Sunday, November 8, 2009

Giler Stres 1

Tadi kak izawani hantar komentar dalam entri Rawatan Kesuburan (Hospital) 5 tentang kesan Clomid ada yang mendapat stres.

Baru aku terfikir.. mungkin Clomid buat aku jadi macam ni? --> Giler Stres

Baca dari forum ;

Clomid tidak menyebabkan kulit menjadi berminyak dan pusingan menjadi tidak tetap. Mungkin faktor emosi yang terganggu dan tekanan dan anxiety mempengaruhi kitaran haid puan dan juga stress. Ini kerana secara tak langsung ada pesakit mengalami anxiety kerana memakan clomid lantaran mengharap sangat. Faktor emosi ini yang sebenarnya menyebabkan gangguan haid.

Wallahualam.
Nini Hadi Fisham


Ayat tu aku petik utk jawapan orang lain. Bukan untuk aku tapi ada maklumat untuk aku.

define anxiety; http://www.google.com.my/search?q=define%3A+anxiety+&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a


Masalahnya.. Click Here To Read More! orang yang tak tahu aku stres. Sebab tu aku pelik.. apasal aku tak boleh rilex je sedangkan benda2 yang buat aku stres adalah benda yang biasanya aku berjaya tangani!

Sekarang nak cari salah? salah aku ? salah clomid ? salah orang sekeliling yang tak nak faham aku tengah makan clomid?

Cari salah tak dapat selesaikan masalah. Sekarang nak buat macam mana? Layan stres ni boleh jadi giler. Tak layan.. aku lagi stres.

Kenapa? Sebab aku ... letak diri aku tempat paling teruk supaya aku dapat nangis dan lepaskan stres. Baru lega. Sebab tu semalam aku rasa hari paling sedih dalam hidup aku. Sebab aku buat satu dunia yang sangat teruk dan aku duduk di dalamnya.

Aku buat sebab aku stres dan aku nak keluar dari stres. Dan yang buat tambah stres ialah aku tahu aku tak boleh stres tapi aku stres dan jadi aku lebih stres. Bolehker telur aku keluar dengan selamat kalau aku stres? Ya Allah...

Dan masalahnya... sampai bila ek stres ni? adoiii hai.

Tak faham? keliru? sakit hati? anda sedang membaca entri yang ditulis oleh seorang yang sedang stres dan berada dalam situasi stres itu mendapat sokongan hormon2 yang baru yang menyebabkan lebih galak stres.

Tiada-Komentar-Utk-Entri-Ini



Click Here To Read More!

Saturday, November 7, 2009

Giler Stres

Aku tak suka tulis atau cakap 'giler' walaupun kadang2 aku TERsebut. Tapi sekarang aku nak cakap. Aku giler stres. Stres giler. Stres. Giler stres. Giler ah! .. Click Here To Read More!
Sumber gambar : http://www.twolia.com/blogs/daily-beauty-break/files/2009/04/stress.jpg

Boleh gitu?

Tiada-Komentar-Utk-Entri-Ini



Click Here To Read More!

Friday, November 6, 2009

KB Dalam Kenangan



KB adalah panggilan untuk kucing ini. Orang yang bertanggungjawab memberi nama ini ialah suami aku. KB adalah singkatan dari 'Kepala Besar'. Memang kepala KB agak besar. Mungkin sebab dia dah tua? tapi memang kucing yang selalu dilihat kepalanya tak sebesar kepala KB.

Suatu hari aku tunjuk gambar ni pada kawan, kawan aku dengan terkejut kata "Besarnya kepala dia!".

Mungkin gambar yang aku tunjuk tu... Click Here To Read More! nampak macam tu sebab aku fokus pada kepala kot. Tapi memang kepala dia besar pun.

KB kucing yang datang menumpang. Kami tak pasti sama ada ia bertuan atau tak. Pada mulanya kami sedar kehadiran KB sebab selalu dengar kucing bergaduh.. KB ada banyak parut di leher terutamanya. KB tidur atas rak kasut aku. Mula2 dia akan cabut lari sebelum aku keluar. Tapi merasa selamat, KB melepak depan pintu rumah dengan suka hati. Sampai kasut aku kena turun pangkat duk tempat lain sebab nak bagi laluan pada KB.

Mula2 bagi makan sisa kami. Tapi kami sepakat membeli makanan khas untuk kucing. Tapi bukanlah jenama popular tu. Selepas itu KB tidak lagi garang. Tidak mencakar bila dibelai bawah lehernya. Kadang2 KB kejar kami bila baru sampai rumah sebab KB pun nak masuk rumah.

3 hari KB tidak kelihatan. Tertunggu-tunggu juga... Apa berlaku pada KB? Bila ada bau busuk di bilik belakang, siasatan dijalankan dan hasilnya jumpa KB dalam keadaan menyedihkan di luar bilik belakang.

Kini KB tiada lagi. Baki makanan KB masih banyak. Sedih. Baru nak menumpang kasih KB. Allah lebih sayangkan KB.



Click Here To Read More!

Thursday, November 5, 2009

Rawatan Kesuburan (Hospital) 5

Kesinambungan dari entri Rawatan Kesuburan (Hospital) 4

Sejak aku makan Clomid ini la entri pertama yang berjaya [InsyaAllah] di publish. Tinggal satu hari aje.. esok kena makan pil tu. Bagi sesetengah orang termasuk aku kesan sampingan ialah pening dan sesetengah orang tambah dengan loya. Aku tak loya kecuali sesekali macam rasa tak sedap kat tekak. Tapi makan ok je. hehehe

Sebaik saja telan pil kesan pening tu aku boleh rasai serta merta dan berlarutan sampai ke petang atau awal malam. Kalau di sekolah.. aku lawan je.. sebab kena bergerak cergas. Makan clomid ni kena minum air atau jus dengan banyak. Jadi bergelen-gelen [tipu] aku bawa dan minum. Kawan aku ada yang tegur.. Click Here To Read More! dia ingatkan botol air budak cina atas meja aku. Orang cina memang kuat minum air masak.

Tapi hidup aku agak terganggu sebab pening lalat ni. Walaupun begitu hati aku berbunga2 moga percubaan kali ni berjaya. Amin. Ramai yang positif dan aku harap aku pun begitu.

Oh ya tak semua orang akan pening makan clomid ni, sesetengah orang je pening. Sejak 2 minggu lebih kurang aku dah mula jaga makan, emosi dan pergerakan. Setiap kali nak angkat barang pikir banyak kali. Ada dua orang kakak kat sekolah tu pegi menunaikan rukun Islam yang ke 5, dan aku sempat mengirim doa. Memang aku cari juga peluang ni. Sebab nak kirim doa pun kalau tak kenal dengan orang tu macam tak patut pulak. Hehehe..

Ada seorang kakak tu cari adik2 yang macam aku kat sekolah tu ada la 4, 5 orang yang belum ada anak. Akak tu sendiri offer untuk kami kirim doa pada dia. Tengok.. kat sekolah aku je ada 4,5 orang.. itu yang memang dah dikenalpasti la. Yang lain tak perasan pulak. InsyaAllah.. aku boleh menghadapi ujian ini. Fikir yang positif dan jangan down sehingga kita beri kemenangan pada mereka yang memang nak lihat kita down. Dalam hal lain pun begitu. Jangan mengalah kerana mereka akan berjaya. Kuatkan semangat dalam setiap perjuangan baik kita. Dan sekurang2nya kita tak bersangka buruk pada semua yang bertanya. Mungkin ada yang betul2 ambil berat.

InsyaAllah selepas habis pening lalat aku akan tulis perkara2 yang bermain dalam fikiran aku. Antaranya kisah KB yang tinggal kenangan. Allah lebih menyayanginya walaupun kasih baru ingin berputik.

InsyaAllah.



Click Here To Read More!

Sunday, November 1, 2009

Rawatan Kesuburan (Hospital) 4

Ini adalah entri yang hanya akan difahami kalau baca entri berkaitan sebelum ni -> Rawatan Kesuburan (Hospital) 3.

Akhirnya cik puan P sampai juga hari ni. Penat aku tunggu.. menghitung hari demi hari. Ini bermakna hari ke 21 adalah hari Sabtu iaitu 21 November. Aku kena ambik darah pada hari tu. Sebab Sabtu, aku akan pergi hari Jumaat, awal sehari. Kebetulan tarikh tu adalah tarikh temujanji dengan doktor yang akan datang.

Bermakna sekali pergi je la. Rupa2nya Allah nak mudahkan urusan aku. Apa pun...
Click Here To Read More! mungkin pada temujanji akan datang tu.. doktor nak plan step seterusnya tapi aku rasa dia tak dapat buat apa2 lagi sebab hasil percubaan cycle kali ni belum dapat dipastikan lagi sebab baru hari ke 21.

Mungkin dia akan fokus pada keputusan counting sperm hubby yang aku kena bawa masa tu.

Ya Allah permudahkan urusan kami. Kuatkan hati kami. Kuatkan iman kami. Amin



Click Here To Read More!

Saturday, October 31, 2009

Watermark Tutorial

Nota dahi:
Anda perlu klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Kalau tidak.. buat sakit mata je la.

Saya suka buat tutorial macam ni. Disamping dapat membantu rakan yang bertanya, saya dapat berkongsi dengan orang lain yang mencari tutorial. Saya buat entri ni utk menjawab soalan syedzanina dalam shoutbox bertanya macam mana nak letak tulisan atas gambar, atau 'watermark'.

Saya gunakan paint yang ada di semua pc atau laptop. Satu lagi yang lebih user friendly dan suka saya guna ialah photoscape .

Bila anda buka paint, macam ni la paparannya.. buka gambar yang nak diletak watermark.

Nampak 2 anak panah berwarna merah tu? Mula2 tekan simbol 'A' tu. Setelah anda tekan.. tiada apa2 perubahan kecuali simbol A itu sendiri.

Terus sahaja tekan simbol pada anak panah kedua. Juga tiada apa2 perubahan kecuali highlight yang tertera pada simbol itu sendiri.

Jika anda memilih kotak satu lagi ...
Click Here To Read More! tulisan anda akan berada dalam kotak dan bukan transparent.


Tarik kursor anda di atas gambar di mana anda hendak meletakkan watermark. Kotak terhasil bersama kursor yang blinking dan anda boleh mula menaip.

Jika anda hendak mengubah jenis huruf dan saiz huruf, sila tekan view - text toolbar.

Anda boleh mengubah huruf dan saiz di situ.

Setelah selesai bolehlah save. Pilih save as..

Tukar jenis gambar dengan memilih JPEG. Kerana ia paling biasa digunakan dan sesuai dengan blogspot.



Click Here To Read More!

Friday, October 30, 2009

Amaran Allah

Walaupun bukan berlaku di tempat kita, aku yakin peringatan ini untuk semua manusia.



Sila baca.. Click Here To Read More! artikel iniuntuk maklumat lanjut. Subhanallah!



Click Here To Read More!

DISCLAIMER

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by http://irtiyah.blogspot.com and whilst we endeavour to keep the information up-to-date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website you are able to link to other websites which are not under the control of http://irtiyah.blogspot.com. We have no control over the nature, content and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, http://irtiyah.blogspot.com takes no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
irtiyah home - http://irtiyah.blogspot.com/ Home