Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1

No comments:
Mungkin ada pembaca lama blog irtiyah yang terjumpa semula blog ini, salah satu sebab pernah like page facebook Blog Irtiyah. Jadi bila saya post link ke sana, membawa pembaca ke blog ini semula.

Jadi mungkin ada yang tak ingat pun tentang blog ini atau kisah TTC saya, jadi saya cerita ringkas. Yang panjang lebar kemudian hehehe
Ringkas ke? Saya kalau tulis jarang ringkas.. kan? Harap bertabahlah pembaca sekelian hehehe

2006 - Kami melangsungkan perkahwinan. Saya masih belajar tahun akhir di UUM bidang pendidikan, bakal guru. Suami kerja swasta di KL / Selangor (KL dan Selangor ni macam satu tempat je bagi saya. Terutama kawasan dekat dengan sempadan). Kami orang Johor.

2007 - Habis belajar, sementara tunggu posting sebagai guru di sekolah kerajaan, saya terjebak dengan blog. Sebagai personal blog atau online diary. Segala mak nenek saya tulis.
Termasuklah tips temuduga guru, dari sini blog saya ada pembaca dari kalangan bakal guru / guru.

Saya awalnya tak mendedahkan indentiti. Berselindung di sebalik nickname irtiyah. Rasa bebas menulis sebab saya bukan jenis outspoken atau terlalu terbuka di luar.

Penulisan tentang TTC mula semakin banyak. Cerita sentap menyentap, kena smash, tips-tips dan usaha yang saya cuba untuk mengandung. Rakan-rakan blog semakin ramai sama ada rakan TTC mahupun bukan.
TTC ringkasan istilah 'try to conceive' (usaha untuk mengandung).

2008 - Saya mula berkerja sebagai guru kerajaan di KL / Selangor

2009 - 2010 Saya mula membuat rawatan kesuburan di hospital kerajaan sehingga peringkat tertinggi iaitu IVF-ICSI (bayi tabung uji). Suami isteri ada masalah kesuburan. Major problem pada suami saya. Suami kategori Oligospermia + Asthenospermia. Saya pula Polycystic ovary syndrome (PCOS).

Dalam tempoh ni saya mula rasa tak selesa berblog. Mula banyak sebab kenapa tak nak terlalu terbuka menulis. Saya mula letak password pada post / entri tertentu. Limit untuk pembaca yang saya rasa betul-betul perlu cth belum mempunyai zuriat dll. Lebih kurang 600 orang pembaca saya dari kategori ini berdasarkan jumlah alamat email. Saya minta maaf sepanjang menguruskan post berpassword ni jika ada kesilapan dan pengabaian privacy pembaca. Cth saya cerita atau bagi suami saya baca atau saya petik kes-kes tertentu untuk saya cerita dalam post atau di luar dll. Saya juga mengamalkan budi bicara, ada juga mereka yang tak cukup syarat tapi saya beri password. Yang ni pun saya mungkin tulis post lain kemudian. Banyak betul benda nak cerita hahaha

Rawatan tersebut gagal. Seingat saya doktor yang consult result pun tak dapat terangkan kenapa gagal. Proses IVF-ICSI berjalan lancar, semua ok. Saya turun darah (bersama ketulan putih) / period / gugur setelah lebih kurang 4 minggu dari tarikh memasukkan embrio (embrio adalah keadaan sperma dan telur dah disenyawakan dan menghasilkan sel-sel). Masa tu kalau tak silap seminggu sebelum temujanji untuk pastikan saya mengandung atau tidak. Ujian darah dibuat, keputusan - tidak mengandung. Kami tidak merancang untuk mencuba rawatan sama dalam masa terdekat.

2012 - Saya pindah balik Johor. Mengajar di sekolah baru tak lama, 3 bulan sahaja. Saya letak jawatan. Saya anggap saya tak mampu, saya bukanlah cikgu yang baik, saya stress dengan kerja.


bersambung..


Love

29 Ogos 2019

Sambungan :
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

Post berkaitan :
Mana Post Lama?

13 Tahun Usia Perkahwinan - Masih Menanti Zuriat

6 comments:

Pasti kawan-kawan tertanya juga apakah status terkini saya (kami) dalam perjalanan menanti zuriat kan?

Alhamdulillah beberapa hari lepas genaplah perkahwinan kami ke 13 tahun. Saya bersyukur dengan nikmat perkahwinan ini, semoga Allah kekalkan jodoh kami hingga ke syurga. Kekal bahagia. In shaa Allah

Ya, tajuk post ini sangatlah direct, betul kami masih menanti zuriat. In shaa Allah suatu hari nanti, Allah pasti akan hadiahkan kami anugerah teristimewa itu. Yakin ada rezeki ini. Aamiin
Tolong doakan kami ya :)

Alhamdulillah, di usia perkahwinan genap 13 tahun ini saya masih tidak berputus asa. Saya masih menanti zuriat kami dan bersyukur dengan perjalanan hidup ini.

Setiap kata-kata baik yang saya tulis adalah doa. Walaupun ada masanya rasa down, inilah cara saya untuk kekal positif dan melangkah ke hadapan. Janganlah fikir saya 100% positif sepanjang masa ya. Saya manusia biasa macam orang lain juga.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang telah memperolehi zuriat, mungkin seorang anak, dua orang, tiga orang dan semoga lebih ramai lagi zuriat kalian. In shaa Allah.. Aamiin. Jangan rasa jauh, kalian semua tetap kawan saya. :)


Love

28 Ogos 2019

Post berkaitan :
Bagaimana Aku Menanti Zuriat Pada Usia Perkahwinan 13 Tahun? 
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

Mana Post Lama?

1 comment:
Apa khabar kawan-kawan lama?
Semoga kalian semakin bahagia dengan kehidupan sekarang

Berbalik kepada tajuk post, mana post lama yang banyak-banyak tu?
Saya telah buat keputusan untuk private kan post-post itu. Post terakhir adalah pada 28 Mac 2016.

Saya tak delete, ada lagi sebagai kenangan buat diri saya. Biasanya kalau saya terbaca, emosi saya seperti roller coaster. Jadi saya jarang baca balik, tapi akan datang mungkin saya terpaksa baca juga.

Perancangan saya, jika ada peluang saya akan cuba review, ubah suai dan post semula post-post lama yang difikirkan sesuai. In shaa Allah

Jika ada perkembangan saya tentang rawatan kesuburan atau perjalanan saya dalam menanti zuriat, in shaa Allah saya akan kongsikan (tanpa letak password) seperti dulu.

Tapi blog saya ni bukan lagi tentang rawatan kesuburan atau menanti zuriat sahaja (bukan blog TTC). Saya akan tulis perkara lain dan lebih santai rasanya.

Ada sebab saya privatekan blog ni dulu. Kepada sesetengah orang saya katakan blog ini telah berakhir. Saya pun fikir begitu. Tapi ada sebab juga kenapa saya menulis kembali.

Saya merancang untuk diri saya, sesuatu yang besar dengan kembalinya saya menulis blog ini. Ntah saya mampu lakukan atau tidak, saya serahkan kepada Allah. Semoga dipermudahkan urusan.

Saya tak ingat bila saya start privatekan blog ni dulu. Kalau ambil kira dari post terakhir tu, mungkin lebih kurang 3 tahun saya privatekan. Sepanjang tempoh tu memang saya tak update apa-apa. Pernah cuba menulis blog baru tapi terbengkalai dan akhirnya saya delete (kot?) saya pun dah tak ingat urlnya hahaha..

Banyak lagi nak tulis. Saya sambung esok lusa? In shaa Allah.



Ini screenshot sebelum saya privatekan post-post tu. Saya privatekan blog dah lama. Tapi saya privatekan post-post ni baru je, sebelum saya publickan blog. Sebab saya nak publickan blog ni semula tanpa post-post lama.





Banyak juga gadget-gadget yang dah tak berfungsi dalam blog ni. Pelan-pelan nanti saya make up semula la. Hehehe banyak terms saya dah jarang guna. Canggung pula rasanya.

Love

27 Ogos 2019

Post berkaitan :
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

I'm Back!

No comments:

Ada orang rindu kita tak? Siapa yang masih aktif blogging atau at least rajin baca blog? komen sikit hehehe

Hari ni anniversary kami yang ke 13 tahun. Gigih nak jayakan post comeback pertama hari ni.
Selebihnya perlahan-lahan la ye.

Hmmm ingat lagi tak irtiyah? hahaha

Komen daripada anonymous pun welcome. Tapi bagi la nickname unik sikit di hujung komen, setiap kali komen letak nickname yang sama. So saya tak keliru dengan anonymous lain.

Love

26 Ogos 2019

Post berkaitan :
Mana Post Lama?