Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019
Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid
Aku tersilap atau tersalah cara makan ubat. Tarikh jumpa doktor sebelum ni ialah 16 Oktober 2009. Ketika itu doktor bagi PROVERA. Sepatutnya makan 2 biji setiap kali. Kena makan 3 kali sehari. Ubat tu perlu dimakan 5 hari. Hari ke dua atau ketiga baru aku makan ikut sukatan betul. Sebelum tu aku makan 1 biji setiap kali. Jadi, ubat tu tak habis dalam 5 hari tapi dalam 7 hari lebih macam tu la. Lagipun aku mula makan tengahari pada 16 Oktober tu.
Sepatutnya aku period apabila habis makan ubat tu. Paling lama pun aku jangka hari ke 2 atau ke 3 lepas habis makan ubat. Hari ni dah hari ke 7 selepas habis makan ubat. Tanda nak period tu memang ada. Tapi dah 7 hari aku tunggu. Tak keluar juga.
Makan PROVERA ni menyebabkan emosi tak stabil [dari pembacaan]. Ada satu hari tu sampai 3 orang tegur sebab muka aku masam.
Jadi, sekarang aku nak tengok sejauh mana period aku degil kali ni. Aku kira hari ni adalah hari ke 47. Masih tak period gak. Degil ye ko.
Atas permintaan Alyza2311 dalam post sebelum ini.. aku kongsikan kalender kosong / jadual period tu. Sebenarnya tak ada formula tertentu. Jadi kalau nak kira berapa hari period kena kira manual dan catat dalam ruangan tersebut. Habis period baru boleh catat berapa hari kamu period bulan / cycle ketika itu.
Begitu juga kitaran utk cycle itu. Hanya apabila period seterusnya datang baru dapat kira berapa hari cycle sebelum itu. Ini kerana setiap hari pertama period merupakan hari pertama dalam cycle itu. Cycle yang normal ialah 28 atau 29. Kalau cycle kamu pendek atau panjang dari itu tetapi masih consistent setahu aku masih ok lagi. Yang kejap pendek kejap panjang macam aku ni kira tak regular la.
Cara aku tanda ialah aku tukar kaler font dan background utk sel itu sahaja. Terpulang pada kalian. Kalau kalian suka tanda di kalender kuda tu ok juga. Cuma sukar nak tengok perubahannya.Boleh rujuk post sebelum ni utk tengok macam mana aku buat.
Download melalui esnips ok. Klik tajuknya di kotak di bawah.
Maaf link dokumen dah tak valid. Jadi sila abaikan ya.
Harap bermanfaat. Ini bukanlah software atau jadual canggih, sekadar catatan biasa menggantikan kalender kuda. Hehehe
Nota : Post ini asalnya ditulis pada 29 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019
Ulasan / Tambahan :
Aku tak buang bahagian cerita aku share dokumen tu walaupun link dah tak valid. Sebab ada komen yang berkaitan. Kalau buang cerita bahagian tu, nampak pelik komen-komen tu.
Bab sedih-sedih, panas, terasa hati sebab kena usik ke, kena tanya ke, aku buang dari post asal.
Love

15 September 2019
Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan
Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun
kire skrg ni akak tunggu period jela..
ReplyDeleteada sambungan kan kisah ni?
tunggu....
Salam,
ReplyDeleteAkak, ermm...saya rasa saya pun kena belajar buat jadual period. Walaupun period saya consistent (Alhamdulilah), tapi saya masih takut. Sebab setahu saya, org yg periodnya consistent pun ada kebarangkalian susah nak dapat zuriat. Dan saya juga berasa sgt takut setiap kali membaca cerita2 kat sini, sbb saya tak tahu lagi diri saya nanti macammana. Hanya mampu doa yg terbaik.
Apapun, thanks sbb akak share semua ni. Sekurang2nya saya dah tahu skit2 tentang benda2 mcm ni.
salam
ReplyDeleteto intanizani;
tunggu period sebab nak start makan clomid. satu percubaan penting dalam cycle kali ini. tapi cycle tak bermula lagi. bila nak start period ek?
to insyirah;
ambil tahu memang perlu. sebelum2 ni akak memang tak ambil tahu langsung. Ada kawan yg lagi prob period. Akak ingat akak dah kira ok la sebab still datang walau lewat. Tapi insyirah jangan la risau tanpa sebab munasabah. Kerisauan itu sendiri satu sebab stress. tahu?
Akak adalah golongan tak-digalakkan-stres special tu. hehehe
salam......terima kasih byk2 Irtiyah,,
ReplyDeletetp lps tgk working yg Irtiyah bt tu sy ada try bt sndiri...sblm ni x penah terfikir plk nak bt working cmtu.biasa sy cuma catat kat dlm fon jer since 05 tp kalau tepon tu bt hal x tau la....hehhehe..apa2 pun 10sa a lot
Salam kak,
ReplyDeleteHarap kali ini menjadi :)
Hari tu sembang dengan seorang kakak tu
dia pun buat rawatan kesuburan
dia dapat anak lepas 3 tahun kahwin
anak pertama meninggal ketika 4 bulan dalam kandungan
Insyirah, anak tu rezeki Allah
Tak perlu risau2 :) redha kan saja semua
Semua kembalikan kepada Allah
Sabar dan redha itu perasaan yang sangat nikmat :)
Maka nikmat Tuhan manakah yang kau dustakan? [ar-Rahman] - erkk saja share ayat best ni
salam
ReplyDeletesakinah;
Amin..
Moga berhasil segera. Thanks.. ayat Al-Quran tu. Saya suka dengar terjemahan al-Quran macam ni. Sesungguhnya ia benar2 panduan hidup.
to Alyza2311;
ReplyDeletesama2.. tak pe... dah lama hubby suh letak di blog. tapi saya rasa mungkin tak ada yg berminat. tak semestinya alyza perlu guna. sekadar bertukar2 idea. :)
aku hanya boleh bersimpati bukan empati, tapi kadang2 aku rasa engkau tidak memerlukan simpati dari ku kerana perasaan mu lebih kuat dari ku...
ReplyDeleteto animnaim;
ReplyDeleteaku berusaha untuk kuat dan aku mengharap untuk kuat. Kalau kuat pada pandanganmu.. sebenarnya aku amat berkorban untuk itu. Aku berjuang. Ah... pedihnya perjuangan tu. Tapi setakat ni aku rasa ia berbaloi. Alhamdulillah.