Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

22 comments:
Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Nota: Post ini agak panjang. Untuk diri sendiri dan sesiapa memerlukan.

Hari ini appointment ganti yang sepatutnya pada 20 November 2009. Sebenarnya dapat tarikh 9 Disember 2009, tetapi sebab ada tugasan di sekolah tunda ke tarikh hari ni. Banyak benda yang perlu diingat. Aku buat tajuk la ya.

1. Semenology Test / Sperm Count Test
Suami aku buat test ni pada 30 Oktober 2009. Jadi, hari ni mendengar komen doktor. Kesimpulannya, suami aku perlu menjalani satu lagi test selepas 3 bulan dari tarikh test sebelum ni. Sebab? sebabnya ialah hasil test tersebut tidak memberansangkan. Tapi doktor kata jangan risau keputusan itu tidak muktamad. Sebab tu test kedua perlu dijalankan. Adakah muka saya nampak risau tadi wahai doktor? 😌🤔

Aku tak terkejut sebab dah dapat gambaran dari cerita suami selepas test tu dulu.

2. Fluoro Hysterosalpingogram / Hysterosalphingografi / HSG / Pemeriksaan Tiub Fallopio [x ray]
Doktor cadangkan buat pemeriksaan tiub fallopio. Masa ni aku dah cuak sebab ye lah, inilah antara perkara yang menakutkan aku selama ni, kena periksa kat kawasan tu. Sebelum ni pernah scan perut aje, tak ada masalah sebab perut je. Walaupun aku tak sure cara pemeriksaan itu aku ikutkan je la. Walaupun dalam hati aku kalau boleh macam tak nak je buat pemeriksaan tu. Sedikit lega bila doktor kata caranya ialah dengan x ray.

Pemeriksaan ini tak dibuat tadi, kena buat appointment. Sempatlah aku bersedia dari segi mental dan fizikal dulu. Aku kena buat pada 4 Januari 2010 tapi tarikh tu mungkin berubah (sila rujuk Ulasan / Tambahan di bawah). Kena tel sehari sebelum tarikh appointment.

Tapi bila google tadi.. aku kata "habislah akuuuuu" sebab..

Sumber gambar : http://img.alibaba.com/photo/100091856/Cusco_Vaginal_Speculum.jpg

How is the procedure performed?

This examination is usually done on an outpatient basis.

The patient is positioned on her back on the exam table, with her knees bent or her feet held up with stirrups. A speculum is inserted into the vagina, the cervix is cleansed, and a catheter is then inserted into the cervix. The speculum is removed and the patient is carefully situated underneath the fluoroscopy device. The contrast material then begins to fill the uterine cavity, fallopian tubes and peritoneal cavity through the catheter and fluoroscopic images are taken.

In some cases, if certain abnormalities are encountered, the patient will be asked to rest and wait up to 30 minutes so that a delayed image can be obtained. This delayed image may provide clues to a patient's condition that the original images with contrast material do not. On occasion, an x-ray will be taken the next day to ensure that there is no scarring surrounding the ovaries.

When the procedure is complete, the catheter will be removed and the patient will be allowed to sit up.

When the examination is complete, you will be asked to wait until the radiologist determines that all the necessary images have been obtained.

The hysterosalpingogram is usually completed within 30 minutes.

http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?PG=hysterosalp

Err.. korang baca ke quotation tu? Tak payah la dera diri sendiri.. hehe. Dalam surat temujanji.. dah ada syarat2 lain yang perlu dipenuhi..

  • Tak boleh bersama tanpa alat pencegah kehamilan
  • Kena ambil paracetamol 2 biji setengah jam sebelum pemeriksaan
  • Tukar tarikh temujanji jika masih haid?.. bercanggah dengan kata staf tadi. hmmp apa-apa hal sehari sebelum temujanji mmg kena call. confirm semula la nampaknya.
  • Kena hadir 15 minit awal.
  • Pemeriksaan mengambil masa + - 1 jam. Lama tu.....

3. Next Appointment Dgn Kilinik Pakar
Temujanji seterusnya pada 19 Febuari 2010 sebab nak bagi laluan pada dua test kat atas tu dijalankan dahulu. Tapi yang penting test untuk suami tu sebab dia hanya boleh buat pada bulan Febuari.

4. Folic Acid
Doktor tadi galakkan aku makan vitamin ni. Baik untuk baby. Dia kata seawal 3 bulan sebelum pregnant ambil la. Masa ni kan.. rasa nak tanya je kat doktor.. "Dr rasa saya boleh ke pregnant?" lagi aku nak cakap "Dr.. bagi la motivasi kat saya ni.. saya makin rasa ....". Tapi semua tu dalam hati je ... tak terkeluar.

5. Clomid
20 Nov 2009 tu aku ada ambil darah untuk melihat hormon pada hari ke 21. Doktor kata hormon progesterone aku tak cukup untuk mengeluarkan telur. Kadar hormon aku cuma 22.? point berapa tak ingat tapi 22 je la. Biasanya yang bagus 30++ .. doktor cakap tak de la kurang sangat. Tapi selepas semua hal2 di atas ni selesai, dos Clomid aku akan ditambah dari 50mg kepada 100mg.

[Sebenarnya aku tak ambil pada hari ke 21 tapi hari ke 20 sebab mengikut doktor aku sebelum ni, boleh ambil hari ke 20 kalau hari ke 21 tu.. kena pada hari Sabtu dan boleh ambil pada hari ke 22 kalau hari ke 21 tu jatuh pada hari Ahad]

Sekian Laporan Dari Bilik Berita

Sebenarnya hari ni emosi sebak semacam je masa kat hospital. Ye lah, bukan mudah nak menghadapi ujian macam ni. Bila satu persatu situasi diketahui dan proses dilalui terasa... ntah la.. tak tahu nak gambarkan.

...

Aku tahu Allah Maha Mendengar, Maha Berkuasa, semoga aku tabah. Nak ikutkan malu aku nak tulis semua ni. Tapi aku harap aku dapat memberi sedikit manfaat pada yang memerlukan melalui penulisan ini. Dan aku selalu pujuk hati aku sakit bukan bererti aku insan hina atau berdosa walaupun sakit itu boleh jadi penebus dosa.

Sakit boleh jadi harta bila aku redha dan sabar kerana ini adalah peluang untuk mengumpul pahala. Lain orang lain ujiannya.

Hari ni aku nak hiburkan hati yang lara, nak berbuka di Pizza dan menonton wayang. Mau ikut?

Nota : Post ini asalnya dipost pada 16 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 17 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Tarikh buat Pemeriksaan Tiub Fallopio (nombor 2 di atas) memang boleh jadi berubah / ditunda. In shaa Allah akan diterangkan pada post-post akan datang.

Sperm Count Test tu maksud aku Semen Analysis. Suami diminta keluarkan air mani dan dihantar ke makmal untuk diperiksa kuantiti dan kualiti sperma.

Love

17 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 10 : HSG Ditangguh

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Facebook Blog Irtiyah

No comments:
Aku cadangkan korang like page Facebook Blog Irtiyah ni. Kalau ada post baru, aku memang biasanya akan share link di sana. Mungkin tak semua orang akan nampak post dari fb tu. Maklumlah algorithm fb ni selalu berubah sebab mereka suka kita bayar untuk iklan. Rasanya macam tu la. Tapi lagi mudah untuk cek post baru (mungkin?)

Fb tu dah lama aku buat, dari 2012. Aku cuma delete post fb yang lama sahaja. Post dari pembaca di sana aku biarkan sahaja, ada beberapa post. Biarlah buat kenangan.

Apa pun, aku menulis memang di sini di blogger / blogspot ni, cuma share link ke sana. Kalau ada pun status ringkas, santai-santai sahaja. Akan datang tak tahulah, boleh juga sesekali tukar angin copy paste post ke sana berbanding share link macam sekarang.


Siapa yang dah like facebook tu sebelum ni, harapnya tak keliru. Ini cadangan untuk mereka yang belum like sahaja hehehe

Sekarang di blog ni aku tengah marathon review, ubah suai dan post semula post lama yang difikirkan sesuai. Fokus rawatan kesuburan hospital kerajaan 2009 / 2010 dulu. Ingat nak habiskan yang tu baru buat post benda lain, tapi uiiih banyak lagi post lama kategori tu. Jadi aku buat keputusan untuk buat sesuka hati aku, maka terjadilah post ini hari ini hehehe

Tapi In shaa Allah yang follow tak hilang track post-post tentang rawatan kesuburan tu sebab aku sertakan link post sebelum dan sambungannya.

Tapi kan, cakap pasal post lama, rasanya yang rawatan kesuburan itu je yang penting nak review, ubah suai dan post semula. Lain-lain rasanya tak penting dah. Tengoklah macam mana jadinya nanti.

Love

17 September 2019

Post berkaitan :
Mana Post Lama?

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

10 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 2 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 16 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Dengan ini aku mengisytiharkan percubaan bulan lalu untuk mengandung dengan bahan bantuan utama Clomid telah gagal. Memandangkan doktor hanya beri satu cycle bekalan ubat, maka perjalanan seterusnya tergendala kerana next appointment ditunda kepada 16 Disember 2009.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 2 Disember 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 16 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Bab sedih-sedih, panas, terasa hati sebab kena usik ke, kena tanya ke, aku buang dari post asal.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

9 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Sejak aku makan Clomid ini la post pertama yang berjaya [InsyaAllah] di publish. Tinggal satu hari je, esok kena makan pil tu. Bagi sesetengah orang termasuk aku, kesan sampingan ialah pening dan sesetengah orang tambah dengan loya. Aku tak loya kecuali sesekali macam rasa tak sedap kat tekak. Tapi makan ok je. hehehe

Sebaik saja telan pil kesan pening tu aku boleh rasai serta merta dan berlarutan sampai ke petang atau awal malam. Kalau di sekolah, aku lawan je sebab kena bergerak cergas. Makan clomid ni kena minum air atau jus dengan banyak. Kawan aku ada yang tegur, dia ingatkan botol air budak cina atas meja aku. Orang cina memang kuat minum air masak.

Tapi hidup aku agak terganggu sebab pening lalat ni. Walaupun begitu hati aku berbunga-bunga moga percubaan kali ni berjaya. Amin. Ramai yang positif dan aku harap aku pun begitu.

Oh ya tak semua orang akan pening makan clomid ni, sesetengah orang je pening. Sejak 2 minggu lebih kurang aku dah mula jaga makan, emosi dan pergerakan. Setiap kali nak angkat barang pikir banyak kali. Ada dua orang kakak kat sekolah tu pegi menunaikan rukun Islam yang ke 5, dan aku sempat mengirim doa. Memang aku cari juga peluang ni. Sebab nak kirim doa pun kalau tak kenal dengan orang tu macam tak patut pulak. Hehehe..

Ada seorang kakak tu cari adik-adik yang macam aku kat sekolah tu ada la 4, 5 orang yang belum ada anak. Akak tu sendiri offer untuk kami kirim doa pada dia.

InsyaAllah, aku boleh menghadapi ujian ini. Fikir yang positif dan jangan down.

InsyaAllah selepas habis pening lalat aku akan tulis perkara-perkara yang bermain dalam fikiran aku. Antaranya kisah KB yang tinggal kenangan. Allah lebih menyayanginya walaupun kasih baru ingin berputik.

InsyaAllah.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

8 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Kalau baca post ini tapi tak baca post sebelum ni (link post ada di atas), memang tak faham rasanya.

Akhirnya period hari ni. Penat aku tunggu, menghitung hari demi hari. Ini bermakna hari ke 21 adalah hari Sabtu iaitu 21 November 2009. Aku kena ambik darah pada hari tu. Sebab Sabtu, aku akan pergi hari Jumaat, awal sehari. Kebetulan tarikh tu adalah tarikh temujanji dengan doktor yang akan datang.

Bermakna sekali pergi je la. Rupa-rupanya Allah nak mudahkan urusan aku. Apa pun, mungkin pada temujanji akan datang tu doktor nak plan step seterusnya tapi aku rasa dia tak dapat buat apa-apa lagi sebab hasil percubaan cycle kali ni belum dapat dipastikan lagi sebab baru hari ke 21.

Mungkin dia akan fokus pada keputusan counting sperm hubby yang aku kena bawa masa tu.

Ya Allah permudahkan urusan kami. Kuatkan hati kami. Kuatkan iman kami. Amin

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

9 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Aku tersilap atau tersalah cara makan ubat. Tarikh jumpa doktor sebelum ni ialah 16 Oktober 2009. Ketika itu doktor bagi PROVERA. Sepatutnya makan 2 biji setiap kali. Kena makan 3 kali sehari. Ubat tu perlu dimakan 5 hari. Hari ke dua atau ketiga baru aku makan ikut sukatan betul. Sebelum tu aku makan 1 biji setiap kali. Jadi, ubat tu tak habis dalam 5 hari tapi dalam 7 hari lebih macam tu la. Lagipun aku mula makan tengahari pada 16 Oktober tu.

Sepatutnya aku period apabila habis makan ubat tu. Paling lama pun aku jangka hari ke 2 atau ke 3 lepas habis makan ubat. Hari ni dah hari ke 7 selepas habis makan ubat. Tanda nak period tu memang ada. Tapi dah 7 hari aku tunggu. Tak keluar juga.

Makan PROVERA ni menyebabkan emosi tak stabil [dari pembacaan]. Ada satu hari tu sampai 3 orang tegur sebab muka aku masam.

Jadi, sekarang aku nak tengok sejauh mana period aku degil kali ni. Aku kira hari ni adalah hari ke 47. Masih tak period gak. Degil ye ko.

Atas permintaan Alyza2311 dalam post sebelum ini.. aku kongsikan kalender kosong / jadual period tu. Sebenarnya tak ada formula tertentu. Jadi kalau nak kira berapa hari period kena kira manual dan catat dalam ruangan tersebut. Habis period baru boleh catat berapa hari kamu period bulan / cycle ketika itu.

Begitu juga kitaran utk cycle itu. Hanya apabila period seterusnya datang baru dapat kira berapa hari cycle sebelum itu. Ini kerana setiap hari pertama period merupakan hari pertama dalam cycle itu. Cycle yang normal ialah 28 atau 29. Kalau cycle kamu pendek atau panjang dari itu tetapi masih consistent setahu aku masih ok lagi. Yang kejap pendek kejap panjang macam aku ni kira tak regular la.

Cara aku tanda ialah aku tukar kaler font dan background utk sel itu sahaja. Terpulang pada kalian. Kalau kalian suka tanda di kalender kuda tu ok juga. Cuma sukar nak tengok perubahannya.Boleh rujuk post sebelum ni utk tengok macam mana aku buat.

Download melalui esnips ok. Klik tajuknya di kotak di bawah.
Klik Sini.. Fail dalam bentuk zip folder
Maaf link dokumen dah tak valid. Jadi sila abaikan ya.

Harap bermanfaat. Ini bukanlah software atau jadual canggih, sekadar catatan biasa menggantikan kalender kuda. Hehehe

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Aku tak buang bahagian cerita aku share dokumen tu walaupun link dah tak valid. Sebab ada komen yang berkaitan. Kalau buang cerita bahagian tu, nampak pelik komen-komen tu.

Bab sedih-sedih, panas, terasa hati sebab kena usik ke, kena tanya ke, aku buang dari post asal.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

18 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Hari Jumaat minggu lepas ada appointment dengan doktor klinik pakar. Sepatutnya minggu raya tetapi klinik tutup. Ditangguh minggu lepas, tapi aku jaga PMR jadi ditangguh lagi hingga ke hari itu.

Macam biasa lepas daftar pesakit akan dipanggil utk timbang berat badan dan cek tekanan darah.

Bila giliran aku jumpa doktor. Aku beri salam, dan duduk. Doktor toleh aku terus tanya;

"Mana jadual awak?" Aku sedikit tercengang.. jadual?
Baru aku sedar dia tanya jadual period aku. Sebenarnya aku tak sangka yang dia ingat tentang jadual aku tu. Hebat ingatan doktor ni cakap aku dalam hati. Masa pertemuan lepas dia memang macam teruja la tengok aku sedia jadual period aku yang sistematik itu. Hehehe


Korang pun kena buat tau. Kalau korang tengok, aku buat dari tahun 2006 beberapa bulan sebelum aku nikah. Memang terang-terang tak regular kan period aku. Kalau period korang regular pun, sekurang-kurangnya kena ingat tarikh last period. Jadi, alang-alang, tanda je la kalender comel korang tu. Jangan lupa simpan.

Kemudian doktor pun studi la jadual aku tu diselang seli pertanyaan kepada aku utk pastikan dia dah studi dengan baik. Heheee

Aku pun tegaskan pada doktor yang aku dah lewat period 5 hari. Bukan apa aku bimbang dia tak perasan lalu mengatur rawatan yang tak perlu. Sebab aku dah bosan makan ubat hormon tu selama 3 cycle. Akhirnya bulan ni period aku tetap dengan perangai degil tak nak keluar on time. Agaknya mengandung kot?

Hmm.. sebenarnya aku fikir, tak payah la berangan sangat. Aku dah siap sedia dari awal.. pagi tu aku dah buat Urine Pragnancy Test [UPT] sendiri di rumah. Antara tujuannya adalah supaya aku tak tertunggu-tunggu keputusan doktor dengan hati berbunga-bunga di musim bunga kalau-kalau dia suruh wat UPT nanti.

Tapi masa dia suruh buat UPT aku akur je la, sebab mana la tau alat UPT hospial ni special atau ada beberapa fungsi lain. Dalam hati kalau masih -ve pun tak pe la. Aku akan hadapi proses perubatan ni dengan tabah.

Jumpa doktor aku semula, dia suruh aku tunggu sebab dia nak jumpa pakar nak refer kes aku. Sementara tu dapat la aku baca report aku yang terpampang di skrin komputer doktor tu. Antara yang aku baru tahu aku tak da tanda-tanda PCOS. Aku dah mention apa itu PCOS dalam catatan pertama dulu.

Doktor pun cerita dia nak mula bagi aku PROVERA selama 5 hari utk turun period. Hari kedua period aku akan mula makan CLOMID. Clomid ni utk pengeluaran telur. Doktor kata, ada kemungkinan bukan 1 telur tapi 2 atau 3. Maknanya mungkin akan jadi kehamilan berganda [kembar] "Kita nak satu sahaja" kata doktor. Dalam hati aku senyum, doktor tak tahu kalau dapat 2 pun aku suker... hehehe.. jangan tamak. Just suke je. Doktor kata kalau lebih 1 ada risiko.

Dengan syarat hari subur iaitu hari ke 10 - 14 mesti ada sperm dalam rahim. Sebab tak tahu bila masa telur nak keluar. Ok, sperm bertahan 48 jam dalam rahim. Tapi utk langkah berjaga-jaga kena pastikan bekalan sperm dalam rahim antara hari ke 8 - 18 ada.

Oh ya, masa aku ambil darah bulan 3 hari tu, pada hari kedua period adalah bertujuan utk beberapa ujian antaranya tiroid -aku OK. Hormon dalam kepala utk pengeluaran telur -tak tahu lagi sampai sekarang. Ada lagi satu yang aku tak pasti. Masa last appointment memang tahu yang tiroid tu aje. Lagi dua result tak keluar lagi. Jadi, aku tanya la doktor macam mana result ujian tu. Doktor tak ingat. Dia menafikan aje. Walaupun aku yakin ada, malaslah nak serabutkan dia kan.

Bila doktor pakar datang dan tanya, baru doktor cek dan memang betul ada ujian yang belum keluar result. Jadi, doktor refer pada makmal [bukan hospital Ampang]. Keputusan nanti doktor akan update dalam rekod aku.

Mungkin ada yang tertanya, aku ni tak ada telur ke? hahaha doktor kata.. mungkin. Sebenarnya yang membuatkan kita period ialah penebalan dinding rahim yang berasal / dibawa oleh cyst. Cyst ini yang bawa telur sekali. Jadi, dia bimbang hanya cyst sahaja yang ada tetapi dalamnya tiada telur. Jadi dia bagi la aku Clomid tu. Sama ada betul atau tidak aku tak da telur itu bergantung kepada ujian darah aku yang tak keluar-keluar result tu la rasanya. Tapi apa pun doktor kata tujuannya sama. Jadi kita dah mendahului result tu la.

Masa dia sebut cyst tu aku wonder la. Setahu aku cyst ialah penyakit ketumbuhan dalam rahim, lebih kurang la. Bila aku tanya doktor kata cyst banyak jenis. Yang cyst penyakit tu memang ada tapi bukan cyst yang dia maksudkan ni. Biasanya berlaku pada perempuan yang berbadan besar. Doktor dah kira BMI aku dia kata aku ok. [walaupun dah terlebih 2 - 3 kilo. Hehe.. dalam hati timbul niat jahat nak lupakan diet... iskh... jangan].

Lagipun hasil scan dulu menunjukkan aku bebas dari penyakit ni. Alhamdulillah.

Hari ke 21 aku kena ke hospital utk ambil darah. Kalau tak silap dia nak tengok hormon macam mana dan juga nak tengok perkembangan telur [salah satu atau dua-dua. tak pasti sangat]. Kalau hari ke 21 tu kena pada Sabtu, [klinik pakar tutup Sabtu dan Ahad] aku kena datang hari Jumaat. Kalau jatuh pd hari Ahad, kena datang hari Isnin.

Hubby aku juga diminta buat ujian sperm di LPPKN sebab hospital tak buat. Sebelum boleh pergi kena puasa hubungan suami isteri selama 5 - 7 hari. Doktor dah bagi surat rujukan utk hubby bawa nanti.

Next appointment ialah pada 20 November 2009 hari Jumaat. Malam tu balik Johor sebab anak sedara aku punya majlis perkahwinan.

Masa tanya pasal Provera, aku sempat tanya tentang 'ubat hormon' aku selama 3 cycle aku ambil tu. Aku tanya sebab seorang yang nampak ubat tu dan seorang lagi tahu cara pengambilan ubat tu aspek itu adalah ubat perancang. Bila aku google memang ada kadar ubat perancang dalam ubat aku tu. Bila tanya doktor, dia kata memang ada dan memang ubat perancang pun. Tergelak aku, beria-ia aku usaha. Kalau tahu dari awal mungkin tak da la mengharap sangat kan?

Provera ni pun fungsi hampir sama dengan ubat sebelum ni cuma tujuannya diberi pada aku kerana nak kasi keluar period je. Dia banyak fungsi.

Dulu aku pernah kenal seorang kakak ni lewat dapat anak. Masa aku kenal dia, dah mengandung la. Dia cakap 'ingat senang ke buat anak?' aku gelak, bukan aku ketawakan dia, sebab masa tu aku tak faham. Aku punya imaginasi ke lain. Lagipun aku memang tak berhasrat nak ambil tahu. Yelah, rezeki anak bagi aku ada orang dapat awal ada orang dapat lambat. Masa tu aku anak dara lagi. Hmmpp aku bukan busy body rasanya hehehe

Bila dah kawin dan sedar lambat dapat anak baru ambil tahu betul-betul sistem peranakan, sistem hormon bla bla bla..

InsyaAllah aku akan sabar. Aku menulis utk catatan aku, utk kenangan akan datang dan utk share dgn orang lain yang nak tahu. Mungkin boleh jadi galakan pada kawan-kawan aku agar jumpa doktor. Sebab aku pun mulanya takut. Tapi demi masa depan, aku akan hadapi kenyataan.

Oh ya, banyak-banyak prosedur perubatan yang aku tahu, paling aku takut ialah pap smear. Masa aku dalam bilik doktor, ada ruangan katil dan seorang wanita sedang menjalani ujian pap smear, masa tu aku yang seram sejuk. Nampak rak borang pap smear atas meja doktor aku pun aku dah seram. Sib baik wanita tu tak mengeluarkan bunyi yang menyakitkan. Cuma mungkin memalukan je kot. Hubby aku pun kadang-kadang saje takutkan aku, mentang-mentang la dia tak payah pap smear. Ceh!. Cuma aku sebenarnya tak pasti adakah ujian pap smear sebahagian dari proses kes kesuburan.

Sebenarnya apa aku tulis ni apa aku ingat dan faham. Len kali aku nak rekod la perbualan dengan doktor. Senang sikit. Sebab aku takut salah faham. Lagi takut salah makan ubat. Caranya memang complicated. Kalau orang bidang ni baca catatan aku ni mesti diaorang kesan banyak salah. Apa-apa la.

Sebenarnya aku agak takut nak tulis benda-benda ni dulu. Tapi aku fikir tak pe la. Biarlah apa orang nak kata. Dalam pada itu aku bukan tak dengar nasihat orang. Cuma bunyi-bunyi langau memang aku abaikan. Hahahaha. Lagipun kalau ada orang mengata mengejek aku pun setakat mana mereka rasa puas? ingat Allah Maha Berkuasa!

Oh ya, aku nak berubat secara Islam jugak melalui anak didik Ustaz Harun Din. InsyaAllah kalau ada peluang. Amin.

Niat nak ke hospital swasta lain kena tangguh bimbang ganggu proses kali ni. Kiranya mulai hari ni hingga sebulan lebih aku amat perlu menjaga diri dan emosi moga-moga percubaan ni berjaya. Doktor cuma bagi aku satu cycle dulu. Nak tengok macam mana atas nasihat doktor pakar la. Ada orang dapat 3 cycle terus.

Oklah, dah siap post ni. Aku ada banyak perkara perlu diselesaikan hari ni. Apa kelas cuti tapi asyik layan blog kan? hehehe ini ayat cabaran utk diri aku.

Kalau nak komen sila komen jangan malu-malu.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

13 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

Peringatan: Apa yang aku tulis adalah untuk tujuan berkongsi ilmu pada yang tak tahu dan mereka yang nak ambil tahu, mungkin ada masalah sama dengan aku. Juga sebagai catatan untuk aku.

Hari ini aku ambil cuti rehat, ada temujanji doktor. Dari semalam aku rasa risau, aku bayangkan doktor akan buat proses-proses yang menyakitkan dan memalukan terhadap aku. Tapi sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangi.

Menurut doktor, ujian darah aku dulu ada beberapa tujuan. Yang aku ingat dulu ada 4 tujuan. Tapi doktor kata baru ada keputusan hormon tiroid. Keputusannya aku normal Alhamdulillah. 3 ujian lagi belum ada keputusan.

Bila doktor tanya tentang kitaran haid (period cycle), aku dengan senang hati tunjuk jadual yang aku buat sejak beberapa bulan sebelum kawin. Jadi wahai anak dara, kakak-kakak, ibu-ibu dan makcik-makcik di luar sana, tolong tanda kalender anda dengan hari-hari anda didatangi period (haid). Ini amat penting untuk dijadikan rujukan kesihatan sakit puan. Kita tak akan jangka apa penyakit yang akan datang, bila diperlukan kalender seperti ini amat membantu. Terutama mereka yang sedar ada masalah period tak regular. Macam aku.

Apa yang aku maksudkan tak regular ialah: Kitaran yang normal ialah 28 hari, hari pertama period adalah dikira hari pertama dalam kitaran. Sehingga kita period pada bulan seterusnya. Jadi, berapa kitaran haid anda? adakah normal? Kalau aku, kitaran boleh mencecah 35 hari, kadang-kadang 45 hari. Kiranya tiap-tiap bulan dia akan datang cuma lambat. Itulah istilah yang biasa orang guna, tapi sebenarnya period tak regular.

Period tak regular ini menjejaskan peluang dapat baby sebab sukar menentukan tarikh subur. Kalau yang tak tahu, tarikh subur adalah hari ke 12 hingga 16 dalam kitaran haid yang normal tadi. Paling peak day ialah hari ke 14. Sedangkan sperma hanya akan bertahan 48 jam dalam tubuh wanita. Kalau sperma tidak ada pada hari yang tepat (subur) maka persenyawaan tidak akan berlaku.

Oleh itu, kitaran haid normal adalah penting. Untuk itu, doktor bekalkan aku pil hormon selama 3 bulan. Dimakan start hari pertama period bulan depan, dimakan selama 21 hari dan rehat 7 hari sebelum memulakan pemakanan untuk bulan 2 dan seterusnya. Dalam tempoh rehat 7 hari tu sepatutnya period datang. Erti kata lain, bila makan pil ini, period tak akan datang. Andai kata, dalam tempoh 7 hari rehat tu period tak datang, dan hari ke 8 (juga hari pertama untuk bulan ke dua) baru period datang, pemakanan pil untuk bulan ke dua tu mesti diteruskan juga. Pil ini untuk betulkan kitaran haid aku tu la.

Tapi sekarang aku dapat untuk sebulan dulu. Untuk bekalan pil lagi 2 bulan seterusnya aku kena ambil di hospital pada masa akan datang. Bulan ke 4, doktor tak bagi sebab nak tengok kitaran haid aku dah ok ke belum. Oleh itu temujanji seterusnya adalah 4 bulan akan datang. Iaitu pada 25 Sept 2009 pukul 10 pagi. Aku tanya juga pada doktor tentang tanda-tanda bulu-bulu di muka, merujuk kepada PCOS. Tapi doktor kata, itu kita cek kemudian. Nak berubat kena ada prosedur, step by step. So, buat masa ni kena betulkan kitaran haid aku dulu.

Lepas tu, aku kena scan kat perut. Mulanya aku serba salah sebab pundi kencing aku penuh. Tetiba pegawai yang nak scan tu tanya,

Pegawai scan : "Pundi kencing penuh ke?"

Aku : "Ya" kata ku cuak. Alamak... mesti proses scan luar biasa, aku akan terk***ing ke kejap lagi gamaknya? -dalam hati la

Pegawai scan : "Memang kita nak pundi kencing penuh. Kalau tak, tak nampak"

Aku : "oooooooo" baru aku tahu. Ehehehe

Aku tanya pegawai tu, nak scan apa, dia kata nak tengok rahim aku, sistem peranakan la tu. Segala-segala yang ada kaitan dengan peranakan. Dalam slip scan tu ade tulis Uterus, ketebalan tisu Endometriosis dan kilang ovari. Masa scan, dia letak gel jernih kat perut. Macam ibu-ibu scan baby tuuuu. Keputusan scan ialah semuanya normal. Alhamdulillah. Bila doktor tadi tengok keputusan scan pun dia macam wonder yang peranakan aku normal je rupanya.

So, sekarang ni aku lega la, terutama tentang scan tu. Mendapat ubat hormon memang aku dah jangka dan aku harap inilah jawapannya. Kalau tidak, aku akan bersabar dan berusaha lagi. Aja Aja Fighting!! Muaaaahahahahahahaha

Abang, Terima kasih kerana menjadi suami yang baik. Tersentuh hati aku bila tengok kesungguhan dia membuat nota, mencatat segala butir-butir yang berlaku sepanjang pertemuan aku dengan doktor di hospital tadi. I love You. 😘



Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Bila dah lama, baru aku tahu ubat hormon yang dimaksudkan di atas tu adalah pil perancang. Memang biasanya kaedah ini untuk betulkan period, setahu aku la.

Kitaran haid dikira dari hari pertama period hingga period seterusnya. Hari period seterusnya tu kira kitaran baru. Kadang-kadang aku terlupa juga nak catat, so sebaiknya recall yang paling dirasakan agak tepat dan catat segera. Kitaran haid tak sama dengan tempoh period.

Sekarang dah canggih, boleh catat dalam smartphone, asalkan buat backup. Kalau tak yakin, backup plan catat pada kalender meja / kuda yang kertas tu. Kalau perlu jumpa doktor pada aku buatlah catatan di kertas, macam tak sesuai hulur kalender kuda atau smartphone pada doktor kan? Kadang-kadang doktor tanya bila tarikh awak last period? Haaa.. macam mana nak jawab tu kalau tak catat tarikhnya. Pandai-pandai la korang nak catat macam mana.

Aku tak ingat dari mana sumbernya dan sejauh mana kebenaran, iaitu kalau kitaran haid tu lingkungan 28 - 35 hari masih dikira normal. Maaf ye kalau salah maklumat. Setelah bertahun-tahun berlalu ni, period aku ada perubahan agak baik. Yang bawah ni rumusan je. Catatan yang sebelum Aril 2011 tu aku malas nak cari.

2011 - 33, 42, 37, 49, 34, 37, 33, 35 (Rekod yang ada start bulan April)
2012 - 36, 41, 40, 36, 39, 36, 38, 37, 38 (9 kali)
2013 - 44, 36, 38, 33, 21, 44, 23, 41, 43, 45 (10 kali)
2014 - 26, 38, 36, 33, 37, 30, 33, 35, 33, 43, 36 (11 kali)
2015 - 39, 35, 33, 36, 34, 35, 29, 40, 38, 38, 31 (11 kali)
2016 - 33, 41, 39, 32, 31, 31, 30, 35, 35, 32, 27 (11 kali)
2017 - 32, 29, 33, 36, 30, 35, 33, 32, 37, 33, 31 (11 kali)
2018 - 37, 31, 31, 33, 32, 32, 33, 29, 30, 31, 34, 31 (12 kali)
2019 - 32, 28, 31, 29, 35, 25, 41 (Rekod setakat bulan lepas [Julai + Ogos sebab kitaran Julai panjang])

Sekarang nampak lebih elok berbanding dulu walaupun masih roller coaster. Bagi aku, ini pencapaian yang agak baik memandangkan aku PCOS. Bila kitaran panjang, sebenarnya dalam setahun tu, boleh jadi tak cukup 12 kali period. Tahun lepas 2018 Alhamdulillah cukup 12 kali period. Apapun bersyukur, sebab ada orang yang mengalami berbulan-bulan tak period.

Tapi sebenarnya banyak lagi bab kalau cerita pasal period ni, sebab ada orang kitaran haid dia ok tapi rupanya telurnya tidak menetas / tak dilepaskan sebab tidak matang. Begitulah lebih kurang. Macam kes aku ni, terus terang setakat ini je la aku pantau sebab aku tak semangat bila mengenangkan situasi sperma suami aku macam tu. Dalam post-post akan datang la ceritanya. Step by step ya.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

6 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Hari ini aku pergi Hospital Ampang. Darahku perlu diambil untuk tujuan ujian darah, dalam surat rujukan dari klinik pakar, darah aku perlu diambil pada hari kedua period.

Memandangkan hari ini jatuh pada hari cuti, maka klinik pakar itu tutup. Aku kena pergi ke tingkat empat, wad 4D. Sebenarnya di sekolah, cikgu-cikgu (tanpa pelajar) ada aktiviti (demi pelajar) dari pagi sampai petang. Aku dah minta kebenaran dari pengetua dan penolong kanan sekolah untuk keluar dari program beberapa jam. Cuti-cuti pun kena ke sekolah. Cikgu itu lilin. Aku tiba di Hospital Ampang lebih kurang pukul 10 lebih.

Disebabkan masalah tertentu di wad 4D, aku diminta ke dewan bedah. Sebenarnya wad 4D tu wad bersalin. Pesakit semua bawa perut.. aku sorang je membawa harapan. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman suasana di situ. Aku juga belajar sesuatu, walaupun bagaimana keadaan seseorang, baik kali pertama ingin melahirkan atau dah banyak kali, cukup bulan atau tidak.. setiap kandungan itu berbeza kesnya. Tiada yang pasti. Banyak perkara yang kita kena terima sebagai satu ketentuan. Tak perlu dipertikaikan terlalu banyak. Usaha sebaik mungkin, selebihnya doa dan tawakal.

Tadi doktor seorang aje dan yang nak bersalin cukup ramai. Dan aku datang untuk menyelit di kalangan mereka yg 'urgent', tambahan lagi ada kes kecemasan. Sudahnya aku kena tunggu sampai pukul satu lebih.

Aku faham keadaan di sana, walaupun ada perkara boleh diperbaiki.. tapi aku anggap itu lumrah dalam dunia perubatan. Sebenarnya proses aku diselesaikan dalam 3 minit sahaja. Sebaik sahaja selesai.. aku kembali ke sekolah. Meneruskan tugasan.

Keputusan ujian mungkin aku akan ketahui pada temujanji pertama bulan 5 nanti.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 14 September 2019

Love

14 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

8 comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 18 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010

Setelah 2 tahun 6 bulan lebih kurang usia perkahwinan kami, hari ini (18 Mac 2009) langkah pertama dilakukan untuk mencari penyelesaian.

Di ketika usia perkahwinan begini ramai yang sedang meniti hari menunggu kelahiran anak ke dua. Tapi kami meniti hari mendapatkan rawatan dari pakar.

Sebenarnya dah banyak kali kami merancang untuk buat langkah ini. Tapi sentiasa sahaja ada halangan yg datang. Membantutkan usaha kami. Sesungguhnya langkah pertama itu memang sukar. Baik dari dalam diri mahupun dari luar.

Pagi tadi... kami ke klinik kesihatan kerajaan Ampang. Tujuannya untuk mendapatkan surat rujukan untuk membolehkan kami membuat rawatan kesuburan di Hospital Ampang. Bagi yg tidak tahu, sekiranya pesakit mendapatkan rawatan pakar, caj yg dikenakan berbeza mengikut dari mana surat rujukan dikeluarkan. Itu la tujuan kami pergi ke klinik kerajaan tadi. Kalau kami dapatkan surat rujukan dari klinik swasta, caj bayaran adalah lebih mahal. Kita tak tahu kalau rawatan ini akan sampai ke peringkat IUI atau IVF? Aku belum pasti tentang istilah-istilah ini, yelah baru nak kenal-kenal. Maka kos akan terasa dikemudian hari. Di klinik kami ditanya dengan pelbagai soalan untuk mendapat gambaran masalah kami.

Surat dikeluarkan oleh doktor dan kami pergi ke Hospital Ampang.

Di hospital Ampang kami dirujuk ke bahagian Obstetrik & Ginekologi (Perbidanan & Sakit Puan). Kami tahu hari ini cuma untuk menetapkan tarikh temujanji dengan doktor.

Temujanji;
1) Pada hari kedua period (tarikhnya tunggu aku period la baru tahu). Kalau harinya kena pada hari klinik buka (Isnin - Jumaat) maka aku boleh ke klinik O & G ni la. Kalau tak, aku kena ke wad tingkat 4, wad 4D. Tujuan; ambil darah untuk ujian darah.
2) 20 Mei 2009 pukul 8 pagi.

Memang la lama proses ini akan berjalan. Tengok saje la tarikh temujanji itu. Itu yg buat aku termenung. Namun apakan daya, inilah yg terbaik dan mampu dilakukan ketika ini. Semoga Allah bersama kami.

Aku bersyukur dan gembira langkah pertama berjaya dilakukan. Langkah seterusnya menanti di hadapan. Sesekali di hospital tadi air mata aku bergenang. Entah kenapa aku begitu, mungkin kerana excited. Sesekali aku membayangkan perutku bakal membesar seperti pesakit2 di situ tadi. Ah! malunye. (Malu sebab seronok kot). Perasan terlebih. Semoga ada sinar menanti. Amin :) Doakan ye.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 18 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Mungkin ada perbezaan prosedur dan maklumat memandangkan post asal ni dah lama. Seingat aku, sebelum aku mulakan langkah ini dulu, aku telefon hospital atau klinik kerajaan. Jadi aku cadangkan jika pembaca perlu maklumat yang lebih tepat, boleh telefon dulu untuk maklumat terkini atau tanya klinik kesihatan mana yang berhampiran dengan korang yang patut korang tuju.

Setakat yang aku tahu, untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan, mereka akan menerima kes kita jika perkahwinan kita berusia 2 tahun ke atas. Kalau ada peruntukan kewangan yang lebih, boleh la ke hospital swasta walaupun baru berkahwin.

Rasanya sesetengah klinik kesihatan kerajaan ada ujian asas contoh ambil darah untuk cek hormon. Jadi mungkin ada yang mulakan rawatan mereka di klinik kerajaan ini sebelum dirujuk ke hospital. Jadi di peringkat ini barulah korang akan dapat surat rujukan yang aku maksudkan di atas.

Semasa aku buat rawatan dulu, aku merupakan penjawat awam. Boleh kata hampir tiada bayaran dikenakan kecuali bayaran RM1 yang biasa kita kena bayar tu (mungkin dah cover di Guarantee Letter - GL) kecuali peringkat IVF (IVF-ICSI). Itu yang aku ingatlah. Kami terus buat rawatan IVF ini tanpa melalui IUI sebab situasi masalah sperma suami aku agak serius.

Selepas rawatan IVF tu kami uruskan tuntut (claim) kos ubat dengan pihak kerajaan, manakala kos prosedur memang kami kena tanggung. Jadi sebelum buat IVF beritahu pihak berkenaan (contoh klinik MAC HUKM / PPUKM - kami buat rawatan peringkat IVF-ICSI di sana) supaya mereka asingkan resit ubat dan prosedur. Memang kita perlu ada duit sebelum buat rawatan IVF tu sebab kena bayar dengan duit kita. Tuntutan / claim tu hanya boleh dibuat kemudian.

Nasihat aku, jangan bimbang untuk mulakan rawatan dengan memikirkan kos rawatan ni. Sebab belum tentu kes korang sampai kena buat IUI atau IVF pun. Buat sahaja langkah pertama ni dan jangan skip temujanji. Jika ada masalah nak hadiri temujanji sebab masalah seperti pada tarikh temujanji tu ada kerja atau urusan sangat penting, boleh maklumkan awal sebelum sampai tarikh untuk bincang. Maklumlah tempoh menunggu hospital kerajaan biasanya lama. Jadi jangan sia-siakan tempoh menunggu.

Para isteri, kadang kala hadapi masalah kerjasama pihak suami. Biasanya memang isteri la yang kena proaktif dan bijaksana untuk mulakan langkah macam ni. Maksud aku cari maklumat, pujuk, yakinkan dll. Jangan lupa doa, pemilik hati kita dan pemilik hati suami tu sama, Allah. Allah boleh bolak balikkan hati kita sekelip mata. Kuatkan semangat ye. Semuanya kerana Allah sayang.


Love

13 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun



Rindu Sahabat Blog

No comments:
Sekadar blog walking singkat, singgah ke beberapa blog mana yang sempat. Dah tak berapa ingat siapa kawan-kawan blog yang rajin jenguk dan tinggalkan jejak di blog aku ni, begitu juga blog yang aku kerap singgah dulu. Bila klik beberapa blog, macam familiar. Waa... sedih juga la ramai dah tak update blog.

Perubahan zaman mungkin. Ramai selesa bersosial di fb dan ig agaknya.

Ntah.. setelah kembali blogging ni, rasanya blog juga yang best. Cuma memang selesa guna komputer atau laptop untuk buat post dan menghias blog (hahaha satu aktiviti tiada kesudahan bagi aku bila dah blogging ni. Ada sahaja yang nak diubah suai).

Tapi setakat blog walking, boleh je guna smartphone. Sekarang smartphone pun dah agak maju. Aku suka setting 'show desktop theme on mobile devices' pada blog aku sebab barulah nampak segala gadget dan memo dalam blog ni, pembaca pun boleh je nak zoom kalau nak membaca. Saiz tulisan tak jadi isu. Kalau aku membaca blog orang guna smartphone pun aku lebih suka tukar 'view web version'.

Jom la ramai-ramai kembali blogging hahahaha. Sebak pun ada, macam aku sedang naik mesin masa, melihat kehidupan lama yang ditinggalkan. Tercari-cari sahabat blog yang tak jemu menyapa aku dulu, walaupun aku jarang sekali membalas kebaikan mereka. Aku bukanlah sahabat yang baik.

Aduh sebak pula..

Ya Allah lindungilah semua sahabat blog aku dulu walau di mana mereka berada. Bahagiakan hidup mereka, penuhi impian mereka, temukan kami di syurga kelak seperti kawan lama yang bertemu semula dan kami saling mengenali dan begitu mesra. Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah.

Serius.. aku bergenang air mata sekarang ni.

Love

10 September 2019

Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010

6 comments:
Nota : Post ini asalnya post lama, dulu letaknya di bahagian page post dan hanya diupdate sehingga 18 Julai 2010 sahaja. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Macam Mana Dapat Maklumat Itu?

Berikut sedikit latar belakang kami dan ringkasan rawatan kesuburan di hospital kerajaan yang kami buat pada sekitar tahun 2009/2010 dulu.

Suami
Oligospermia + Asthenospermia
40 tahun (2019). Masa buat rawatan ni dulu umur suami 30 tahun
Anak ke 3 dari 6 adik beradik
1 lelaki 5 perempuan

Isteri
Polycystic ovary syndrome (PCOS)
38 tahun (2019). Masa buat rawatan ni dulu umur aku 28 tahun
Anak ke 8 dari 9 adik beradik
+ 2 meninggal (seorang lelaki - kembar kepada abang aku dan seorang perempuan)
Jadi jumlah 9 + 2 = 11 orang
Selain abang aku, Abah aku pun kembar, kembarnya juga meninggal dunia ketika lahir

Perjalanan TTC
26 Ogos 2006 : Nikah
26 Ogos 2006 - Jun 2007 : PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) sebab masih belajar
2009 - 2010 : Rawatan Kesuburan di hospital kerajaan

Hospital Ampang
18 Mac 2009 Dapatkan surat rujukan ke Hospital Ampang. Daftar di Hospital Ampang
28 Mac 2009 Ambil darah untuk ujian hormon. Tiada masalah tirod.
20 Mei 2009 First time jumpa doktor. Dpt ubat hormon [pil perancang sebenarnya utk regular period -dah lama baru faham]. Scan fizikal rahim -cantik
22 Jun 2009 -- 8 Sept 2009 Makan pil hormon. Habis ubat, period masih tak regular.
9 Okt 2009 Appointment tp postponed sbb urusan kerja.
16 Okt 2009 Provera untuk mulakan Clomid - 1 cycle
30 Okt 2009 Suami buat Sperm Count Test di LPPKN.
20 Nov 2009 Hari ke 20 @ 21 period semasa clomid - ambil darah utk ujian hormon. Hormon tak cukup.
30 Okt 2009 Suami buat Sperm Count Test.
16 Dis 2009 Doktor minta suami buat 2nd Sperm Count Test sebab keputusan ujian sperm tak elok. Bilangan, kelajuan, bentuk semua bermasalah. Buat appointment utk ujian HSG.
4 Jan 2010 Appointment HSG - Postponed sbb belum period.
11 Jan 2010 Appointment HSG - Postponed sbb period belum habis.
18 Jan 2010 HSG - Saluran fullopio tidak tersumbat.
17 Feb 2010 2nd Sperm Count Test di LPPKN
19 Feb 2010 Ada peningkatan. Motility boleh diterima. Cuma nill normal Morphology. Jadi kes dirujuk ke HUKM. Mula makan 'Diane 35' - khas utk PCOS. Doktor confirmkan aku ada PCOS.
7 April 2010 ------ Rujuk jadual HUKM di bawah ------
19 Mei 2010 Doktor cuma nak tahu perkembangan rawatan di HUKM


HUKM / PPUKM
7 April 2010 Scan rahim -normal
21 April 2010 1st Sperm Count Test di HUKM (kali ke 3)
5 Mei 2010 Keputusan Sperm Count Test -Kuantiti dan kualiti makin rendah. Suami kena makan SURBEX-ZINC dan Tribestan. Aku masih kena sambung 'Diane 35' sehingga IVF-ICSI dijalankan
9 Jun 2010 2nd Sperm Count Test di HUKM. Konon + morphology (kali ke 4)
23 Jun 2010 Keputusan Sperm Count Test: 11% boleh digunakan iaitu gred 2, 11% cuma ada ekor aje dan hampir 80% tak bergerak. Kualiti semakin turun, tinggal 5 tahun je peluang buat IVF-ICSI
7 Julai 2010 -- 2 Ogos 2010 Cuti tanpa gaji
8 Julai 2010 Period hari ke 2 dan mula suntikan. Hari period ke 8 kena buat scan. Iaitu 14 Julai 2010
14 Julai 2010 Scan pada hari period ke 8. Telur-telur dalam keadaan baik. Tapi ada telur-telur yang dah besar. So, aku kena ambil suntikan tambahan [ubat lain] untuk mengelakkan telur pecah awal
16 Julai 2010 Scan pada hari ke 10. Kena teruskan suntik puregon dengan dos yang sama dan suntikan supaya telur yg dah besar tak pecah. Ini adalah disebakan telur yg dikategorikan besar dan sesuai untuk buat ICSI bersaiz 20 ke atas. Tapi aku ada 3 je buat masa ni. Yang lain tak capai saiz tu lagi. Jadi kalau buat awal, rugilah tak dapat ambil lebih banyak telur
18 Julai 2010 Scan pada hari period ke 12. Prof confirmkan aku akan melalui prosedur ambil telur pada 20 Julai 2010. Anggaran 10 biji telur akan diambil
20 Julai 2010 Prosedur ambil telur. Dapat 11 biji. Suami kena keluarkan air mani untuk diambil sperma dan disenyawakan menjadi embrio
23 Julai 2010 Embryo Transfer - Good / easy transfer. 3 embrio gred 1 dimasukkan ke rahim. 2 embrio lagi frozen
19 Ogos 2010 Genap 4 minggu selepas embryo transfer. Malam tadi aku bleeding, pagi tadi keluar ketulan darah dan something warna putih. Doktor kata mungkin janin. Buat ujian darah. Keputusan mungkin dapat pada Rabu depan iaitu tarikh appointment yang sepatutnya. Kalau bacaan hcg menjunam bermakna tak pregnant
25 Ogos 2010 Keputusan darah : negatif. Doktor pun tak tahu kenapa gagal, semua ok termasuklah ketebalan rahim masa embryo transfer dulu. Esok anniversary ke 4, kalau hari ni keputusan positif, memang hadiah terbaiklah. Buat keputusan berehat dari rawatan. Tiada rancangan sambung rawatan atau mencuba lagi dalam masa terdekat.

Nota : Post ini asalnya post lama, dulu letaknya di bahagian page post dan hanya diupdate sehingga 18 Julai 2010 sahaja. Aku review, ubah suai dan post semula pada 9 September 2019

Aku rasa sebab sebahagian tempoh rawatan IVF-ICSI tu aku kan dah letak password pada post berkaitan rawatan, jadi itu la sebab kenapa tak diupdate.

Jadi tadi jenuh la aku cari balik post asal dan catatan rawatan mana yang ada nak update perjalanan rawatan aku ni.

Bahagian latar belakang kami kat atas tu memang ada tambah dan update. Kalau perasan macam details kan bab jumlah adik beradik tu. Aku sengaja highlight, nak bagitau.. adik beradik ramai pun, tapi Allah nak bagi ujian, boleh sahaja.

Ketat je rasa dada baca perjalanan rawatan aku ni, kadang aku mengeluh bila baca, yelah perjalanan yang bukan indah mana kan. Masa aku jumpa balik post ni hari tu.. aku sendiri macam terperanjat. Macam ni sekali aku catat rawatan aku. Hahaha aku macam baru nampak sikit-sikit macam mana rupa blog aku dulu. Hahaha

Tapi tadi aku ada lajak baca post aku lepas rawatan, ada aku boleh tergelak sendiri baca ayat ting tong aku. Ntah apa-apalah aku masa tu. Macam tengah bercelaru masa tu berdasarkan ayat-ayat aku dalam post tu hahaha. Kejap mengeluh, kejap ketawa tadi nasib baik aku tak menangis hehehe boleh sabar lagi.

Aku sekarang dalam proses review, ubah suai dan post semula post-post yang menerangkan proses di atas. Boleh mula baca dengan post yang aku bagi link post sambungan di bawah ni dan seterusnya. Belum siap sepenuhnya.

Doakan kami ye, kira-kira dah 10 tahun rawatan tu berlalu. Semoga tak lama lagi rezeki kami tiba. Aamiiin. Oh ya, ini post ke dua hari ni.


Love

09 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Post berkaitan :
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Sebab Aku Kembali Menulis

No comments:
Kebelakangan ini selepas aku nekad kembali menulis, sedikit demi sedikit.. aku baca semula post lama aku, email pembaca, komen pembaca, kadang-kadang aku rasa apa yang aku dah buat ni? Aku sebenarnya telah menghampakan ramai orang dengan menutup blog dulu.

Namun yelah.. dalam masa yang sama ketika itu aku sendiri struggle merawat hati aku yang tercedera, takut dan memberontak.

Selepas 3 tahun, akhirnya aku jumpa jalan penyelesaian, hati yang cedera terasa sudah membaik, ketakutan telah tertutup dengan harapan dan pemberontakan telah terpuas dengan tindakan. Memang banyak kerja yang perlu aku buat memandangkan aku pilih jalan yang susah, aku perlu luangkan masa review, ubah suai dan publish semula post-post lama disamping menulis post baru.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Kita dah biasa diingatkan dengan perkara di atas. Sedekah jariah tu, semua orang faham macam mana. Ada orang buat secara terang, ada orang buat secara sembunyi. Manakala anak yang soleh/solehah tu.. sebagai orang yang struggle mendapatkan zuriat, perkara ini kelihatan kelam-kelam. Namun amalan yang kedua iaitu ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) itulah yang aku cuba kerjakan sekarang. Jangan kerana kita terlalu fokus menanti zuriat sehingga kita lupa di tangan ada benih yang perlu disemai. Kita buatlah mana yang boleh.

Sebenarnya dah lama juga aku mencari-cari, ilmu apa / apakah yang aku boleh sumbangkan kepada masyarakat. Akhirnya membawa aku kembali ke sini. Rupa-rupanya dari dulu lagi aku dah buat sesuatu yang besar. Cuma bezanya kali ini aku cuba buat dengan lebih baik. Apa yang aku dah tinggalkan dulu bukanlah sia-sia. Tempoh 3 tahun aku menghilang diri tu juga tidak sia-sia. Ah.. memang tiada yang sia-sia, apabila kita sentiasa cuba fahami dan fikir positif. Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) atas semua aturanNya untuk aku dan kita semua.

Tidak dinafikan, ada juga bayangan faedah duniawi yang aku mungkin dapat, tapi aku tak nak fokus ke sana sekarang. Yang itu, In shaa Allah akan dipermudahkan jika masanya tiba. Rasanya tidaklah salah, memang kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. Yang penting aku harap aku boleh ikhlas menulis kerana Allah, semoga niat aku sentiasa bersih agar hasilnya lebih baik dan tidak sia-sia. Aku harap bila aku mati, ada pahala tetap mengalir untuk aku setiap masa. Tolong doakan aku.

Love

09 September 2019

Post berkaitan :
Mana Post Lama?
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

Post Berpassword - Email Terakhir

No comments:
Kira-kira 5 hari lepas aku dah hantar email kepada lebih kurang 682 alamat email. Tapi jumlah orangnya tak sebanyak itu sebab ada yang bagi lebih dari satu alamat email. Mereka ini dikalangan yang mengikuti post yang aku letakkan password dulu atau yang berkaitan dengan blog ini. Tujuan aku email tu, nak beritahu blog aku ni dah aktif / boleh diikuti semula. Itu tujuan utama aku email.

Namun rasanya yang membaca email tersebut tak ramai pun, sebab banyak juga email yang gagal sampai.. ada la dalam seratus lebih, mungkin dah expired atau salah alamat dari awal, belum lagi yang email dah lama tak dibuka dan sebagainya. Kali ini aku bagi pada semua alamat email yang aku ada, yang tak valid ke, error ke, termasuk yang pernah dikeluarkan dari senarai sebab dah berjaya mengandung dan sebagainya.

Masa aku menulis dulu, memang ada pembaca menyatakan harapan agar aku terus menulis. Malah bila blog telah ditutup aku masih menerima email minta aku aktifkan semula blog walaupun aku tak update. Maafkan aku sebab tidak dapat bertahan dulu. Jadi aku fikir mungkin berita yang aku kirim melalui email itu memang dinanti oleh sebahagian mereka. Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah) memang ternyata ada respon dan mengalu-alukan aku kembali menulis.

Dalam post Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1 aku ada mention :
2009 - 2010 Saya mula membuat rawatan kesuburan di hospital kerajaan sehingga peringkat tertinggi iaitu IVF-ICSI (bayi tabung uji). Suami isteri ada masalah kesuburan. Major problem pada suami saya. Suami kategori Oligospermia + Asthenospermia. Saya pula Polycystic ovary syndrome (PCOS).

Dalam tempoh ni saya mula rasa tak selesa berblog. Mula banyak sebab kenapa tak nak terlalu terbuka menulis. Saya mula letak password pada post / entri tertentu. Limit untuk pembaca yang saya rasa betul-betul perlu cth belum mempunyai zuriat dll. Lebih kurang 600 orang pembaca saya dari kategori ini berdasarkan jumlah alamat email. Saya minta maaf sepanjang menguruskan post berpassword ni jika ada kesilapan dan pengabaian privacy pembaca. Cth saya cerita atau bagi suami saya baca atau saya petik kes-kes tertentu untuk saya cerita dalam post atau di luar dll. Saya juga mengamalkan budi bicara, ada juga mereka yang tak cukup syarat tapi saya beri password. Yang ni pun saya mungkin tulis post lain kemudian. Banyak betul benda nak cerita hahaha

Tapi.. boleh pula aku terlupa point penting yang aku nak tulis dalam email itu, iaitu aku sebenarnya nak minta maaf. Seperti yang aku quote tu, aku sebenarnya simpan banyak kisah mereka. Kadang-kadang kisah yang aku sendiri tercengang bila membacanya. Sesungguhnya di luar sana ada macam-macam kisah kehidupan yang tidak terjangkau dengan fikiran kita.

Sungguh, bila aku kata aku rasa apa korang rasa, sebenarnya tak. Tak layak aku nak cakap macam tu. Setiap orang ada perjalanan masing-masing. Maha Suci Allah semua ini dalam perancanganNya dan semuanya sebab Allah sayang.

Jadi di sini aku mengambil kesempatan yang ada ni untuk minta maaf, segala kesilapan aku selama ini dan akan datang sama ada sengaja atau tidak. Mungkin akan datang aku tersilap lagi walaupun sudah tiada lagi post yang berpassword.

Senarai penerima password yang ada sebelum ini dianggap telah dibubarkan. Andai kata suatu hari nanti terjadi juga aku meletakkan password dalam sebahagian post, aku akan buka permohonan baru (buat masa ini memang tidak ada rancangan itu dan harapnya memang tidak berlaku). Email yang aku hantar 5 hari lepas itu adalah email terakhir berkaitan post berpassword. Namun jika ada yang masih ingin berhubung melalui email seperti dulu, boleh sahaja. Memang ada yang masih berbalas email dengan aku.

Bagi yang telah dikurniakan anak, tahniah. Anda semua masih kawan saya, semoga bertambah-tambah rezeki anak tu.
Bagi yang masih TTC, semoga ada sinar dan rezeki untuk kita.
Bagi yang telah berubah haluan dan kisah hidup, semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.
Semoga Allah merahmati kita semua walau apa pun perancanganNya. Semuanya kerana Allah sayang.

Love

08 September 2019

Bagaimana Aku Menanti Zuriat Pada Usia Perkahwinan 13 Tahun?

No comments:

Post ini fokus tentang bagaimana aku menjalani kehidupan dan berdepan isu sensitif tentang zuriat.

Berumur 38 tahun tahun ini (2019) dah tua dalam konteks tempoh umur ideal untuk mengandung dan dah 13 tahun berkahwin (Alhamdulillah), orang dah tak teruja nak tanya atau mengusik (mungkin?). Jadi aku dah kurang berdepan dengan situasi yang tak selesa berkenaan layanan orang sekeliling.

Tapi mungkin juga sebab kehidupan aku sekarang pun terhad pada ruang lingkup kecil. Aku tak ada rakan sekerja, bisnes online di rumah. Jarang jumpa orang ramai, orang kampung, aku elak mana yang buat aku tak selesa.

Dalam cara hidup aku macam ni pun, tahun lepas atau dua tahun lepas macam tu, ada juga situasi aku berkenalan dengan seseorang di pejabat pos. Dipendekkan cerita (dan details perbualan aku pun dah tak ingat), perbualan kami membawa kepada produk dalam usaha untuk mengandung, memang aku ada ambil produk tu tapi dah berhenti. Rasanya aku tak sentap atau terasa hati, cuma macam mana nak terangkan pada dia yang kalau aku je makan produk tu, tapi suami aku tak usaha apa-apa, macam tak kena cara.

Sedang cuba menerangkan, perbualan terhenti bila nombor giliran aku tiba. Sampai salah kaunter aku pergi hahaha sedangkan selalu sangat aku berurusan di pejabat pos tu. Bila fikir balik macam mana ye perbualan pertama kami boleh membawa kepada isu yang sangat personal macam tu? Sebelum tu kami memang pernah bertembung, cuma aku tak perasan dan kami tak pernah berbual sebelum itu. Mungkin sebab dia benar-benar berniat baik dan aku kelihatan tenang dan tak kisah berbicara mengenainya?

Sebenarnya sekarang aku masih melarikan diri dari situasi-situasi yang bahaya. Raya Syawal baru-baru ni, aku sembunyi dalam tandas sebab tak nak jumpa makcik-makcik jiran yang datang marhaban. Ya, berkali-kali aku lari ke tandas, mujur ada anak-anak saudara yang memahami bagi signal setiap kali ada makcik-makcik ke dapur nak salam. Aku berdosa sebab buruk sangka, yang mereka akan melukakan hati aku. Semoga Allah ampuni aku. Kalau nak fikir positif, kesian makcik-makcik tu sampai ke dapur mencari siapa-siapa yang lama tak bersua. Tapi tulah, bagi aku apa-apa pun boleh jadi kalau aku ambil keputusan tidak melarikan diri. Ntah la..

Walaupun aku menjalani kehidupan macam ni, tapi aku harap aku boleh ubah kepada yang lebih positif. Zaman sekarang ni ada ramai guru yang boleh kita rujuk untuk upgrade nilai diri, keyakinan diri, belajar jadi positif dan sebagainya. Pilihlah mana yang baik dan merujuk kepada pihak yang arif. Ada harapan untuk adik-adik yang baru kahwin cuba untuk kuasai ilmu seperti ini dalam menghadapi cabaran TTC dengan lebih tenang dan gembira. Cari gali ilmu positif-positif yang senang nak dapat di media social sekarang, pergi kelas kalau mampu dan apa-apalah yang baik-baik. Jangan fokus pada kata-kata / orang negatif.

"Anda tak boleh kawal situasi, namun anda boleh kawal emosi. Jika situasi negatif, emosi positif, kesannya insya Allah positif"
- Prof Dr Muhaya

Pernah tak korang rasa tak nak dengar nasihat orang sebab orang tu tak rasa apa kau rasa? Ni, aku yang dah 13 tahun dalam perkahwinan dan masih mengharap dikurniakan zuriat, nasihatkan korang (dan aku sendiri), sama-sama kita besarkan jiwa hadapi ujian kecil ini. Dalam keadaan ini, elak fokus pada perkara negatif terutama dari tindak tanduk orang lain. Itu urusan mereka, urusan kita dengan diri kita dan Allah. Sekarang kita fokus apa yang Allah suruh kita sepanjang hidup di dunia ini. Kalau ada anak, didik untuk keredhaan Allah, tak ada anak, lambat dapat anak, kita buat apa yang kita boleh dengan apa yang kita ada untuk keredhaan Allah. Kita usaha dengan rawatan-rawatan pun untuk keredhaan Allah. Semuanya kerana Allah. Ingat balik apa tujuan Allah ciptakan kita iaitu untuk beribadah kepadaNya.

Sama-sama kita mengingatkan antara satu sama lain.

Nota : Aku mohon, jika ada terasa ingin mengata perkara yang tak baik terhadap sesiapa yang dinyatakan dalam blog ini, tolong elakkan. Aku menulis dengan harapan Allah kira sebagai ilmu yang bermanfaat. Doakan aku yang baik-baik. Semoga Allah sentiasa pelihara niatku dan tingkah lakuku ❤️

Love

04 September 2019

Post berkaitan :
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

Macam Mana Dapat Maklumat Itu?

No comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2016. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 September 2019.

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

Post yg lalu, ada aku sebut nak cerita macam mana aku dapat maklumat tersebut.

Aku ada white coat hypertension. Di rumah tekanan darah ok tapi akan tinggi bila di persekitaran klinik, hospital, doktor, nurse. Berdebar / nebes macam nak menduduki peperiksaan hahaha. Aku makan ubat, ikut je cakap doktor. Tapi tidaklah terkejut, sebab memang keturunan ada penyakit darah tinggi. Kalau tak kawal, bimbang jadi penyakit tekanan darah tinggi sebenar. Malah, pada awalnya aku memang culas makan ubat. Memang ada perbezaan bacaan walaupun di rumah. Alhamdulillah sekarang kira ok. Walaupun white coat hypertension, masih berisiko dapat kompilasi contoh kerosakan organ dll tu.

Berbalik kepada cerita asal, sepanjang dapat rawatan berkala di klinik kesihatan ni, ada seorang doktor dia tanya umur dan tanya berapa orang anak. Aku terus terang jelah. Kemudian dia pun beritahu maklumat tu. Dia cakap kalau jumpa pesakit yg muda-muda dia biasa akan tanya berapa orang anak, cukup tak, dan dia akan bagi info tu. Betul juga kan? ada orang dah ada anak, tapi struggle utk dapatkan seterusnya dll. Jadi info tu penting juga.

Akhirnya aku dapat sebab kenapa doktor yang seorang tu agak ambil berat pasal perkara ini (doktor-doktor lain pun ada tanya juga mungkin berkaitan kesesuaian ubat yang nak diberi). Rupa-rupanya beliau pun pernah TTC. Alhamdulillah hasil rawatan IVF beliau dapat seorang anak. Jadi tak hairan la kenapa beliau ambil berat. Mungkinlah, dia concern sebab dia tahu info tu dan dia faham keperluannya kepada orang yg memerlukan mcm aku ni la. Doktor ni siap bagi macam bisnes kad (secebis kertas dengan cop nama beliau) supaya kalau aku nak buat rawatan boleh minta jumpa dia terus. Baik kan? semoga Allah merahmatinya. Doktor-doktor lain di klinik ni pun baik-baik semuanya. Alhamdulillah

Sekian.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 28 Mac 2016. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 September 2019.

Ulasan / Tambahan :

Aku pilih post ini antara post awal aku publish semula sebab mungkin pembaca di kalangan umur lebih kurang aku, jadi ada yang perlu kejar masa sebab umur dah hampir 40 tahun. Semoga dipermudahkan urusan kalian. Aamiin.

Love

03 September 2019

Bersambung :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010

Post berkaitan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

No comments:
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 3 Mac 2016. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 September 2019.

Tajuk sangatlah straight to the point kepada isi cerita.
Takut ada yg terlepas info penting ini. Rasanya penting bagi aku kongsikan bersama kalian yg memerlukan.

"Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun"
Maksud aku, jika umur kita 40 tahun dan ke atas (yg aku faham umur si isteri) dan kita pergi ke klinik kerajaan (step pertama bermula di klinik kerajaan) dengan tujuan utk dapatkan rawatan kesuburan di hospital kerajaan kes kita tidak akan di 'proceed' atau tidak akan di terima (istilah mudah).
*Maksud di sini limit umur, mungkin ada syarat lain.

Ayat lebih mudah, ada limit umur utk pihak klinik menerima kes kesuburan. Umur pesakit mesti kurang dari 40 tahun. Jadi, peluang yg tinggal hanyalah mendapatkan rawatan kesuburan di klinik dan hospital swasta.

Dari mana aku dapat info ini? dari seorang doktor klinik kerajaan. Jadi jika umur kita kurang dari 40 tahun sekarang ni, pertimbangkan betul-betul, betul ke nak tunggu lagi? betul ke tak nak usaha dah? sebab peluang utk buat rawatan di hospital kerajaan akan berakhir beberapa tahun lagi.

Macam aku sebagai contoh. Umur 35 tahun sekarang (2016). Dulu aku pernah buat rawatan kesuburan di hospital kerajaan sekitar tahun 2009. Rawatan dibuat sampai peringkat IVF-ICSI, keputusan : rawatan gagal. Jadi sekarang kalau aku nak buat lagi rawatan, kena ulang step pertama di klinik kerajaan dan umur aku mesti kurang dari 40 tahun.

Begitu juga bagi yang struggle nak dapatkan anak ke dua, ke tiga dan seterusnya jadi perlu la ambil kira umur ni.

Tapi... katakanlah sekarang ni umur kita dah pun 40 tahun atau lebih sikit dan baru tahu perkara ini, dan rasa perlu sangat mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, nasihat peribadi aku, pergi jelah, cuba ya ... manalah tahu ada pertimbangan, manalah tahu, info aku kurang tepat, manalah tahu ada pengecualian, manalah tahu ada perubahan di selang waktu info ni aku dapat, aku sebar dan ketika anda baca. Andai kita tidak diterima, redhalah. Kita dah cuba. Semoga ada rezeki utk dapatkan rawatan di hospital swasta.

Macam mana aku dapat info ni?
Aku akan ceritakan lebih sikit dalam post seterusnya.

Macam mana nak mulakan rawatan kesuburan hospital kerajaan? In shaa Allah aku akan kongsi berdasarkan pengalaman aku membuat rawatan kesuburan sekitar 2009.
Mungkin ada perbezaan prosedur sebab dah lama kan? tapi boleh la dapat gambaran dan semangat sikit-sikit.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 3 Mac 2016. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 September 2019.

Ulasan / Tambahan :

Aku pilih post ini antara post awal aku publish semula sebab mungkin pembaca di kalangan umur lebih kurang aku, jadi ada yang perlu kejar masa sebab umur dah hampir 40 tahun. Aku berumur 38 tahun dan suami aku berumur 40 tahun pada tahun ini (2019). Semoga dipermudahkan urusan kalian. Aamin.

Love

02 September 2019

Sambungan :
Macam Mana Dapat Maklumat Itu?

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

No comments:

Sambungan dari post Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1

2013 - Saya mula sibuk dengan bisnes online. Bisnes kecil je, tapi busy yang amat. Masa ni dah jarang menulis di blog irtiyah. Pernah cuba blogging guna nama pena lain di blog lain tapi terbengkalai setelah hanya beberapa post.

2016 - Saya menghilangkan diri dari dunia blog. Blog Irtiyah ini saya private kan. Semua pembaca melihat paparan yang sama. Tiada pos baru yang saya tulis. Malah saya rasa blog ini dah berakhir. Sebelum itu saya memang dah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berhenti menulis.

Kenapa saya berhenti? ada beberapa sebab tapi mungkin biarlah, benda dah berlalu dan sekarang saya rasa sebab untuk menulis lebih kuat.

2019 - Setelah lebih kurang 3 tahun, saya kembali menulis di blog ini beberapa hari lepas iaitu pada 26 Ogos 2019. Saya sengaja pilih tarikh ini untuk buat come back iaitu sempena ulang tahun perkahwinan kami ke 13. Post-post lama saya privatekan sebab itu pembaca hanya melihat post yang bermula 26 Ogos 2019 sahaja. Sekarang saya cuba menulis dan tulis dan tulis, In shaa Allah. Terharu bila ada pembaca-pembaca yang welcome saya menulis kembali.

Kenapa saya kembali menulis? Yang ini mungkin saya boleh kongsi suatu hari nanti.

Terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong dan meyakinkan saya kekal menulis baik sebelum saya stop 3 tahun tu mahupun sekarang.

Semoga semua baik-baik sahaja selepas ini ❤️


Love

01 September 2019

Post berkaitan :
Mana Post Lama?
Sebab Aku Kembali Menulis