hati kita. Bimbang sejarah berulang lagi pun ya juga.

Rasanya bukan saya seorang yang pernah rasa tak gembira untuk beraya. Trauma?
Tapi itu dululah, mungkin orang yang buat kita tak selesa pun tak ingat apa-apa. Bagi mereka ia sekadar pertanyaan dan perbualan biasa. Sekarang ok cuma berhati-hati. Memang kita ada point untuk mempertikaikan cara dan niat mereka tapi apapun akhirnya kena ingat ini memang ujian kita. Bila disebut ujian, pastinya kita akan rasa tidak selesa. Allah sedang menguji.

Siapa yang follow blog ini dari awal, mungkin sempat baca post-post luahan hati saya yang terluka. Suatu ketika saya beranikan diri membela diri dan rakan senasib. Cuba buat orang faham dan hentikan budaya bertanya dan mengulas hal-hal rezeki lambat dikurniakan anak. Tapi akhirnya saya akur apa yang saya buat itu perkara yang bahaya. Saya lebih terluka bila orang masih tidak faham. Alhamdulillah sekarang saya agak tenang. Sama ada sebab usia perkahwinan nak masuk 14 tahun, orang dah bosan bertanya? atau saya tenang sebab pernah memberontak? atau memang saya telah let go segala perasaan sedih dan memaafkan? Saya tak tahu, Allah Maha Tahu.

Pengalaman saya, bila kita berterus-terang dan meluahkan ketidakpuasan hati atau kelukaan kita kepada orang yang buat kita terluka tu, akhirnya tidaklah indah sangat. Malah ada keadaan kita lebih rasa tak selesa sebab layanan mereka pada kita jadi lain. Jadi bagaimana? cuba atasi dengan dekatkan diri kepada Allah, luahkan kesedihan kita padaNya dan sebagai tambahan mungkin kita boleh luahkan kepada rakan senasib.

Namun ada juga keadaan, saya tidak menyesal berterus-terang, mungkin keadaan itu memihak pada saya dan saya tidaklah mempertahankan diri macam mana, sekadar menjelaskan kepada ibu mertua saya situasi kami. Beritahu juga yang kami dalam proses mendapatkan rawatan. Dalam kes saya, saya dan suami ada masalah kesuburan. Jadi berterus-terang kepada ibu mertua mengurangkan tekanan pada saya. Ibu mertua memang baik, Alhamdulillah. Selepas saya berterus-terang, saya rasa beliau tidak lagi memberi tekanan (bukanlah tekanan apa pun, sekadar meluahkan impian untuk melihat kami mempunyai zuriat). Tapi sebagai anak menantu perempuan pastinya terkesan.

Berbeza dengan kes-kes lain, saya meluahkan / menjelaskan perasaan saya yang saya terluka dengan tindakan mereka, atau membalas guarauan mereka dengan lantang atau marah. Setiap kes berbeza punca dan respon saya dan respon balas mereka. Akhirnya saya masih kecewa dan masih tak selesa. Mengambil masa yang lama untuk saya menerima, melupakan dan melayan mereka dengan layanan biasa. Ntahlah, saya juga tidak tahu akibat jika saya tidak meluahkan pada mereka. Mungkin sampai sekarang saya masih lagi berdepan dengan pengalaman pahit dengan mereka seperti dulu?

Walau apapun, bersabarlah. Dekatkan diri pada Allah dan buat persiapan akhirat. Saya minta maaf jika penulisan saya ini ada salah silap dan terlalu membesarkan isu. Semoga yang baik-baik sahaja menanti kita semua. Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin. Jangan sedih-sedih ya, syukuri dan nikmati apa yang kita ada sekarang :)

Love

1 Jun 2020

Post berkaitan :
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
13 Tahun Usia Perkahwinan - Masih Menanti Zuriat
Bagaimana Aku Menanti Zuriat Pada Usia Perkahwinan 13 Tahun?