Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 16 : Refer Ke HUKM / PPUKM

43 comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 April 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 26 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

Semalam adalah appointment di HUKM kali pertama selepas Hospital Ampang merujuk kes kami kepada Prof Dr. Zainul Razi bin Rashid di Medically Assited Conception (MAC) bahagian O&G di HUKM. Ini kerana Dr di Hospital Ampang tak ada kepakaran dalam kes sakit tuan dan mahu yang terbaik untuk kes kami. Dia kata, boleh di refer pada tempat yang lain dan mungkin lebih murah tetapi Prof Dr. Zainul ni memang pakar dalam kes kami.

Bagi yang membuat rawatan kesuburan atau apa-apa rawatan berlarutan macam ni, sangat penting ambil tahu dengan jelas perjalanan kes anda. Pengalaman saya, apabila doktor kita bertukar, kitalah sumber paling utama untuk menceritakan apa yang berlaku dan ujian2 yang dah dijalankan. Segala dokumen contohnya keputusan ujian atau prosedur yang diberi pada kita, mesti simpan elok-elok. Doktor baru kita akan minta dari kita terutama masa pertemuan pertama atau awal-awal tu. Kalau dapat simpan resit-resit lagi bagus, senang kita nak rujuk.

Semalam pun aku kena cerita pada doktor (pembantu Prof Dr. Zainul) perjalanan kes aku. Masa aku ditanya jenis ubat regularkan period pun aku tak ingat nama ubat kali pertama dulu. Ubat sekarang aku sure. Masa ditanya result ujian hormon pun aku tak boleh nak jawab. Aku cuma ingat tahap hormon tu area 'agak ok' walaupun bulan tu makan Clomid. Tapi tak dapat pasti bacaan kadar hormon untuk diberitahu.

Tak padahal malam tu aku dah study dan dah print jurnal atau catatan ringkas yang aku buat.

Kalau masih dalam pusat rawatan atau hospital yang sama, sistem dia memang ada dan boleh dicapai dengan mudah antara doktor, itupun masih memerlukan masa untuk doktor baca semua report tu sedangkan ramai pesakit menunggu. Tambahan kalau ada kesilapan yang jelas kita boleh tolong ingatkan doktor.

Namun yang pasti, semalam aku tercengang jugak bila doktor (pembantu Prof Dr. Zainul) cakap kat aku "Haa... cerita!" tapi aku tetap dapat pujian bila dia tengok jadual period aku hehehe tapi tak la aku tunjuk jurnal aku tu. Tapi memang aku refer kertas tu masa cerita kat doktor terutama catatan ubat aku tu.


Ok.. apa sebenarnya yang berlaku semalam?
En.Suami dapat appointment untuk Semen Analysis. Kali ni Prof Dr. Zainul akan pastikan kategori Morphology yang dijangka abnormal. Sebenarnya susah juga nak explain. Hasil Semen Analysis sebanyak 2 kali di LPPKN melalui rawatan di Hospital Ampang sebelum ni, kedua-duanya menunjukkan keputusan 'Nill Morphology'. Keadaan ini menjadi tanda tanya 2 doktor di Hospital Ampang yang melihat result tu termasuklah mereka di HUKM. Pendapat para doktor2 tu, sepatutnya ada % walaupun sikit. Tak sepatutnya result tu ditulis 'Nill'. Namun kami semua masih positif dengan mengharap ada %. Mungkin ada kesilapan catatan rekod. Menurut En.Suami pun, orang yang tulis report tu orang yang sama masa ujian pertama dan kedua.

Jadi Semen Analysis di HUKM akan datang ni akan lebih jelas dan kalau ada % tu kategori mana. Maknanya kalau abnormal pun ada kategori rawatan yang sesuai.

Sumber gambar : http://www.healthcaremagic.com/

Menurut Prof Dr. Zainul.. kalau sperm tu kategori lonjong masih boleh buat IVF. Tapi kalau jenis 'bengkok berlengkok-lengkok'? [aku tak ingat istilah sebenar yang Prof guna] sperm jenis tu tak mampu nak menembusi telur kalau dibuat menggunakan cara IVF. Jadi akan guna IVF-ICSI. (rujuk Ulasan / Tambahan)

Untuk makluman;
IUI = sperm terbaik di masukkan ke dalam rahim ketika kehadiran telur dan akan bersenyawa sendiri.
IVF = sperm terbaik dan telur dikeluarkan dan disenyawakan dalam tabung uji. Setelah bersenyawa di luar ia akan dimasukkan ke dalam rahim.
IVF-ICSI = sperm akan disuntik terus ke dalam telur. Semua ni perlu di lakukan di luar dan barulah di masukkan ke dalam rahim.


Harap Semen Analysis akan datang ni memberi keputusan yang baik. Kami berharap ada % morphology untuk membolehkan IVF-ICSI tu dilakukan [paling tidak pun]. Ingatkan IVF cara paling tinggi rupanya ada atas lagi. Huhuhu.. dulu aku tak tahu apa pun pasal benda2 ni semua.

Scan
Scan dari bawah, masa diberitahu aku agak panik. Tak ready sebenarnya, lagipun 1st time. Scan ni nak tengok ada kepelikan macam cyst dan sebagainya. Aku dah seram sejuk sebab aku tak ready... [?] dan aku agak trauma dengan HSG dulu. Tapi En.Suami pujuk dan bagi kekuatan. Dia siap nak masuk tapi tak leh tengok pun sebab ada tirai hahaha... Tapi scan tu tak menakutkan pun ok je. Staf tu baik dan dia sorang je yang ada tak macam HSG dulu. Keputusan scan, Alhamdulillah tiada apa yang luar biasa dan kira normal.

Kos Rawatan
Kos rawatan IUI = RM550 tidak termasuk ubat2 dijangka lebih kurang RM1000 kot. Aku yang anggarkan sebab Embryologist tak sebut anggaran ubat-ubatan.
Kos rawatan IVF = RM8000 atau RM9000? aku pun tak ingat la.
Kos rawatan IVF-ICSI = ? tak tanya.... hmmmp [updated: melalui perkongsian maklumat oleh IRMA -Putrajaya yg meninggalkan komen ... Kos rawatan utk cara ini ialah antara RM 12 000 hingga RM 15 000. Gulp!]

Ni pulak yang aku bayar semalam;
RM30 untuk buka buku
RM20 untuk scan aku tu

Semen Anaylisis akan datang kena RM50 tapi belum bayar la. Kalau kat LPPKN sebelum ni tak silap aku kena RM20 ke RM30.

Fikir-fikir 1
Namun ada satu perkara yang bermain di fikiran aku, yang doktor di Hospital Ampang ada sebut tetapi tak bincang dengan Prof lagi, iaitu kalau ada kebarangkalian baby akan gugur kalau tak sihat.

Fikir-fikir 2
Ada orang pernah cakap dengan aku agar tidak terlalu cerita tentang masalah sperm2 ni di blog. Demi menjaga hati En.Suami hmmmp apa pendapat korang? antara aku dengan suami, kitorang clear tentang hal ni, aku minta izin. Dalam hati pun memang aku takut juga kalau dia kecil hati tapi kami setakat ni sependapat tiada apa yang perlu dimalukan. Sepertimana yang aku cerita dalam entri Menanti Zuriat : Isu 1 : Maruah? . Malah setiap kali ada komen menarik terutama entri rawatan kesuburan dari kalian.. dia selalu akan kata 'blog aku ni bagus dan memberi manfaat' [ececehhh puji diri sendiri nampak] Hehehe

Kalau para suami yang ada masalah hampir sama boleh kongsi pandangan tentang isu yang aku utarakan ni aku amat menghargai, kalau tak pun apa pandangan para isteri yang mungkin berada di posisi seperti aku.

Aku akui kali pertama nak berdepan dengan benda ni walaupun suami yang tengah ada masalah bukan senang. Ada satu insiden tu, ada seorang patient berdiri terlalu hampir dengan aku sambil mendengar sekali penerangan doktor tentang result Semen Analysis yang tidak berapa ok tu. Aku rasa macam nak err halau kot orang tu hehehe tapi aku tahu dia bukan sengaja ada kekeliruan ketika itu, oh ya masa tu dia 'bawa perut'. Erti kata lain, perasaan aku masih bercampur baur dan ada juga serba salah ketika buat entri ini atau ketika jelaskan pada orang yang 'menyibuk' sangat atau aku yang rasa aku perlu bercerita*. I need your opinion kawan-kawan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 April 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 26 Disember 2019 jadi bahagian komen pun mungkin ada sebut perkara yang dah dibuang dari post. Sila abaikan ye kalau terbaca komen yang tak ada bincangkan dalam post ini.

Ulasan / Tambahan :

IVF dan IVF-ICSI memang ada beza. Tapi aku rasa kalau sebut buat IVF, yang dibuat sebenarnya IVF-ICSI. Kalau tak silap kat MAC HUKM / PPUKM ni memang mereka buat IVF-ICSI sahaja. Maaf kalau salah info.

Tentang baby akan gugur atau tak sihat tu, sebenarnya aku baru perasan catatan jurnal tu, aku ada tulis doktor tak bagi clomid sebab dah tahu sperm ada masalah. Bimbang baby akan gugur atau tak sihat. So pada aku tak perlu risau sangat tentang rawatan IVF tu, mungkin masa aku tulis post ini dulu aku pun keliru maksud doktor.

Love

26 Disember 2019

Sambungan :
Uiii Lama Betul Tak Menulis

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

59 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 12 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

Sebelum ni memang ada yang bertanya pada saya tentang kos rawatan. Terbaru oleh anonymous tadi di post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim. Saya memang terfikir ingin membuat post khas ini kerana merasakan ia membantu kawan-kawan yang ingin memulakan langkah pertama. Saya amat faham keadaan dan perasaan itu.

Temujanji bulan lepas, saya sempat snap gambar jadual bayaran ini yang menunjukkan caj atau kos rawatan di Klinik Pakar Hospital Ampang. Dalam rawatan kesuburan, ia dibuat di Klinik Pakar Obstetrical & Gynaecological [O & G]. Ini bermaksud kos rawatan ini merupakan kos di hospital kerajaan.

Sila klik untuk membesarkan imej

Sebelum ini, rakan pembaca iaitu Lilyana pernah bertanya di post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG rentetan dari persoalan itu saya telah memberi jawapan berikut;

sebenarnya, saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan kepada bukan kakitangan kerajaan. Masa saya telefon sebagai langkah pertama dulu, saya hanya diberitahu bahawa ada perbezaan bayaran jika surat rujukan dari klinik kerajaan dan klinik swasta.

Maksud saya kalau surat rujukan kita dari klinik kerajaan bayaran adalah lebih rendah. [kita tak boleh pergi tanpa surat rujukan buat kali pertama]. Masa tu mereka tak tahu pun saya kakitangan awam.

Jadi dinasihatkan jangan dapatkan surat rujukan dari klinik swasta. Saya pun sampai sekarang tak pasti adakah memang saya tak perlu bayar apa-apa, manalah tahu di akhir rawatan baru saya diberitahu kos rawatan sebenar.

Untuk kepastian elok rasanya awak telefon mana-mana sahaja pusat rawatan dan tanyakan kos rawatan. Oleh itu awak boleh buat perbandingan. Rasanya kalau nak murah hosp kerajaan lebih murah dari swasta namun seperti biasa lewat dan kesesakan pesakit itu lumrah. Kita kena sabar dalam segala usaha kita.

Jawapan di atas sebenarnya menerangkan apa yang terkandung pada gambar jadual yang saya snap itu. Harap dapat perhatikan jadual tersebut dengan teliti dan cuba fahami quotation di atas. Untuk lebih mudah faham tentang 'rujukan' sila baca post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Cuma sebagai tambahan, apabila pesakit merupakan kakitangan kerajaan, apa yang saya tahu.. bayaran RM5 itu tidak dibayar kerana telah ditanggung oleh kemudahan perubatan sebagai kakitangan kerajaan. Dalam kes saya, hanya RM1 saya pernah belanjakan itupun hanya ketika mendaftar di klinik kerajaan untuk mendapatkan surat rujukan. Tapi saya tak pastilah kalau-kalau di akhir rawatan nanti ada sejumlah bayaran yang ditotalkan. Tapi menurut saya dan kawan [kawan saya ni memang kerap ke hospital tersebut kerana buat rawatan kanser] kalau ada pun mungkin kadar yang mampu dibayar oleh kebayakkan pesakit.

Beberapa hari kemudian, Lilyana memberitahu yang dia telah ke LPPKN. Amat menarik kerana Lilyana sudi berkongsi maklumat kos rawatan yang dia ketahui di LPPKN iaitu;

hai... Assalamualaikum....

hari ni sy dah pegi LPPKN Shah Alam.
Untuk 1st visit ni dia buat pap smear n buka fail. alhamdulillah bayaran x de la mahal.
RM 50 utk buka fail & RM 25 untuk bayaran pap smear.

Memandangkan di LPPKN x de lab utk check hormon so kami di beri surat rujukkan untuk ke sebuah klinik di klang untuk buat test2 berkaitan kemudian bawa result tu ke LPPKN balik. Tapi semua2 test ni x buat lg sbb kena tggu bila sy period dulu.Bayaran utk test2 ni pun x mahal ada yang dalam RM 26, RM 46, RM36 dalam lingkungan ni la. Ujian2 ni termasuk la dengan ujian untuk suami sekali. Yang mahal pun sikit ujian HSG dalam lingkungan RM 300. Bagi ubat2 pun akan di kenakan bayaran sbb ubat adalah bekalan dr doktor sendiri. Dan RM 10 dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan setiap kali lawatan.

Sy dapat appointment doktor dlm 8 April ni sbb nak tggu test2 ni dapat result. Kat LPPKN Shah Alam ni doktornya Ismail Tambi

Ok.. nanti saya dah mulakan semua2 rawatan boleh la kita sembang2 lg ye...


Jadi, dalam post ini ada 2 kos rawatan untuk 2 tempat berbeza. Semua maklum LPPKN kena bayar lebih dari hospital kerajaan namun bayaran itu lebih murah dari hospital swasta. Dari segi perkhidmatan apa yang saya tahu LPPKN sama taraf dengan swasta. Wallahua'lam.

Soalan kedua anonymous ialah adakah suami perlu ada?

Pada pandangan saya, kata-kata doktor dan pengalaman rawatan ini sebenarnya melibatkan kedua-dua pihak suami isteri NAMUN rawatan akan dibuat menggunakan nama isteri dan satu persatu proses biasanya akan MENGUTAMAKAN isteri.

Suami juga perlu membuat beberapa ujian [sedikit berbanding isteri] jika didapati suami menghadapi masalah, maka proses kepada isteri akan direhatkan atau kurang tumpuan kerana tumpuan telah beralih kepada masalah suami. Apabila masalah suami dapat diselesaikan barulah kes isteri akan diberi tumpuan kembali.

Inilah yang saya hadapi sekarang dan mungkin berbeza dengan cara tempat lain. Kerana saya pernah mendapat tahu, ada di tempat lain pihak suami perlu menjalani ujian-ujian penting ketika awal pertemuan dengan doktor lagi boleh kata sama tumpuan seperti terhadap isteri.

Jika saudari anonymous ingin mengetahui perjalanan rawatan saya dinasihatkan baca post-post berkaitan kerana antara tujuan post-post itu dibuat ialah untuk berkongsi pengalaman saya.

updated: [ sila baca komen-komen pembaca, sebab ada maklumat juga sumbangan kawan-kawan dan juga respon saya]

Jika masih ada soalan, boleh bertanya. InsyaAllah saya akan jawab sekadar termampu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada para pembaca sama ada yang pernah berinteraksi dengan saya mahupun tidak melalui post rawatan kesuburan ini mahupun entri lain sekiranya ada entri / respon saya yang tidak sempurna atau mengguris hati. Walaupun saya menjadikan blog sebagai medium mengurangkan tekanan, kongsi pengalaman dan ilmu dan sebagainya. Mungkin saya telah sengaja / tidak sengaja menyakiti mana-mana pihak. Harap dimaafkan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 12 Disember 2019

Ulasan / Tambahan :

Sila ambil perhatian yang post ini dibuat pada tahun 2010 jadi mungkin sesuai dengan peredaran masa, mungkin ada perubahan maklumat.

Love

12 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 16 : Refer Ke HUKM / PPUKM

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

8 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS

Terima kasih kepada kawan yang bertanya perkembangan terkini rawatan ini. Ini menunjukkan dia ambil berat tentang aku atau ilmu yang dikongsi di sini. Walaupun antara berat aku dengan ilmu, tentunya berat aku lebih berat. Hehehe.. aku gurau je.. walaupun tentang berat aku tu bukan gurauan. Hehe

Siapa boleh bagitau, kenapa ruangan majikan ni ada tulis SEKOLAH? kenapa tidak cawangan atau jabatan kerajaan atau swasta lain? Pelik tak?

Ini adalah borang yang perlu diisi untuk mendapatkan rawatan kesuburan di HUKM memandangkan kes kami perlu di rujuk ke bahagian pakar di sini yang tidak ada di bahagian pakar hospital yang biasa kami pergi (Hospital Ampang).

Tadi pergi hospital ambil ubat betulkan period untuk kitaran kedua. Ubat yang diberi ialah ubat perancang last makan untuk kitaran pertama adalah pada hari Khamis lalu iaitu 11 Mac 2010. 12 Mac hingga 18 Mac tidak akan makan ubat.. dijangka dalam 7 hari ini aku akan period. Malangnya dah hari ke 4 ni.. period masih tak datang. Adakah rahim tidak respon pada ubat jenis ini?

Masa aku makan ubat jenis sebelum ini [3 bulan makan ubat jenis lain utk tujuan yang sama] period akan datang dengan elok dalam tempoh makan ubat. Namun kembali tonggang langgang setelah ubat tidak diambil.

Kalau sekarang ni aku tak makan ubat yang sedang dibekalkan, aku rasa dah period walaupun tak regular. Camner ni? Hari tu aku dah tanya doktor macammana kalau tak period? dia kata biasanya akan period dia jawab macam tu tak kan aku nak argue lebih2 dia kan pakar.

Satu yang aku perasan, dah 2 minggu tumit kiri aku sakit. Menurut rawatan refleksologi ia berkaitan dengan sistem peranakan. Takkan ubat ni telah mengganggu sistem peranakan aku pulak? mungkin tapi aku positif mungkin sistem peranakan aku sedang mengalami kejutan budaya demi untuk kesembuhan period yang tonggang langgang kot.. layannnnn. Pada 19 Mac 2010 ni tak kira apa berlaku ubat untuk kitaran ke dua perlu dimulakan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Disember 2019

Ulasan / Tambahan :

Selepas bertahun-tahun rasanya dapat dah logik kenapa kat borang tu tulis sekolah. Sebab untuk pesakit yang masih bersekolah kot hehehe

Love

10 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS

29 comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 12 : Sperm Count Test Kali Ke 2

2 hari lepas (17 Feb 2010) suami buat Sperm Count Test kali kedua.

Dalam report tu ada banyak kategori macam ;
Concentration [aku tak tahu apa]
Total Count [jumlah sperms..doktor tu panggil tentera.],
Motility [pergerakan],
Progression [aku tak tahu],
Normal Morphology [tentera yang normal] dan
Pus Cell [tak tahu jugak]

Dari kedua-dua test ni, test ke dua menunjukkan peningkatan kira bertambah baik la. Motility pula boleh diterima. Cuma normal morphology tu ada sedikit masalah. Normal Morphology ni penting kerana hanya tentera/sperma yang ini akan berenang dan bersenyawa dengan telur perempuan.

Dalam kes kitorang ni, tak ada Normal Morphology. Ada dua kemungkinan:
1. Sama ada sebenarnya ada Normal Morphology dari dalam tetapi masa dikeluarkan dia jadi tak normal disebabkan ada enzim yang mengganggu sewaktu perjalanan keluar. Jika ini yg berlaku, Normal Morphology tu menjadi tidak normal seperti ekornya hilang atau putus dan sebagainya. Dan penyelesaiannya ialah IVF - ICSI iaitu Bayi Tabung Uji.

2. Kemungkinan ke 2 ialah memang dari dalam pun tiada Normal Morphology dan ini masalah berkaitan genetik atau DNA. Yang ni, doktor kata susah sikit la. Masa doktor terangkan ni doktor minta maaf sebab menyampaikan kemungkinan ini. Well.. aku tak ada la buat aksi drama ala-ala tak boleh terima hakikat. Alhamdulillah dan InsyaAllah aku redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kami. Dan juga aku blurr bila dengar banyak terms baru dan bukan dari bidang aku. Kemudian doktor bagi kemungkinan suami isteri kena buat DNA test. Tapi nampak macam dia hanya bagitau supaya aku ada sedikit harapan. Aku andaikan dari apa yang aku tengok. Masa doktor nak jumpa suami doktor suruh nurse panggil tapi aku lebih selesa panggil suami sendiri. Isteri solehah gitu... perasan lak. Doktor sempat tanya masa aku nak keluar panggil suami 'Dia panas baran tak?' cepat aje aku jawab 'ohhh... dia cool..'. Agaknya doktor ni pernah kena serang dengan pihak suami ker? Alhamdulillah.. suami baik orangnya. Makin hari makin sayang. InsyaAllah.

Ok semua di atas ini hanya akan dipastikan kemudian kerana Hospital Ampang tidak ada rawatan untuk Sakit Tuan. Kes kitaorang dirujuk ke HUKM dan dengan baik hati doktor merujuk kami kepada pakar yang dia rasa memang sangat bagus untuk hal ini.

Pendekkan cerita, semua yang aku nyatakan sekarang hanyalah kemungkinan dari pandangan doktor pakar Hosp Ampang. Apa yang sebenarnya berlaku dan penyelesaiannya akan dipastikan apabila kitaorang rujuk ke HUKM lepas ni. Cuma dia bagi gambaran di HUKM doktor akan buat ujian TESA / PESA iaitu sperms akan diambil direct dari testis. Doktor kata proses ni buat dengan bius. Waaa.. seram tu...

Tentang aku pula, doktor ulas macam yang aku tulis dalam entri lepas. Doktor kata result HSG aku tu tiada masalah / normal. Doktor tak nak bagi aku clomid / ubat kesuburan sebab keadaan sekarang ialah masalah sperma tak sihat. Doktor kata kalau aku mengandung pun dibimbangi kandungan aku akan gugur atau kalau lahir merupakan anak yang tidak sihat.

Sementara selesaikan masalah itu, doktor nak bagi ubat untuk regularkan period aku. Dulu aku pernah buat dengan pil perancang selama 3 bulan. Hasilnya hanya ok bila makan ubat aje. Bila tak makan ubat dia kembali tonggang langgang. Kali ni guna ubat yang lain tapi setahu aku pil perancang jugalah. Doktor kata mungkin aku stress sebab tu period aku tak regular. Doktor mention juga mungkin sebab kerja aku sebagai cikgu ni menyebabkan aku stress. Sekaligus mengganggu period dan tentu ada kaitan dengan pengeluaran telur. Tapi aku memang perasan, kalau aku stress, period aku bulan tu mesti lambat dari biasa. Yang biasa pun memang dah tak berapa nak ok. Jadi kepada sesiapa yang sayang aku jangan buat aku stress. Haha..

Dan dia bagi juga Folic Acid. 13 Mac 2010 atau beberapa hari sebelum tu aku kena ambil ubat regular period itu lagi sebab dia bagi utk sebulan demi sebulan. Next follow up appointment aku dekat Hospital Ampang adalah 3 bulan dari sekarang. Iaitu pada 19 Mei 2010 dan aku diminta jumpa doktor yang sama dengan hari ini.

Doktor bagi surat rujukan untuk ke HUKM. Kena pergi sana baru dapat tarikh appointment pertama.

Sekian dari bilik berita. Jangan lupa senyum.


updat pada 20 Feb 2010 :
Rupa-rupanya dalam surat rujukan ke HUKM, doktor mention about aku ada PCOS. Pernah aku tulis yg aku agak memang aku ada PCOS tapi doktor tak pernah bincang atau mention secara lisan dengan aku. Doktor tukar ubat dari sebelum ni, dia kata ubat kali ni lain sikit. Mungkin sebab doktor ni anggap aku ada PCOS. Sebenarnya beberapa kali mula2 dulu aku dapat doktor A. Kemudian doktor B. Aku rasa yang doktor sekarang ni C, adalah PAKAR. Maklumlah dalam klinik ni mesti ada pelbagai position.

Dan aku perasan doktor ni ada banyak benda nak terangkan pada aku tapi dia tak buat.. mungkin tak nak aku pening/malu/susah hati. Sebenarnya doktor tak perlu risau... InsyaAllah saya tabah. Hehe

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Love

5 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 12 : Sperm Count Test Kali Ke 2

4 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG

Esok 17 Feb 2010 suami akan menjalani Sperm Count Test kali ke 2.

Hari Jumaat ini pula adalah appointment aku yang seterusnya. Kena bawa result suami sekali.

Alhamdulillah appointment Jumaat ni kena tarikh sekolah cuti .. cuti yang telah diganti. Tak perlu ambil cuti dan tak perlu kejar silibus. Kalau selalu macam ni kan bagus.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Love

5 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG

46 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 18 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

HSG ini ringkasan atau maksud yang sama dengan Fluoro Hysterosalpingogram / Hysterosalphingografi / Pemeriksaan Tiub Fallopio [x ray].

Dalam post sebelum ini, aku dijadualkan buat ujian HSG pada 4 Januari 2010, seperti yang dijangka, ujian tidak dapat dilakukan sebab aku belum period. Period aku kan tak regular. Disebabkan tak jadi buat pada tarikh itu, sebaik sahaja period hari pertama aku telefon untuk temujanji HSG seterusnya iaitu 11 Januari 2010 (Isnin minggu lepas). Dan, kali kedua ini pun ditangguhkan malah kali ini doktor dah mulakan prosedur pun.

Di bawah ini aku cerita ujian HSG yang berjaya dijalankan pada hari ini (temujanji kali ke 3 untuk buat HSG) dan di akhir post ini aku cerita tentang HSG yang tak jadi minggu lepas.

Aku mulakan dengan yang hari ini ya. Ketakutan aku pada spatula itu rupanya tiada apa-apa, tidak sakit tetapi proses HSG tu yang sakit. Doktor kata senak, tapi bagi aku sakit. Sebelum prosedur ujian, doktor terangkan apa yang akan dilakukan pada aku. Selepas spatula dimasukkan, doktor godeh-godeh juga la ntah apa yang agak susah. Lepas itu ada ballon atau tiub panjang yang dimasukkan, masa ni la senak / sakit bagi aku. Akan ada cecair yang dimasukkan dan doktor akan memantau dari skrin beberapa perkara untuk menilai tiub fallopio tu tersumbat atau tidak. Lebih kurang macam tu la.

Selepas ujian selesai, doktor terangkan yang pendarahan akan berlaku dalam 2 hari.

Aku tanya pada doktor result ujian tadi. Alhamdulillah doktor nombor 2 kata semua OK. Tiub fallopio aku tak tersebumbat. Kalau tak silap, dia ada sebut keadaan tiub aku cantik. Diorang memang suka guna istilah cantik tu ek. Masa scan dulu pun pegawai tu kata rahim cantik.

Bagi yang menghadapi ujian seperti aku tentu faham bagaimana rasanya melepasi satu-satu peringkat ujian perubatan dan mendengar hasil ujian tersebut dilakukan. Kalau boleh kita nak cepat selesai masalah dalam masa yang sama takut nak berdepan dengan masalah. Atau kalau boleh.. biarlah masalah sebenar tidak seserius yang kita bayangkan.

Aku bukan nak menakutkan mereka yang bakal buat HSG ni, pengalaman aku tak sama dengan kawan-kawan aku. Diorang kata senak tapi aku rasa sakit. Sampai saat ini masih sakit, nak batuk pun susah, nak jalan pun hati-hati sebab sakit bahagian rahim tu dan masih bleeding sikit.

*********

Ok sekarang cerita tentang kisah minggu lepas. Sesungguhnya amat susah apabila ujian HSG ini hanya dilakukan pada hari Isnin sahaja (bergantung kepada fasiliti agaknya). Selain itu ujian mesti dilakukan dalam tempoh tertentu sebaik sahaja period berakhir. Yang aku ni pula period tak regular, tempoh period aku pun adakalanya sekejap dan ada kala panjang.

11 Januari 2010 tu adalah hari ke 6 period. Sebaik sahaja doktor memasukkan spatula, maka dia nampak la darah period aku masih ada. Sedangkan sepanjang separuh hari tu period aku dah tak keluar selain 'stain' sikit.

Balik dalam keadaan tertekan sebab ujian tak jadi dan kehadiran pelatih juru x ray (mungkin) yang pada aku agak ramai. Agak trauma jugak la.

Kalau tidak insiden ini, mungkin appointment ditunda ke tarikh yang belum pasti membolehkan ujian dilakukan. Kali ini doktor yang jalankan prosedur tu campur tangan tentukan tarikh HSG seterusnya. Iaitu pada hari ini 18 Januari 2010 iaitu pada hari ke 13. Kali ini aku period selama 11. Memang cantik la tarikh ini. Mana la aku nak tahu period aku akan panjang macam ini, sedangkan sebelum ini ada yang bersih pada hari ke 6, 7 dan 8. Aku cek balik kitaran sebelumnya ialah 7 hari sahaja dan sebelumnya lagi cuma 5 hari sahaja. 11 hari ni kerap berlaku sebelum aku kahwin dulu.

Apapun aku minta maaflah kepada jabatan tersebut kalau menyusahkan mereka pada 11 Januari 2010 tu dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekarang ujian pun dah berjaya dan keputusan menggembirakan. Semoga step seterusnya lancar. Lepas ni tunggu ujian sperma suami kali ke 2 dan bolehlah tambah dos clomid untuk aku. Semoga tak perlu tunggu lebih lama. Baru-baru ni dapat buah zuriat, dah berurut, dah pergi Darussyifa'. Semua aku buat dalam tempoh yang dekat. Semoga ada berita gembira tak lama lagi. Jika tidak, aku teruskan berusaha, doa dan tawakal.

p/s : semua gelaran yang aku beri pada mereka ni ikut logik aku je, sebab aku bukan tahu sangat jawatan mereka. Agak-agak je.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 18 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Love

5 Oktober 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 12 : Sperm Count Test Kali Ke 2

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

9 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 4 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

Pagi tadi dapat panggilan telefon dari bahagian Radiologi Hospital Ampang. Dia nak confirm kan temujanji hari ni pukul 2 petang.

Macam yang aku dah jangka aku selamat hari ni. Sebab aku belum period lagi. Ye lah, aku kan takut dengan spatula tu. Cik yang telefon tu macam terkejut je bila dia tahu hari ni hari ke berapa. Aku rilex je jawab 'memang tak regular'. Sebenarnya aku memang nak telefon, tak sangka pulak diorang yang telefon aku dulu.

Aku pun bagi cadangan untuk set appointment baru bila aku dah period nanti. Dia pun setuju. Selamat kejap, tapi nanti kena jugak agaknya kecuali tiba-tiba Allah bagi 'anugerah' yang ditunggu-tunggu hingga menyebabkan period tak datang-datang. Amin.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 4 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019

Ulasan / Tambahan :

Ringkas sahaja post ni. Mulanya nak skip je, rangkum dalam post seterusnya. Tapi tak jadi sebab ada komen dari pembaca yang mungkin membantu pembaca lain. Post seterusnya In shaa Allah aku repost hari ni juga. Maaf ye sebab busy sikit kebelakangan ini.

Love

5 Oktober 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

22 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Nota: Post ini agak panjang. Untuk diri sendiri dan sesiapa memerlukan.

Hari ini appointment ganti yang sepatutnya pada 20 November 2009. Sebenarnya dapat tarikh 9 Disember 2009, tetapi sebab ada tugasan di sekolah tunda ke tarikh hari ni. Banyak benda yang perlu diingat. Aku buat tajuk la ya.

1. Semenology Test / Sperm Count Test
Suami aku buat test ni pada 30 Oktober 2009. Jadi, hari ni mendengar komen doktor. Kesimpulannya, suami aku perlu menjalani satu lagi test selepas 3 bulan dari tarikh test sebelum ni. Sebab? sebabnya ialah hasil test tersebut tidak memberansangkan. Tapi doktor kata jangan risau keputusan itu tidak muktamad. Sebab tu test kedua perlu dijalankan. Adakah muka saya nampak risau tadi wahai doktor? 😌🤔

Aku tak terkejut sebab dah dapat gambaran dari cerita suami selepas test tu dulu.

2. Fluoro Hysterosalpingogram / Hysterosalphingografi / HSG / Pemeriksaan Tiub Fallopio [x ray]
Doktor cadangkan buat pemeriksaan tiub fallopio. Masa ni aku dah cuak sebab ye lah, inilah antara perkara yang menakutkan aku selama ni, kena periksa kat kawasan tu. Sebelum ni pernah scan perut aje, tak ada masalah sebab perut je. Walaupun aku tak sure cara pemeriksaan itu aku ikutkan je la. Walaupun dalam hati aku kalau boleh macam tak nak je buat pemeriksaan tu. Sedikit lega bila doktor kata caranya ialah dengan x ray.

Pemeriksaan ini tak dibuat tadi, kena buat appointment. Sempatlah aku bersedia dari segi mental dan fizikal dulu. Aku kena buat pada 4 Januari 2010 tapi tarikh tu mungkin berubah (sila rujuk Ulasan / Tambahan di bawah). Kena tel sehari sebelum tarikh appointment.

Tapi bila google tadi.. aku kata "habislah akuuuuu" sebab..

Sumber gambar : http://img.alibaba.com/photo/100091856/Cusco_Vaginal_Speculum.jpg

How is the procedure performed?

This examination is usually done on an outpatient basis.

The patient is positioned on her back on the exam table, with her knees bent or her feet held up with stirrups. A speculum is inserted into the vagina, the cervix is cleansed, and a catheter is then inserted into the cervix. The speculum is removed and the patient is carefully situated underneath the fluoroscopy device. The contrast material then begins to fill the uterine cavity, fallopian tubes and peritoneal cavity through the catheter and fluoroscopic images are taken.

In some cases, if certain abnormalities are encountered, the patient will be asked to rest and wait up to 30 minutes so that a delayed image can be obtained. This delayed image may provide clues to a patient's condition that the original images with contrast material do not. On occasion, an x-ray will be taken the next day to ensure that there is no scarring surrounding the ovaries.

When the procedure is complete, the catheter will be removed and the patient will be allowed to sit up.

When the examination is complete, you will be asked to wait until the radiologist determines that all the necessary images have been obtained.

The hysterosalpingogram is usually completed within 30 minutes.

http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?PG=hysterosalp

Err.. korang baca ke quotation tu? Tak payah la dera diri sendiri.. hehe. Dalam surat temujanji.. dah ada syarat2 lain yang perlu dipenuhi..

  • Tak boleh bersama tanpa alat pencegah kehamilan
  • Kena ambil paracetamol 2 biji setengah jam sebelum pemeriksaan
  • Tukar tarikh temujanji jika masih haid?.. bercanggah dengan kata staf tadi. hmmp apa-apa hal sehari sebelum temujanji mmg kena call. confirm semula la nampaknya.
  • Kena hadir 15 minit awal.
  • Pemeriksaan mengambil masa + - 1 jam. Lama tu.....

3. Next Appointment Dgn Kilinik Pakar
Temujanji seterusnya pada 19 Febuari 2010 sebab nak bagi laluan pada dua test kat atas tu dijalankan dahulu. Tapi yang penting test untuk suami tu sebab dia hanya boleh buat pada bulan Febuari.

4. Folic Acid
Doktor tadi galakkan aku makan vitamin ni. Baik untuk baby. Dia kata seawal 3 bulan sebelum pregnant ambil la. Masa ni kan.. rasa nak tanya je kat doktor.. "Dr rasa saya boleh ke pregnant?" lagi aku nak cakap "Dr.. bagi la motivasi kat saya ni.. saya makin rasa ....". Tapi semua tu dalam hati je ... tak terkeluar.

5. Clomid
20 Nov 2009 tu aku ada ambil darah untuk melihat hormon pada hari ke 21. Doktor kata hormon progesterone aku tak cukup untuk mengeluarkan telur. Kadar hormon aku cuma 22.? point berapa tak ingat tapi 22 je la. Biasanya yang bagus 30++ .. doktor cakap tak de la kurang sangat. Tapi selepas semua hal2 di atas ni selesai, dos Clomid aku akan ditambah dari 50mg kepada 100mg.

[Sebenarnya aku tak ambil pada hari ke 21 tapi hari ke 20 sebab mengikut doktor aku sebelum ni, boleh ambil hari ke 20 kalau hari ke 21 tu.. kena pada hari Sabtu dan boleh ambil pada hari ke 22 kalau hari ke 21 tu jatuh pada hari Ahad]

Sekian Laporan Dari Bilik Berita

Sebenarnya hari ni emosi sebak semacam je masa kat hospital. Ye lah, bukan mudah nak menghadapi ujian macam ni. Bila satu persatu situasi diketahui dan proses dilalui terasa... ntah la.. tak tahu nak gambarkan.

...

Aku tahu Allah Maha Mendengar, Maha Berkuasa, semoga aku tabah. Nak ikutkan malu aku nak tulis semua ni. Tapi aku harap aku dapat memberi sedikit manfaat pada yang memerlukan melalui penulisan ini. Dan aku selalu pujuk hati aku sakit bukan bererti aku insan hina atau berdosa walaupun sakit itu boleh jadi penebus dosa.

Sakit boleh jadi harta bila aku redha dan sabar kerana ini adalah peluang untuk mengumpul pahala. Lain orang lain ujiannya.

Hari ni aku nak hiburkan hati yang lara, nak berbuka di Pizza dan menonton wayang. Mau ikut?

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Tarikh buat Pemeriksaan Tiub Fallopio (nombor 2 di atas) memang boleh jadi berubah / ditunda. In shaa Allah akan diterangkan pada post-post akan datang.

Sperm Count Test tu maksud aku Semen Analysis. Suami diminta keluarkan air mani dan dihantar ke makmal untuk diperiksa kuantiti dan kualiti sperma.

Love

17 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Facebook Blog Irtiyah

No comments:
Aku cadangkan korang like page Facebook Blog Irtiyah ni. Kalau ada post baru, aku memang biasanya akan share link di sana. Mungkin tak semua orang akan nampak post dari fb tu. Maklumlah algorithm fb ni selalu berubah sebab mereka suka kita bayar untuk iklan. Rasanya macam tu la. Tapi lagi mudah untuk cek post baru (mungkin?)

Fb tu dah lama aku buat, dari 2012. Aku cuma delete post fb yang lama sahaja. Post dari pembaca di sana aku biarkan sahaja, ada beberapa post. Biarlah buat kenangan.

Apa pun, aku menulis memang di sini di blogger / blogspot ni, cuma share link ke sana. Kalau ada pun status ringkas, santai-santai sahaja. Akan datang tak tahulah, boleh juga sesekali tukar angin copy paste post ke sana berbanding share link macam sekarang.


Siapa yang dah like facebook tu sebelum ni, harapnya tak keliru. Ini cadangan untuk mereka yang belum like sahaja hehehe

Sekarang di blog ni aku tengah marathon review, ubah suai dan post semula post lama yang difikirkan sesuai. Fokus rawatan kesuburan hospital kerajaan 2009 / 2010 dulu. Ingat nak habiskan yang tu baru buat post benda lain, tapi uiiih banyak lagi post lama kategori tu. Jadi aku buat keputusan untuk buat sesuka hati aku, maka terjadilah post ini hari ini hehehe

Tapi In shaa Allah yang follow tak hilang track post-post tentang rawatan kesuburan tu sebab aku sertakan link post sebelum dan sambungannya.

Tapi kan, cakap pasal post lama, rasanya yang rawatan kesuburan itu je yang penting nak review, ubah suai dan post semula. Lain-lain rasanya tak penting dah. Tengoklah macam mana jadinya nanti.

Love

17 September 2019

Post berkaitan :
Mana Post Lama?

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

10 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 2 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 16 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Dengan ini aku mengisytiharkan percubaan bulan lalu untuk mengandung dengan bahan bantuan utama Clomid telah gagal. Memandangkan doktor hanya beri satu cycle bekalan ubat, maka perjalanan seterusnya tergendala kerana next appointment ditunda kepada 16 Disember 2009.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 2 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 16 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Bab sedih-sedih, panas, terasa hati sebab kena usik ke, kena tanya ke, aku buang dari post asal.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

9 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Sejak aku makan Clomid ini la post pertama yang berjaya [InsyaAllah] di publish. Tinggal satu hari je, esok kena makan pil tu. Bagi sesetengah orang termasuk aku, kesan sampingan ialah pening dan sesetengah orang tambah dengan loya. Aku tak loya kecuali sesekali macam rasa tak sedap kat tekak. Tapi makan ok je. hehehe

Sebaik saja telan pil kesan pening tu aku boleh rasai serta merta dan berlarutan sampai ke petang atau awal malam. Kalau di sekolah, aku lawan je sebab kena bergerak cergas. Makan clomid ni kena minum air atau jus dengan banyak. Kawan aku ada yang tegur, dia ingatkan botol air budak cina atas meja aku. Orang cina memang kuat minum air masak.

Tapi hidup aku agak terganggu sebab pening lalat ni. Walaupun begitu hati aku berbunga-bunga moga percubaan kali ni berjaya. Amin. Ramai yang positif dan aku harap aku pun begitu.

Oh ya tak semua orang akan pening makan clomid ni, sesetengah orang je pening. Sejak 2 minggu lebih kurang aku dah mula jaga makan, emosi dan pergerakan. Setiap kali nak angkat barang pikir banyak kali. Ada dua orang kakak kat sekolah tu pegi menunaikan rukun Islam yang ke 5, dan aku sempat mengirim doa. Memang aku cari juga peluang ni. Sebab nak kirim doa pun kalau tak kenal dengan orang tu macam tak patut pulak. Hehehe..

Ada seorang kakak tu cari adik-adik yang macam aku kat sekolah tu ada la 4, 5 orang yang belum ada anak. Akak tu sendiri offer untuk kami kirim doa pada dia.

InsyaAllah, aku boleh menghadapi ujian ini. Fikir yang positif dan jangan down.

InsyaAllah selepas habis pening lalat aku akan tulis perkara-perkara yang bermain dalam fikiran aku. Antaranya kisah KB yang tinggal kenangan. Allah lebih menyayanginya walaupun kasih baru ingin berputik.

InsyaAllah.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

8 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Kalau baca post ini tapi tak baca post sebelum ni (link post ada di atas), memang tak faham rasanya.

Akhirnya period hari ni. Penat aku tunggu, menghitung hari demi hari. Ini bermakna hari ke 21 adalah hari Sabtu iaitu 21 November 2009. Aku kena ambik darah pada hari tu. Sebab Sabtu, aku akan pergi hari Jumaat, awal sehari. Kebetulan tarikh tu adalah tarikh temujanji dengan doktor yang akan datang.

Bermakna sekali pergi je la. Rupa-rupanya Allah nak mudahkan urusan aku. Apa pun, mungkin pada temujanji akan datang tu doktor nak plan step seterusnya tapi aku rasa dia tak dapat buat apa-apa lagi sebab hasil percubaan cycle kali ni belum dapat dipastikan lagi sebab baru hari ke 21.

Mungkin dia akan fokus pada keputusan counting sperm hubby yang aku kena bawa masa tu.

Ya Allah permudahkan urusan kami. Kuatkan hati kami. Kuatkan iman kami. Amin

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

9 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Aku tersilap atau tersalah cara makan ubat. Tarikh jumpa doktor sebelum ni ialah 16 Oktober 2009. Ketika itu doktor bagi PROVERA. Sepatutnya makan 2 biji setiap kali. Kena makan 3 kali sehari. Ubat tu perlu dimakan 5 hari. Hari ke dua atau ketiga baru aku makan ikut sukatan betul. Sebelum tu aku makan 1 biji setiap kali. Jadi, ubat tu tak habis dalam 5 hari tapi dalam 7 hari lebih macam tu la. Lagipun aku mula makan tengahari pada 16 Oktober tu.

Sepatutnya aku period apabila habis makan ubat tu. Paling lama pun aku jangka hari ke 2 atau ke 3 lepas habis makan ubat. Hari ni dah hari ke 7 selepas habis makan ubat. Tanda nak period tu memang ada. Tapi dah 7 hari aku tunggu. Tak keluar juga.

Makan PROVERA ni menyebabkan emosi tak stabil [dari pembacaan]. Ada satu hari tu sampai 3 orang tegur sebab muka aku masam.

Jadi, sekarang aku nak tengok sejauh mana period aku degil kali ni. Aku kira hari ni adalah hari ke 47. Masih tak period gak. Degil ye ko.

Atas permintaan Alyza2311 dalam post sebelum ini.. aku kongsikan kalender kosong / jadual period tu. Sebenarnya tak ada formula tertentu. Jadi kalau nak kira berapa hari period kena kira manual dan catat dalam ruangan tersebut. Habis period baru boleh catat berapa hari kamu period bulan / cycle ketika itu.

Begitu juga kitaran utk cycle itu. Hanya apabila period seterusnya datang baru dapat kira berapa hari cycle sebelum itu. Ini kerana setiap hari pertama period merupakan hari pertama dalam cycle itu. Cycle yang normal ialah 28 atau 29. Kalau cycle kamu pendek atau panjang dari itu tetapi masih consistent setahu aku masih ok lagi. Yang kejap pendek kejap panjang macam aku ni kira tak regular la.

Cara aku tanda ialah aku tukar kaler font dan background utk sel itu sahaja. Terpulang pada kalian. Kalau kalian suka tanda di kalender kuda tu ok juga. Cuma sukar nak tengok perubahannya.Boleh rujuk post sebelum ni utk tengok macam mana aku buat.

Download melalui esnips ok. Klik tajuknya di kotak di bawah.
Klik Sini.. Fail dalam bentuk zip folder
Maaf link dokumen dah tak valid. Jadi sila abaikan ya.

Harap bermanfaat. Ini bukanlah software atau jadual canggih, sekadar catatan biasa menggantikan kalender kuda. Hehehe

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Aku tak buang bahagian cerita aku share dokumen tu walaupun link dah tak valid. Sebab ada komen yang berkaitan. Kalau buang cerita bahagian tu, nampak pelik komen-komen tu.

Bab sedih-sedih, panas, terasa hati sebab kena usik ke, kena tanya ke, aku buang dari post asal.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

18 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Hari Jumaat minggu lepas ada appointment dengan doktor klinik pakar. Sepatutnya minggu raya tetapi klinik tutup. Ditangguh minggu lepas, tapi aku jaga PMR jadi ditangguh lagi hingga ke hari itu.

Macam biasa lepas daftar pesakit akan dipanggil utk timbang berat badan dan cek tekanan darah.

Bila giliran aku jumpa doktor. Aku beri salam, dan duduk. Doktor toleh aku terus tanya;

"Mana jadual awak?" Aku sedikit tercengang.. jadual?
Baru aku sedar dia tanya jadual period aku. Sebenarnya aku tak sangka yang dia ingat tentang jadual aku tu. Hebat ingatan doktor ni cakap aku dalam hati. Masa pertemuan lepas dia memang macam teruja la tengok aku sedia jadual period aku yang sistematik itu. Hehehe


Korang pun kena buat tau. Kalau korang tengok, aku buat dari tahun 2006 beberapa bulan sebelum aku nikah. Memang terang-terang tak regular kan period aku. Kalau period korang regular pun, sekurang-kurangnya kena ingat tarikh last period. Jadi, alang-alang, tanda je la kalender comel korang tu. Jangan lupa simpan.

Kemudian doktor pun studi la jadual aku tu diselang seli pertanyaan kepada aku utk pastikan dia dah studi dengan baik. Heheee

Aku pun tegaskan pada doktor yang aku dah lewat period 5 hari. Bukan apa aku bimbang dia tak perasan lalu mengatur rawatan yang tak perlu. Sebab aku dah bosan makan ubat hormon tu selama 3 cycle. Akhirnya bulan ni period aku tetap dengan perangai degil tak nak keluar on time. Agaknya mengandung kot?

Hmm.. sebenarnya aku fikir, tak payah la berangan sangat. Aku dah siap sedia dari awal.. pagi tu aku dah buat Urine Pragnancy Test [UPT] sendiri di rumah. Antara tujuannya adalah supaya aku tak tertunggu-tunggu keputusan doktor dengan hati berbunga-bunga di musim bunga kalau-kalau dia suruh wat UPT nanti.

Tapi masa dia suruh buat UPT aku akur je la, sebab mana la tau alat UPT hospial ni special atau ada beberapa fungsi lain. Dalam hati kalau masih -ve pun tak pe la. Aku akan hadapi proses perubatan ni dengan tabah.

Jumpa doktor aku semula, dia suruh aku tunggu sebab dia nak jumpa pakar nak refer kes aku. Sementara tu dapat la aku baca report aku yang terpampang di skrin komputer doktor tu. Antara yang aku baru tahu aku tak da tanda-tanda PCOS. Aku dah mention apa itu PCOS dalam catatan pertama dulu.

Doktor pun cerita dia nak mula bagi aku PROVERA selama 5 hari utk turun period. Hari kedua period aku akan mula makan CLOMID. Clomid ni utk pengeluaran telur. Doktor kata, ada kemungkinan bukan 1 telur tapi 2 atau 3. Maknanya mungkin akan jadi kehamilan berganda [kembar] "Kita nak satu sahaja" kata doktor. Dalam hati aku senyum, doktor tak tahu kalau dapat 2 pun aku suker... hehehe.. jangan tamak. Just suke je. Doktor kata kalau lebih 1 ada risiko.

Dengan syarat hari subur iaitu hari ke 10 - 14 mesti ada sperm dalam rahim. Sebab tak tahu bila masa telur nak keluar. Ok, sperm bertahan 48 jam dalam rahim. Tapi utk langkah berjaga-jaga kena pastikan bekalan sperm dalam rahim antara hari ke 8 - 18 ada.

Oh ya, masa aku ambil darah bulan 3 hari tu, pada hari kedua period adalah bertujuan utk beberapa ujian antaranya tiroid -aku OK. Hormon dalam kepala utk pengeluaran telur -tak tahu lagi sampai sekarang. Ada lagi satu yang aku tak pasti. Masa last appointment memang tahu yang tiroid tu aje. Lagi dua result tak keluar lagi. Jadi, aku tanya la doktor macam mana result ujian tu. Doktor tak ingat. Dia menafikan aje. Walaupun aku yakin ada, malaslah nak serabutkan dia kan.

Bila doktor pakar datang dan tanya, baru doktor cek dan memang betul ada ujian yang belum keluar result. Jadi, doktor refer pada makmal [bukan hospital Ampang]. Keputusan nanti doktor akan update dalam rekod aku.

Mungkin ada yang tertanya, aku ni tak ada telur ke? hahaha doktor kata.. mungkin. Sebenarnya yang membuatkan kita period ialah penebalan dinding rahim yang berasal / dibawa oleh cyst. Cyst ini yang bawa telur sekali. Jadi, dia bimbang hanya cyst sahaja yang ada tetapi dalamnya tiada telur. Jadi dia bagi la aku Clomid tu. Sama ada betul atau tidak aku tak da telur itu bergantung kepada ujian darah aku yang tak keluar-keluar result tu la rasanya. Tapi apa pun doktor kata tujuannya sama. Jadi kita dah mendahului result tu la.

Masa dia sebut cyst tu aku wonder la. Setahu aku cyst ialah penyakit ketumbuhan dalam rahim, lebih kurang la. Bila aku tanya doktor kata cyst banyak jenis. Yang cyst penyakit tu memang ada tapi bukan cyst yang dia maksudkan ni. Biasanya berlaku pada perempuan yang berbadan besar. Doktor dah kira BMI aku dia kata aku ok. [walaupun dah terlebih 2 - 3 kilo. Hehe.. dalam hati timbul niat jahat nak lupakan diet... iskh... jangan].

Lagipun hasil scan dulu menunjukkan aku bebas dari penyakit ni. Alhamdulillah.

Hari ke 21 aku kena ke hospital utk ambil darah. Kalau tak silap dia nak tengok hormon macam mana dan juga nak tengok perkembangan telur [salah satu atau dua-dua. tak pasti sangat]. Kalau hari ke 21 tu kena pada Sabtu, [klinik pakar tutup Sabtu dan Ahad] aku kena datang hari Jumaat. Kalau jatuh pd hari Ahad, kena datang hari Isnin.

Hubby aku juga diminta buat ujian sperm di LPPKN sebab hospital tak buat. Sebelum boleh pergi kena puasa hubungan suami isteri selama 5 - 7 hari. Doktor dah bagi surat rujukan utk hubby bawa nanti.

Next appointment ialah pada 20 November 2009 hari Jumaat. Malam tu balik Johor sebab anak sedara aku punya majlis perkahwinan.

Masa tanya pasal Provera, aku sempat tanya tentang 'ubat hormon' aku selama 3 cycle aku ambil tu. Aku tanya sebab seorang yang nampak ubat tu dan seorang lagi tahu cara pengambilan ubat tu aspek itu adalah ubat perancang. Bila aku google memang ada kadar ubat perancang dalam ubat aku tu. Bila tanya doktor, dia kata memang ada dan memang ubat perancang pun. Tergelak aku, beria-ia aku usaha. Kalau tahu dari awal mungkin tak da la mengharap sangat kan?

Provera ni pun fungsi hampir sama dengan ubat sebelum ni cuma tujuannya diberi pada aku kerana nak kasi keluar period je. Dia banyak fungsi.

Dulu aku pernah kenal seorang kakak ni lewat dapat anak. Masa aku kenal dia, dah mengandung la. Dia cakap 'ingat senang ke buat anak?' aku gelak, bukan aku ketawakan dia, sebab masa tu aku tak faham. Aku punya imaginasi ke lain. Lagipun aku memang tak berhasrat nak ambil tahu. Yelah, rezeki anak bagi aku ada orang dapat awal ada orang dapat lambat. Masa tu aku anak dara lagi. Hmmpp aku bukan busy body rasanya hehehe

Bila dah kawin dan sedar lambat dapat anak baru ambil tahu betul-betul sistem peranakan, sistem hormon bla bla bla..

InsyaAllah aku akan sabar. Aku menulis utk catatan aku, utk kenangan akan datang dan utk share dgn orang lain yang nak tahu. Mungkin boleh jadi galakan pada kawan-kawan aku agar jumpa doktor. Sebab aku pun mulanya takut. Tapi demi masa depan, aku akan hadapi kenyataan.

Oh ya, banyak-banyak prosedur perubatan yang aku tahu, paling aku takut ialah pap smear. Masa aku dalam bilik doktor, ada ruangan katil dan seorang wanita sedang menjalani ujian pap smear, masa tu aku yang seram sejuk. Nampak rak borang pap smear atas meja doktor aku pun aku dah seram. Sib baik wanita tu tak mengeluarkan bunyi yang menyakitkan. Cuma mungkin memalukan je kot. Hubby aku pun kadang-kadang saje takutkan aku, mentang-mentang la dia tak payah pap smear. Ceh!. Cuma aku sebenarnya tak pasti adakah ujian pap smear sebahagian dari proses kes kesuburan.

Sebenarnya apa aku tulis ni apa aku ingat dan faham. Len kali aku nak rekod la perbualan dengan doktor. Senang sikit. Sebab aku takut salah faham. Lagi takut salah makan ubat. Caranya memang complicated. Kalau orang bidang ni baca catatan aku ni mesti diaorang kesan banyak salah. Apa-apa la.

Sebenarnya aku agak takut nak tulis benda-benda ni dulu. Tapi aku fikir tak pe la. Biarlah apa orang nak kata. Dalam pada itu aku bukan tak dengar nasihat orang. Cuma bunyi-bunyi langau memang aku abaikan. Hahahaha. Lagipun kalau ada orang mengata mengejek aku pun setakat mana mereka rasa puas? ingat Allah Maha Berkuasa!

Oh ya, aku nak berubat secara Islam jugak melalui anak didik Ustaz Harun Din. InsyaAllah kalau ada peluang. Amin.

Niat nak ke hospital swasta lain kena tangguh bimbang ganggu proses kali ni. Kiranya mulai hari ni hingga sebulan lebih aku amat perlu menjaga diri dan emosi moga-moga percubaan ni berjaya. Doktor cuma bagi aku satu cycle dulu. Nak tengok macam mana atas nasihat doktor pakar la. Ada orang dapat 3 cycle terus.

Oklah, dah siap post ni. Aku ada banyak perkara perlu diselesaikan hari ni. Apa kelas cuti tapi asyik layan blog kan? hehehe ini ayat cabaran utk diri aku.

Kalau nak komen sila komen jangan malu-malu.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

13 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

Peringatan: Apa yang aku tulis adalah untuk tujuan berkongsi ilmu pada yang tak tahu dan mereka yang nak ambil tahu, mungkin ada masalah sama dengan aku. Juga sebagai catatan untuk aku.

Hari ini aku ambil cuti rehat, ada temujanji doktor. Dari semalam aku rasa risau, aku bayangkan doktor akan buat proses-proses yang menyakitkan dan memalukan terhadap aku. Tapi sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangi.

Menurut doktor, ujian darah aku dulu ada beberapa tujuan. Yang aku ingat dulu ada 4 tujuan. Tapi doktor kata baru ada keputusan hormon tiroid. Keputusannya aku normal Alhamdulillah. 3 ujian lagi belum ada keputusan.

Bila doktor tanya tentang kitaran haid (period cycle), aku dengan senang hati tunjuk jadual yang aku buat sejak beberapa bulan sebelum kawin. Jadi wahai anak dara, kakak-kakak, ibu-ibu dan makcik-makcik di luar sana, tolong tanda kalender anda dengan hari-hari anda didatangi period (haid). Ini amat penting untuk dijadikan rujukan kesihatan sakit puan. Kita tak akan jangka apa penyakit yang akan datang, bila diperlukan kalender seperti ini amat membantu. Terutama mereka yang sedar ada masalah period tak regular. Macam aku.

Apa yang aku maksudkan tak regular ialah: Kitaran yang normal ialah 28 hari, hari pertama period adalah dikira hari pertama dalam kitaran. Sehingga kita period pada bulan seterusnya. Jadi, berapa kitaran haid anda? adakah normal? Kalau aku, kitaran boleh mencecah 35 hari, kadang-kadang 45 hari. Kiranya tiap-tiap bulan dia akan datang cuma lambat. Itulah istilah yang biasa orang guna, tapi sebenarnya period tak regular.

Period tak regular ini menjejaskan peluang dapat baby sebab sukar menentukan tarikh subur. Kalau yang tak tahu, tarikh subur adalah hari ke 12 hingga 16 dalam kitaran haid yang normal tadi. Paling peak day ialah hari ke 14. Sedangkan sperma hanya akan bertahan 48 jam dalam tubuh wanita. Kalau sperma tidak ada pada hari yang tepat (subur) maka persenyawaan tidak akan berlaku.

Oleh itu, kitaran haid normal adalah penting. Untuk itu, doktor bekalkan aku pil hormon selama 3 bulan. Dimakan start hari pertama period bulan depan, dimakan selama 21 hari dan rehat 7 hari sebelum memulakan pemakanan untuk bulan 2 dan seterusnya. Dalam tempoh rehat 7 hari tu sepatutnya period datang. Erti kata lain, bila makan pil ini, period tak akan datang. Andai kata, dalam tempoh 7 hari rehat tu period tak datang, dan hari ke 8 (juga hari pertama untuk bulan ke dua) baru period datang, pemakanan pil untuk bulan ke dua tu mesti diteruskan juga. Pil ini untuk betulkan kitaran haid aku tu la.

Tapi sekarang aku dapat untuk sebulan dulu. Untuk bekalan pil lagi 2 bulan seterusnya aku kena ambil di hospital pada masa akan datang. Bulan ke 4, doktor tak bagi sebab nak tengok kitaran haid aku dah ok ke belum. Oleh itu temujanji seterusnya adalah 4 bulan akan datang. Iaitu pada 25 Sept 2009 pukul 10 pagi. Aku tanya juga pada doktor tentang tanda-tanda bulu-bulu di muka, merujuk kepada PCOS. Tapi doktor kata, itu kita cek kemudian. Nak berubat kena ada prosedur, step by step. So, buat masa ni kena betulkan kitaran haid aku dulu.

Lepas tu, aku kena scan kat perut. Mulanya aku serba salah sebab pundi kencing aku penuh. Tetiba pegawai yang nak scan tu tanya,

Pegawai scan : "Pundi kencing penuh ke?"

Aku : "Ya" kata ku cuak. Alamak... mesti proses scan luar biasa, aku akan terk***ing ke kejap lagi gamaknya? -dalam hati la

Pegawai scan : "Memang kita nak pundi kencing penuh. Kalau tak, tak nampak"

Aku : "oooooooo" baru aku tahu. Ehehehe

Aku tanya pegawai tu, nak scan apa, dia kata nak tengok rahim aku, sistem peranakan la tu. Segala-segala yang ada kaitan dengan peranakan. Dalam slip scan tu ade tulis Uterus, ketebalan tisu Endometriosis dan kilang ovari. Masa scan, dia letak gel jernih kat perut. Macam ibu-ibu scan baby tuuuu. Keputusan scan ialah semuanya normal. Alhamdulillah. Bila doktor tadi tengok keputusan scan pun dia macam wonder yang peranakan aku normal je rupanya.

So, sekarang ni aku lega la, terutama tentang scan tu. Mendapat ubat hormon memang aku dah jangka dan aku harap inilah jawapannya. Kalau tidak, aku akan bersabar dan berusaha lagi. Aja Aja Fighting!! Muaaaahahahahahahaha

Abang, Terima kasih kerana menjadi suami yang baik. Tersentuh hati aku bila tengok kesungguhan dia membuat nota, mencatat segala butir-butir yang berlaku sepanjang pertemuan aku dengan doktor di hospital tadi. I love You. 😘



Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Bila dah lama, baru aku tahu ubat hormon yang dimaksudkan di atas tu adalah pil perancang. Memang biasanya kaedah ini untuk betulkan period, setahu aku la.

Kitaran haid dikira dari hari pertama period hingga period seterusnya. Hari period seterusnya tu kira kitaran baru. Kadang-kadang aku terlupa juga nak catat, so sebaiknya recall yang paling dirasakan agak tepat dan catat segera. Kitaran haid tak sama dengan tempoh period.

Sekarang dah canggih, boleh catat dalam smartphone, asalkan buat backup. Kalau tak yakin, backup plan catat pada kalender meja / kuda yang kertas tu. Kalau perlu jumpa doktor pada aku buatlah catatan di kertas, macam tak sesuai hulur kalender kuda atau smartphone pada doktor kan? Kadang-kadang doktor tanya bila tarikh awak last period? Haaa.. macam mana nak jawab tu kalau tak catat tarikhnya. Pandai-pandai la korang nak catat macam mana.

Aku tak ingat dari mana sumbernya dan sejauh mana kebenaran, iaitu kalau kitaran haid tu lingkungan 28 - 35 hari masih dikira normal. Maaf ye kalau salah maklumat. Setelah bertahun-tahun berlalu ni, period aku ada perubahan agak baik. Yang bawah ni rumusan je. Catatan yang sebelum Aril 2011 tu aku malas nak cari.

2011 - 33, 42, 37, 49, 34, 37, 33, 35 (Rekod yang ada start bulan April)
2012 - 36, 41, 40, 36, 39, 36, 38, 37, 38 (9 kali)
2013 - 44, 36, 38, 33, 21, 44, 23, 41, 43, 45 (10 kali)
2014 - 26, 38, 36, 33, 37, 30, 33, 35, 33, 43, 36 (11 kali)
2015 - 39, 35, 33, 36, 34, 35, 29, 40, 38, 38, 31 (11 kali)
2016 - 33, 41, 39, 32, 31, 31, 30, 35, 35, 32, 27 (11 kali)
2017 - 32, 29, 33, 36, 30, 35, 33, 32, 37, 33, 31 (11 kali)
2018 - 37, 31, 31, 33, 32, 32, 33, 29, 30, 31, 34, 31 (12 kali)
2019 - 32, 28, 31, 29, 35, 25, 41 (Rekod setakat bulan lepas [Julai + Ogos sebab kitaran Julai panjang])

Sekarang nampak lebih elok berbanding dulu walaupun masih roller coaster. Bagi aku, ini pencapaian yang agak baik memandangkan aku PCOS. Bila kitaran panjang, sebenarnya dalam setahun tu, boleh jadi tak cukup 12 kali period. Tahun lepas 2018 Alhamdulillah cukup 12 kali period. Apapun bersyukur, sebab ada orang yang mengalami berbulan-bulan tak period.

Tapi sebenarnya banyak lagi bab kalau cerita pasal period ni, sebab ada orang kitaran haid dia ok tapi rupanya telurnya tidak menetas / tak dilepaskan sebab tidak matang. Begitulah lebih kurang. Macam kes aku ni, terus terang setakat ini je la aku pantau sebab aku tak semangat bila mengenangkan situasi sperma suami aku macam tu. Dalam post-post akan datang la ceritanya. Step by step ya.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

6 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Hari ini aku pergi Hospital Ampang. Darahku perlu diambil untuk tujuan ujian darah, dalam surat rujukan dari klinik pakar, darah aku perlu diambil pada hari kedua period.

Memandangkan hari ini jatuh pada hari cuti, maka klinik pakar itu tutup. Aku kena pergi ke tingkat empat, wad 4D. Sebenarnya di sekolah, cikgu-cikgu (tanpa pelajar) ada aktiviti (demi pelajar) dari pagi sampai petang. Aku dah minta kebenaran dari pengetua dan penolong kanan sekolah untuk keluar dari program beberapa jam. Cuti-cuti pun kena ke sekolah. Cikgu itu lilin. Aku tiba di Hospital Ampang lebih kurang pukul 10 lebih.

Disebabkan masalah tertentu di wad 4D, aku diminta ke dewan bedah. Sebenarnya wad 4D tu wad bersalin. Pesakit semua bawa perut.. aku sorang je membawa harapan. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman suasana di situ. Aku juga belajar sesuatu, walaupun bagaimana keadaan seseorang, baik kali pertama ingin melahirkan atau dah banyak kali, cukup bulan atau tidak.. setiap kandungan itu berbeza kesnya. Tiada yang pasti. Banyak perkara yang kita kena terima sebagai satu ketentuan. Tak perlu dipertikaikan terlalu banyak. Usaha sebaik mungkin, selebihnya doa dan tawakal.

Tadi doktor seorang aje dan yang nak bersalin cukup ramai. Dan aku datang untuk menyelit di kalangan mereka yg 'urgent', tambahan lagi ada kes kecemasan. Sudahnya aku kena tunggu sampai pukul satu lebih.

Aku faham keadaan di sana, walaupun ada perkara boleh diperbaiki.. tapi aku anggap itu lumrah dalam dunia perubatan. Sebenarnya proses aku diselesaikan dalam 3 minit sahaja. Sebaik sahaja selesai.. aku kembali ke sekolah. Meneruskan tugasan.

Keputusan ujian mungkin aku akan ketahui pada temujanji pertama bulan 5 nanti.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 September 2019

Love

14 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun