Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Hanya terdapat 1 post di halaman utama. Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS


Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 12 : Sperm Count Test Kali Ke 2

2 hari lepas (17 Feb 2010) suami buat Sperm Count Test kali kedua.

Dalam report tu ada banyak kategori macam ;
Concentration [aku tak tahu apa]
Total Count [jumlah sperms..doktor tu panggil tentera.],
Motility [pergerakan],
Progression [aku tak tahu],
Normal Morphology [tentera yang normal] dan
Pus Cell [tak tahu jugak]

Dari kedua-dua test ni, test ke dua menunjukkan peningkatan kira bertambah baik la. Motility pula boleh diterima. Cuma normal morphology tu ada sedikit masalah. Normal Morphology ni penting kerana hanya tentera/sperma yang ini akan berenang dan bersenyawa dengan telur perempuan.

Dalam kes kitorang ni, tak ada Normal Morphology. Ada dua kemungkinan:
1. Sama ada sebenarnya ada Normal Morphology dari dalam tetapi masa dikeluarkan dia jadi tak normal disebabkan ada enzim yang mengganggu sewaktu perjalanan keluar. Jika ini yg berlaku, Normal Morphology tu menjadi tidak normal seperti ekornya hilang atau putus dan sebagainya. Dan penyelesaiannya ialah IVF - ICSI iaitu Bayi Tabung Uji.

2. Kemungkinan ke 2 ialah memang dari dalam pun tiada Normal Morphology dan ini masalah berkaitan genetik atau DNA. Yang ni, doktor kata susah sikit la. Masa doktor terangkan ni doktor minta maaf sebab menyampaikan kemungkinan ini. Well.. aku tak ada la buat aksi drama ala-ala tak boleh terima hakikat. Alhamdulillah dan InsyaAllah aku redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kami. Dan juga aku blurr bila dengar banyak terms baru dan bukan dari bidang aku. Kemudian doktor bagi kemungkinan suami isteri kena buat DNA test. Tapi nampak macam dia hanya bagitau supaya aku ada sedikit harapan. Aku andaikan dari apa yang aku tengok. Masa doktor nak jumpa suami doktor suruh nurse panggil tapi aku lebih selesa panggil suami sendiri. Isteri solehah gitu... perasan lak. Doktor sempat tanya masa aku nak keluar panggil suami 'Dia panas baran tak?' cepat aje aku jawab 'ohhh... dia cool..'. Agaknya doktor ni pernah kena serang dengan pihak suami ker? Alhamdulillah.. suami baik orangnya. Makin hari makin sayang. InsyaAllah.

Ok semua di atas ini hanya akan dipastikan kemudian kerana Hospital Ampang tidak ada rawatan untuk Sakit Tuan. Kes kitaorang dirujuk ke HUKM dan dengan baik hati doktor merujuk kami kepada pakar yang dia rasa memang sangat bagus untuk hal ini.

Pendekkan cerita, semua yang aku nyatakan sekarang hanyalah kemungkinan dari pandangan doktor pakar Hosp Ampang. Apa yang sebenarnya berlaku dan penyelesaiannya akan dipastikan apabila kitaorang rujuk ke HUKM lepas ni. Cuma dia bagi gambaran di HUKM doktor akan buat ujian TESA / PESA iaitu sperms akan diambil direct dari testis. Doktor kata proses ni buat dengan bius. Waaa.. seram tu...

Tentang aku pula, doktor ulas macam yang aku tulis dalam entri lepas. Doktor kata result HSG aku tu tiada masalah / normal. Doktor tak nak bagi aku clomid / ubat kesuburan sebab keadaan sekarang ialah masalah sperma tak sihat. Doktor kata kalau aku mengandung pun dibimbangi kandungan aku akan gugur atau kalau lahir merupakan anak yang tidak sihat.

Sementara selesaikan masalah itu, doktor nak bagi ubat untuk regularkan period aku. Dulu aku pernah buat dengan pil perancang selama 3 bulan. Hasilnya hanya ok bila makan ubat aje. Bila tak makan ubat dia kembali tonggang langgang. Kali ni guna ubat yang lain tapi setahu aku pil perancang jugalah. Doktor kata mungkin aku stress sebab tu period aku tak regular. Doktor mention juga mungkin sebab kerja aku sebagai cikgu ni menyebabkan aku stress. Sekaligus mengganggu period dan tentu ada kaitan dengan pengeluaran telur. Tapi aku memang perasan, kalau aku stress, period aku bulan tu mesti lambat dari biasa. Yang biasa pun memang dah tak berapa nak ok. Jadi kepada sesiapa yang sayang aku jangan buat aku stress. Haha..

Dan dia bagi juga Folic Acid. 13 Mac 2010 atau beberapa hari sebelum tu aku kena ambil ubat regular period itu lagi sebab dia bagi utk sebulan demi sebulan. Next follow up appointment aku dekat Hospital Ampang adalah 3 bulan dari sekarang. Iaitu pada 19 Mei 2010 dan aku diminta jumpa doktor yang sama dengan hari ini.

Doktor bagi surat rujukan untuk ke HUKM. Kena pergi sana baru dapat tarikh appointment pertama.

Sekian dari bilik berita. Jangan lupa senyum.


updat pada 20 Feb 2010 :
Rupa-rupanya dalam surat rujukan ke HUKM, doktor mention about aku ada PCOS. Pernah aku tulis yg aku agak memang aku ada PCOS tapi doktor tak pernah bincang atau mention secara lisan dengan aku. Doktor tukar ubat dari sebelum ni, dia kata ubat kali ni lain sikit. Mungkin sebab doktor ni anggap aku ada PCOS. Sebenarnya beberapa kali mula2 dulu aku dapat doktor A. Kemudian doktor B. Aku rasa yang doktor sekarang ni C, adalah PAKAR. Maklumlah dalam klinik ni mesti ada pelbagai position.

Dan aku perasan doktor ni ada banyak benda nak terangkan pada aku tapi dia tak buat.. mungkin tak nak aku pening/malu/susah hati. Sebenarnya doktor tak perlu risau... InsyaAllah saya tabah. Hehe

Nota : Post ini asalnya dipost pada 19 Feb 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 5 Disember 2019

Love

5 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

29 comments:

  1. salam...ada YM x? umie sekarang ni pun tengah nak wat test seperti awak wat ni..saya wat kat hospital putrajaya...

    ReplyDelete
  2. salam.. kite ni sama.. blum ade rezeki lg.. usia perkahwinan pun hmpir 4tahun.. saya pun baru jer nak mulakan rwtn kesuburan ni.. masih tgh mencuba.. apepon usaha + doa byk2... InsyaAllah.. sy penah dengar ade org yg menunggu 13thun, akhirnye dpt jugak anak.. yg penting dun giv up..;D

    ReplyDelete
  3. Cik Yah, Mr. Suami, Cik Umie dan Cik Murni,

    Saya selalu nasihat kepada Mrs. Isteri saya,

    1. Sabar dan alhamdulillah sebab kita ni pilihan Allah. Daripada berbillion-bilion manusia, Allah nak cuba kita. Bukankah dalam Quran ada beritahu, bahawa Dia tidak akan menduga seseorang hamba-Nya jika dia tahu hamba itu tidak mampu menanggungnya.

    2.Muhasabah diri, sepanjang kita hidup berapa banyak yang Allah beri kepada kita dan kenapa kita perlu sedih kerana Allah hanya menarik satu sahaja daripada kita.

    3. Setiap kali pergi buat rawatan, jangan hanya doa untuk dapat anak daripada Allah. Tetapi berbicara dalam sujud kepada-Nya untuk Dia berikan kita zuriat yang paling terbaik, beriman dan soleh serta berikan ketabahan dan kekuatan untuk terus menerima dugaan-Nya. Sekiranya ini adalah sebagai suatu dugaan, jadikanlah ini sebagai kafarah dosa kita supaya meringankan beban dosa kita semasa ditimbang nanti.

    4. Insya-Allah, pergilah buat rawatan kerana kita tahu jika berjaya, itulah yang terbaik dan jika gagal kali ini, Allah nak beritahu bahawa yang terbaik masih belum tiba masanya. (saya selalu pujuk Mr. Isteri saya, biarlah; anak-anak kita masih syok main kat atas. Kalau dia rindu kat papa dan mama dia akan turun, kalau tidak, dia tunggu kita berdua kat pintu syurga nanti).

    Insya-Allah, jika kami berdua sudah 14 tahun sabar menanti, mungkin adik-adik semua diberikan kekuatan untuk sesabar Nabi Muhammad ketika dihina dan dibaling batu di bumi Taif. Yang penting, jangan putus berdoa kepada-Nya.

    ReplyDelete
  4. entry yg saya rasa amat membantu sy skang ni. sy mmg blur je ttg rawatan2 ni dan rasa mcm belum bersedia sblm dpt tahu serba sedikit. dan entry2 awak berkaitan dgn treatment ni sedikit sbyk membantu saya. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Sharing is Caring. :)
    Dan..nasihat dari mr {mrs} arain tu sy rasa amat berguna utk kita semua yg mengalami situasi mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Salam semua;

    to umie;
    id YM saya : cikgusabar
    Semoga semua berjalan lancar. Jangan risau..





    to MURNI;
    Betul tu.. Allah lebih berkuasa. Kalau Allah memang nak bagi, tak mustahil. Kita minta yang terbaik, InsyaAllah dia beri yang terbaik. :)




    to arain;
    Semua yang Mr.arain tulis tu betul belaka. Semoga kita menjadi orang yang berjaya. Tak kisahlah berjaya yang macam mana yang penting Allah buat ni untuk kebaikan kita juga. Semoga berita baik menanti kita. Sabarlah semua. Teruskan usaha dan redha selalu.




    to Puanstoberi;
    Alhamdulillah.. semoga ada manfaat untuk semua. Jangan risau.. masalah kita walaupun sama, namun situasi tak sama. Mana tahu.. awak cuma perlu berusaha sedikit sahaja sebelum berjaya. InsyaAllah. Teruskan melangkah. Jangan risau. :)

    ReplyDelete
  6. to vidadarisakura;
    InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
  7. emmm.... sedeynya klu camni kan.... klu pompuan byk cara nak berubat... klu lelaki punya masalah susah nak berubat...

    ReplyDelete
  8. to lilyana;
    Semoga Allah memberi apa yang terbaik untuk kami. Saya pun tak pasti apa saya rasa.. sebab saya macam tak mahu fikirkan sangat. Tunggu ujian HUKM.

    ReplyDelete
  9. insha Allah ada rezeki nanti tu terus berusaha.. amin..

    ReplyDelete
  10. Irtiyah... akak dah tak tau nak cakap apa lagi, cuma doa saja akak boleh beri. Semoga Irtiyah bahagia dan tabah...

    ReplyDelete
  11. to izawani;
    Kak.. terima kasih tolong doakan saya. Terima kasih juga atas pandangan dan nasihat akak selama ini. Saya hargai.

    ReplyDelete
  12. lepas pmbedahan mengndng luar rahim dulu doktor ckp kemungkinan utk mengndung lagi tipis...

    tp rezeki tuhan tetap ada.

    sabar yer irtiyah. Berdoa & berusaha.

    ReplyDelete
  13. akak dah kawin berapa lama? saya yg baru nak masuk 10 bulan pun dah risau tak pregnant lagi.. tapi org pernah cakap mungkin saya gugur mungkin disebabkan anak itu bermasalah atau TUHAN tu nak uji kesabaran kita

    ReplyDelete
  14. salam kak..

    saya baru lepas gugur bulan 12 lepas.. takut juga kalu tak dapat mengandung lagi.. sama2 kita doa ye kak :)

    ReplyDelete
  15. Salam semua..

    to Kuina;
    InsyaAllah kak... kawan saya dapat cancer peringkat 4. Dengan kimo dan sebagainya.. tiba2 dia mengandung. Tapi sebab dah terscan.. or x ray.. baby tu gugur. Walaupun tak menjadi.. tapi dia pregnant tu pun dah keajaiban. Kalau Allah nak bagi... dia akan bagi. Saya akan terus usaha. InsyaAllah.






    to numi;
    Lebih kurang 3 tahun setengah la... sabar ya. Sama2 kita usaha. Walau apa pun sebabnya yg kita fikir.. Allah beri apa yang terbaik utk kita. InsyaAllah.







    to Wanita itu;
    Kita tak keseorangan. Ramai rakan senasib di sini dan di luar sana. Masyarakat pun InsyaAllah makin matang. Harapnya kita sabar la sikit. Dengan kesabaran itu kita pasti dapat ganjaran yang amat baik. Amin.

    ReplyDelete
  16. Saya doakan agar Puan berjaya dalam usaha murni ini InsyaALLAH, ingatlah ALLAH akan menguji hambaNYA yang beriman. Semoga terus ikhlas untuk redha dengan ujian ALLAH ini.

    ReplyDelete
  17. to anonymous;

    Terima kasih saudara/ri.. kata-kata anda makanan semangat kami. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...

    apa cite skrg? mcm mana dgn rawatan seterusnya?

    ReplyDelete
  19. Salam,
    saya berkahwin hampir 10 tahun masih berdua + sorang anak angkat prp..
    semua procedur yang anda buat tu saya dah buat. except for IVF.. costly.. saya n hubby x mampu... teruskan berusaha & berdoa,,, sehingga kini saya n suami masih berusaha...sama-samalah kita berdoa...ameen

    ReplyDelete
  20. to lilyana ;
    En.Suami dah dapatkan tarikh appointment bulan empat nanti... saya dan dia akan ke HUKM.






    to anonymous;
    Tahniah kerana tidak putus asa. Setiap usaha itu tidaklah sia-sia.. tentu ada ganjaran di sana. Semoga kita tergolong di kalangan orang yang untung... Amin. :)

    ReplyDelete
  21. hai,saya pun tengah berusaha untuk dapatkan zuriat, apa pun kita banyakkan doa. sabar, mungkin saat ini, inilah yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
  22. Salam



    to aruza;
    Sama2 la kita berusaha ya InsyaAllah. :) Jangan lupa baca sticky entry di laman utama http://irtiyah.blogspot.com/2010/04/senarai-menanti-zuriat.html




    .

    ReplyDelete
  23. salam..

    saya begitu tersentuh dgn tulisan mrs arain ttg anak2 kita - biarlah; anak-anak kita masih syok main kat atas. Kalau dia rindu kat papa dan mama dia akan turun, kalau tidak, dia tunggu kita berdua kat pintu syurga nanti).

    semoga saya juga dapat kuatkan semangat sbagaimana Mrs. Arain dan Kak irtiyah...

    Akak, apa keputusan rawatan utk Mr. Suami?

    -najihah-

    ReplyDelete
  24. salam....saya juga sdg menjalani rawatan HUKM...usia perkahwinan 2setgh tahun....saya redha dgn semua dah harapan begitu besar mg usaha rawatan d HUKM ini membuahkan hasil...kwn2 semua...percaya dan yakinlah dgn janji Allah.....(adil)

    ReplyDelete
  25. @Anonymous

    Salam

    Sorry Najihah, akak x perasan komen najihah ni. Rasanya bila baca 1st time duk tangguh nak balas, terus terlupa.

    InsyaAllah.. semoga kita semua kuat.

    Sekarang dah bulan Disember 2010. Mr Suami kena improve count dan motility. Harapnya berjaya.

    ReplyDelete
  26. @Anonymous

    Salam

    InsyaAllah.. teruskanlah usaha. Sebenarnya semua ni di bawah kawalan Allah, kita hambaNya x tahu jalan keluar, kita usaha apa2 terdaya dan terus munajat. Moga2 Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  27. Ms. Irtiyah,

    saya ada kes sama mcm Puan, doctor cakap saya normal, suami ade morphology 9% sahaja, doctor ckp normal 30% keatas, nanti kena repeat 2nd semen analysis tgk result mcm mane, so skrg ape perkembangan terbaru Puan?suami macam mana?

    dari : ms.olaoyienscooby

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)