Nota : Post ini asalnya dipost pada 4 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019
Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 9 : Keputusan Sperm Count Test
Pagi tadi dapat panggilan telefon dari bahagian Radiologi Hospital Ampang. Dia nak confirm kan temujanji hari ni pukul 2 petang.
Macam yang aku dah jangka aku selamat hari ni. Sebab aku belum period lagi. Ye lah, aku kan takut dengan spatula tu. Cik yang telefon tu macam terkejut je bila dia tahu hari ni hari ke berapa. Aku rilex je jawab 'memang tak regular'. Sebenarnya aku memang nak telefon, tak sangka pulak diorang yang telefon aku dulu.
Aku pun bagi cadangan untuk set appointment baru bila aku dah period nanti. Dia pun setuju. Selamat kejap, tapi nanti kena jugak agaknya kecuali tiba-tiba Allah bagi 'anugerah' yang ditunggu-tunggu hingga menyebabkan period tak datang-datang. Amin.
Nota : Post ini asalnya dipost pada 4 Januari 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Oktober 2019
Ulasan / Tambahan :
Ringkas sahaja post ni. Mulanya nak skip je, rangkum dalam post seterusnya. Tapi tak jadi sebab ada komen dari pembaca yang mungkin membantu pembaca lain. Post seterusnya In shaa Allah aku repost hari ni juga. Maaf ye sebab busy sikit kebelakangan ini.
Love

5 Oktober 2019
Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 11 : Keputusan HSG
Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun
ouh...kesuburan pon ade rawatan ke? xtau plak.hihi
ReplyDeleteAmin....
ReplyDelete;)
to aidi-safuan;
ReplyDeleteMacam-macam ada...
to intan izani;
Amin... :)kena berangan dulu
salam..tq kongsi pengalaman :) cerita kite sama. sy doakan awak k :) tetiba rasa sebak sgt baca pasal kegigihan + kesungguhan awak nie. Tq atas inspirasi. moga tahun nie memberi kite rezeki yg dinanti. sy g klinik swasta. da 7 bln dia kasik clomid. sgt buhsan!so bulan 12 sy stop. so tahun nie, insyaAllah nk pegi spital swasta or gomen. tgk la camne..erm..agak seram dengan spatula tuh.hehehe.tp kite redha + kuatkan semangat je la k :)
ReplyDeleteoh..salam kenal :)
JD~
Salam...
ReplyDeleteDik...teruskan usaha...I've been in the same situation like you for 5 years..macam2 dah lakukan.. start dari folic asid, clomid, HSG, laparoscopy..alhamdulilah after 5 years DIA bagi anugerah pada akak naturally...husband & wife kena support each other, Be Strong...
Salam semua
ReplyDeleteto anonymous [4/1/2010] aka JD~;
salam kenal. ooo 7 bulan ye amik clomid. Saya baru cuba sekali tapi kena stop dulu.. setelkan beberapa test dulu. Semoga tahun ni ada berita baik untuk kita. Amin
to anonymous [5/1/2010];
Terima kasih akak. InsyaAllah saya akan berusaha termampu saya. Gembira dengar kisah akak. Akhirnya.. sampai juga hadiah yang dinanti. :) Doakan saya kak.
Salam...
ReplyDeleteAkak pun sama, nak buat X-ray asyik tak boleh aje sebab period tak tetap dan 3 kali terlepas. sekali balik msia dan appoitment penuh, kali kedua pun sama appoitment penuh, kali ketiga kena masa cuti chistmas kat sini pulak. Dugaan. Dah lah kat UK nak dapat call ke pusat appoitment dah lah susah, sehari suntuk kena telefon, kadang kul 5 baru dapat. Kalau kat UK ini tak ada lah pilihan nak gi goverment ke swasta. Kenalah tunggu prosidur goverment sbb hospital swasta tak ada. Best tak semua goverment yang buat dan biasalah lambat dpt appoitment kat tapi puas hati dgn servis diorg. 7 tahun kami buat rawatan kat Msia, tak settle, alhamdulliah kat sini settle first stage ...nie dah kena stage lain pulak.

to Aryati Bakri;
ReplyDeleteSalam.
Memang susah. Ni pun ada insiden yang saya malas tulis kat sini. Akan datang mungkin. Sebenarnya dah tulis dalam keadaan tak puas hati. Tapi padam.. kena tenang dulu sebaik-baiknya.