Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Buat Chocolate Cookie Hehehe

1 comment:
Klik untuk melihat dengan lebih jelas #hakmilikterpelihara #copyrightprotected

Panas.. panas baru keluar oven.. kita buat chocolate cookie hari ni.. dah siap dah tapi dalam adobe illustrator je.. 😆 tak boleh makan 🤣 ada rupa tak? hehehe biskut ni berdiri nanti dah penat dia baring hahaha 🤣 yang baring belum buat.
#stickercooldotcom

Love

6 Jun 2020






Raya Semasa PKP

3 comments:

Macam mana rasanya beraya sebagai TTCians semasa musim PKP? Lebih tepat lagi PKPB disebabkan covid-19.
Beraya masa PKP mungkin memberi kelegaan bila mengenangkan kebiasaannya kita akan 'terpaksa' bertemu insan-insan yang kerap melukakan hati kita. Bimbang sejarah berulang lagi pun ya juga.

Rasanya bukan saya seorang yang pernah rasa tak gembira untuk beraya. Trauma?
Tapi itu dululah, mungkin orang yang buat kita tak selesa pun tak ingat apa-apa. Bagi mereka ia sekadar pertanyaan dan perbualan biasa. Sekarang ok cuma berhati-hati. Memang kita ada point untuk mempertikaikan cara dan niat mereka tapi apapun akhirnya kena ingat ini memang ujian kita. Bila disebut ujian, pastinya kita akan rasa tidak selesa. Allah sedang menguji.

Siapa yang follow blog ini dari awal, mungkin sempat baca post-post luahan hati saya yang terluka. Suatu ketika saya beranikan diri membela diri dan rakan senasib. Cuba buat orang faham dan hentikan budaya bertanya dan mengulas hal-hal rezeki lambat dikurniakan anak. Tapi akhirnya saya akur apa yang saya buat itu perkara yang bahaya. Saya lebih terluka bila orang masih tidak faham. Alhamdulillah sekarang saya agak tenang. Sama ada sebab usia perkahwinan nak masuk 14 tahun, orang dah bosan bertanya? atau saya tenang sebab pernah memberontak? atau memang saya telah let go segala perasaan sedih dan memaafkan? Saya tak tahu, Allah Maha Tahu.

Pengalaman saya, bila kita berterus-terang dan meluahkan ketidakpuasan hati atau kelukaan kita kepada orang yang buat kita terluka tu, akhirnya tidaklah indah sangat. Malah ada keadaan kita lebih rasa tak selesa sebab layanan mereka pada kita jadi lain. Jadi bagaimana? cuba atasi dengan dekatkan diri kepada Allah, luahkan kesedihan kita padaNya dan sebagai tambahan mungkin kita boleh luahkan kepada rakan senasib.

Namun ada juga keadaan, saya tidak menyesal berterus-terang, mungkin keadaan itu memihak pada saya dan saya tidaklah mempertahankan diri macam mana, sekadar menjelaskan kepada ibu mertua saya situasi kami. Beritahu juga yang kami dalam proses mendapatkan rawatan. Dalam kes saya, saya dan suami ada masalah kesuburan. Jadi berterus-terang kepada ibu mertua mengurangkan tekanan pada saya. Ibu mertua memang baik, Alhamdulillah. Selepas saya berterus-terang, saya rasa beliau tidak lagi memberi tekanan (bukanlah tekanan apa pun, sekadar meluahkan impian untuk melihat kami mempunyai zuriat). Tapi sebagai anak menantu perempuan pastinya terkesan.

Berbeza dengan kes-kes lain, saya meluahkan / menjelaskan perasaan saya yang saya terluka dengan tindakan mereka, atau membalas guarauan mereka dengan lantang atau marah. Setiap kes berbeza punca dan respon saya dan respon balas mereka. Akhirnya saya masih kecewa dan masih tak selesa. Mengambil masa yang lama untuk saya menerima, melupakan dan melayan mereka dengan layanan biasa. Ntahlah, saya juga tidak tahu akibat jika saya tidak meluahkan pada mereka. Mungkin sampai sekarang saya masih lagi berdepan dengan pengalaman pahit dengan mereka seperti dulu?

Walau apapun, bersabarlah. Dekatkan diri pada Allah dan buat persiapan akhirat. Saya minta maaf jika penulisan saya ini ada salah silap dan terlalu membesarkan isu. Semoga yang baik-baik sahaja menanti kita semua. Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin. Jangan sedih-sedih ya, syukuri dan nikmati apa yang kita ada sekarang :)

Love

1 Jun 2020

Post berkaitan :
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
13 Tahun Usia Perkahwinan - Masih Menanti Zuriat
Bagaimana Aku Menanti Zuriat Pada Usia Perkahwinan 13 Tahun?

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 28 : IVF-ICSI [Penutup]

No comments:

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 27 : IVF-ICSI [Siri 8]

Post sebelum ini (rujuk link di atas) merupakan post terakhir yang saya fikir sesuai direview dan repost semula dalam kategori rawatan kesuburan (hospital kerajaan) yang kami jalani pada 2009 / 2010.

Jika ada pertanyaan berkaitan, boleh tinggalkan komen di post berkaitan. Itu sebaiknya supaya pembaca lain boleh tumpang dapat maklumat. Boleh guna nama anonymous atau nama samaran semasa bertanya.

Tapi jika terlalu privacy boleh juga email atau pm di fb personal. Rujuk sidebar untuk email dan fb personal saya. Apapun kebanyakkannya maklumat lama sebab saya buat rawatan tu dah lama. Saya mengelak memberi maklumat perubatan sebab tidak ada kelayakan.

Semoga kalian mendapat manfaatnya. Teruskan berusaha dan percaya Allah akan memberi ganjaran kepada kita dunia dan akhirat. In shaa Allah

Love

27 Mei 2020

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

No comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin kepada semua atas segala salah dan silap kami. Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 27 : IVF-ICSI [Siri 8]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 Disember 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 22 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 26 : IVF-ICSI [Siri 7]

24 November 2010 lalu adalah appointment terbaru. Tapi baru sekarang aku buat post ni. Kos rawatan tak ada. Cuma macam biasa kena bayar RM 20 untuk consultation. Sebut tentang consultation cost ni. Sesiapa kakitangan kerajaan, boleh claim kos perubatan. Tapi hanya ubat sahaja. Macam aku buat IVF-ICSI tu yang banyak kos prosedur. Kos ubat RM 3,830. Total cost lebih kurang RM 10,000 jadi resit-RESIT tu sila simpan. Kena bagitahu orang yang buat resit tu kena asingkan resit ubat dan prosedur. Buat catatan secara teratur dan update supaya senang nanti. Kalau tak silap, bukan semestinya buat prosedur besar macam IUI, IVF dan IVF-ICSI je boleh claim. Contoh kalau bulan ni kena beli ubat sekian-sekian boleh claim la secara bulanan. Tapi prosedur dengan jabatan aku tak dapat nak tolong sebab setakat ni aku claim untuk IVF-ICSI tu je.

Aku nak ambil kesempatan ni nak respon satu komen dalam post terbaru. Iaitu komen dari kawan kita yang guna 'anonymous' @ Saudaramu seIslam beliau mention pengalamannya buat Frozen Embryo Transfer (FET) iaitu masukkan embrio yang disimpan dan dibekukan di 'bank hospital' dimasukkan ke dalam rahim. Kes dia tak perlu kena suntikan-suntikan macam buat ICSI kali pertama. Terima kasih sebab kongsi pengalaman tu. Cuma aku nak kongsi cerita, masa aku buat Embryo Transfer hari tu, aku sempat berkenalan dengan salah seorang pesakit. Dia nak buat FET kat tempat aku buat. Kira sama-sama tunggu turn nak masuk Operation Theater. Bezanya pesakit tu masih kena suntikan-suntikan, kena scan, sama macam fresh Embrio Transfer tu. Dia cerita, bila dah lama-lama dia pun tanya Prof Zainul, rupanya kena buat prosedur tu semua untuk menyediakan rahim ke keadaan sesuai untuk persenyawaan. Walaupun telur tak di kutip tapi prosedur tu menyediakan rahim untuk menerima embryo. Sama ada semua pesakit bawah Prof kena macam tu atau semua yang di HUKM macam tu tak tahu la. Jadi kalau boleh 'anonymous' @ Saudaramu seIslam respon balik, kat mana beliau buat FET tu ye?. Mungkin boleh digunakan sebagai rujukan aku atau kawan-kawan lain akan datang. Kalau ikut logik aku, mungkin juga bergantung kepada pesakit. Kalau pesakit tu tak ada masalah nak ada rahim yang ready untuk FET tu mungkin tak perlu suntikan-suntikan lagi.

Sebelum cerita tentang consultation, pagi tu aku dipanggil oleh seorang doktor. Mulanya aku ingat dia pembantu Prof. Rupanya dia seorang doktor bahagian Psikiatri dan Psikologi. Dia nak minta aku jadi responden untuk kajian dia. Aku adalah responden yang ke 160 lebih @ 140 lebih? tak ingat. Menurut dia, di luar negara, klinik kesuburan dan seumpanya macam MAC HUKM ni akan ada bahagian Psikiatri dan Psikologi untuk consult pesakit dari segi emosi. Kajian dia berkaitan [kalau tak silap Psikiatri dan Seksologi]. Kalau korang ikuti post awal-awal dulu aku pernah tulis betapa aku menginginkan pembelaan dari badan profesional di Malaysia tentang penderitaan golongan kita. Pernah aku terfikir kenapa tak ada seminar atau seumpanya untuk membincangkan tekanan kita secara terbuka supaya masyarakat tak terus mendera emosi kita. Tapi tu cerita dulu, cerita sebelum post-post kena kunci dengan password macam ni. Sekarang aku pegang teguh prinsip Hanya Yang Mengalami Akan Memahami. Chewah!.

Jadi, aku pun dengan senang hati dan bersemangat setuju jadi responden. Jawab beberapa set soalan kertas questionnaire. Dia tak paksa. Selepas tu aku ada bincang-bincang la sama ada aku perlu rawatan Psikiatri. Sebab kalau aku setuju jadi responden aku boleh bila-bila masa hubungi dia untuk direfer ke jabatan dia kira dapatkan rawatan la. Kesimpulan selepas sesi tersebut aku tak perlukan rawatan Psikiatri tapi dia cadangkan consultation untuk psikologi atau senang cerita rujuk kaunselor la. Tapi aku menolak buat masa ni. Sebenarnya aku percaya korang pun faham tekanan ni kira biasa untuk golongan kita. Dan kita sebenarnya perlukan bantuan. Tapi aku lebih tertumpu pada cara luaran, maksudnya aku mahu pembelaan dari golongan profesional seperti doktor ni. Jadi korang tau? aku cerita dan bincang tentang harapan aku tu pada dia, tentang seminar yg aku harapkan, tentang blog ni, tentang tekanan golongan kita, dan aku secara terus terang minta dengan dia buat sesuatu untuk kita. Haha.. emo masa tu, hampir menitik air mata. Alhamdulillah emosi masih terkawal lagi.

Dia ucapkan tahniah pada aku sebab aku boleh share dengan dia tekanan dan harapan aku. Ya, aku rasa memang aku perlu buat sesuatu sesuai dengan keadaan aku. Begitu juga kalian. Buat sesuatu yang sesuai dengan kalian asalkan kalian tak terus simpan tekanan tu bersendirian. Lain orang lain caranya. Aku tak kata cara aku paling baik atau korang mesti ikut cara aku. Cuma aku suka nak share pandangan aku tentang apa yang aku nampak setelah 4 tahun menghadapi semua ni. Mungkin akan datang. Tapi tak bermaksud mempengaruhi kalian secara total. Terpulanglah pada diri masing-masing.

Ok, berbalik cerita consultation hari tu, Prof cuma nak monitor period aku dah regular ke belum lepas dia bagi aku ubat Metformin. Ubat ni biasanya untuk penghidap kencing manis (aku tak ada kencing manis). Pesakit PCOS macam aku ada masalah dengan insulin. Secara jujur aku skip-skip makan ubat ni. Kesimpulannya, period masih tak regular lepas 3 bulan kononnya aku makan ubat Metformin tu. Korang jangan ikut perangai aku ni pulak. Ikutlah nasihat doktor ya.

Oh ya dalam tempoh lebih kurang juga aku ada berurut. Sebulan lagi En.Suami boleh la buat Sperm Test lagi.

Perkara lain masa consultation tu tak penting nak cerita. Cuma dok ulang-ulang perkara sama, nasihat sama. Aku tak dapat tarikh appointment seterusnya. Kena call MAC HUKM untuk buat appointment bincang FET atau ICSI seterusnya. Call beberapa bulan awal. Kalau dapat tarikh appointment masa tu pun cuma tarikh jumpa Prof, untuk bincang plan projek tu la. Bukan terus tarikh untuk prosedur.

Rasanya setakat ni je dulu tulisan aku.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 Disember 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 22 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Period aku sekarang Alhamdulillah dah agak ok. Boleh baca di Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim aku ada terangkan panjang lebar.

Love

22 Mei 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 28 : IVF-ICSI [Penutup]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 26 : IVF-ICSI [Siri 7]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 25 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 21 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 25 : IVF-ICSI [Siri 6]

Aku baru balik dari appointment doktor. Blood test result = -ve.
Bermakna sekarang aku sudah tidak mengandung. Boleh dibuat kesimpulan apa yang berlaku hari tu adalah aku keguguran.

Aku ada 2 frozen embryo. Sejak mula berfikir tentang next step. Hati berbelah bagi nak plan apa lepas ni. Aku berdoa minta Allah beri petunjuk jalan keluar. Pagi tadi masa iron baju, tiba-tiba dalam hati ni kata bagi la peluang kat diri sendiri utk recover dari pcos.

Jadi, aku decide next IVF-ICSI akan buat hujung tahun depan. Sama ada nak guna frozen atau mula dari awal tak tahu lagi. Masa tunggu doktor tadi pun, sembang-sembang kosong dengan En.suami macam rasa nak try tempat lain pula akan datang.

Tapi bila dah jumpa prof,
Prof pesan jangan sampai delay 2 tahun. Tapi tak terkeluar pulak nak cakap nak buat tempat lain ke apa. Lagipun En.suami hilang pi mana ntah.

Prof kata, aku ni kes PCOS yang kurus. Biasanya pesakit PCOS ni overweight atau obesiti. Tapi sebenarnya aku baru bebas dari overweight ni sejak buat treatment IVF-ICSI ni la. turun lebih kurang 5 kilo!. Ni tengah semangat nak turunkan lagi. sebenarnya aku overweight pun dalam 2 hingga 3 kilo je. So sekarang dah balance sebenarnya. Tapi target lagi 5 atau 6 kilo. Tadi prof tanya berat aku berapa? aku cakap 60kg. Tapi pagi tadi timbang macam 59kg petang tadi timbang memang 59kg! maknanya dah turun 6 kilo!. Hahaha nampaknya memang betul la treatment ni bagi tekanan kat aku.

Sejak dari pick up telur tu memang selera jatuh.

Pastu prof bagi ubat metformin untuk turunkan insulin sekaligus akan jadi kurus nanti. Katanya insulin tinggi ni yang menyebabkan PCOS seterusnya irregular period. Memang setakat aku tahu macam tu la ada kena mengena la dengan insulin. Appointment hujung bulan Nov. Aiseh, kena apppointment lagi! ingatkan nak rest. Prof nak tengok period jadi regular tak. Ada la tu hikmahnye.

Sementara tunggu prof tadi pun ada jumpa seorang doktor [pembantu prof] kot. Dia pun tak tahu nak kata apa sebab semua ok termasuklah ketebalan dinding rahim aku masa embryo transfer dulu. Dia kata, baby nak membesar tu kira bergantung pada rahim aku bersedia menerima baby tu. Lebih kurang macam tu la. Doktor tu bukan muslim (aku anggap berdasarkan bangsanya) tapi sebagai muslim, aku faham Allah belum mengizinkan.

Selama ni pun sejak setahun lebih berulang alik hospital sekadar mencari punca masalah. Bila jumpa masalah En.suami terus decide buat IVF-ICSI. Sementara tu ada la makan pil perancang untuk betulkan PCOS dan aku memang cakap pada doktor tak nak ambil dah ubat macam tu. Kalau ambil ubat macam tu. Tertutup terus peluang aku nak preggy. Prof pun setuju dengan aku.

En.suami pun ada ambil vitamin. Setakat ni motility ada peningkatan. Tapi count berkurang. Apa-apa pun yang perlu bersenyawa sekor je.

Pendek cerita nak try secara 'normal'. Kalau tak berjaya preggy pun, maksud aku secara normal harapnya boleh la lihat perubahan pada PCOS dan sperm count and motility En.suami. Amin.

Masa jumpa doktor tadi tu, semua persoalan aku terjawab. Antaranya dia cakap, selagi period maksudnya ada ovulation (aku tak tanya pun) tapi memang dalam kepala ni tertanya-tanya. 14 hari sebelum period tu la masa ovulation. Kes aku, proses nak ovaluation tu yg tak menentu. Kena mengena dengan hormon.

Doktor ambil aku punya jadual period tu. Masuk fail. Dia pun macam pelik dan mengakui kedasyatan cycle aku. Agaknya macam tu la emosi aku jadi roller coster. Untung tak jadi 'apa-apa' kat mental aku kan? Alhamdulillah.

Lagi, aku tanya pasal sperms morphology En.suami. Kalau nak ikutkan kes kami dirujuk ke HUKM ni sebab morphology. Setelah kesian kali buat check up. Akhirnya sebenarnya, kami dapati HUKM tak de pun buat test sampai peringkat tu. Sebenarnya kebimbangan baby cacat tu tak akan berlaku. Kalau sperm cacat tu yang bersenyawa, automatik tidak akan tersenyawa atau pensenyawaan akan gagal.

Tapi kalau ada penyakit apa-apa dan ada dalam DNA kalau berjaya preggy memang akan diturunkan pada baby. Yang ni aku rasa valid untuk ssesiapa aje bukan pada masalah morphology. Setahu aku la. Harap tak ada apa-apa la. Lagipun doktor kata, IVF-ICSI hari tu membuktikan sperm mampu bersenyawa dengan telur. Itu dah tak bimbang.

Yang penting kena tingkatkan count dan motility. So ini pun antara sebab rasanya kalau buat tempat lain pun tak apa. Asalkan succesful ratenya mungkin lebih baik dan ada kemampuan. Sebab kalau kat swasta la katakan, boleh cecah RM 20k atau lebih.

Kalau perlu hujung tahun depan (2011) try sekali lagi. Kalau mampu nak buat kat tempat lain, so kena la kumpul duit huhuhu...

Tadi doktor tu jelaskan, kalau dah frozen mungkin kualiti tak berapa baik. Kalau dah prepare tapi pada hari nak transfer didapati ada sel tak berkembang selepas dipanaskan, everything will cancel. tu yg rasa mula dari awal juga kalau tak yakin. maklumlah setakat ni peruntukan cukup-cukup, bila jumpa risiko macam tu rasa bahaya jugak.

Tapi tu la semuanya masih baru, kami pun tak ada la bincang serius sangat. Sebab plan akhir tahun depan. Jadi,biarlah dulu.

Oh ya, tadi doktor tu kata, boleh start lepas 3 cycle period. In case kami ubah fikiran nak lebih awal dari akhir tahun depan.

Asalnya memang ada pertimbangkan nak transfer embryo yang frozen tu bulan November 2011. Jadi cuti sekolah boleh rehat sementara tunggu result. Kalau berjaya melepasi tempoh 5 minggu tu nak sambung dengan cuti tanpa gaji. Ah tu semua perancangan.

Sorry la entry kali ni ceritanya tonggang terbalik. Mana yang aku ingat aku tulis.

Consultation hari ni RM 20 kalau tak silap. Ubat tak bayar. Cover oleh GL kot

Esok anniversary ke 4. Masa ada simptom preggy tu, dah berangan malam ni nak tulis post yg best. Mana tak best kan hari ni kononnya doktor confirmkan aku preggy, esok anniversary. Nampaknya tak de hadiah menarik tahun ni.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 25 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 21 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
-

Love

21 Mei 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 27 : IVF-ICSI [Siri 8]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 25 : IVF-ICSI [Siri 6]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 20 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 24 : IVF-ICSI [Siri 5]

Salam semua.

Tak tahu nak mulakan macam mana. Aku cuba la menulis dengan harapan air mata sendiri tak menitik.

Hari ini adalah genap 4 minggu selepas embryo transfer. Malam tadi aku bleeding, pagi tadi keluar ketulan darah dan something warna putih. En.Suami kata kantung.

Kami pergi MAC HUKM pagi tadi. Rupanya kena pergi emergency untuk ibu bersalin. Sepatutnya start bleeding malam tadi dah pergi.

Kami bawa apa yg keluar pagi tadi dan dapat tunjuk pada doktor. Katanya nampak memang seperti janin. Doktor ambil utk hantar ke makmal. Doktor scan aku kat perut. Kemudian lalu bawah. Doktor kata rahim aku kosong. Dr tengok pintu rahim tertutup bermakna sepatutnya tak ada lagi pendarahan aktif keluar dari rahim.

Sebelum tu dia ada kata, kalau scan mungkin tak nampak sebab baru minggu ke 4 [kalau ada pun]. Mungkin doktor nak sedapkan hati kami? Doktor anggap kosong berdasarkan ketebalan dinding rahim. Dengar seperti 6 something? tak pasti.

Tadi aku buat blood test. Keputusan mungkin dapat pada Rabu depan iaitu tarikh appointment yang sepatutnya untuk mendengar khabar gembira. Dr kata kalau kadar bacaan bhcg jatuh menjunam, maknanya aku dah tak preggy la.

En.Suami pesan, jangan terlalu mengharap. Namun apa pun kami tetap terus berdoa dan buat apa yg sepatutnya sehingga keputusan blood test diperolehi. Rabu depan pun akan ambil blood test lagi. Sama ada dr nak compare antara dua blood test atau keputusan muktamad prof bgtau Rabu depan tak tahu la.

Dengan harapan [kalau masih ada kemungkinan] masih ada memandangkan tiga embryo yang dimasukkan. Namun berapa yang menempel hanya Allah yang tahu.

Aku nak share perasaan aku. Dalam tempoh 4 minggu ni, aku dapat rasa simptom-simptom preggy. Memang lain rasanya, sebab tak pernah alami. Jadi aku terasa sangat dan gembira. Namun tak lama.

Sebenarnya aku terfikir-fikir puncanya, rasanya kawan-kawan yg lain pun yg pernah mengalami faham perasaan ketika ini. Tapi aku takut nak mengakui dan En.Suami dah pesan jangan fikirkan semua tu. Hakikatnya jika benar mungkin Allah belum mengizinkan impian kami menjadi kenyataan sekarang.

Ya Allah... tukarkanlah semua ujian ini menjadi nikmat kepadaku yang tak ternilai harganya. Amin

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 20 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
-

Love

20 Mei 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 26 : IVF-ICSI [Siri 7]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 24 : IVF-ICSI [Siri 5]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 2 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 19 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 23 : IVF-ICSI [Siri 4]

Aku nak minta maaf sebab lama tak update perkembangan aku kat sini.
sebenarnya aku cuba manjakan diri sebaik mungkin. kalau duduk pun tak lama. pun macam tu aku rasa aku tak rehat dengan baik. sebab walaupun baring, aku asyik ubah kedudukan... ye lah letih juga asyik baring. Tapi tu la, kadang-kadang aku rasa aku tak buat yg terbaik. Rabu ni aku dah kena kerja. Dari hari khamis lepas, kertas ujian pelajar dah sampai pada aku, kena tanda. Soalan kerja kursus SPM pelajar aku pun dah keluar. Cabaran betul aku untuk tidak terlalu memikirkan hal kerja. Harap sangat aku dapat tenang-tenang walaupun banyak keje.

Sejak post sebelum ni, aku belum cerita tentang proses sedut telur tu kan? Sebelum aku teruskan menulis, aku harap apa saja pengalaman aku ni korang ingat tak semestinya korang kena lalui. Aku sebenarnya ada sikit bimbang, takut kalau dek kerana pengalaman aku ni ada yang takut nak buat rawatan. Contoh macam masa aku buat HSG Rawatan Kesuburan (Hospital) 10 pengalaman aku tak sama macam orang lain. Jadi mungkin ada yang anggap majoriti situasi adalah apa yg aku alami. Jadi nasihat aku, dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan pengalaman dari sumber berbeza supaya korang dapat maklumat yang tepat

Proses sedut telur yang mana aku pernah cerita step-stepnya dalam post sebelum ni, aku berjaya jalani dengan baik, walaupun aku ada cabaran tersendiri. Korang maklum kan, telur aku agak banyak iaitu aku dapat disedut sebanyak 11 biji. Walaupun tak sebanyak setengah orang yg sampai 15 biji, tapi awal-awal nurse dah tahu telur aku banyak, jadi dos bius aku ditambah berbanding orang lain. Namun, Allah nak uji aku mungkin setimpal dengan peluang sedut telur yang banyak, bius itu masih tak mencukupi sehingga menyebabkan aku terjaga ketika proses tersebut belum selesai.

Mengalir air mata aku ketika aku agak-agak baki dalam 3 biji telur disedut, sakit. Habis proses aku minta simpati dengan nurse dengan memandang sayu mata dia. Dia siap cakap dengan lembut, "Nape nangis, patutnya gembira dah ada telur". Dalam hati hanya dapat ku kata, "Sakit...." Selepas tu aku diberi rehat baring. Sebenarnya orang lain masih mengalami kesan bius menyebabkan mereka tidur macam orang pengsan. Sedangkan aku terkebil-kebil. Perut cramp tu biasa la kan. Cuma bila aku nak terus bangun je, tak boleh sebab aku hampir pitam. Kalau orang lain mungkin pening-pening. Nurse cakap kat aku…bius dah tak boleh banyak-banyak. Ye la, aku bukan apa. Sekadar minta simpati kat dia je. Hehehe

Sejak hari sedut telur tu aku mengalami bleeding, sampailah hari nak transfer embryo tu. Aku agak bimbang sebab takut bleeding tu menandakan keadaan tak elok dan menghalang proses embryo transfer. Sebab proses embryo transfer tu amat penting. Tapi nurse kata tak pe, hari nak transfer embryo tu makin banyak bleeding sebab perut baru rasa ok jadi baru banyak gerak. So baru la darah tu turun. Ada orang tak bleeding pun.

Satu lagi cabaran aku ialah kira-kira 3 lebih petang sebelum embryo transfer tu, aku mula demam. Kali terakhir aku demam adalah demam panas sehingga 39 darjah celcius. Memang aku risau. Tapi yang demam kali ni aku tak cek suhu sebab thermometer aku dah abis bateri. Aku pulak tak nak makan ubat kononnya. Tapi terpaksa juga telan sebiji malam tu sebab kepala mula sakit. Itupun setelah bertungkus lumus menurunkan panas badan. Alhamdulillah pada hari embryo transfer aku rasa aku dah tak demam walaupun masih tak rasa betul-betul sihat.

Lagi satu sejak sedut telur tu sampai sekarang badan aku mudah sangat masuk angin. Masa malam lepas sedut telur tu sampai tak boleh baring sebab angin sekat penafasan aku hingga sakit cramp tu pun aku dah tak peduli. Lepas embryo transfer pulak aku tak ada selera makan. Beberapa hari hanya boleh makan bubur aje, lepas tu beransur-ansur la. Alhamdulillah sekarang dah boleh makan macam biasa. Tapi bab angin tu memang senang nak kena la.

Sekarang aku cuba tulis pengalaman aku masa Embrio Transfer ya.

Proses tak lama, tak bius. Alhamdulillah tak sakit. cuma aku agak nervous hingga spatula tu tercabut beberapa kali. Malu, semuanya sebab aku rasa bimbang. Akhirnya aku tak pandang pun skrin hanya pejam mata selawat banyak-banyak dan berdoa agar semua berjalan lancar dan pantas. Akhirnya nurses kata dah selamat, good transfer. Alhamdulillah.

Masa proses ET ni tak perlu puasa. Dan penting pundi kencing kena penuh, kalau tak penuh, tak nampak bila scan masa nak masuk embryo tu. Aku kencing kali terakhir 1jam setengah sebelum prosedur. Just nice la, minum lepas tu pun dalam 300ml kot. Tapi bergantung pada individu kan. Lepas proses, prof tanya nak rasa kencing tak? aku pun kata ya la. Terus je dia masukkan tiub dalam tempat kencing. wallla.. terkejut den. Yang haru masa dah balik la, sebab mesti ada macam luka kan masa masuk tiub nak kencing tu. Pedih tu, lepas sehari ok dah kurang pedih.

Tentang embryo tu, aku dapat collect telur 11biji kan? hanya 6 yang jadi. Tapi satu tak cantik jadi kira 5 la prof tak ambil yang tu. Transfer 3 dan froven 2. Yang transfer tu, Alhamdulillah semua gred 1. Ketebelan rahim ye apa ntah masa aku dengar macam 11.1mm tapi dalam report 14mm. Ntah mana yg betul.

Pendek cerita semua berjalan lancar. Prof ada cakap, insyaAllah jadi 2 ni. Tapi aku selalu cakap dengan baby-baby ni aku sayang semua. Kalau aku bayangkan baby pun kalau aku ingat, aku cuba bayangkan 3 sekali. bukan tamak tapi aku rasa aku tak tahu mana yang Allah tentukan. Aku cuba bermotivasi dan memotivasikan baby-baby aku.

Kalau nak ikut jam, pukul 3 lebih atau 4 petang ni 10 hari la aku buat ET. Memang kadang-kadang jiwa tak tenang sebab memikirkan sama ada berjaya atau tidak. Betul kata kawan-kawan, agak stress kan proses IVF atau ICSI ni.

Kos rawatan 20 July 2010 iaitu masa sedut telur ;
Prosedure : RM 1 700 + RM 1 160
Ubat (lupa lak nama dia) RM 40

Kos rawatan 23 Julai 2010 iaitu masa embryo transfer;
Prosedure : RM 400 + RM 500
Duphaston x 4 = RM 160
Utergeshon x 6 = RM 240
Heg 5000 x 6 = RM 240
Embryo Frozen = RM 1,000
*Senarai kos ni lebih kurang la ye. En.Suami yang buat dan dia guna singkatan-singkatan aku pun dah malas nak cek balik dah.

Aku masih kena makan ubat. Ubat yang RM 40 tu kot hanya untuk seminggu 3kali sehari, start makan pagi sebelum embryo transfer, dah habis makan. Ada ubat kena insert di vagina [Utergeshon] 3 kali sehari, Duphaston tu pun sama tapi kena makan. Acid Folic memang kena makan dari dulu dan seminggu dua kali kena ambil suntikan [Heg tu kot]. Yang ni kena pergi mana-mana klinik dengan bawa ubat. Upah injection ni RM12 sekali inject (upah doktor inject). Pergi klinik biasa je, tak boleh buat sendiri. Inject di punggung.

Hanya doa dan tawakal sahaja yang mampu dibuat sekarang, solat hajat, baca surah Yusof dengan harapan Allah perkenankan aku mengandungkan baby-baby ini dengan selamat [panjang doa aku kalau nak tulis ni] Moga Allah beri yang terbaik untuk aku. Amin.

Aku harap kawn-kawan doakanlah ye. Aku pun doakan korang dalam solat hajat aku walaupun tak dapat sebut nama tapi aku niat korang yang sama menunggu zuriat mahupun yang mendoakan aku dan sesiapa yang aku kata nak doakan tu aku rangkup sekali sebagai 'sahabat-sahabat' aku.

Salam sayang semua.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 2 Ogos 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 19 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Cerita tentang prosedur ini sekadar gambaran sahaja. Mungkin berbeza dengan setiap kes atau tempat. Kita ambil tahu sekadar cuba memahami sahaja. Apa-apa boleh tanya staf nanti.

Love

19 Mei 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 25 : IVF-ICSI [Siri 6]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 23 : IVF-ICSI [Siri 4]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 18 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 22 : IVF-ICSI [Siri 3]

Semalam [19 Julai 2010 -Ahad] aku scan untuk hari ke 12.

Confirm sedut telur hari Selasa ni. Prof nampak macam gembira dengan keadaan aku sekarang. Cuma dia kata satu je. Selaput aku nipis. Aku pun tak pasti apa benda tapi aku rasa selaput telur. Aku tanya Prof kalau nipis kenapa? Prof cakap baby susah nak lekat. Aku tak ingat istilah yg prof guna 'baby' ke apa. Tapi sebelum ni memang dia guna istilah tu. Kalau nak ikut embrio la.

Anggaran 10 biji telur yang sesuai untuk disenyawakan. Yang kecik sangat dia tak akan ambil. Masa scan tu ada telur yang berbentuk lonjong, Prof cakap biasanya 'jantan' ni. Hampir-hampir aku nak cakap kalau boleh nak girl. hehehe tapi aku tak cakap pun. Bila fikir balik tentu prof akan pilih embrio yang terbaik untuk di masukkan dalam rahim. Tak kisah la kan jantinanya asalkan sempurna, cemerlang dunia akhirat dan menjadi keturunan yang baik-baik. Amin.

Semalam tak cukup staf, En.Suami kena tolong Prof tulis saiz telur hehe

Alhamdulillah, cuma cabaran aku ialah embrio nak menempel dan risiko mudah untuk keguguran. Aku dah cakap dengan abah aku insyaAllah raya pun aku tak balik kampung. Aku kena jaga bukan 3 bulan pertama aje tapi hingga selamat semuanya.

Lagi satu, terima kasih pada kawan-kawan yang bgtau aku tentang claim untuk rawatan ni (sebab aku kakitangan awam). Boleh claim untuk dapatkan anak pertama tapi ubat je. Kos rawatan atau prosedur tak boleh. Jadi masa nak minta resit sila maklumkan sebab diaorang akan asingkan resit tu.

Semalam balik dari hospital, pergi beli stok makanan untuk aku. Takut En.Suami tak sempat sediakan makan, aku ada la alternatif. Semua susun sebelah sofa yang aku jadikan katil ni. Nanti nak letak termus dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah semalam teringat nak beli susu Anmum.

Bila start persenyawaan tu. Aku anggap semua ambrio tu baby-baby aku sama ada yang akan masukkan dalam rahim atau yang akan disimpan di hospital. Pernah aku baca pengalaman orang kat forum, bila dah ada embrio dalam rahim, kena la ajak bercakap. Aku akan anggap aku mengandung walaupun keputusannya hanya akan diketahui lepas sebulan. Kena la buat petua-petua orang mengandung pulak terutama cara Islam.

Aku dah beli bahan bacaan yang sesuai dan akan minta En.Suami beli buku Pa & Ma sebab nak tengok gambar baby-baby yang comel untuk menaikkan mood happy. Aku pernah baca dalam blog sapa ye pasal majalah ni. Ketika itu memang kena fikir yang aku dah mengandung, dan jangan sebut pasal kegagalan rawatan ni. Fikir positif.

Aku bersyukur, walaupun ada cabaran.

Aku dapat turn ke 2 masuk OT esok. Tengah malam ni kena start puasa. Kena jauhkan air masak ni, karang tersedar malam-malam terus minum sebab tak ingat. Bahaya.

Kos rawatan semalam

Puregon yang dah dikurangkan dos untuk hari Ahad sahaja RM 140
Orgalution -Untuk mengelakkan telur pecah sama seperti ubat sebelum ni untuk hari Ahad sahaja RM 150
Ovidrel -Untuk memecahkan telur. Disuntik tepat pukul 9.30 malam tadi. Ini adalah suntikan terakhir aku kena ambil. Dah tak ada suntik menyuntik dah hari ni. RM 80
Bayar bayaran pendahuluan untuk prosedur RM 800
Scan RM 60

Pulang pen puregon dapat RM 100 berbanding masa ambil RM 105. RM 5 kira sewa. Pesakit makin ramai jadi diaorang galakkan pulang pen semalam juga.

Masih ada borang lagi yang kena isi. Borang persetujuan prosedur. Yang hari tu sebahagian aje.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 18 Mei 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Cerita tentang prosedur ini sekadar gambaran sahaja. Mungkin berbeza dengan setiap kes atau tempat. Kita ambil tahu sekadar cuba memahami sahaja. Apa-apa boleh tanya staf nanti.

Love

18 Mei 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 24 : IVF-ICSI [Siri 5]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 22 : IVF-ICSI [Siri 3]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 21 : IVF-ICSI [Siri 2]

Hari ni 16 Julai 2010 aku scan hari ke 10.

Mulanya aku dijangka sedut telur hari Ahad, hari ke 12 iaitu awal 2 hari dari sepatutnya disebabkan telur ada yg dah besar tapi tadi prof buat keputusan kena teruskan suntik puregon dengan dos yang sama dan suntikan supaya telur yg dah besar tak pecah.

Ini adalah disebakan telur yg dikategorikan besar dan sesuai untuk buat ICSI bersaiz 20 ke atas, tapi aku ada 3 je buat masa ni. Telur yang lain tak capai saiz tu lagi. Jadi kalau buat awal, rugilah tak dapat ambil lebih banyak telur. Dan ada sedikit cecair katanya.

Mungkin aku kena sedut telur hari Selasa.
Harapnya telur-telur ni membesar mengikut yg sepatutnya. Oh ya, aku perasan telur yang di ovari kiri kurang satu berbanding scan hari ke 8 hari tu. Mungkin tak ternampak ke macam mana tak tahulah.

Tadi aku dah tandatangan surat kebenaran untuk pembedahan* iaitu untuk proses sedut telur tu dan mungkin untuk prosedur seterusnya.
  • *Nama borang je pembedahan, tak ada potong kulit pun, alat-alat prosedur sedut telur tu dimasukkan melalui vagina

Sedikit maklumat tentang operasi sedut telur tu dan langkah seterusnya. Aku dapat maklumat ni pun dengan bertanya pengalaman kawan di forum sebab walaupun aku ada buat 'research' tapi yang ni macam tak diberi tumpuan atau kurang maklumat.

Kira-kira 12 jam sebelum prosedur sedut telur, pesakit dikehendaki berpuasa. Kena hadir sejam awal sebagai persediaan. Salin baju masuk dewan bedah diberi bius dan dinasihatkan tidur. Proses tu tak la lama sangat mungkin dalam sejam [kalau tak silap la] selebihnya pesakit akan sedar beberapa jam lepas tu, bersiap dan boleh balik.

Tadi pun ada pesakit buat prosedur sedut telur. Bila telur dah disedut, suami pun diminta keluarkan air mani. Terus persenyawaan akan dilakukan. Apabila berjaya dalam 2 atau 3 hari lepas tu, embrio akan dipindahkan ke dalam rahim pesakit.

Hanya sebulan lepas tu baru keputusan diperolehi. Rasanya melalui ujian darah untuk menentukan mengandung atau tidak.
Kos rawatan hari ni lebih kurang macam hari tu sebab sambung ubat je.
  • Puregon untuk 2 hari RM 420
  • Ubat untuk elak telur pecah awal untuk 2 hari RM300

Aku kena datang hosp untuk scan hari ke 12 iaitu hari Ahad ni.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Cerita tentang prosedur ini sekadar gambaran sahaja. Mungkin berbeza dengan setiap kes atau tempat. Kita ambil tahu sekadar cuba memahami sahaja. Apa-apa boleh tanya staf nanti.

Love

14 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 23 : IVF-ICSI [Siri 4]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 21 : IVF-ICSI [Siri 2]

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 14 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 20 : IVF-ICSI [Siri 1]

Hari ni 14 Julai 2010 aku pergi scan untuk hari ke 8.

Baru aku tahu, aku punya ovari kiri kedudukan dia tinggi. Sebelum ni aku tak tahu pun. Rupanya ia semulajadi untuk aku. Tapi staf kat situ tadi kata memang ada patient macam tu, mungkin sebab dia tengok muka aku cam sedih je kot.
Kesannya, mungkin masa sedut telur nanti tak dapat ambil telur yang ovari kiri. Tapi dia ada kata akan tekan perut aku masa sedut telur utk cuba juga ambil.

Tentang telur, Alhamdulillah, telur-telur dalam keadaan baik. Tapi ada telur-telur yang dah besar. Jadi, aku kena ambil suntikan tambahan [ubat lain] untuk mengelakkan telur pecah awal. Hari jumaat ni akan scan lagi dan bergantung pada keadaan. Mungkin Ahad ni collect telur.
Harapnya semua berjalan lancar.

Ovari kanan ada 15 biji,
  • 5 biji dah besar
Ovari kiri ada 5 biji,
  • 1 biji dah besar
Aku rasa syukur sebab ovari kanan yg ada banyak telur, ye la sebab ovari kiri aku kedudukan tinggi, mungkin susah nak ambil telur nanti.

On the way balik, aku cakap dengan En.Suami, syukur Allah takdirkan kita duk KL. Sebenarnya dulu aku pernah merungut, kenapalah kitorang duk KL. Macam-macam la sebab yang aku rasa tak selesa duk KL. Tadi dengar ada orang dari tempat jauh-jauh macam Ipoh pun nak datang buat rawatan. Bukan sekali sebenarnya aku disedarkan tentang hal ni. Allah Maha Pengasih, bukan tak boleh kalau sebaik sahaja aku merungut tu, terus aku tetiba ditakdirkan pindah tempat lain. Tapi Allah kasi juga aku stay sini dan akhirnya baru aku tahu hikmahnya.

Jadi, pahit macam mana pun sesuatu ujian kita, kena la kita bersabar, berusaha dan berdoa diberi yang terbaik. Walaupun aku sendiri rasa tak mudah nak lakukan.

Kos rawatan hari ni :
  • Scan @ Alat apa ntah tu… RM50
  • Puregon untuk 2 hari RM 420
  • Ubat untuk elak telur pecah awal untuk 2 hari RM300

Nota : Post ini asalnya dipost pada 14 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Bukan semua telur akan dicollect, hanya telur yang saiz sesuai sahaja (dan mungkin berdasarkan situasi masa prosedur).

Love

13 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 22 : IVF-ICSI [Siri 3]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 20 : IVF-ICSI [Siri 1]

No comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 10 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 19 : Persiapan : IVF-ICSI

Hari ini hari ke empat period dan juga merupakan hari ke tiga ambil suntikan Puregon sebanyak 200ml. Prof beri sukatan medium sebab aku ada PCOS. Kalau kurang perkembangan telur, boleh tambah dos. Yang bimbang kalau tepat kena dos yang 'tertentu' boleh menyebabkan telur keluar terlampau banyak sehingga menyebabkan cramp. Ada juga kes yang sehingga kena admit hospital. Seorang kawan kat sekolah pernah ada pengalaman tu masa dia buat IUI. Ada istilah kedoktoran untuk pengeluaran telur melampau ni. Aku tak ingat nama istilah dia.

Buat masa ni Alhamdulillah rasa ok aje mungkin sebab dos tu memang medium. Hari ke 8 period iaitu 14hb Julai 2010 kena scan, masa tu akan tentukan sama ada kena tambah dos atau just nice, cuma kesan ubat hari pertama dan kedua rasa mengantuk lepas suntikan. Hari ni tak rasa mengantuk sangat tapi semalam dan hari ni rasa macam pening-pening tapi very light la. Semalam masa masak dan perasan masa tu agak lasak perut sakit. Tak pasti tempat suntikan atau tak. Tapi masa tu dah nak habis masak. Jadi, pinggan mangkuk aku tinggal je tak berbasuh sampai hari ni. Huhuhu

Hari pertama ambil suntikan adalah hari ke dua period. Ambil ubat di MAC HUKM. Nurse tunjuk macam mana buat suntikan. Of course my hubby yang menyuntik. Ngeh ngeh ngeh. Aku pun memang malas nak ambil tahu step-step menyuntik tu. Sebab aku tak nak stress lantak la apa nak jadi jadi la malas nak ambil tahu. Percayakan je la En.Suami menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi. Bagi peluang kat dia. Dan bagi peluang kat diri sendiri untuk rileks. Faham-faham je la dunia orang macam aku ni selalu nak perfect kan tu yang jadi stress selalu. Jadi, suntikan ke dua dan seterusnya buat di rumah.

Sekarang aku tengah cuti tanpa gaji selama sebulan. Dapat MC tapi MC tu dalam tempoh aku cuti tanpa gaji.
  • 200ml Puregon berharga RM210 sehari selama 6 hari = RM1260
  •  Sewa pen Puregon RM105. Tapi bila pulangkan pen dapat RM100. Kira sewa RM 5 la.
Ubat-ubat ni termasuk pen dia kena simpan dalam peti sejuk. Tapi bukan bahagian sejuk beku. Untuk membawa ubat dari HUKM ke rumah atau ke mana-mana kena sediakan cooler box. Ada disediakan sewaan tapi diorang tak galakkan sebab ramai pesakit jadi maknanya kami beli la cooler box ni kosnya lebih kurang RM 200 termasuk chillers dia. Tapi benda ni boleh guna untuk tujuan lain kan nak camping ke apa ke boleh guna bawa makanan sejuk. Beli kat pasaraya je.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 10 Julai 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Istilah untuk pengeluaran telur berlebihan ni Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS). Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut.

Cara suntikan tu boleh tengok di youtube.

Love

10 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 21 : IVF-ICSI [Siri 2]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 19 : Persiapan : IVF-ICSI

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 25 Jun 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 18 : Doa Seorang Doktor

Pertemuan dengan Prof kali ini memang dinanti-nanti. Kali ini kami menerima keputusan Semen Analysis dan Morphology Test yang dijalani En.Suami pada awal bulan Jun. Dalam tempoh sebulan sebelum itu En.Suami makan ubat 2 jenis untuk meningkatkan kualiti sperms.

Tajuk ada perkataan 'Alhamdulillah'.. itu yang perlu diutamakan dan disimpulkan walaupun ada beberapa perkara yang membuat saya agak tercengang. Saya bersyukur sangat kerana hasil Morphology Test menunjukkan ada 10% atau 11% sperms yang boleh digunakan. Tidaklah 'nill' atau 'tiada' seperti hasil Semen Analysis sebanyak dua kali di LPPKN sebelum ini. Bagi saya kadar 11% itu amat tinggi berbanding nill.

Walaupun tidak ada sperms gred 1 sekurang-kurangnya sperms gred 2 ada 11% dan inilah sperms yang akan dipilih untuk proses ICSI nanti. 11% lagi keadaan sperms tu hanya ada ekor sahaja. Manakala hampir 80% sperms tidak bergerak atau mati. Jumlah sperms juga rendah dan lemah. Keadaan ini menyebabkan IVF pun kami tak boleh buat sebab doktor gambarkan suku perjalanan pun sperms tu akan berhenti / mati.

Prof tanya kami berapa lama tempoh perkahwinan kami. Saya jawab hampir 4 tahun. Prof kata mujur/syukur kami buat awal sebab jika dibiarkan lama kualiti sperms akan menjadi lebih teruk sehingga mungkin kami tidak dapat buat ICSI. Prof siap buat contoh kalau kami tunggu lama untuk mencukupkan duit tiba-tiba tidak dapat buat apa-apa kerana mungkin tidak ada sperms yang boleh dipilih. Saya pun tanya berapa anggaran tempoh yang doktor jangka hingga keadaan menjadi seperti yang doktor maksudkan tu. Doktor kata lebih kurang lima tahun. Menurut Prof andai ditakdirkan kami berjaya dengan cara lain itu adalah memang MIRACLE. Saya buat font besar sebab itulah perkataan dari Prof sendiri. Iaitu andai ada satu sperms yang betul2 kuat.

Hasil pembacaan pengalaman rakan-rakan yang pernah buat IVF atau ICSI ada yang berjaya selepas sekali mencuba, ada yang berjaya selepas berkali-kali mencuba dan ada juga yang masih terus mencuba dan ada juga yang akhirnya mengandung normal selepas buat rawatan IVF berkali-kali. Saya berdoa dan mengharap doa kawan-kawan semua agar percubaan pertama ini berjaya.

Saya berterima kasih pada En.Suami kerana positif walaupun kadang-kadang jadi hairan dengan kepositifan dia. Kalau sebaliknya ntah bagaimana saya mungkin hadapi ujian ini. Saya sendiri ada PCOS yang menurut Prof menyebabkan mudah keguguran [akan dibekalkan ubat], malah masa pengambilan ubat akan ada side effect cramp di perut sebab pengeluaran telur terlalu banyak dan bloating sehingga perut membesar [dari gambaran pembacaan ada yang sampai kelihatan mengandung cukup bulan] disebabkan pengeluaran lendir. Sebenarnya saya dapat dari pembacaan dan saya tanya sebab untuk dapatkan kepastian atau tunjuk ajar Prof sebab dia memang tak explain semua tu. Saya pun faham sebab dia sibuk jadi saya kena terus membaca.

Sebenarnya banyak yang nak ditulis tapi mungkin bukan sekarang. Mulanya rasa macam menyemakkan otak kawan-kawan je nanti. Tapi fikir balik, saya sendiri perlu menjadikan post ini sebagai catatan dan rujukan pada masa akan datang. Mungkin saya tak dapat tulis segala-galanya tapi harapnya dengan menulis ia lebih membantu.

Saya akan bercuti sebulan. Cuti tanpa gaji setelah mengambil kira keadaan dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Untuk itu saya panik sekejap sebab banyak kerja nak diselesaikan sebelum cuti. Selepas cuti pun kerja-kerja luar biasa menanti. Semoga Allah beri saya kekuatan. Bak kata doktor orang [hasil pembacaan] orang yang buat IVF kena kuat semangat. Apatahlagi dengan urusan sebagai guru yang mencabar. Tadi pun ketika maklumkan pelajar tingkatan lima saya tiada sebulan, saya dah sebak sebab ada yang mengeluh tentang SPM semakin hampir, saya terasa menyusahkan mereka walaupun yang ramai tak bersungguh-sungguh pun belajar. Malah saya sebenarnya bimbang kalau mereka tahu sebab saya bercuti dan mereka tidak memandang berat rawatan ini. Ye lah berapa je yang faham penderitaan kita selama ini.

Namun ada juga yang baik ada pelajar tingkatan empat dah cakap awal-awal nak ajak mak dia melawat saya di hospital. Sebelum tu dia ada bagi saya kain batik. Saya syak sebab dia kesian kat saya lepas saya berterus terang masalah dan penderitaan saya. Saya cepat-cepat tak kasi dia datang melawat bukan saya duk hospital pun nanti kecuali masa collect telur. Selebihnya saya akan rehat di rumah.

Tak tahu lagi la macam mana keadaan saya nanti. Belum lagi mood yang akan jadi swing dan kepanasan kesan pengambilan ubat yang banyak. Emosi pun tak boleh tak jaga kena baca buku atau tonton cerita kelajar aje. Kena happykan diri. Saya ada tanya Prof tentang ini, dia kata kawal je la dan semua tu dalam kepala yang mengawalnya. Tapi ada kemungkinan emosi pun memainkan peranan. Prof kata yang berjaya mengandung dia tengok yang tak banyak cakap. Masa tu dah terasa huhuhu tapi sib baik Prof terangkan. Maksud dia kalau patient asyik nak betulkan orang je mungkin complain itu ini mungkin baby tak suka. Jadi, kena la ikut je jangan fikir banyak dan bukan-bukan ye. Cabaran besar tu pada saya.

Saya akan mula menahan diri bercakap dan berfikir negatif selepas ini. InsyaAllah saya akan update perkembangan saya sepanjang proses selama sebulan tu. Tapi jangan ditunggu sangat sebab saya tak nak menjadi beban pula nak menulis. Saya akan menulis kalau keadaan saya mengizinkan. Kalau ada komen-komen yang tak terbalas nanti maafkanlah ye.

Hari Rabu tu bayar untuk kos consultation macam biasa RM 20 dan En.Suami sambung ubat dalam RM 170 kalau tak silap.

Sekarang ni tinggal tunggu hari ke 2 period untuk mula cucuk ubat.

Oh ya lagi satu kan, saya lega banyak sebab tarikh saya dijangka period untuk start rawatan hingga tamat prosedurnya tak kena bulan Ramadhan kalau tak kena tunggu lepas raya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Kawan-kawan tolong doakan ya.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 25 Jun 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Love

9 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 20 : IVF-ICSI [Siri 1]

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 18 : Doa Seorang Doktor

No comments:

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Mei 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 6 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 17 : Akhirnya… IVF-ICSI

Hari ini 19 Mei 2010, ada appointment dengan Dr Liza (Hospital Ampang) walaupun kes kami sekarang dah di bawah MAC HUKM. Rupa-rupanya Dr Liza cuma nak pantau kes kami. Aku pun cerita la yang aku dah 2 kali appointment di HUKM. Appointment ke 2 patutnya dapat result tentang morphology tetapi HUKM silap sebab cuma buat Semen Analysis biasa.

Aku mention sebab Dr Liza nak tahu apa cerita sebenar 'Nill Morphology' dalam kes En.Suami. Malah bila Dr Liza tanya apa yang ditulis dalam result tu tentang morphology [mungkin sebab tak dapat morphology test dapat gambaran macam SA sebelum ni ok kot], aku cakap la dalam result tu tak tulis apa-apa berkaitan morphology result dia lagi simple dari result dari LPPKN 2 kali sebelum ni. Dr Liza kata dia rasa dia dah tulis dalam surat rujukan yang kes En.Suami yang 'Nill Morphology' tu. Aku cakap HUKM ada cakap mustahil tak ada sperms yang ok. Dr Liza argue balik dia kata memang la mustahil tapi dah 2 kali SA di LPPKN tu keputusannya 'Nill Morphology' so tentu ada sesuatu yang tak kena.

Sebenarnya 'Nill Morphology' ni sperms ada tetapi tiada yang normal. Dr Liza kata, ICSI nanti kalau dapat satu sperma yang normal dia akan potong ekor, ambil gen-gen dalam tu dan suntik ke dalam telur. Ketika ini aku rasa peluang kejayaan IVF-ICSI aku tidak la secerah orang lain. IVF-ICSI tu, biasanya untuk sperma yang sedikit. Yang kes kami ni dah la sedikit tak ada yang normal pulak. Memang kalau dapat satu yang normal tu pun mengharapkan keajaiban memandangkan keadaan sekarang. Doktor kena pilih yang normal sebab kalau kita senyawakan sperma yang tak normal, baby yang akan lahir juga akan tidak sihat. Sekali lagi Dr Liza bagitau aku. Aku berharap HUKM akan buat pemilihan sperma dengan baik. Sebab aku tak nak baby menderita hanya keinginan kami memilikinya. Aku pun rasa tak mampu diuji sebegitu. Aku harapkan doa kalian.

Motivasi aku agak turun sekarang ni. Kalau sebelum ni rasa excited nak buat IVF-ICSI , sekarang aku kena membuat persediaan mental dan emosi berlipat kali ganda dari orang lain yang buat IVF-ICSI.

En.Suami tak ada bersama hari ini sebab dia ada satu urusan penting. Penting untuk masa depan kami juga. En.Suami minta aku dapatkan kesimpulan dari doktor tentang masalah kami. Sebab hari tu kitorang bincang tiba-tiba En.Suami macam faham tak sama macam aku faham. Mungkin sebab dia berfikiran positif sehingga tak nampak masalah sebenar. Kali ni dia kata dia akan terima apa sahaja yang aku sampaikan pada dia. Jadi aku tanya Dr Liza masalah kami suami isteri.

Dr Liza kata masalah besar adalah pada En.Suami. Aku pun ada masalah tapi sikit la. Cuma adjust kitaran period aku aje. Inilah ayat dia. Dia ulang2 juga supaya aku jelas.

Lupa pulak nak bagitau Dr Liza yang aku kena scan kat HUKM hari tu. Tapi tak apalah sebab result pun ok walaupun pada asalnya pegawai yang scan tu macam suspect cyst. Dia tak pasti cyst atau telur. Tapi dia rasa lebih kepada telur sebab kecil2 dan bila dibawa result scan tu pada Prof Zainul kira tak ada masalah. Bukan cyst la tu.

Seterusnya aku tak ada appointment dengan Hosp Ampang kecuali kalau IVF-ICSI aku berjaya, baby ok baru aku perlu telefon Hosp Ampang untuk buat appointment dengan Dr Liza. Mungkin lepas 5 bulan selepas IVF-ICSI tu berjaya. Aku tanya juga kalau tak berjaya macam mana? dia kata HUKM kena buat sesuatu kejayaan untuk aku dulu baru boleh jumpa dia. Sebab Hosp Ampang dah tak boleh buat apa-apa untuk kes aku. Kira aku dah dilepaskan ke HUKM sepenuhnya tetapi Dr Liza yang caring tu masih nak tahu perkembangan aku.

Doktor mengucapkan selamat berjaya dan dia kata dia doakan kejayaan rawatan aku. Amin.

Masa drive tadi dengar lagi Maher Zain -InsyaAllah sebak je tapi tak nangis la. Doakan aku ye kawan-kawan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Mei 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 6 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Love

6 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 19 : Persiapan : IVF-ICSI

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 17 : Akhirnya… IVF-ICSI

4 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 6 Mei 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 4 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Uiii Lama Betul Tak Menulis

Beberapa hari sebelum appointment kali ini aku dah bad mood. Aku tahu hasil ujian Semen Analysis kali ini amat penting.

2 ujian Semen Analysis sebelum ni tidak detail. Hanya ujian Semen Analysis biasa yang melihat kualiti sperms. Sedangkan kami mahu kepastian / details dari segi morphology kerana dalam test sebelum ni tulis 'Nill morphology'. Sedihnya mereka TIDAK buat ujian Morphology tu.

Pada awalnya En.Suami tanya ubat supaya memperbaiki kualiti sperms. Memang ada tapi kena makan 3 bulan dan perkembangan sperms akan diuji lagi. Namun akhirnya nanti adalah percubaan IUI.

Memandangkan Semen Analysis kali ini menunjukkan kualiti yang semakin menurun, doktor buat keputusan, bahawa IUI tidak boleh dijalankan. Sebab sperms tak kuat. Jadi kami akan buat IVF. Mulanya aku argue antara IVF dan IVF-ICSI macam yang aku terangkan dalam post lepas ada perbezaan antara dua IVF ni. Sebab tu kena tengok Morphology. Kalau morphology yang agak 'sukar' kena la buat IVF-ICSI.

Tapi doktor kata biasanya mustahil tidak ada morphology yang boleh dipilih. Dan di MAC HUKM ni memang mereka biasanya akan buat IVF-ICSI. Maknanya walau apa pun keputusan morphology memang IVF-ICSI la jawabnya. Dalam proses IVF-ICSI, sperm terpilih akan disuntik terus kepada telur. Dalam keadaan sperm macam sekarang ni, IVF-ICSI lebih baik.

Dari segi kos maksima RM 12 000. Antara RM 10K - RM 12K sebenarnya. Untuk kedua-dua IVF ni kosnya sama sahaja. Jadi memang lebih baik IVF-ICSI. Tentu kena sediakan paling kurang RM 12 K. Akan dibayar secara berperingkat iaitu 3 kali dalam tempoh 2 minggu proses IVF. Dalam tempoh dua minggu tu akan berulang alik ke HUKM dan setiap kali pergi tu la bayaran tu akan dibuat berperingkat bergantung pada ubat dan prosedur yang perlu. Yang mahal ialah ubatnya kata doktor.

Bila aku tanya bila boleh buat mereka terus kata 'ON' aje. Sebenarnya orang sebelah aku dah cuak sebab memang kitorang tak ada persediaan duit sebanyak itu. Sebenarnya aku baru nak tanya ada kena 'beratur' ke nak buat ni. Kotla, kena tunggu beberapa bulan. Kemudian mereka cek jadual Prof next month Prof ada hal so paling awal ialah bulan Julai. Tambahan lagi aku kan tengah makan pil perancang Diane 35 cycle ke 3. Jadi kalau terus buat IVF-ICSI ni senang la sikit menentukan tarikh sebab aku punya period tak regular kalau tak makan Diane. Dengan Diane ni period dah boleh diketahui bila akan datang untuk merancang makan ubat kesuburan dan sebagainya la maknanya start IVF-ICSI tu la.

Masa aku tanya tak pe ke makan Diane 35 lama ni? Staf tu kata tu yang kalau boleh buat cepat.

Jadi sebelum buat IVF-ICSI kami akan ke HUKM pada bulan Jun untuk plan betul-betul dengan Prof sebab semalam kami tak jumpa pun Prof. Morpholgy result pun tak de [bengang jugak sebenarnya]. So sementara tu En.Suami dibekalkan dua jenis ubat sebab doktor agak bimbang dengan keadaan kualiti yang makin menurun tu. Dan En.Suami akan buat Semen Analysis dan Morphology test tu sekali pada bulan depan [keputusannya akan dibincangkan masa appointment bulan depan].

Aku agak teruja macam mula nak berdebar pening gak nak cari duit dan pikir cuti dan sebagainya tapi sebab sibuk dengan kerja tak sempat nak feeling betul-betul. Tadi masa mengajar biasalah kan pelajar-pelajar tu menduga kesabaran. Tidak la aku mengamuk macam orang gila tapi macam biasa agak geram jugak la aku terfikir kalau aku buat IVF-ICSI nanti aku akan ignore diorang kalau diorang degil. Tak dinafikan aku salalu stress dengan kerja aku teringin jadi cool boleh rilex tak marah diorang. Tapi mampukah?

Errr... Korang ada tahu tak dana atau peruntukan untuk kes macam ni? Mana tahu boleh apply. Tapi jangan pulak suh kami tukar tempat rawatan pi LPPKN ke apa ke sebab memang nak ON je la IVF-ICSI ni.

Kos rawatan semalam;
RM 20 untuk consultant kot
RM 170 untuk ubat En. Suami [lebih kurang] beli di kaunter MAC
RM 65 untuk ubat En. Suami [lebih kurang]beli di kaunter MAC
RM 75 untuk Diane 35 [lebih kurang -2 cycle sementara nak buat IVF-ICSI] beli di koperasi HUKM. Kalau di luar lagi mahal katanya.
So pendekkan cerita, aku akhirnya bertemu jalan keluar. Inilah keputusan yang dibuat oleh doktor setelah pelbagai ujian dilalui. Aku harap Allah memberi apa yang terbaik untuk kami. Kita hanya merancang.

Untuk perhatian, seorang kawan kita pernah respon dia buat apa yang aku akan buat ni di tempat yang sama tahun lepas Kosnya RM12 K - RM15 K. Sedihnya dia tak berjaya. Setakat ni dia tak mendaftar untuk membaca post-post sebegini lagi. Doakan kami ya. Aku plan nak bgtau abah benda ni nanti bila dah confirm masa. Minta dia doakan. Setakat ni tak pernah cerita betul2 dengan dia. Benda ni benda besar yang akan dihadapi. Tentunya aku perlu bersedia serba serbi termasuk munajat pada Allah.

Tolong ingatkan kalau aku lupa.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 6 Mei 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 4 Mac 2020.

Post ini asalnya adalah post yang diletakkan password.

Sebenarnya post berpassword macam ni, ada post yang pembaca-pembaca tinggalkan komen. Tapi aku dah buat keputusan untuk tidak publish komen-komen tersebut. Kalau ada komen di bawah, ia ditinggalkan oleh pembaca yg belum dapat password atau selepas post ini direview semula.

Ulasan / Tambahan :
Setahu aku ada 2 laluan di MAC ni, jadi mungkin ada beza dari segi bayaran / caj. Dan lagi kena ingat ini adalah catatan sekitar 2010 iaitu kira-kira 10 tahun dah berlalu. Secara logiknya tentu ada perubahan harga.

Love

4 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 18 : Doa Seorang Doktor

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Uiii Lama Betul Tak Menulis

No comments:

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 16 : Refer Ke HUKM / PPUKM

Assalamualaikum
Uiii lama betul tak menulis di sini.

Proses update post lama pun tergendala. Kali terakhir 26 Disember 2019. Maaf jika ada yang menunggu. Post selepas ni merupakan post yang sebelum ni diletakkan password. Jadi kalau anda merupakan pembaca yang tak dapat baca sebab tak dapat password, maka ini adalah kali pertama anda akan baca post seterusnya.

Post seterusnya ni adalah semasa saya menjalani rawatan IVF-ICSI 2010 dahulu. Apa yg saya tulis masa tu ye? adakah saya tulis begitu terperinci? nanti kita sama-sama lihat sebab saya pun dah lama tak tengok post lama tu hehehe
Saya akan cuba update selewatnya esok petang. In shaa Allah

Kebelakangan ni saya mula kembali menerima komen-komen dari pembaca. Saya tak layak beri nasihat, cuma saya gembira kalau tulisan saya boleh memberi dorongan pembaca memulakan rawatan. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak. Maafkan saya jika ada kesilapan maklumat atau pandangan. Saya cuba mengelak menjawab soalan yang terlalu teknikal, jauh sekali nasihat perubatan.

Love

3 Mac 2020

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 17 : Akhirnya… IVF-ICSI

Post berkaitan :
Mana Post Lama?