Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Hanya terdapat 1 post di halaman utama. Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 16 : Refer Ke HUKM / PPUKM


Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 April 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 26 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

Semalam adalah appointment di HUKM kali pertama selepas Hospital Ampang merujuk kes kami kepada Prof Dr. Zainul Razi bin Rashid di Medically Assited Conception (MAC) bahagian O&G di HUKM. Ini kerana Dr di Hospital Ampang tak ada kepakaran dalam kes sakit tuan dan mahu yang terbaik untuk kes kami. Dia kata, boleh di refer pada tempat yang lain dan mungkin lebih murah tetapi Prof Dr. Zainul ni memang pakar dalam kes kami.

Bagi yang membuat rawatan kesuburan atau apa-apa rawatan berlarutan macam ni, sangat penting ambil tahu dengan jelas perjalanan kes anda. Pengalaman saya, apabila doktor kita bertukar, kitalah sumber paling utama untuk menceritakan apa yang berlaku dan ujian2 yang dah dijalankan. Segala dokumen contohnya keputusan ujian atau prosedur yang diberi pada kita, mesti simpan elok-elok. Doktor baru kita akan minta dari kita terutama masa pertemuan pertama atau awal-awal tu. Kalau dapat simpan resit-resit lagi bagus, senang kita nak rujuk.

Semalam pun aku kena cerita pada doktor (pembantu Prof Dr. Zainul) perjalanan kes aku. Masa aku ditanya jenis ubat regularkan period pun aku tak ingat nama ubat kali pertama dulu. Ubat sekarang aku sure. Masa ditanya result ujian hormon pun aku tak boleh nak jawab. Aku cuma ingat tahap hormon tu area 'agak ok' walaupun bulan tu makan Clomid. Tapi tak dapat pasti bacaan kadar hormon untuk diberitahu.

Tak padahal malam tu aku dah study dan dah print jurnal atau catatan ringkas yang aku buat.

Kalau masih dalam pusat rawatan atau hospital yang sama, sistem dia memang ada dan boleh dicapai dengan mudah antara doktor, itupun masih memerlukan masa untuk doktor baca semua report tu sedangkan ramai pesakit menunggu. Tambahan kalau ada kesilapan yang jelas kita boleh tolong ingatkan doktor.

Namun yang pasti, semalam aku tercengang jugak bila doktor (pembantu Prof Dr. Zainul) cakap kat aku "Haa... cerita!" tapi aku tetap dapat pujian bila dia tengok jadual period aku hehehe tapi tak la aku tunjuk jurnal aku tu. Tapi memang aku refer kertas tu masa cerita kat doktor terutama catatan ubat aku tu.


Ok.. apa sebenarnya yang berlaku semalam?
En.Suami dapat appointment untuk Semen Analysis. Kali ni Prof Dr. Zainul akan pastikan kategori Morphology yang dijangka abnormal. Sebenarnya susah juga nak explain. Hasil Semen Analysis sebanyak 2 kali di LPPKN melalui rawatan di Hospital Ampang sebelum ni, kedua-duanya menunjukkan keputusan 'Nill Morphology'. Keadaan ini menjadi tanda tanya 2 doktor di Hospital Ampang yang melihat result tu termasuklah mereka di HUKM. Pendapat para doktor2 tu, sepatutnya ada % walaupun sikit. Tak sepatutnya result tu ditulis 'Nill'. Namun kami semua masih positif dengan mengharap ada %. Mungkin ada kesilapan catatan rekod. Menurut En.Suami pun, orang yang tulis report tu orang yang sama masa ujian pertama dan kedua.

Jadi Semen Analysis di HUKM akan datang ni akan lebih jelas dan kalau ada % tu kategori mana. Maknanya kalau abnormal pun ada kategori rawatan yang sesuai.

Sumber gambar : http://www.healthcaremagic.com/

Menurut Prof Dr. Zainul.. kalau sperm tu kategori lonjong masih boleh buat IVF. Tapi kalau jenis 'bengkok berlengkok-lengkok'? [aku tak ingat istilah sebenar yang Prof guna] sperm jenis tu tak mampu nak menembusi telur kalau dibuat menggunakan cara IVF. Jadi akan guna IVF-ICSI. (rujuk Ulasan / Tambahan)

Untuk makluman;
IUI = sperm terbaik di masukkan ke dalam rahim ketika kehadiran telur dan akan bersenyawa sendiri.
IVF = sperm terbaik dan telur dikeluarkan dan disenyawakan dalam tabung uji. Setelah bersenyawa di luar ia akan dimasukkan ke dalam rahim.
IVF-ICSI = sperm akan disuntik terus ke dalam telur. Semua ni perlu di lakukan di luar dan barulah di masukkan ke dalam rahim.


Harap Semen Analysis akan datang ni memberi keputusan yang baik. Kami berharap ada % morphology untuk membolehkan IVF-ICSI tu dilakukan [paling tidak pun]. Ingatkan IVF cara paling tinggi rupanya ada atas lagi. Huhuhu.. dulu aku tak tahu apa pun pasal benda2 ni semua.

Scan
Scan dari bawah, masa diberitahu aku agak panik. Tak ready sebenarnya, lagipun 1st time. Scan ni nak tengok ada kepelikan macam cyst dan sebagainya. Aku dah seram sejuk sebab aku tak ready... [?] dan aku agak trauma dengan HSG dulu. Tapi En.Suami pujuk dan bagi kekuatan. Dia siap nak masuk tapi tak leh tengok pun sebab ada tirai hahaha... Tapi scan tu tak menakutkan pun ok je. Staf tu baik dan dia sorang je yang ada tak macam HSG dulu. Keputusan scan, Alhamdulillah tiada apa yang luar biasa dan kira normal.

Kos Rawatan
Kos rawatan IUI = RM550 tidak termasuk ubat2 dijangka lebih kurang RM1000 kot. Aku yang anggarkan sebab Embryologist tak sebut anggaran ubat-ubatan.
Kos rawatan IVF = RM8000 atau RM9000? aku pun tak ingat la.
Kos rawatan IVF-ICSI = ? tak tanya.... hmmmp [updated: melalui perkongsian maklumat oleh IRMA -Putrajaya yg meninggalkan komen ... Kos rawatan utk cara ini ialah antara RM 12 000 hingga RM 15 000. Gulp!]

Ni pulak yang aku bayar semalam;
RM30 untuk buka buku
RM20 untuk scan aku tu

Semen Anaylisis akan datang kena RM50 tapi belum bayar la. Kalau kat LPPKN sebelum ni tak silap aku kena RM20 ke RM30.

Fikir-fikir 1
Namun ada satu perkara yang bermain di fikiran aku, yang doktor di Hospital Ampang ada sebut tetapi tak bincang dengan Prof lagi, iaitu kalau ada kebarangkalian baby akan gugur kalau tak sihat.

Fikir-fikir 2
Ada orang pernah cakap dengan aku agar tidak terlalu cerita tentang masalah sperm2 ni di blog. Demi menjaga hati En.Suami hmmmp apa pendapat korang? antara aku dengan suami, kitorang clear tentang hal ni, aku minta izin. Dalam hati pun memang aku takut juga kalau dia kecil hati tapi kami setakat ni sependapat tiada apa yang perlu dimalukan. Sepertimana yang aku cerita dalam entri Menanti Zuriat : Isu 1 : Maruah? . Malah setiap kali ada komen menarik terutama entri rawatan kesuburan dari kalian.. dia selalu akan kata 'blog aku ni bagus dan memberi manfaat' [ececehhh puji diri sendiri nampak] Hehehe

Kalau para suami yang ada masalah hampir sama boleh kongsi pandangan tentang isu yang aku utarakan ni aku amat menghargai, kalau tak pun apa pandangan para isteri yang mungkin berada di posisi seperti aku.

Aku akui kali pertama nak berdepan dengan benda ni walaupun suami yang tengah ada masalah bukan senang. Ada satu insiden tu, ada seorang patient berdiri terlalu hampir dengan aku sambil mendengar sekali penerangan doktor tentang result Semen Analysis yang tidak berapa ok tu. Aku rasa macam nak err halau kot orang tu hehehe tapi aku tahu dia bukan sengaja ada kekeliruan ketika itu, oh ya masa tu dia 'bawa perut'. Erti kata lain, perasaan aku masih bercampur baur dan ada juga serba salah ketika buat entri ini atau ketika jelaskan pada orang yang 'menyibuk' sangat atau aku yang rasa aku perlu bercerita*. I need your opinion kawan-kawan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 8 April 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 26 Disember 2019 jadi bahagian komen pun mungkin ada sebut perkara yang dah dibuang dari post. Sila abaikan ye kalau terbaca komen yang tak ada bincangkan dalam post ini.

Ulasan / Tambahan :

IVF dan IVF-ICSI memang ada beza. Tapi aku rasa kalau sebut buat IVF, yang dibuat sebenarnya IVF-ICSI. Kalau tak silap kat MAC HUKM / PPUKM ni memang mereka buat IVF-ICSI sahaja. Maaf kalau salah info.

Tentang baby akan gugur atau tak sihat tu, sebenarnya aku baru perasan catatan jurnal tu, aku ada tulis doktor tak bagi clomid sebab dah tahu sperm ada masalah. Bimbang baby akan gugur atau tak sihat. So pada aku tak perlu risau sangat tentang rawatan IVF tu, mungkin masa aku tulis post ini dulu aku pun keliru maksud doktor.

Love

26 Disember 2019

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

39 comments:

  1. salam irtiyah,

    kalau fikir malu memanglah malu. tapi blog ini banyak memberi informasi. blog tempat berkongsi masalah orang macam kite. niat irtiyah bukan nak malukan suami, tapi kan nak berkongsi maklumat. sharing is caring right?

    sekurang-kurangnya irtiyah dapat bantu sahabat-sahabat yang lain, yang tak tahu nak start n buat macam mana. besar pahala tu.

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    sy rasa kalo org tu senasib dgn kita sure dia phm "nada" dan "perasaan" entry ni.
    Bagi sy ok je. Mana tahu nati kalo sy pun akan berhadapan dgn situasi ni, at least sy bleh suh asben sy baca blog ni.

    ReplyDelete
  3. kalu bagi umie kan..kat blog ni jer la cara kita nak berinteraksi dgn org lain..mana tau..dalam kita bercerita begini ada juga insan yang ingin berkongsi tentang pengalaman masing-masing atau ada insan yang baik hati mendoakan ada harapan utk kita utk dapatkan permata hati...umie suka cara akak luahkan dalam blog ni..memang setiap kali akak update blog umie akan baca sampai habis. umie kalu ikutkan nak buat hsg tp rasa mcm x ready je lagi ni..jiwa mcm kacau jer ni...

    ReplyDelete
  4. kak.. sabar jak ar. heee

    neway entri kakak sure bagi informasi utk org yang memerlukan. sama macam saya google dan perlu info pasal GSTT dulu.


    hee

    ReplyDelete
  5. Irtiyah,

    Blog awak ni sangat berguna...sangat detail..
    Tak pernah lagi saya dpat info sebegini rupa.
    Pasal bercerita tu..bagi saya...tak salah...sebab awak tak mendedahkan identiti awak..husband awak..

    Saya doakan yang terbaik..saya tau awak memang ada nilai-nilai keibuan..nasib baik awak ada anak-anak kat sekolah..

    Kalau awak bercerita kat dlm ni...awak bleh berkongsi pendapat dgn org lain kan..kalau somebody yg kita kenal rapat tu...dia caring...dia nak tau..sebab dia pun nak awak bahagia.

    ReplyDelete
  6. salam

    saya mempunyai masalah yang hampir sama dengan awak.. tapi saya takde guide dan lokasi saya yang berada di alor setar membataskan saya untuk mendapatkan rawatan pakar.. sini pun ada cuma belum dengar yang bagus2... kalo awak berhenti dari memberikan maklumat seperti telah awak buat sekarang, saya akan lebih lost.. jadi, saya merayu agar niat awak untuk berkongsi maklumat tu diteruskan.. awak bukan kutuk keadaan suami awak, kan? sekadar berkongsi maklumat.. dan saya banyak dapat berinteraksi dengan baik bila berjumpa doktor apabila membaca pengalaman2 awak dan saya boleh mendapat info yang lebih jelas tentang keadaan diri saya.. semuanya sebab tulisan2 awak ni yang menjadi inspirasi untuk saya... teruskan lah ye... saya akan kecewa kalo awak berhenti di sini... dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda berdua.. insyaallah....

    ReplyDelete
  7. salam irtiyah..
    blog awak mmg beri info yg bayk..at least mcm saya yg tak pernah nak buat rawatan kesuburan nie..dapat gak tau mcm ne process dia..so xde laa takut tak tentu hala..masalah bukan nye dtg dr awak..but both of u..same with others..husband saya pon baca jugak blog awak..dia ckp sgt detail..n gud..sbb dpt kongsi crita..hubby awk sure org yg kuat..hope he will be fine..u kene bg semnagat kuat kat dia..sama jugak ngan reader blog awak..sentiasa mendoakan awk berdua..peroleh zuriat satu ms nnt..amin..

    wish all the best for both of u..dear..juz dun give up..let ALLAH always with u all.. :)

    keep write it up..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum....

    abaikan je kata2 org2 yg x rasa keadaan kita.
    kita bukan hidup dalam zaman dulu kolot.
    kita berkongsi maklumat dalam masa yang sama membantu kawan2 lain yang ada masalah yang sama. pahala besar ni. dengan berkongsi maklumat ini jika kawan2 yg merujuk pada blog awk dapat zuriatkan baik tu. berkongsi kegembiraan bersama.

    ReplyDelete
  9. Salam semua....






    to TotYati ;
    Thanks yati.. moga-moga mereka mendapat manfaat dan mendoakan kami dan kawan2 di sini. Saya pun dapat melepaskan beban di fikiran dan rasa.







    to PUANSTOBERI ;

    Betul juga... sebab tu saya rasa dilema. Perasaan orang yang di luar keadaan kita tentu tak rasa apa kita rasa...







    to umie ;

    Terima kasih umie sebab mengambil tahu keadaan akak dan kawan2 kita di sini.. Moga2 benar kata umie moga2 ada kawan2 yang mendoakan kami dan kita.

    Tentang HSG tu.. jangan teragak-agak. Memang pengalaman akak tak berapa ok tapi ramai lagi yang dah buat rata2 kata ok aje... sengal je. Kalau umie risaukan resultnya nanti.. akak nak umie fikir... bahawa semua akan baik2 akhirnya. Kalaupun memang ada masalah.. sekurang2nya kita dah tahu dan kita boleh cari penyelesaiannya. Jadi tiada berita tak baik sebenarnya sebab akhirnya semua akan baik2 belaka. InsyaAllah... jangan tangguh lama2 ya.







    to vidadarisakura ;
    :) tq vi.. dari info jadi kenalan kan? kan?





    to Cikgu ILi ;

    Tq.. memang betul apa yang awak kata... dia memang nak saya bahagia.. dia takut kami akan hadapi masalah sebab benda ni. Tapi Alhamdulillah.. buat masa ni kami ok. Cuma saya minta pandangan tu.. bimbang saya je fikir begitu...






    to Anonymous on April 9, 2010 12:23 AM ;

    InsyaAllah saya akan meneruskan catatan saya dalam blog ini. Jangan bimbang ya. Sebenarnya memang asalnya saya agak dilema. Saya pun terharu membaca komen awak. Maafkan saya kalau dah buat awak rasa bimbang. Walaupun begitu saya akan cuba pastikan suami saya pun ok. Setakat ni memang kami ok... dan saya mengambil keputusan untuk meneruskan.

    Awak jangan bimbang ya. Semoga yang baik2 menanti awak di hadapan. Awak ada kawan2 di sini. :)






    to Melur Roslan ;

    Tq melur.. :) InsyaAllah saya akan terus menulis tentang rawatan ini, kini saya rasa blog ni bukan sahaja tempat meluah perasaan, ia bertambah menjadi catatan, kongsi info dan kini memberi semangat pada kawan2. Sekurang2nya di sebalik semua ni.. ada kebaikannya...






    to lilyana ;

    Tq ya.. kita teruskan usaha kita dan sokongan antara satu sama lain ya... :)




















    kepada SEMUA....

    Semoga kita sama2 memberi semangat antara satu sama lain... saya sayang kamu semua.... :)






    .

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Terpulang kepada pembaca..yg melihat positif tentunya mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  11. ni ber ada laman web yg agak berguna la jugak
    http://theadventurouswriter.com/blogbaby/
    tadi cari pasal irregular period, jumpa web ni....just nak kongsi

    ReplyDelete
  12. Salam





    to Sakinah;
    betul tu...
    ntahlah...








    to AnimNaim;
    Thanks.







    .

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum irtiyah...

    Saya dah lama baca blog cikgu nie cuma nie first time sy post komen. Seminggu sekali mesti saya baca blog nie coz mmg byk infomasi yg sgt berguna mengenai rawatan kesuburan. Saya pun belum ader rezeki dpt zuriat lagi, dah 6 tahun kawin. Saya ok cuma hubby ada masalh azoosperma. Saya refer kat Prof Zainul, HUKM juga. Tahun lepas buat ICSI kat HUKM tapi sedih sgt tak berjaya. ICSI kosnyer dalam RM12-RM15k w/pun saya keje gov still kene bayar psl MAC,HUKM tu swasta.
    Saya harap cikgu teruskan menulis tentang pengalaman rawatan nie ya.. teruskan usaha membantu mereka yg sama nasib macam kita nie

    Just nk share kalo nk byk informasi mengenai ketaksuburan bleh baca dalam laman web nie www.metro.com.my

    IRMA PUTRAJAYA

    ReplyDelete
  14. Salam kak,

    Akak keje kerajaan, kalau tak silap saya...suami bleh diletak bawah nama akak sbb dia suami akak. Jadi, dlm ongkos perubatan nnt mungkin dapat dijimatkan. Akak bleh buatkan GL letter utk suami sekali (sure akak lagi tahu prosedurnya).

    Saya doakan agar semua proses dan pemeriksaan berjalan dgn lancar. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan semuanya...Aminnn!

    ReplyDelete
  15. Cikgu,

    Terima kasih dengan paparan kali ni....saya ngan suami pun xpasti dan xtau pun pasal benda2 ni semua. Kami masih lagi berusaha sendiri sama2. Sekurang2nya dengan blog cikgu, kami dapat knowledge...thanks

    ReplyDelete
  16. Salam semua....





    to Anonymous on April 13, 2010 2:52 PM a.k.a IRMA PUTRAJAYA ;

    Terima kasih sebab kongsi maklumat dan pengalaman. Baru saya tahu kos rawatan tu ICSI tu.. Memang besar kos tu dan keputusan pula belum tentu kan. Allah Maha Berkuasa. Sabar ya. Saya pun mengharap agar ada sinar segera.







    to Insyirah ;

    Rawatan macam ni biasanya atas nama isteri. Kami daftar pun dengan nama saya walaupun mungkin suami yang ada masalah. Namun saya akan cuba juga la tanya akan datang macam mana.. InsyaAllah.







    to .:COCO'S: ;
    Salam perkenalan.... tak pe.. semoga ia dapat membantu awak dan suami.








    .

    ReplyDelete
  17. Salam Irtiyah..,

    Saya juga sedang menjalani rawatan kehamilan dgn Dr. Zainol Rashid PPUKM, mula2 segan juga pasal doktor lelaki..doktor pelatih pun ramai pulak tu time check-up..tp apa boleh buat nak anak punya pasal saya redha... Walaupun sudah 4 tahun kawin, saya & suami sentiasa sabar menanti.. insyaallah.. Segala info yg saudari beri amat berguna buat kami.. tq..

    ReplyDelete
  18. Salam




    to Juliana;
    Dalam kes kami.. walaupun doktor lelaki... dia yang terbaik dan mempunyai kepakaran. Masa saya buat rawatan doktor perempuan yang buat tetapi Prof Zainol ni yang akan beri guide.

    InsyaAllah sama2 kita berkongsi ilmu. :)





    .

    ReplyDelete
  19. thanx dear.banyak sgt maklumat yg informatif dlm ni.trimas.drp tak tau apa2, saya jd tau bila baca blog ni...tq

    ReplyDelete
  20. Salam Irtiyah,

    Sy pn mngalami permasalan yg lebih kurang sama sprt awak & sy sendiri accidently blogwalking kt sni ... it's gud sebnrnye..mmg byk info berguna yg sy perolehi dari blog awak nih(nah..awak sndri bole tgk positive feedbck yg kwn2 bg kan!..jika awak tak keberatan, sy ingin mengenali awak ..mebi kita bole bertukar2 info & share info dlm usaha kita utk mndapatkan zuriat ...dgn cara nih, kita mebi akn lebih mengenali permasalahan kita & sng bile b'jmpa doc kan..hopefully awk tak keberatan utk drop ur contact at syahira.akmal@gmail.com

    ReplyDelete
  21. @Anonymous

    Salam syahira. Alhamdulillah kalau begitu. Sebenarnya saya privatekan entri berkaitan yang terkini. Boleh baca di http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/senarai-menanti-zuriat.html

    InsyaAllah saya akan email saudari dan saya perlukan maklumat2 seperti dalam entri tersebut.

    Salam kenal

    ReplyDelete
  22. penuh debaran tiap kali baca proses Rawatan awak Irtiyah....

    tiba-tiba saya jadi sayu....
    Betapa pentingnya persediaan mental dan Fizikal untuk buat rawatan ni....

    Mekasih Irtiyah, sangat bermanfaat perkongsian kamu!

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..saya baca blog ni malam ni coz esok saya ada appnment dgn MAC HUKM untuk kes yang sama..senang-senang, jengah la blog saya di www.wanitaseluruhdunia.blogspot.com untuk berkongsi ataupun nasihat..tq..

    ReplyDelete
  24. sori zizie lupa tulis nama tadi..salam

    ReplyDelete
  25. @AniE

    betul anie.. perlu bersedia mental dan fizikal. perlu berfikiran positif selalu.

    Moga2 ada yang dapat manfaat.

    ReplyDelete
  26. AllahSalam irtiyah.
    Sy mempunyai prob yg samma dgn awk.hubby sy pun sperm nill.sy wat treatmnt ngn prof zanul first time di mac.Alhamdulillah skang sy hamil 7bln lebih.suami wat pesa.utk staf gov sebnrnya bleh claim semua ubt dn scan justt simpan reset dn minta borg JPA dikainter penerangan hukm.kos sy semua lebih kurg tm6500 .prosedur x bleh claim.sy wat icsi.so jgn give yer.sblm wat solat tahajud.hajat.ntaubt ari2.baca yassin ari2 n berdoa ngn penuh yakin.insya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Masa saudari tinggal komen ni, memang kami dah buat ICSI. Tak buat pesa. Tapi blm rezeki kami.

      Delete
  27. Prob tulis by phone

    ReplyDelete
  28. Saya baru baca entry ni..dan seronok membaca sebab mengalami situasi haampir sama...tp so sad sebab xboleh continue baca sebab ada password for next chapter...mcmana nak dpt pswd tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang olynn

      sila baca entri http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/senarai-menanti-zuriat.html utk mengetahui tentang password :)

      Delete
    2. Terima kasih irtiyah...

      Delete
    3. Dah baca..otak mantol...xfaham...tp saya ada emel kpd irtiyah...hope dpt jwpnnya nanti...

      Delete
    4. ok.. belum sempat balas email, dah olynn dah berjaya isi borang :)
      Saya dah bagi password tau

      Delete
  29. maklumat yang berguna

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)