Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1

Mungkin ada pembaca lama blog irtiyah yang terjumpa semula blog ini, salah satu sebab pernah like page facebook Blog Irtiyah. Jadi bila saya post link ke sana, membawa pembaca ke blog ini semula.

Jadi mungkin ada yang tak ingat pun tentang blog ini atau kisah TTC saya, jadi saya cerita ringkas. Yang panjang lebar kemudian hehehe
Ringkas ke? Saya kalau tulis jarang ringkas.. kan? Harap bertabahlah pembaca sekelian hehehe

2006 - Kami melangsungkan perkahwinan. Saya masih belajar tahun akhir di UUM bidang pendidikan, bakal guru. Suami kerja swasta di KL / Selangor (KL dan Selangor ni macam satu tempat je bagi saya. Terutama kawasan dekat dengan sempadan). Kami orang Johor.

2007 - Habis belajar, sementara tunggu posting sebagai guru di sekolah kerajaan, saya terjebak dengan blog. Sebagai personal blog atau online diary. Segala mak nenek saya tulis.
Termasuklah tips temuduga guru, dari sini blog saya ada pembaca dari kalangan bakal guru / guru.

Saya awalnya tak mendedahkan indentiti. Berselindung di sebalik nickname irtiyah. Rasa bebas menulis sebab saya bukan jenis outspoken atau terlalu terbuka di luar.

Penulisan tentang TTC mula semakin banyak. Cerita sentap menyentap, kena smash, tips-tips dan usaha yang saya cuba untuk mengandung. Rakan-rakan blog semakin ramai sama ada rakan TTC mahupun bukan.
TTC ringkasan istilah 'try to conceive' (usaha untuk mengandung).

2008 - Saya mula berkerja sebagai guru kerajaan di KL / Selangor

2009 - 2010 Saya mula membuat rawatan kesuburan di hospital kerajaan sehingga peringkat tertinggi iaitu IVF-ICSI (bayi tabung uji). Suami isteri ada masalah kesuburan. Major problem pada suami saya. Suami kategori Oligospermia + Asthenospermia. Saya pula Polycystic ovary syndrome (PCOS).

Dalam tempoh ni saya mula rasa tak selesa berblog. Mula banyak sebab kenapa tak nak terlalu terbuka menulis. Saya mula letak password pada post / entri tertentu. Limit untuk pembaca yang saya rasa betul-betul perlu cth belum mempunyai zuriat dll. Lebih kurang 600 orang pembaca saya dari kategori ini berdasarkan jumlah alamat email. Saya minta maaf sepanjang menguruskan post berpassword ni jika ada kesilapan dan pengabaian privacy pembaca. Cth saya cerita atau bagi suami saya baca atau saya petik kes-kes tertentu untuk saya cerita dalam post atau di luar dll. Saya juga mengamalkan budi bicara, ada juga mereka yang tak cukup syarat tapi saya beri password. Yang ni pun saya mungkin tulis post lain kemudian. Banyak betul benda nak cerita hahaha

Rawatan tersebut gagal. Seingat saya doktor yang consult result pun tak dapat terangkan kenapa gagal. Proses IVF-ICSI berjalan lancar, semua ok. Saya turun darah (bersama ketulan putih) / period / gugur setelah lebih kurang 4 minggu dari tarikh memasukkan embrio (embrio adalah keadaan sperma dan telur dah disenyawakan dan menghasilkan sel-sel). Masa tu kalau tak silap seminggu sebelum temujanji untuk pastikan saya mengandung atau tidak. Ujian darah dibuat, keputusan - tidak mengandung. Kami tidak merancang untuk mencuba rawatan sama dalam masa terdekat.

2012 - Saya pindah balik Johor. Mengajar di sekolah baru tak lama, 3 bulan sahaja. Saya letak jawatan. Saya anggap saya tak mampu, saya bukanlah cikgu yang baik, saya stress dengan kerja.


bersambung..


Love

29 Ogos 2019

Sambungan :
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

Post berkaitan :
Mana Post Lama?

No comments:

Post a Comment

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)