Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

Peringatan: Apa yang aku tulis adalah untuk tujuan berkongsi ilmu pada yang tak tahu dan mereka yang nak ambil tahu, mungkin ada masalah sama dengan aku. Juga sebagai catatan untuk aku.

Hari ini aku ambil cuti rehat, ada temujanji doktor. Dari semalam aku rasa risau, aku bayangkan doktor akan buat proses-proses yang menyakitkan dan memalukan terhadap aku. Tapi sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangi.

Menurut doktor, ujian darah aku dulu ada beberapa tujuan. Yang aku ingat dulu ada 4 tujuan. Tapi doktor kata baru ada keputusan hormon tiroid. Keputusannya aku normal Alhamdulillah. 3 ujian lagi belum ada keputusan.

Bila doktor tanya tentang kitaran haid (period cycle), aku dengan senang hati tunjuk jadual yang aku buat sejak beberapa bulan sebelum kawin. Jadi wahai anak dara, kakak-kakak, ibu-ibu dan makcik-makcik di luar sana, tolong tanda kalender anda dengan hari-hari anda didatangi period (haid). Ini amat penting untuk dijadikan rujukan kesihatan sakit puan. Kita tak akan jangka apa penyakit yang akan datang, bila diperlukan kalender seperti ini amat membantu. Terutama mereka yang sedar ada masalah period tak regular. Macam aku.

Apa yang aku maksudkan tak regular ialah: Kitaran yang normal ialah 28 hari, hari pertama period adalah dikira hari pertama dalam kitaran. Sehingga kita period pada bulan seterusnya. Jadi, berapa kitaran haid anda? adakah normal? Kalau aku, kitaran boleh mencecah 35 hari, kadang-kadang 45 hari. Kiranya tiap-tiap bulan dia akan datang cuma lambat. Itulah istilah yang biasa orang guna, tapi sebenarnya period tak regular.

Period tak regular ini menjejaskan peluang dapat baby sebab sukar menentukan tarikh subur. Kalau yang tak tahu, tarikh subur adalah hari ke 12 hingga 16 dalam kitaran haid yang normal tadi. Paling peak day ialah hari ke 14. Sedangkan sperma hanya akan bertahan 48 jam dalam tubuh wanita. Kalau sperma tidak ada pada hari yang tepat (subur) maka persenyawaan tidak akan berlaku.

Oleh itu, kitaran haid normal adalah penting. Untuk itu, doktor bekalkan aku pil hormon selama 3 bulan. Dimakan start hari pertama period bulan depan, dimakan selama 21 hari dan rehat 7 hari sebelum memulakan pemakanan untuk bulan 2 dan seterusnya. Dalam tempoh rehat 7 hari tu sepatutnya period datang. Erti kata lain, bila makan pil ini, period tak akan datang. Andai kata, dalam tempoh 7 hari rehat tu period tak datang, dan hari ke 8 (juga hari pertama untuk bulan ke dua) baru period datang, pemakanan pil untuk bulan ke dua tu mesti diteruskan juga. Pil ini untuk betulkan kitaran haid aku tu la.

Tapi sekarang aku dapat untuk sebulan dulu. Untuk bekalan pil lagi 2 bulan seterusnya aku kena ambil di hospital pada masa akan datang. Bulan ke 4, doktor tak bagi sebab nak tengok kitaran haid aku dah ok ke belum. Oleh itu temujanji seterusnya adalah 4 bulan akan datang. Iaitu pada 25 Sept 2009 pukul 10 pagi. Aku tanya juga pada doktor tentang tanda-tanda bulu-bulu di muka, merujuk kepada PCOS. Tapi doktor kata, itu kita cek kemudian. Nak berubat kena ada prosedur, step by step. So, buat masa ni kena betulkan kitaran haid aku dulu.

Lepas tu, aku kena scan kat perut. Mulanya aku serba salah sebab pundi kencing aku penuh. Tetiba pegawai yang nak scan tu tanya,

Pegawai scan : "Pundi kencing penuh ke?"

Aku : "Ya" kata ku cuak. Alamak... mesti proses scan luar biasa, aku akan terk***ing ke kejap lagi gamaknya? -dalam hati la

Pegawai scan : "Memang kita nak pundi kencing penuh. Kalau tak, tak nampak"

Aku : "oooooooo" baru aku tahu. Ehehehe

Aku tanya pegawai tu, nak scan apa, dia kata nak tengok rahim aku, sistem peranakan la tu. Segala-segala yang ada kaitan dengan peranakan. Dalam slip scan tu ade tulis Uterus, ketebalan tisu Endometriosis dan kilang ovari. Masa scan, dia letak gel jernih kat perut. Macam ibu-ibu scan baby tuuuu. Keputusan scan ialah semuanya normal. Alhamdulillah. Bila doktor tadi tengok keputusan scan pun dia macam wonder yang peranakan aku normal je rupanya.

So, sekarang ni aku lega la, terutama tentang scan tu. Mendapat ubat hormon memang aku dah jangka dan aku harap inilah jawapannya. Kalau tidak, aku akan bersabar dan berusaha lagi. Aja Aja Fighting!! Muaaaahahahahahahaha

Abang, Terima kasih kerana menjadi suami yang baik. Tersentuh hati aku bila tengok kesungguhan dia membuat nota, mencatat segala butir-butir yang berlaku sepanjang pertemuan aku dengan doktor di hospital tadi. I love You. 😘



Nota : Post ini asalnya ditulis pada 20 Mei 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Bila dah lama, baru aku tahu ubat hormon yang dimaksudkan di atas tu adalah pil perancang. Memang biasanya kaedah ini untuk betulkan period, setahu aku la.

Kitaran haid dikira dari hari pertama period hingga period seterusnya. Hari period seterusnya tu kira kitaran baru. Kadang-kadang aku terlupa juga nak catat, so sebaiknya recall yang paling dirasakan agak tepat dan catat segera. Kitaran haid tak sama dengan tempoh period.

Sekarang dah canggih, boleh catat dalam smartphone, asalkan buat backup. Kalau tak yakin, backup plan catat pada kalender meja / kuda yang kertas tu. Kalau perlu jumpa doktor pada aku buatlah catatan di kertas, macam tak sesuai hulur kalender kuda atau smartphone pada doktor kan? Kadang-kadang doktor tanya bila tarikh awak last period? Haaa.. macam mana nak jawab tu kalau tak catat tarikhnya. Pandai-pandai la korang nak catat macam mana.

Aku tak ingat dari mana sumbernya dan sejauh mana kebenaran, iaitu kalau kitaran haid tu lingkungan 28 - 35 hari masih dikira normal. Maaf ye kalau salah maklumat. Setelah bertahun-tahun berlalu ni, period aku ada perubahan agak baik. Yang bawah ni rumusan je. Catatan yang sebelum Aril 2011 tu aku malas nak cari.

2011 - 33, 42, 37, 49, 34, 37, 33, 35 (Rekod yang ada start bulan April)
2012 - 36, 41, 40, 36, 39, 36, 38, 37, 38 (9 kali)
2013 - 44, 36, 38, 33, 21, 44, 23, 41, 43, 45 (10 kali)
2014 - 26, 38, 36, 33, 37, 30, 33, 35, 33, 43, 36 (11 kali)
2015 - 39, 35, 33, 36, 34, 35, 29, 40, 38, 38, 31 (11 kali)
2016 - 33, 41, 39, 32, 31, 31, 30, 35, 35, 32, 27 (11 kali)
2017 - 32, 29, 33, 36, 30, 35, 33, 32, 37, 33, 31 (11 kali)
2018 - 37, 31, 31, 33, 32, 32, 33, 29, 30, 31, 34, 31 (12 kali)
2019 - 32, 28, 31, 29, 35, 25, 41 (Rekod setakat bulan lepas [Julai + Ogos sebab kitaran Julai panjang])

Sekarang nampak lebih elok berbanding dulu walaupun masih roller coaster. Bagi aku, ini pencapaian yang agak baik memandangkan aku PCOS. Bila kitaran panjang, sebenarnya dalam setahun tu, boleh jadi tak cukup 12 kali period. Tahun lepas 2018 Alhamdulillah cukup 12 kali period. Apapun bersyukur, sebab ada orang yang mengalami berbulan-bulan tak period.

Tapi sebenarnya banyak lagi bab kalau cerita pasal period ni, sebab ada orang kitaran haid dia ok tapi rupanya telurnya tidak menetas / tak dilepaskan sebab tidak matang. Begitulah lebih kurang. Macam kes aku ni, terus terang setakat ini je la aku pantau sebab aku tak semangat bila mengenangkan situasi sperma suami aku macam tu. Dalam post-post akan datang la ceritanya. Step by step ya.

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

13 comments:

  1. complicatednyer....hope someday a pelican will send you a baby from heaven.

    ReplyDelete
  2. tak tau la kalau soalan nie agak-agak cam tertinggal ketapi ker...dah pernah try berurut?

    ReplyDelete
  3. Salam

    Azimah/melati;
    Dah pernah. Tapi akan teruskan mencuba. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam

    AnimNaim,
    Maaflah i tak boleh la relate dengan mitos tu. I lebih happy kalau u wish someday Allah beri i anak atau anak-anak. anyway tq for your concern.

    ReplyDelete
  5. sedih baca entries u.. coz the same things happens to me... family semua perli, sindir, especially family mertua... kami huby n wiffy tebalkan muka, buat bodo jer
    elin dah 5 tahun kawin, lum ade rezki lg... nak buat mcmana, lum rezki...
    almost 4 tahun elin dan hubby tinggal separate, weekend hubby-wiffy la, coz elin study kat kl, hubby keje kat pahang. dah try biodex, bidadari, skrg ni nak belajar try mengurut pulak..
    geram jer tgk budak kecik yg comel lote...dlm hati.. kalaulah itu anak aku, Tuhan je yang tahu...

    ReplyDelete
  6. salam elin;

    sabar ye... menurut doktor yg merawat saya, tinggal separate tidak dikira tempoh mencuba. maknanya elin dan suami baru cuba setahun. doktor kata ia masih normal

    pun begitu.. mmg kena check up dengan doktor. sambil tu usaha cara lain juga.

    ReplyDelete
  7. Salam..saya pun da 3++ years kawin tp masih lum der bb..mmg sedih tgk kwn2 bw bb.cuba mkn biodex,sendayu tinggi, berurut,ubat hormon..pendek kata sumer yg org suggest or baca kat mana2 sy cuba but...lebih merisaukan skang hubby on chemoteraphy treatment coz cancer..the chances to get bb semakin tipis..only hopes for the miracles..

    ReplyDelete
  8. Salam Aty;

    kesian aty.. terutama tentang suami tu. buat masa ni aty jangan fikir ttg baby sangat ye. [saya faham perasaan kita].

    aty kena fokus pada suami tu. saya yakin aty dah buat yg terbaik. seorang rakan saya mengidap kanser. ketika hampir habis rawatan, dia pregnant. mmg miracle!.

    tapi mungkin sebab rawatan yg masih diterima, dia miscarriage.

    nothing impossible. insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam, saya nak tnya ,
    berapa kos rawatan kesuburan nie?
    dah perlu kah suami ader sekali?

    ReplyDelete
  10. to anonymous;
    Salam. Saya pernah ditanya dengan soalan ini sebelum ini dan telah menjawab dalam salah satu entri... mungkin saya akan buat entri baru khas untuk tulis tentang bayaran ini... supaya dapat menjadi rujukan mudah untuk yang lain-lain. Harap sabar ya.

    ReplyDelete
  11. to anonymous;


    Soalan saudari telah saya jawab di entri terbaru http://irtiyah.blogspot.com/2010/03/rawatan-kesuburan-hospital-14-jawab-kos.html


    sila rujuk di sana ya :)

    ReplyDelete
  12. Hai Saudari semua...
    I pun tengah stress ni.Boy ptama i lahir thn 2006.Tu pun hampir 3 thn mencuba.2nd bb,miscarriege thn 2009.Betul2 tertekan i dbuatnya.Sampai hr ni blm ade tanda2 pregnant.Tengok kwn2 pregnant,betul2 buat i stress....

    ReplyDelete
  13. Salam

    to Anonymous;



    Salam kenal.
    Sabar ya.. jangan stress sangat. Not good untuk kejayaan percubaan mengandung. Saya pun tengah berusaha keras untuk menangani stress. setakat ni Alhamdulillah. Banyak perubahan. Teruskan usaha ya. Kalau perlu pergi buat pemeriksaan.. pergilah ya.. bukan cari masalah tapi cari penyelesaian.



    .

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)