Nota : Post ini asalnya post lama, dulu letaknya di bahagian page post dan hanya diupdate sehingga 18 Julai 2010 sahaja. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 September 2019
Sambungan dari post sebelum ni iaitu Macam Mana Dapat Maklumat Itu?
Berikut sedikit latar belakang kami dan ringkasan rawatan kesuburan di hospital kerajaan yang kami buat pada sekitar tahun 2009/2010 dulu.
Suami
Oligospermia + Asthenospermia
40 tahun (2019). Masa buat rawatan ni dulu umur suami 30 tahun
Anak ke 3 dari 6 adik beradik
1 lelaki 5 perempuan
Isteri
Polycystic ovary syndrome (PCOS)
38 tahun (2019). Masa buat rawatan ni dulu umur aku 28 tahun
Anak ke 8 dari 9 adik beradik
+ 2 meninggal (seorang lelaki - kembar kepada abang aku dan seorang perempuan)
Jadi jumlah 9 + 2 = 11 orang
Selain abang aku, Abah aku pun kembar, kembarnya juga meninggal dunia ketika lahir
Perjalanan TTC
26 Ogos 2006 : Nikah
26 Ogos 2006 - Jun 2007 : PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) sebab masih belajar
2009 - 2010 : Rawatan Kesuburan di hospital kerajaan
Hospital Ampang
18 Mac 2009 | Dapatkan surat rujukan ke Hospital Ampang. Daftar di Hospital Ampang |
28 Mac 2009 | Ambil darah untuk ujian hormon. Tiada masalah tirod. |
20 Mei 2009 | First time jumpa doktor. Dpt ubat hormon [pil perancang sebenarnya utk regular period -dah lama baru faham]. Scan fizikal rahim -cantik |
22 Jun 2009 -- 8 Sept 2009 | Makan pil hormon. Habis ubat, period masih tak regular. |
9 Okt 2009 | Appointment tp postponed sbb urusan kerja. |
16 Okt 2009 | Provera untuk mulakan Clomid - 1 cycle |
30 Okt 2009 | Suami buat Sperm Count Test di LPPKN. |
20 Nov 2009 | Hari ke 20 @ 21 period semasa clomid - ambil darah utk ujian hormon. Hormon tak cukup. |
30 Okt 2009 | Suami buat Sperm Count Test. |
16 Dis 2009 | Doktor minta suami buat 2nd Sperm Count Test sebab keputusan ujian sperm tak elok. Bilangan, kelajuan, bentuk semua bermasalah. Buat appointment utk ujian HSG. |
4 Jan 2010 | Appointment HSG - Postponed sbb belum period. |
11 Jan 2010 | Appointment HSG - Postponed sbb period belum habis. |
18 Jan 2010 | HSG - Saluran fullopio tidak tersumbat. |
17 Feb 2010 | 2nd Sperm Count Test di LPPKN |
19 Feb 2010 | Ada peningkatan. Motility boleh diterima. Cuma nill normal Morphology. Jadi kes dirujuk ke HUKM. Mula makan 'Diane 35' - khas utk PCOS. Doktor confirmkan aku ada PCOS. |
7 April 2010 | ------ Rujuk jadual HUKM di bawah ------ |
19 Mei 2010 | Doktor cuma nak tahu perkembangan rawatan di HUKM |
HUKM / PPUKM
7 April 2010 | Scan rahim -normal |
21 April 2010 | 1st Sperm Count Test di HUKM (kali ke 3) |
5 Mei 2010 | Keputusan Sperm Count Test -Kuantiti dan kualiti makin rendah. Suami kena makan SURBEX-ZINC dan Tribestan. Aku masih kena sambung 'Diane 35' sehingga IVF-ICSI dijalankan |
9 Jun 2010 | 2nd Sperm Count Test di HUKM. Konon + morphology (kali ke 4) |
23 Jun 2010 | Keputusan Sperm Count Test: 11% boleh digunakan iaitu gred 2, 11% cuma ada ekor aje dan hampir 80% tak bergerak. Kualiti semakin turun, tinggal 5 tahun je peluang buat IVF-ICSI |
7 Julai 2010 -- 2 Ogos 2010 | Cuti tanpa gaji |
8 Julai 2010 | Period hari ke 2 dan mula suntikan. Hari period ke 8 kena buat scan. Iaitu 14 Julai 2010 |
14 Julai 2010 | Scan pada hari period ke 8. Telur-telur dalam keadaan baik. Tapi ada telur-telur yang dah besar. So, aku kena ambil suntikan tambahan [ubat lain] untuk mengelakkan telur pecah awal |
16 Julai 2010 | Scan pada hari ke 10. Kena teruskan suntik puregon dengan dos yang sama dan suntikan supaya telur yg dah besar tak pecah. Ini adalah disebakan telur yg dikategorikan besar dan sesuai untuk buat ICSI bersaiz 20 ke atas. Tapi aku ada 3 je buat masa ni. Yang lain tak capai saiz tu lagi. Jadi kalau buat awal, rugilah tak dapat ambil lebih banyak telur |
18 Julai 2010 | Scan pada hari period ke 12. Prof confirmkan aku akan melalui prosedur ambil telur pada 20 Julai 2010. Anggaran 10 biji telur akan diambil |
20 Julai 2010 | Prosedur ambil telur. Dapat 11 biji. Suami kena keluarkan air mani untuk diambil sperma dan disenyawakan menjadi embrio |
23 Julai 2010 | Embryo Transfer - Good / easy transfer. 3 embrio gred 1 dimasukkan ke rahim. 2 embrio lagi frozen |
19 Ogos 2010 | Genap 4 minggu selepas embryo transfer. Malam tadi aku bleeding, pagi tadi keluar ketulan darah dan something warna putih. Doktor kata mungkin janin. Buat ujian darah. Keputusan mungkin dapat pada Rabu depan iaitu tarikh appointment yang sepatutnya. Kalau bacaan hcg menjunam bermakna tak pregnant |
25 Ogos 2010 | Keputusan darah : negatif. Doktor pun tak tahu kenapa gagal, semua ok termasuklah ketebalan rahim masa embryo transfer dulu. Esok anniversary ke 4, kalau hari ni keputusan positif, memang hadiah terbaiklah. Buat keputusan berehat dari rawatan. Tiada rancangan sambung rawatan atau mencuba lagi dalam masa terdekat. |
Nota : Post ini asalnya post lama, dulu letaknya di bahagian page post dan hanya diupdate sehingga 18 Julai 2010 sahaja. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 September 2019
Aku rasa sebab sebahagian tempoh rawatan IVF-ICSI tu aku kan dah letak password pada post berkaitan rawatan, jadi itu la sebab kenapa tak diupdate.
Jadi tadi jenuh la aku cari balik post asal dan catatan rawatan mana yang ada nak update perjalanan rawatan aku ni.
Bahagian latar belakang kami kat atas tu memang ada tambah dan update. Kalau perasan macam details kan bab jumlah adik beradik tu. Aku sengaja highlight, nak bagitau.. adik beradik ramai pun, tapi Allah nak bagi ujian, boleh sahaja.
Ketat je rasa dada baca perjalanan rawatan aku ni, kadang aku mengeluh bila baca, yelah perjalanan yang bukan indah mana kan. Masa aku jumpa balik post ni hari tu.. aku sendiri macam terperanjat. Macam ni sekali aku catat rawatan aku. Hahaha aku macam baru nampak sikit-sikit macam mana rupa blog aku dulu. Hahaha
Tapi tadi aku ada lajak baca post aku lepas rawatan, ada aku boleh tergelak sendiri baca ayat ting tong aku. Ntah apa-apalah aku masa tu. Macam tengah bercelaru masa tu berdasarkan ayat-ayat aku dalam post tu hahaha. Kejap mengeluh, kejap ketawa tadi nasib baik aku tak menangis hehehe boleh sabar lagi.
Aku sekarang dalam proses review, ubah suai dan post semula post-post yang menerangkan proses di atas. Boleh mula baca dengan post yang aku bagi link post sambungan di bawah ni dan seterusnya. Belum siap sepenuhnya.
Doakan kami ye, kira-kira dah 10 tahun rawatan tu berlalu. Semoga tak lama lagi rezeki kami tiba. Aamiiin. Oh ya, ini post ke dua hari ni.
Love
09 September 2019
Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan
Post berkaitan :
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun
InsyaAllah..sy yakin ada rezekinya utk Irtiyah dan suami utk menimang cahaya mata sendiri. Allah pilih kita utk ujian ni, dan pastinya Allah bagi yg terbaik utk kita.
ReplyDeleteCuma.... mengah sket la beranak kecik umo dah tua2 ni. haha. tapi best sbb kita dah bleh control diri dan lebih matang :)
Aamiin.. Terima kasih kerana fikir begitu. In shaa Allah
DeleteHehehe.. Tak apalah mengah pun. Kawan-kawan sebaya pun ada yg ada kecil juga.
In shaa Allah one day ❤️
Macam mana nak dptkan surat rujukan, pergi kk then ckp nak buat ujian kesuburan ke
ReplyDeleteYa betul. Lebih tepat mungkin boleh beritahu 'nak buat ujian dan rawatan kesuburan'. Jika klinik kesihatan tu memang tidak buat sebarang ujian, doktor biasanya akan terus beri surat rujukan ke hospital. Setakat yg saya tahu.
DeleteSis, nk tnya..klu kita buat check up di swasta & ada msalah mcm sy rahim terbalik, & klu kita nk buat rawatan di hospital gov, dan kita kena buat semula ke ujian kesuburan di hospital gov sblm kita buat rawatan?
ReplyDeletetak berani nak bagi jawapan pasti tapi pada saya ujian2 basic memang biasa kena buat semula dan sebenarnya bergantung pada rawatan doktor di gov tu macam mana.
DeleteLogiknya mana-mana doktor mesti nak pastikan sendiri ikut organisasi masing2. Doktor tak semudahnya nak bagi kita ubat-ubatan sebelum buat ujian.
Apa2 pun kalau ada result rawatan sebelum ni di swasta boleh bawa dan cerita pada doktor gov. Masa 1st time jumpa doktor nanti biasa memang kita kena cerita apa masalah dan apa yg kita dah buat.
ujian2 ni pun kalau lama sangat dah tak valid. Nasihat saya, kalau ada kemusykilan apa2 rajinkan bertanya pada doktor kita tu.
Kita sendiri kena jelas apa2 yang kita dah lalui. Buat nota cth tarikh2 rawatan atau period, nama2 ubat, nama ujian. Memang biasa doktor akan tanya pada kita. Malah seolah2 doktor tak ingat kes kita. Memang kita kena lebih alert segala maklumat tentang rawatan kita.
ini ekadar pandangan peribadi dan perkongsian pengalaman bukan nasihat perubatan. :)