Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 12 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

Sebelum ni memang ada yang bertanya pada saya tentang kos rawatan. Terbaru oleh anonymous tadi di post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim. Saya memang terfikir ingin membuat post khas ini kerana merasakan ia membantu kawan-kawan yang ingin memulakan langkah pertama. Saya amat faham keadaan dan perasaan itu.

Temujanji bulan lepas, saya sempat snap gambar jadual bayaran ini yang menunjukkan caj atau kos rawatan di Klinik Pakar Hospital Ampang. Dalam rawatan kesuburan, ia dibuat di Klinik Pakar Obstetrical & Gynaecological [O & G]. Ini bermaksud kos rawatan ini merupakan kos di hospital kerajaan.

Sila klik untuk membesarkan imej

Sebelum ini, rakan pembaca iaitu Lilyana pernah bertanya di post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG rentetan dari persoalan itu saya telah memberi jawapan berikut;

sebenarnya, saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan kepada bukan kakitangan kerajaan. Masa saya telefon sebagai langkah pertama dulu, saya hanya diberitahu bahawa ada perbezaan bayaran jika surat rujukan dari klinik kerajaan dan klinik swasta.

Maksud saya kalau surat rujukan kita dari klinik kerajaan bayaran adalah lebih rendah. [kita tak boleh pergi tanpa surat rujukan buat kali pertama]. Masa tu mereka tak tahu pun saya kakitangan awam.

Jadi dinasihatkan jangan dapatkan surat rujukan dari klinik swasta. Saya pun sampai sekarang tak pasti adakah memang saya tak perlu bayar apa-apa, manalah tahu di akhir rawatan baru saya diberitahu kos rawatan sebenar.

Untuk kepastian elok rasanya awak telefon mana-mana sahaja pusat rawatan dan tanyakan kos rawatan. Oleh itu awak boleh buat perbandingan. Rasanya kalau nak murah hosp kerajaan lebih murah dari swasta namun seperti biasa lewat dan kesesakan pesakit itu lumrah. Kita kena sabar dalam segala usaha kita.

Jawapan di atas sebenarnya menerangkan apa yang terkandung pada gambar jadual yang saya snap itu. Harap dapat perhatikan jadual tersebut dengan teliti dan cuba fahami quotation di atas. Untuk lebih mudah faham tentang 'rujukan' sila baca post Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Cuma sebagai tambahan, apabila pesakit merupakan kakitangan kerajaan, apa yang saya tahu.. bayaran RM5 itu tidak dibayar kerana telah ditanggung oleh kemudahan perubatan sebagai kakitangan kerajaan. Dalam kes saya, hanya RM1 saya pernah belanjakan itupun hanya ketika mendaftar di klinik kerajaan untuk mendapatkan surat rujukan. Tapi saya tak pastilah kalau-kalau di akhir rawatan nanti ada sejumlah bayaran yang ditotalkan. Tapi menurut saya dan kawan [kawan saya ni memang kerap ke hospital tersebut kerana buat rawatan kanser] kalau ada pun mungkin kadar yang mampu dibayar oleh kebayakkan pesakit.

Beberapa hari kemudian, Lilyana memberitahu yang dia telah ke LPPKN. Amat menarik kerana Lilyana sudi berkongsi maklumat kos rawatan yang dia ketahui di LPPKN iaitu;

hai... Assalamualaikum....

hari ni sy dah pegi LPPKN Shah Alam.
Untuk 1st visit ni dia buat pap smear n buka fail. alhamdulillah bayaran x de la mahal.
RM 50 utk buka fail & RM 25 untuk bayaran pap smear.

Memandangkan di LPPKN x de lab utk check hormon so kami di beri surat rujukkan untuk ke sebuah klinik di klang untuk buat test2 berkaitan kemudian bawa result tu ke LPPKN balik. Tapi semua2 test ni x buat lg sbb kena tggu bila sy period dulu.Bayaran utk test2 ni pun x mahal ada yang dalam RM 26, RM 46, RM36 dalam lingkungan ni la. Ujian2 ni termasuk la dengan ujian untuk suami sekali. Yang mahal pun sikit ujian HSG dalam lingkungan RM 300. Bagi ubat2 pun akan di kenakan bayaran sbb ubat adalah bekalan dr doktor sendiri. Dan RM 10 dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan setiap kali lawatan.

Sy dapat appointment doktor dlm 8 April ni sbb nak tggu test2 ni dapat result. Kat LPPKN Shah Alam ni doktornya Ismail Tambi

Ok.. nanti saya dah mulakan semua2 rawatan boleh la kita sembang2 lg ye...


Jadi, dalam post ini ada 2 kos rawatan untuk 2 tempat berbeza. Semua maklum LPPKN kena bayar lebih dari hospital kerajaan namun bayaran itu lebih murah dari hospital swasta. Dari segi perkhidmatan apa yang saya tahu LPPKN sama taraf dengan swasta. Wallahua'lam.

Soalan kedua anonymous ialah adakah suami perlu ada?

Pada pandangan saya, kata-kata doktor dan pengalaman rawatan ini sebenarnya melibatkan kedua-dua pihak suami isteri NAMUN rawatan akan dibuat menggunakan nama isteri dan satu persatu proses biasanya akan MENGUTAMAKAN isteri.

Suami juga perlu membuat beberapa ujian [sedikit berbanding isteri] jika didapati suami menghadapi masalah, maka proses kepada isteri akan direhatkan atau kurang tumpuan kerana tumpuan telah beralih kepada masalah suami. Apabila masalah suami dapat diselesaikan barulah kes isteri akan diberi tumpuan kembali.

Inilah yang saya hadapi sekarang dan mungkin berbeza dengan cara tempat lain. Kerana saya pernah mendapat tahu, ada di tempat lain pihak suami perlu menjalani ujian-ujian penting ketika awal pertemuan dengan doktor lagi boleh kata sama tumpuan seperti terhadap isteri.

Jika saudari anonymous ingin mengetahui perjalanan rawatan saya dinasihatkan baca post-post berkaitan kerana antara tujuan post-post itu dibuat ialah untuk berkongsi pengalaman saya.

updated: [ sila baca komen-komen pembaca, sebab ada maklumat juga sumbangan kawan-kawan dan juga respon saya]

Jika masih ada soalan, boleh bertanya. InsyaAllah saya akan jawab sekadar termampu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada para pembaca sama ada yang pernah berinteraksi dengan saya mahupun tidak melalui post rawatan kesuburan ini mahupun entri lain sekiranya ada entri / respon saya yang tidak sempurna atau mengguris hati. Walaupun saya menjadikan blog sebagai medium mengurangkan tekanan, kongsi pengalaman dan ilmu dan sebagainya. Mungkin saya telah sengaja / tidak sengaja menyakiti mana-mana pihak. Harap dimaafkan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 12 Disember 2019

Ulasan / Tambahan :

Sila ambil perhatian yang post ini dibuat pada tahun 2010 jadi mungkin sesuai dengan peredaran masa, mungkin ada perubahan maklumat.

Love

12 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 16 : Refer Ke HUKM / PPUKM

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

59 comments:

  1. salam,
    ibu pernah buat semua rawatan tu........dan yg terakhir rawatan IUI sebanyak 5 x. Di hospital kerajaan hanya bayaran semasa rawatan IUI utk ubatnya. sekali IUI RM150.......tapi tiada rezeki...walaupun doktor kata mereka usaha hingga pesakit berumur 40 thn. tapi 35 thn dah give-up .cukuplah dengan yg ada dan sibujang pun dah berumur 20 thn

    ReplyDelete
  2. to iBu...gUru ;

    Salam.
    Terima kasih sudi bagi maklumat. Maknanya.. terjawab la persoalan saya selama ini. Tak perlu bayar kecuali ubat ketika IUI. Tak pe la iBu...gUru ... walaupun seorang mungkin itu yang lebih baik untuk iBu...gUru ,hanya Allah yang maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. hehehe.... ada org yg sakit hati dgn awk ke? knp lak? isk2 x baik tul la kn.

    ReplyDelete
  4. salam...

    saya telah sekian lama memangguh mendapatkan rawatan kesuburan kerana kesibukan hidup yg ntah apa2....pd pendapat anda tidak terlewatkah saya dapatkan rawatan pada usia 35++...oh yer saya ada sorang anak 7 tahun....entry2 semua memberikan semangat pd saya nak dapatkan rawatan...tqvm.

    Hanisumayyah

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Thanks, irtiyah kerana berkongsi pengalaman kepada yang senasib.

    Ibu_Guru ye ke? boleh berusaha sampai umur 40. Skrg dah 35 dah. Saya di UK ini, tadi baru buat HSG..alhamdulliah free.

    Tapi insyallah bulan Sept ini nak balik Msia, terima kasih kerana Irtiyah dan pembaca blog memberikan pilihan rawatan selanjutnya di Malaysia nanti.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Ada yg terasa ke dgn entry2 cikgu Irtiyah ni. Kalo saya..saya dpt byk "ilmu" kat sini sbb sy mmg la blur nak mulakan rawatan ni.
    Oh ya..sy ada sdkit info ttg bayaran permulaan tu sbb kawan sy duk kat HKL bhgn kaunseling keluarga nih. Dia kata kalo amik surat rujukan dari klinik kesihatan k'jaan dan bawa ke hosp - free. Tp kalo kita bawa surat rujukan dari swasta kena caj RM30.
    Entah bila la nak mulakan rawatan ni..ramai kata da lewat nih. Emmm... :((

    ReplyDelete
  7. Congrats Irtiyah..
    Blog awak ni dah banyak membantu orang lain.
    Awak boleh jadi consultant tau.
    Semoga Allah meberikan rezeki kepada awak sebab jasa awak ni.Amin...

    ReplyDelete
  8. Salam semua;







    to lilyana ;
    Tak de la.. biasalah.. kadang-kadang saya bimbang ada terkasar bahasa ke apa. Saya minta maaf agar tidak dibelenggu dosa andai ada. Yang dah lepas lama tu..saya anggap dah selesai.








    to Anonymous a.k.a Hanisumayyah;
    Memang untuk memulakan langkah baru amat sukar. Kalau saudari memang jelas dalam hati mahukan anak lagi. Nekad kan hati dan pergi sahaja untuk langkah pertama. Biarkan seterusnya keadaan menentukan. Biasanya bila dah dapat tarikh temujanji secara automatik kita akan patuhi dan menuruti langkah2 seterusnya. InsyaAllah











    to Aryati Bakri ;
    Baguslah akak buat rawatan di sana sementara menunggu balik ke Malaysia. Jadi.. seharusnya boleh disambung di Malaysia kan? Dapatlah masa dijimatkan berbanding nak mulakan semuanya di Malaysia balik nanti.
    Alhamdulillah.. akak tak de masalah dengan HSG tu.











    to PUANSTOBERI ;
    Tak de la.. saya sekadar memohon maaf. Bimbang ada yang tak setel.

    Menurut kawan awak tu dengan caj yang saya nyatakan di atas adalah benda yang sama. Jadi betullah tu. Macam saya cakap pada Anonymous a.k.a Hanisumayyah... nekadkan sahaja, masalah kita memang masa langkah pertama tu. Saya pernah kongsi dalam entri terdahulu tentang hal ini.












    to Mrs. Zuki ;
    Alhamdulillah kalau begitu.. Terima kasih atas doa awak tu. Amin....











    .

    ReplyDelete
  9. salam kak..thanks banyak2 sbb su byk dapat info dalam blog akak ni..em su pon blm ader rezeki zuriat lagi..bulan ni usia perkahwinan su ialah 2 tahun 7 bulan..baru tahun 2010 ni su mula kan usaha untuk boleh peknen kalo ade rezeki..em memula su pergi berurut selama 3 hari..satu hari berurut upahnya rm30 dan kak ma urut tu bekalkan ubat subur n minta su bawakan jus kurma utk dia 'baca'kan dan su kena minum sesudu pagi n malam ..selain tu su kena berpantang hanya boleh makan telur n ikan bilis, sume benda yang berdarah tdk boleh makan spt ikan, daging, ayam xbole makan..em slps sebulan period delay 3 hari pastu period pon dtg..so su pun wat keputusan nak pegi check di hosp kerajaan sebagai kaedah rawatan yang kedua..memula su pg klinik harian biasa jumpe doktor dia tanya masalah aper..so su bgtau la dah lama kawen blm boleh ank so dia kata akan rujuk ke pakar..em luckily hari datang hosp tu hari first period..so besoknya hari kedua period doc soh datang amik darah, pastu nanti hari ke 21 period datang untuk amik darah lagi utk test for hormon..and doc tu bagi date temujanji dengan doc pakar pada 12hb 5..sbb ape bulan lima sbb doc kata nak tunggu result sume tu siap amik masa..so 12hb dtg jumpe doc di klinik harian utk amik result2 darah tu n baru pegi ke bhgn pakar dgn 'refer letter' yg di bagi..so almost 2 bln jugak baru sy bole start rawatan pakar..
    so berbalik pada berurut pula..so hari ketiga period sy call k ma bgtau blm ade rezeki sy bulan ni n period da datang..so k ma kata datang berurut lagi dgn dia..smlm pg masa urut dia kata sy ni jenis kandungan 'manja' mudah lekat tapi xlama mudah 'jatuh' semula....em dia kata kita usaha la insyaallah ader rezeki Allah bagi,..
    jadi inilah usaha su..disamping rawatan hosp yg mungkin ambil masa su cuba juga berurut.em su cuma nak kongsi usaha2 yg su buat untuk berkongsi dengan sume yang juga turut berusaha...k

    ReplyDelete
  10. Salam









    to nursu;
    Terima kasih sebab sudi kongsi pengalaman. Saya percaya.. kawan2 yang lain juga akan mendapat manfaat. Sekurang2nya mungkin mereka tergerak hati untuk membuat pemeriksaan atau rawatan. Sebab biasanya masing2 rasa macam tak bersedia.. dan banyak perkara yang dibimbangi.

    So..dengan melihat usaha kawan2 yang dah memulakan langkah pertama.. mungkin yang lain2 akan menyusul. Soal berjaya atau tidak.. itu Allah yang menentukan. Saya pun ada usaha secara tradisional ni.

    Semoga usaha kita diberkati Allah dan kita mendapat hasil yang diingini, InsyaAllah. Good luck untuk awak dan kita semua :)












    .

    ReplyDelete
  11. salam
    nursu sy pun dah berurut macam2 tempat. so far bidan2 kampung ni cakap peranakkan sy dah betul semua. so myb belum ada rezeki. sy pun dah kawin 3 tahun. kita sama2 usaha ye.

    sy dah buat HSG kelmarin. sakitnya tu x de la menda sangat, macam datang sengugut je tu pun utk beberapa second je. tp lepas tu memang berdarah la tapi x sakit pun sbb sy boleh g berjalan-jalan sana sini 1 hr :).. result pun dah dapat on the spot. so far alhamdulillah sangat2 doktor tu cakap semua normal x de tersumbat. yang paling best masa sy nak g buat HSG ni kebetulan mertua sy datang rumah so dia ikut sekali la g hospital. so bila result doktor kata normal ni leganya rasa hatiku ini... faham2 je la mertua camner kn :)
    so tinggal satu test je la lagi nak buat masa period hari ke 21 tu test hormon sekali lagi. then next month leh la bawa result2 g lppkn... x sabarnya nak mulakan rawatan.........

    ReplyDelete
  12. Salam








    to lilyana;
    Kita kena usaha macam2 cara.. sebab tak tahu mana satu yang mujarab pada kita. Lain orang lain penawarnya.

    Alhamdulillah dan tahniah sebab selesai HSG. Nampaknya.. beruntunglah kawan2 saya ni sebbab pengalaman HSG yang tak sakit. Saya pulak ambil masa berhari2 baru rasa ok.. Hari pertama nak berjalan pun sakit.. terutama beberapa jam lepas ujian. Tak pe la ... kifarah dosa agaknya. Amin :)

    Semoga semua berjalan lancar ya...Amin.










    .

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Yah dgn suami,

    Cakap pasal bil rawatan, lain klinik, lain rega. Ada murah, ada mahal dan ada yg cekik darah. Depa tau, org yg desperate nak anak akan bayar apa shj janji dpt anak.

    Ingat ada satu kali tu kami diintroduce satu klinik kat Jalan Raja Laut. Very specialist sb katanya ramai staff UIA buat kat sana bejaya.Klinik M%3&* C@#$.

    Kami pi dgn pnuh kekonpidenannya pergi... setelah berjaya buat appt. Dr. Cina rupanya...

    Tunggu dari pukul 2.00; 4.00 baru dpt masuk. Stlh teliti rekod kami, lab report. Dr tu jwb senang, both of u x de problem. Kalu slh sorang atau dua 2 problem, I bleh tlg.

    2 org x prob, skit susah. Both of u percaya pada Allah tak? Percaya pada qada' dan qadar tak? (mata kami terbliak bila Dr Cina tanya ttg Allah...)

    After that kami dgr tazkirah Dr. Cina tu... both of u kna byk sabo, byk doa, rajin solat tahjud, solat hajat...bla...bla...bla... semua unsur keislaman... last kloa...ubat x de.

    pergi kat kaunter... en. kna bayo RM 300 ya...

    Aih... dgr tazkirah agama drpd Dr. Cina.. kna byr byk tu. Mengalahkan byr ustaz ceramah kat masjid.

    Ptg tu balik dgn hati bengkek sb dgr ceramah org x bertauliah dan jam truk kat jalan raja laut,(org balik keje)...

    ReplyDelete
  14. Salam....
    eyza suka baca blog irtiyah ni sbb ada banyak info berguna... eyza nak share ttg rawatan di LPPKN....
    eyza walaupun keja kat hospital kerajaan, tapi eyza malu nak pg hospital sendiri sebab selalu jumpa ngan dr2 tu... hi..hi... so, eyza gi LPPKN...
    mula2 eyza pg LPPKN Jln Raja Laut.... pg ngan hubby... eyza x bole ambik darah time tu sbb blom period.... hubby plak kena amik air mani utk ujian ngan ambik darah... kos dia seratus lebih termasuk ubat utk bg period sbb period eyza x tetap.... bila dah period, eyza kena ambik darah.... pastu bulan posa, tangguh kejap sbb x bole buat HSG... sebab period eyza x regular, bulan lepas baru eyza buat HSG kat hospital tawakal... kena RM 180 jer..... tak sakit cuma masa dia masukkan alat rasa ngilu mcm period pain jer.. pastu dah ok..... skrg ni tgh tggu period lagi utk bawak result hsg pg LPPKN... Alhamdulillah.. result ok.. x de masalah... x sabar nak pg step yg seterusnya.. semoga kita semua beroleh cahayamata yang soleh dan solehah.... tapi kalau x berjaya jgk, eyza akan buat kat hospital tmpat eyza keja sbb kos kat LPPKN x brapa nak mampu...hi..hi..hi...

    ReplyDelete
  15. kos yang eyza kena masa kat lppkn x de la mahal sgt..ok la....

    1st pg eyza kena RM 122.20.
    -pendaftaran (RM 40.00)
    -ubat utk period -duphaston (RM 32.20)
    -kos ujian air mani + ambik darah (RM 50.00)

    2nd plak kena RM 73.00.
    -FSH & CTL (RM 40.00)
    -STD Screening (RM 28.00)
    -ambil darah - jenis darah(RM 5.00)

    3rd kena RM 14.00 jer.
    -ambil darah

    pastu gi buat HSG kat Hospital Tawakal...
    RM 180.00

    nanti bila period, gi LPPKN ke bawa seribu....

    setakat ni itu jer yang eyza kena... tapi bayaran ikut kes...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum....

    eyza lain ye kos rawtan eyza dgn saya. mayb lain tempat LPPKN lain kos tu kot.Lagi pun LPPKN Shah Alam x de lab sendiri so semua ujian hormon(amik darah) dan air mani dia buat di lab gribbles di klang & HSG di buat di hospital DEMC Shah Alam. Di LPPKN Shah Alam hanya hari khamis je ada doktor untuk buat rawatan kesuburan ni..

    Yang kena bawa RM1K ke LPPKN tu untuk apa ye eyza? Sebab saya x de lak nurse tu pesan bawa RM1K.

    Langkah pertama (di LPPKN)
    *Pendaftaran - RM40
    *Perundingan - RM10
    *Pap Smear - RM25
    TOTAL = RM75
    *Penetapan tarikh temujanji pertama dengan doktor

    Langkah Kedua (selepas period antara hari ke 2-5 di lab Gribbles)
    *Ujian hormon (FSH + LH ) - RM49.30
    *Ujian semen (air mani) - RM38.90
    *Keputusan akan di hantar gribbles terus ke LPPKN

    Langkah ketiga (selepas period hari ke 9-11 di DEMC)
    *HSG - harga di antara RM200 ke RM350; saya kena RM226.35
    *Kena tunggu keputusan dan ambil untuk di bawa bersama jumpa doktor waktu temujanji pertama nanti

    Langkah keempat (selepas period hari ke 21-24 di gribbles)
    *Ujian hormon (PRG) - RM22.30
    *Keputusan akan di hantar terus gribbles ke LPPKN

    Langkah ke lima (di LPPKN)
    *Jumpa doktor untuk analisa keputusan ujian-ujian dan rawatan yang perlu.
    *Cas RM10 akan dikenakan bagi kos perundingan setiap kali berjumpa doktor

    ReplyDelete
  17. Salam semua...






    to arain ;
    Terima kasih kongsi pengalaman-pengalaman saudara di sini. Macam-macam kan kat luar sana..






    to eyza ;
    Tahniah sebab dah melalui langkah2 tu.. semoga semua lancar. Terima kasih juga kongsi maklumat kos tu di sini... semoga kawan2 yg memerlukan maklumat tu dapat merujuk.









    to lilyana;
    Terima kasih ye.. maklumat tu... senang nak membacanya...:) apa punbaguslah beri maklumat ni.. jadi kawan-kawan lain dapat bandingkannya. :)






    .

    ReplyDelete
  18. salam semua...
    saya nak kongsi juga rawatan di lppkn baru2 ni...
    baru jer mula awal bulan march hari tu...

    1st pegi kene rm156
    -time tuh period d5
    -buat ujian darah, FSH, n air mani..

    kemudian pagi tadi pegi lagi untuk ambil darah.. RM14 jer...

    sepatutnyer 19hb aritu kene g buat HSG dekat tawakal, tapi disebabkan time tuh cuti sekolah n berada di kg, sia2 jer la appointment tuh...
    terpaksa tunda period bulan 4 ni... n bulan 5 baru boleh jumper doc...

    acctually nak buat HSG tu gerun juga lah...
    macamaner la nanti agaknyer...

    ReplyDelete
  19. Salam..







    to Anonymous on March 29, 2010 10:26 PM ;
    Terima kasih ya.. maklumat-maklumat sebegini memang dialu-alukan. Maklumlah.. golongan kita ni biasa simpan usaha kita senyap-senyap.. tak larat nak cerita semua pada orang. Tapi di sini sekurang2nya membantu kawan2 seangkatan yang tercari-cari jalan. Semoga semua berjalan lancar ya. :) Saya pernah buat entri HSG tapi pengalaman saya tak sama dengan kawan2 lain. Rasanya tak perlu risau sangat la... :) InsyaAllah semua ok. Amin






    .

    ReplyDelete
  20. lilyana...
    a'ah.. lain kan harga dia.... kiranya HSG kat Hosp. Tawakal murah sikit la...
    sepatutnya hari ni saya ada app kat lppkn... tapi x dapat pg sbb period saya dah hari ke5 baru saya telefon nak buat app... so, x bole la... saya kena tggu period bulan depan utk bawa result HSG jumpa Dr.. kat LPPKN Kl saya kena jumpa dgn Dr. Ghaffar....

    Anonymous...
    InsyaAllah HSG kat Tawakal x sakit... Dr. Fatimah tu ok.. soft ajer dia buat... cuma lepas buat tu berdarah sikit.... tapi pastu ok.... rasa cam period pain ajer....

    ReplyDelete
  21. lilyana...
    lupa plak nak bgtau.. seribu tu cuma anggaran utk buat iui n ubat... tapi depends pada kes... kalau biasa dalam 4 @ 5 ratus jer... ni pun nurse yg kat situ bgtau....

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...

    irtiyah apa perkembangan rawatan awk sekarang?

    eyza sebut pasal appointment tu baru saya ingat nak call ke LPPKN untuk confirm tarikh temujanji tu. Memang nurse dah kasik tarikh cuma nak pastikan result semua dah sampai ke LPPKN ke belum. Saya punya appointment next week hari khamis 8hb april. Apa2 info baru saya kongsi minggu depan ye.

    ReplyDelete
  23. Salam

    saya baru jer baca blog cikgu..byk info saya dpt..saya pun belum dikurniakan anak..same2 kite berdoa mudah2han kite dipercepat dikurniakan zuriat..utk makluman cikgu saya dah berkawen 2thn 4bln..2 kali gugur.kali terakhir gugur padaa Mac 2009,pas tu sampai skrg belum lg pregnent..bulan lepas saya pergi berurut,so tunggu la cam ne, kalau x de pe2 jgk,bulan ni rase nak jumpa doktor. pada pandangan cikgu bile masa yg sesuai utk saya berjumpa doc? selepas @sebelum period? saya masih tercari2 tempat utk saya dapatkan rawatan..apakah langkah awal yg saya kena ambil..

    ReplyDelete
  24. Salam semua.... :)






    to eyza ;
    tak pe.. mungkin kes tak sama kan... sediakan aje la hehehe.. yang bagus dia dah bagitau awal2..so kita boleh sediakan dan cari la mana-mana.. kalau tetiba masa pergi nanti baru dia bgtau... huhuhu... kalau ada tak pe jugak. :)





    to lilyana ;
    Appointment saya yang akan datang adalah di HUKM sebab kes dirujuk ke sana. Rabu depan.. 7 April 2010. Harap semua ok. Ok.. boleh aje kongsi info tu.. mungkin ada kawan-kawan yang boleh beri pandangan mereka kalau perlu. :)





    to Anonymous on April 1, 2010 12:51 PM ;
    Salam kenal.. semoga kita semua mendapat apa yang terbaik dari perancanganNya. Amin.
    Kebanyakkan kawan-kawan.. dapat tarikh appointment apabila merujuk ke tempat rawatan pada hari ke 2 period. Tapi bergantung pada tempat rawatan juga rasanya. Namun sebaik-baiknya.. awak tel dulu sebelum awak period.. jadi kalau betul perlu set masa pada hari period pada hari tertentu .. masih belum terlepas untuk kitaran paling dekat.

    Pastikan tempat yang mampu awak bayar.. sebab kita akan mendapat rawatan untuk jangka masa panjang biasanya. Kaji dulu maklumat yang ada dalam entri ini. Sediakan juga jadual period awak ketika jumpa doktor. :) Mungkin maklumat2 ini dapat membantu awak.








    .

    ReplyDelete
  25. salam..

    saya telah baca beberapa entri dari blog cikgu..dan saya berminat untuk dapatkan rawatan di LPPKN..boleh sape2 bantu saya berkenaan dgn LPPKN tu semua LPPKN ke ada rawatan seperti tu?

    ReplyDelete
  26. to anonymous;





    Salam
    saya tak pasti.. kita tunggu respon kawan-kawan.. atau cadangan saya.. dapatkan nombor telefon lppkn terdekat dan cuba tanya dulu..





    .

    ReplyDelete
  27. to anonymous

    apa kata awk search je laman LPPKN & cari no yg terdekat dengan rumah awk. butir2 lanjut boleh tanya dari diaorg.

    ReplyDelete
  28. salam

    saya dah search dan call LPPKN, LPPKN kat rumah x de menyediakan rawatan,so saya kol LPPKN Jln Raja Laut,diaorang dah terangkan..sama ke rawatan kat LPPKN dgn hospital kerajaan @ swasta? sape2 leh bantu ke..

    ReplyDelete
  29. Salam
    Saya dah stt wat rawatan di LPPKN stlh bca blog ni mmg bnyk mmbantu. ari tu da buat HSG 1 jam lps tu mmg sakit mcm cramp x leh grak langsung pas tu ok alhmdllah. Bsk nak gi appmnt doktor n nurse suruh bwk rm 500 - 1000 utk ubt. x tau la kna brp tggu jela bsk. Mudah-mudahan Allah pekenankan doa sya dan kta smua utk memilki zuriat

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah....

    Hari ini 1st appointment dengan doc. Berdasarkan report2 ujian yang telah saya jalani bersama suami, saya normal semuanya. Walau kitar period saya x 28 hari mcm org lain tapi doc kata asal ada telur dah normal. kitar period saya antara 35 hr ke 40 hr.

    Masalah kami di sini dari suami. sperma suami saya tidak normal & sedikit. bagi mengatasi masalah ini doc dah sarankan ubat nu-prep 75 tongkat ali bagi suami untuk baiki kualiti sperma. Harga ubat ni kalau beli kat luar RM125 tp kat doc cuma RM90(LPPKN Shah Alam). doc juga minta suami berhenti smoking & berada dekat dengan org yg smoking. kurangkan stress keje. dan untuk saya buat satu table period, hari bersama suami & anggaran hr subur saya.

    Selepas 3 bulan doc minta datang untuk appointment kedua untuk lihat perubahan selepas suami amik ubat ini & buat ujian semen kali kedua.

    Alternatif saya sendiri myb nak try amik makanan tambahan jenama biodex untuk suami.
    BIODEX- Supreme Diet- RM90
    - Susu IGC -RM32
    - Skyherbs Honey -RM59.90
    Berusahalah yang termampu, rezeki allah yang beri. doa je moga2 allah murahkan rezeki.

    ReplyDelete
  31. to Anonymous...

    Kalau kata rawatan kesuburan kat mana2 pun sama je kerajaan atau swasta. yang berbeza tu harga je la kn. faham2 je la. kalau awak atau suami kakitangan kerajaan ada baik awk pegi hospital kerajaan mcm puan irtiyah ni. kalau swasta mahal la kn. LPPKN ni pun harga x fix. bergantung pada tempat LPPKN tu. tapi x de la semahal kat swasta. harga awak bole la rujuk kat sini yang kami semua dah kongsi. atau awk pegi je terus dengan suami tanya kat LPPKN terdekat. kalau tanya mcm saya dengan suami mula2 dulu x kena duit apa pun.

    ReplyDelete
  32. salam semua...saja nk kongsi cerita dan belajar dari pengalaman org lain, saya dan suami baru g ppum smalam(8/4/10)bersama surat rujukan dr klinik swasta..1st time g just dptkan hari appoiment...alhamdulillah appoiment dpt dlm bulan ni jgk (21/4/10), sbb ada kwn dpt lmbt date appoiment(dia wt kat spital s.buloh...harapan semoga semuanya berjalan lancar..-shazlineSubang

    ReplyDelete
  33. Salam semua...






    to lilyana ;

    Elok memang kita tanya terus pada mereka .. sebab kadang2 kita rasa cara paling formal iaitu terus berjumpa. Sebenarnya melalui tel pun kita boleh dapat banyak info.






    to Anonymous on April 7, 2010 9:54 AM ;

    Rasanya sama aje.. ikut pengalaman dan kepakaran mereka juga. Kalau memang awak boleh ke LPPKN baguslah.. antara nama yang dipercayai.






    to saba ;

    Tahniah dah berjaya melalui HSG. Memang ada orang rasa sakit. Saya pun tapi majoriti masih rasa ok lagi. Tak pe la sakit sikit.. usaha mana mampu.

    Yang bagusnya memang macam tu.. diorang dah bagitau awal2 anggaran kos akan datang.. jadi kita boleh standby. Semoga yang baik2.. menanti awak di hadapan...






    to lilyana ;
    Kitaran period macam awak tu memang kira normal. Asalkan ia masih datang dalam tempoh yang dijangkakan.

    Masalah suami tu.. insyaAllah boleh diatasi.. ikuti saranan doktor dan beri semangat pada dia. Kita tak keseorangan..

    Alternaid tu pun memang bagus. Ada sorang bidan pernah bagi cadangan kalau suami masalah macam tu cuba makan CNI royal jelly.. tapi kami tak pernah cuba lagi.

    tahniah berjaya buat langkah pertama... InsyaAllah usaha kita tak akan sia-sia. Walau apa pun perancangan Allah pada kita. :)








    to lilyana ;

    Saya pun setuju dengan saranan awak pada anonymous.. rasanya kat mana2 pun sama. Cuma susah senang je urusannya. Macam saya buat di Hosp Ampang tapi bab2 suami kena pergi LPPKN dan HUKM. Sekarang meneruskan di HUKM. Tapi masih ada appointment di Ampang. Hmmmp






    to Anonymous a.k.a shazlineSubang ;

    Salam kenal :) kehadiran awak di sini dialu-alukan. Jangan malu2 dan kalau ada apa2 saling ingat mengingatkan. Jangan rasa tersisih di sini.. kita semua saling memerlukan.

    Tahniah sebab berjaya buat langkah pertama. Baguslah awak dapat tarikh yang cepat. Biasanya memang ambil masa nak dapat temujanji ni. Saya buat di Hosp Ampang pun dulu rasanya dapat tarikh agak lambat yang pasti bukan bulan yang sama. Semoga yang baik2 menanti awak dan suami di hadapan.. jangan risau ye. :)







    .

    ReplyDelete
  34. .






    Ada sedikit maklumat kos di entri http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/rawatan-kesuburan-hospital-15-refer-ke.html





    .

    ReplyDelete
  35. salam cikgu,
    saya ros dari pj pun dah 4 lebih kawen masih belum punya anak.di dalam blog cikgu ni saya perolehi banyak informasi yang berguna.sebelum ni saya pernah pergi PPUM,ada masalah PCOS.doktor bagi ubat metformine.tapi appoinment yang seterusnya saya tidak dapat hadiri kerana sebelah petang dan saya mengajar petang.so sekarang ni cuba minum air anak tauge jer..doakanlah saya dapat zuriat cpt2 yek..tq from ros

    ReplyDelete
  36. Salam to anonymous a.k.a ros;




    Salam perkenalan. Sama la dengan saya ada juga PCOS tu. Teruskan usaha ya ros. Semoga tiba juga masa yang dinanti-nanti. Cuba ros minta ubah appointment tu kepada waktu pagi. Kalau tak boleh pun, bagi saya mendapatkan rawatan walaupun rawatan kesuburan adalah sebahagian hak setiap individu, saya faham ros tentu komited dengan kerja. Namun saya tak tahu masalah di tempat kerja ros. Saya doakan urusan ros dipermudahkan. Maaflah kalau kata2 saya ada yang tak kena.

    ReplyDelete
  37. salam,

    thank for sharing your experiences,ianya memberi kekuatan kepada saya untuk membuat rawatan kesuburan setelah 2 tahun lebih menanti..semoga semuanya berjalan dengan lancar...insya Allah..

    -insan luarbiasa-

    ReplyDelete
  38. Salam




    to Anonymous a.k.a insan luarbiasa;
    Alhamdulillah .... saya tumpang gembira kalau awak mengambil keputusan buat rawatan. Saya pun mulanya rasa sukar nak memulakan langkah pertama. Alhamdulillah bila dah mula semuanya lebih mudah. InsyaAllah. Teruskan la usaha dan jangan putus asa. Semoga awak dan saya serta kawan-kawan lain juga berjaya. Amin.





    .

    ReplyDelete
  39. Salam
    sy Yatie Zafi

    malam ni first time sy baca blog ni...sbb nk cari info pasal IUI..nk tau kos dia. sbb doc kat hospital x cakap pape pun pasal bayaran (hospital kerajaan)cuma bayaran RM5 tu je la tiap kali p hospital. HSG aritu pun xder bayar pape. lps period bln ni doc kata nk buat IUI..dr bulan April dok ulang p hospital utk rawatan harap2 semua ni berbaloi..dh teringin sgt nk anak.

    terima kasih utk info2 yg saya dpt dr blog ni. semoga apa yg kita usahakan mendapat keberkatan dan ada rezeki utk kita.

    tq: Yatie Zafi

    ReplyDelete
  40. salam..
    sy br belek2 blog pasal rawatan iui..
    kami penah g lppkn shah alam dulu..4 th lps..kos rawatan yg wat kt klinik luar jek kite byr sendiri..
    dh 2x jupe Dr ismail Tambi cume byr RM5 jek tiap kali..tp xsempat wat iui kt ctu..
    sekarang nk try kt DEMC..ade sesape dh ke ctu?

    tq.. reez

    ReplyDelete
  41. @Anonymous

    Salam Reez..

    Oh murah je ye dengan Dr Ismail Tambi. Dia sibuk x?

    Saya x tahu/x perasan pula siapa yang dah ke DEMC. Apapun semoga berjaya ya.

    Tapi baru2 ni ada seorang kenalan bagi link ni -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=168822589824464&set=a.122362977803759.8989.100000901728475

    ada kena mengena dengan DEMC rasanya. Dia tinggalkan komen dalam entri ini ->http://irtiyah.blogspot.com/2010/12/bad-mood-tepung-gomak-tak-menjadi.html

    ReplyDelete
  42. @adil

    salam....saya adil...
    irtiyah terima kasih kerana berkongsi semua ini...ilmu dan pengalaman yang sukar d jumpai...apapun kita sama....saya gembira mengenali blog saudari ini....

    ReplyDelete
  43. @Anonymous

    Salam Adil

    Alhamdulillah, moga mendapat manfaat. Sama2lah kita saling memberi sokongan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  44. salam...
    sy nk gak share cite...sy kawen pd 17.10.2009...pas 8 bln kawen, sy pelik laa sbb xpeknen lg...pastu g la klinik swasta nk check kesuburan. mase doktor scan perut, doktor accidently jumpe cyst dengan ukuran 11cm x 10cm...mcm bola takraw kate...

    oleh sebab saya goverment servant, doktor tu suggest kan g hosp. kerajaan... so g la wat appointment...sy wat cycstectomy laparoscopic untuk buang cyst tu pada 29.10.2010...doktor kate mungkin kilang telur sebelah kanan kene buang gak, tp alhamdulillah...mase operate tu, doktor leh buang cyst tanpa usik kilang telur..

    yg ok nye wat kat hospital kerajaan, sentiasa ade rawatan susulan..3 months after operation, dr kasi pil subur.....hari ke 21 period, buat blood test, dr kate hormon progesteron ok dengan bacaan 54 something..tp lom sampai rezeki lg nk peknen...

    then, dr suggest hubby lak g check kesuburan dan sy lak xray tiub fallopio...tp skang ni kami tgh tgu appointment seterusnya....

    so harap uols doakan semoga semuanye berjalan lancar...

    _yuslina_

    ReplyDelete
  45. HEhe~ Tadi saya seacrh psl kesuburan kat ie. Sekali keluar blog awak.. hehe~

    Saya nak buat langkah pertama tuk cek kesuburan.
    Tapi saya tak tau mcm mana nk mula......

    Ajari saya?

    ReplyDelete
  46. Eh ! lupa nak cakap.. nnti replai kat emel saya yer.. HidayahB@jkr.gov.my

    ReplyDelete
  47. @Anonymous

    salam

    maaf ye.. saya dah lama approved komen awak tapi baru teringat/ perasan belum dibalas.

    saya harap segala usaha anda suami isteri mendapat keredhaan Allah. Moga dipermudahkan dan berjaya memperolehi cahaya mata idaman.

    sabarlah dalam setiap ujian ini.. semoga kita mendapat ganjaran yg indah kelak. Amin

    ReplyDelete
  48. salam kak...

    mksud akk surat rujukn dr klinik krajaan camne tue?sy pnjawat awam gak..kne g poliklinik yg kat hospital ke or g klinik ksihatan bse 2?

    ReplyDelete
  49. @MaWar BerDuRi

    salam

    utk surat rujukan... pergi klinik kesihatan biasa tu.

    ReplyDelete
  50. hai...assalamualaikum...
    mengasyikkan bl sy bca blog ni

    ReplyDelete
  51. @bintanghati

    Salam
    Hehe.. X ada apa sangat pun.. Mungkin sbb ramai yg respon dan sudi tukar2 pandangan kot.

    ReplyDelete
  52. salam..

    sy baru je terbaca blog ni penuh dgn info-info yang saya nak, saya dah berkahwin 2thn 9 bln..2 kali gugur kandungan 6 minggu...bln 10 2011 saya pergi kat ppum check kesuburan..ye la mana la th saya ni kurang subur ke masalah rahim ke..sama la prosedur dgn nursu March 18, 2010 2:59 PM..bila dapat result hampir sebulan gak la..doctor kata saya dgn hsbd takde problem..dalam masa yang sama saya tak sedar dah pregnant 6minggu..baru je dapat th berita tu..saya gugur..ms tu kali kedua..first gugur bln 5 2010..sedih sgt rasa..sy pun mcm nursu jgk gi berurut bkn saya je..hsbd sy pun gi berurut gak..saya skrg ni dah 2 bln try biodex lak..mak saya suruh cuba2 try..tapi takde rezeki lagi..sblm sy mkn biodex ni period tak teratur tapi sejak dua bulan ni baru teratur..org biodex tu bg th sbb nak btlkan keadaan hormon dl..saya redha dan saya pun smpai skrg masih berusaha..terlintas pulak nak wat iui..tapi tak th prosedur..sy kerja kerajaan,saya ada bc komen kata byr rm 150 je?mknanya rawatan lain kerajaan tanggung ye?yang saya dengar dlm rm2k..

    aida...

    ReplyDelete
  53. @Dyaena Wilson Aidil

    Salam

    Aida. Saya tidak pernah buat IUI. Apa yg saya tahu.. ia bergantung di mana kita mendapatkan rawatan. Kalau Aida pergi ke hosp kerajaan, rawatannya murah dan ubatan boleh di claim dengan kerajaan. Antara syarat resit ubat perlu diasingkan dari resit prosedur.

    Biasanya juga kita kena menjalani pemeriksaan peringkat demi peringkat sebelum doktor cadangkan IUI. Tapi tak salah bertanya masa lawatan pertama.

    Kalau dah dapat maklumat dari doktor, kalau kita tak bersedia nak buat IUI sebab kos atau belum ready, setahu saya boleh kita minta tangguh.

    Yang tulis RM 150 tu mungkin juga rate lama. Ini sekadar pandangan. Seeloknya dapatkan maklumat dari hosp yg kita nak pergi.

    ReplyDelete
  54. Sy pon nk berkongc penglmn rawatan di lppkn seremban 2..

    Kos pertama yg sy kena byr ialah:
    1)pndftaran rm5
    2)rundingn dgn nurse rm10

    Pastu kena dtg amik drh time period hari ke2 rm141, wat pap smear & amik drh skali lg utk cek hormon progesteron pula (period hari ke21) rm70

    Semen analysis rm25 shj

    Pastu setiap kali dtg jumpa dr kena byr rm20 utk byrn rundingn dr.klu dr da wat ultrasound kena cas rm20.dr detect sy da fibroid so slalula kena scan setiap kali follow up dgn dr

    Lppkn ni xda dr sndri, dia import dr hospital swasta luar.sy pilih dr pang dr colombia.yg 1 pilihn lg dr lelaki..awal2 lg dh tolak hehee.dr suh sy wat HSG utk cek saluran tersumbat ke tak.oleh sbb lppkn ni xda kemudhn wat hsg tu, kenala buat kt colombia gak.kosnya rm236.95..heee siap ada sen2 lg tu.Alhamdulillah sy xrasa sakit pun time hsg ni xtaula sbb diri sndri ke..sbb service yg mmg tip top..biasala hospital swasta..kena byr pun mhl tp sbb dh tepaksa nk cek jg sbb apa xmengndung2 lg buat jglah..Alhamdulillah jg result positif, tak tersumbat :D & dr kata xda fibroid kt dlm rahim sy.fibroid tu kt luar ja sbb tu xda lak effect pd sy..tak da rasa sakit.mula2 tu sblm wat hsg dr ada cdgkan utk operate buang fibroid.gulpp..pengsan dgr nk kena operate..huhuu

    Pastu dr bg ubat subur utk sy mkn 5 cycle period.ubt kena bl di farmasi luar sbb lppkn tu hbs stok.dh hbs 5 cycle tp xda rezeki lg..br2 ni g follow up lg dgn dr, dr cdgkan wat iui lak.kena wat kt colombia jgk.bila tnya kos..nurse ckp dlm rm2 ribu..alamak terus xjd..xcukup bajet lak.huhuu.skrg sy smbung jumpa dr hospital kerajaan je sbb leh guna GL..heee.biar lmbt asal dapat gak nnt wat iui..doa2kan jg agar sy da rezeki nk timang ank sendiri..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Alhamdulillah, terima kasih Sarah sudi berkongsi. Entri ini memang dah lama, maklumat dah lapuk dah, tapi bila Sarah kongsi, sekurang2nya kalau ada kawan2 yg masuk sini utk cari info utk memulakan rawatan.

      Semoga Sarah berjaya preggy. Doakan saya dan kawan-kawan lain juga. :)

      Delete
  55. salam..saya bru je buat pemeriksaan HSG hari ni di HKL.. Alhamdulillah, tiub fallopian sy tak trsumbat n tiada masalah lain.. rse sakit mcm snggugut tu smpe skang rse lg.. mayb lain org lain tmpoh sakitnye.. 9 April ni appointment jmpe doktor pula.. mse tu sgala result yg dah dikumpulkan akan diberitahu.. nanti doktor akan bg tau jg samaada bleh buat rawatan IUI / tak..
    pasal kos rawatan iui pula, Spt mne yg nurse bg tau.pd saya hnya byr RM5 ( kakitangan nkan krajaan) stiap kali dtg utk ambil darah n mse rawatan IUI.. so x plu bmbang dgn kos rawatan yg tnggi spt di klinik/ hospital swasta.. Sya doakan agar smua kwan2 bjaya hamil dgn ape jua cara rawatan.. doakan saya.juga ya..:-)

    ReplyDelete
  56. Sy pny appimnt 17.4.2015.. byrn lppkn kl bgthu bw rm200..

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)