Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Hanya terdapat 1 post di halaman utama. Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog.

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 14 : Perkembangan

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Disember 2019

Sambungan dari post sebelum ini iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 13 : Masalah Sperma & PCOS

Terima kasih kepada kawan yang bertanya perkembangan terkini rawatan ini. Ini menunjukkan dia ambil berat tentang aku atau ilmu yang dikongsi di sini. Walaupun antara berat aku dengan ilmu, tentunya berat aku lebih berat. Hehehe.. aku gurau je.. walaupun tentang berat aku tu bukan gurauan. Hehe

Siapa boleh bagitau, kenapa ruangan majikan ni ada tulis SEKOLAH? kenapa tidak cawangan atau jabatan kerajaan atau swasta lain? Pelik tak?

Ini adalah borang yang perlu diisi untuk mendapatkan rawatan kesuburan di HUKM memandangkan kes kami perlu di rujuk ke bahagian pakar di sini yang tidak ada di bahagian pakar hospital yang biasa kami pergi (Hospital Ampang).

Tadi pergi hospital ambil ubat betulkan period untuk kitaran kedua. Ubat yang diberi ialah ubat perancang last makan untuk kitaran pertama adalah pada hari Khamis lalu iaitu 11 Mac 2010. 12 Mac hingga 18 Mac tidak akan makan ubat.. dijangka dalam 7 hari ini aku akan period. Malangnya dah hari ke 4 ni.. period masih tak datang. Adakah rahim tidak respon pada ubat jenis ini?

Masa aku makan ubat jenis sebelum ini [3 bulan makan ubat jenis lain utk tujuan yang sama] period akan datang dengan elok dalam tempoh makan ubat. Namun kembali tonggang langgang setelah ubat tidak diambil.

Kalau sekarang ni aku tak makan ubat yang sedang dibekalkan, aku rasa dah period walaupun tak regular. Camner ni? Hari tu aku dah tanya doktor macammana kalau tak period? dia kata biasanya akan period dia jawab macam tu tak kan aku nak argue lebih2 dia kan pakar.

Satu yang aku perasan, dah 2 minggu tumit kiri aku sakit. Menurut rawatan refleksologi ia berkaitan dengan sistem peranakan. Takkan ubat ni telah mengganggu sistem peranakan aku pulak? mungkin tapi aku positif mungkin sistem peranakan aku sedang mengalami kejutan budaya demi untuk kesembuhan period yang tonggang langgang kot.. layannnnn. Pada 19 Mac 2010 ni tak kira apa berlaku ubat untuk kitaran ke dua perlu dimulakan.

Nota : Post ini asalnya dipost pada 15 Mac 2010. Aku review, ubah suai dan post semula pada 10 Disember 2019

Ulasan / Tambahan :

Selepas bertahun-tahun rasanya dapat dah logik kenapa kat borang tu tulis sekolah. Sebab untuk pesakit yang masih bersekolah kot hehehe

Love

10 Disember 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 15 : Kos Rawatan Kesuburan

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

8 comments:

  1. assalamualaikum irtiyah. semoga usaha berjaya. kakchik pun masih berusaha untuk zuriat w/pun kina sudah mencecah 8 tahun perkahwinan kami.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Eh..ada sekolah plak yer..tentu borang khas utk cikgu. Hehe.
    Sakit tumit belah kiri tu maknanya ada masalah bhgn peranakan ker?? alamak..sy mmg slalu rasa sakit tang situ..tp tak la sakit terlampau.. Ala2 terasa manja2 gitu je. Emm..kena kaji gak ni kan.

    ReplyDelete
  3. umie hari tu memang bertindak balas ngan ubat tu..tp period pun on time..tp bulan ni tunggang langgang lagi..dah 3 bulan lepas makan ubat jadi lagi ni...

    ReplyDelete
  4. Salam kepada semua...

    to kakchik ;
    Terima kasih mendoakan saya. Semoga usaha akak juga berjaya. Sama2 kita berusaha dan bersabar ya. Salam kenal.











    to PUANSTOBERI ;
    Hmmm.. kenapa ada borang khas untuk cikgu? Kalau betul lah... masih lagi saya rasa pelik. Tak gitu? Sebab kalau ada khas untuk polis, khas untuk jurutera, khas untuk peniaga... perlu ke? Hehehe..

    Tentang tumit.. rasanya memang begitu.. tapi tak tahulah ...tak pernah guna cara refleksologi pun. Cuma tahu la tanda2 tu.















    to umie ;
    Hmmp... kalau macam tu sama dengan pengalaman pertama saya dulu. Yang ini belum nampak perubahan.. makin merisaukan ada la... tak pe.. jangan putus asa mencuba :)

    ReplyDelete
  5. to Melur Roslan;
    Thanks...
    InsyaAllah.. doakan saya tabah dan berjaya hendaknya. Amin :)

    ReplyDelete
  6. rasanya ruang majikan/sekolah tu bg yg dah bekerja kena la isi nama majikan, kalau yg masih sekolah isi la nama sekolah...maybe kalau ada student ke apa....

    ReplyDelete
  7. .









    to animnaim;
    Logik...logik...logik [sambil angguk-angguk kepala]











    .

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)