Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

13 Tahun Usia Perkahwinan - Masih Menanti Zuriat


Pasti kawan-kawan tertanya juga apakah status terkini saya (kami) dalam perjalanan menanti zuriat kan?

Alhamdulillah beberapa hari lepas genaplah perkahwinan kami ke 13 tahun. Saya bersyukur dengan nikmat perkahwinan ini, semoga Allah kekalkan jodoh kami hingga ke syurga. Kekal bahagia. In shaa Allah

Ya, tajuk post ini sangatlah direct, betul kami masih menanti zuriat. In shaa Allah suatu hari nanti, Allah pasti akan hadiahkan kami anugerah teristimewa itu. Yakin ada rezeki ini. Aamiin
Tolong doakan kami ya :)

Alhamdulillah, di usia perkahwinan genap 13 tahun ini saya masih tidak berputus asa. Saya masih menanti zuriat kami dan bersyukur dengan perjalanan hidup ini.

Setiap kata-kata baik yang saya tulis adalah doa. Walaupun ada masanya rasa down, inilah cara saya untuk kekal positif dan melangkah ke hadapan. Janganlah fikir saya 100% positif sepanjang masa ya. Saya manusia biasa macam orang lain juga.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang telah memperolehi zuriat, mungkin seorang anak, dua orang, tiga orang dan semoga lebih ramai lagi zuriat kalian. In shaa Allah.. Aamiin. Jangan rasa jauh, kalian semua tetap kawan saya. :)


Love

28 Ogos 2019

Post berkaitan :
Bagaimana Aku Menanti Zuriat Pada Usia Perkahwinan 13 Tahun? 
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 1
Perjalanan Blog Irtiyah - Bahagian 2

6 comments:

  1. welcome back irtiyah, saya salah seorang silent reader irtiyah satu ketika dahulu, sampailah blog ada pasword then saya stop. good to see u dah start blogging.take care dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih atas sokongan. Saya terharu ❤️
      Semoga sis dirahmati Allah 😊 take care

      Delete
  2. Assalamualaikum sis irtiyah, welcome back.. saya pun dh stop menulis tapi sekali sekala menjengah2 juga ke rumah kawan2 lama ni especially kawan2 ttc.. n tq sbb blog sis banyak membantu perjalanan ttc sya dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Terima kasih welcome saya. Tahniah atas kurniaan Allah, zuriat yang dinanti.

      Alhamdulillah, semoga sharing saya tu Allah menerima sebagai ilmu yang bermanfaat. Aamin ❤️

      Delete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)