Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 4 : Clomid

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 3 : Scan Rahim

Hari Jumaat minggu lepas ada appointment dengan doktor klinik pakar. Sepatutnya minggu raya tetapi klinik tutup. Ditangguh minggu lepas, tapi aku jaga PMR jadi ditangguh lagi hingga ke hari itu.

Macam biasa lepas daftar pesakit akan dipanggil utk timbang berat badan dan cek tekanan darah.

Bila giliran aku jumpa doktor. Aku beri salam, dan duduk. Doktor toleh aku terus tanya;

"Mana jadual awak?" Aku sedikit tercengang.. jadual?
Baru aku sedar dia tanya jadual period aku. Sebenarnya aku tak sangka yang dia ingat tentang jadual aku tu. Hebat ingatan doktor ni cakap aku dalam hati. Masa pertemuan lepas dia memang macam teruja la tengok aku sedia jadual period aku yang sistematik itu. Hehehe


Korang pun kena buat tau. Kalau korang tengok, aku buat dari tahun 2006 beberapa bulan sebelum aku nikah. Memang terang-terang tak regular kan period aku. Kalau period korang regular pun, sekurang-kurangnya kena ingat tarikh last period. Jadi, alang-alang, tanda je la kalender comel korang tu. Jangan lupa simpan.

Kemudian doktor pun studi la jadual aku tu diselang seli pertanyaan kepada aku utk pastikan dia dah studi dengan baik. Heheee

Aku pun tegaskan pada doktor yang aku dah lewat period 5 hari. Bukan apa aku bimbang dia tak perasan lalu mengatur rawatan yang tak perlu. Sebab aku dah bosan makan ubat hormon tu selama 3 cycle. Akhirnya bulan ni period aku tetap dengan perangai degil tak nak keluar on time. Agaknya mengandung kot?

Hmm.. sebenarnya aku fikir, tak payah la berangan sangat. Aku dah siap sedia dari awal.. pagi tu aku dah buat Urine Pragnancy Test [UPT] sendiri di rumah. Antara tujuannya adalah supaya aku tak tertunggu-tunggu keputusan doktor dengan hati berbunga-bunga di musim bunga kalau-kalau dia suruh wat UPT nanti.

Tapi masa dia suruh buat UPT aku akur je la, sebab mana la tau alat UPT hospial ni special atau ada beberapa fungsi lain. Dalam hati kalau masih -ve pun tak pe la. Aku akan hadapi proses perubatan ni dengan tabah.

Jumpa doktor aku semula, dia suruh aku tunggu sebab dia nak jumpa pakar nak refer kes aku. Sementara tu dapat la aku baca report aku yang terpampang di skrin komputer doktor tu. Antara yang aku baru tahu aku tak da tanda-tanda PCOS. Aku dah mention apa itu PCOS dalam catatan pertama dulu.

Doktor pun cerita dia nak mula bagi aku PROVERA selama 5 hari utk turun period. Hari kedua period aku akan mula makan CLOMID. Clomid ni utk pengeluaran telur. Doktor kata, ada kemungkinan bukan 1 telur tapi 2 atau 3. Maknanya mungkin akan jadi kehamilan berganda [kembar] "Kita nak satu sahaja" kata doktor. Dalam hati aku senyum, doktor tak tahu kalau dapat 2 pun aku suker... hehehe.. jangan tamak. Just suke je. Doktor kata kalau lebih 1 ada risiko.

Dengan syarat hari subur iaitu hari ke 10 - 14 mesti ada sperm dalam rahim. Sebab tak tahu bila masa telur nak keluar. Ok, sperm bertahan 48 jam dalam rahim. Tapi utk langkah berjaga-jaga kena pastikan bekalan sperm dalam rahim antara hari ke 8 - 18 ada.

Oh ya, masa aku ambil darah bulan 3 hari tu, pada hari kedua period adalah bertujuan utk beberapa ujian antaranya tiroid -aku OK. Hormon dalam kepala utk pengeluaran telur -tak tahu lagi sampai sekarang. Ada lagi satu yang aku tak pasti. Masa last appointment memang tahu yang tiroid tu aje. Lagi dua result tak keluar lagi. Jadi, aku tanya la doktor macam mana result ujian tu. Doktor tak ingat. Dia menafikan aje. Walaupun aku yakin ada, malaslah nak serabutkan dia kan.

Bila doktor pakar datang dan tanya, baru doktor cek dan memang betul ada ujian yang belum keluar result. Jadi, doktor refer pada makmal [bukan hospital Ampang]. Keputusan nanti doktor akan update dalam rekod aku.

Mungkin ada yang tertanya, aku ni tak ada telur ke? hahaha doktor kata.. mungkin. Sebenarnya yang membuatkan kita period ialah penebalan dinding rahim yang berasal / dibawa oleh cyst. Cyst ini yang bawa telur sekali. Jadi, dia bimbang hanya cyst sahaja yang ada tetapi dalamnya tiada telur. Jadi dia bagi la aku Clomid tu. Sama ada betul atau tidak aku tak da telur itu bergantung kepada ujian darah aku yang tak keluar-keluar result tu la rasanya. Tapi apa pun doktor kata tujuannya sama. Jadi kita dah mendahului result tu la.

Masa dia sebut cyst tu aku wonder la. Setahu aku cyst ialah penyakit ketumbuhan dalam rahim, lebih kurang la. Bila aku tanya doktor kata cyst banyak jenis. Yang cyst penyakit tu memang ada tapi bukan cyst yang dia maksudkan ni. Biasanya berlaku pada perempuan yang berbadan besar. Doktor dah kira BMI aku dia kata aku ok. [walaupun dah terlebih 2 - 3 kilo. Hehe.. dalam hati timbul niat jahat nak lupakan diet... iskh... jangan].

Lagipun hasil scan dulu menunjukkan aku bebas dari penyakit ni. Alhamdulillah.

Hari ke 21 aku kena ke hospital utk ambil darah. Kalau tak silap dia nak tengok hormon macam mana dan juga nak tengok perkembangan telur [salah satu atau dua-dua. tak pasti sangat]. Kalau hari ke 21 tu kena pada Sabtu, [klinik pakar tutup Sabtu dan Ahad] aku kena datang hari Jumaat. Kalau jatuh pd hari Ahad, kena datang hari Isnin.

Hubby aku juga diminta buat ujian sperm di LPPKN sebab hospital tak buat. Sebelum boleh pergi kena puasa hubungan suami isteri selama 5 - 7 hari. Doktor dah bagi surat rujukan utk hubby bawa nanti.

Next appointment ialah pada 20 November 2009 hari Jumaat. Malam tu balik Johor sebab anak sedara aku punya majlis perkahwinan.

Masa tanya pasal Provera, aku sempat tanya tentang 'ubat hormon' aku selama 3 cycle aku ambil tu. Aku tanya sebab seorang yang nampak ubat tu dan seorang lagi tahu cara pengambilan ubat tu aspek itu adalah ubat perancang. Bila aku google memang ada kadar ubat perancang dalam ubat aku tu. Bila tanya doktor, dia kata memang ada dan memang ubat perancang pun. Tergelak aku, beria-ia aku usaha. Kalau tahu dari awal mungkin tak da la mengharap sangat kan?

Provera ni pun fungsi hampir sama dengan ubat sebelum ni cuma tujuannya diberi pada aku kerana nak kasi keluar period je. Dia banyak fungsi.

Dulu aku pernah kenal seorang kakak ni lewat dapat anak. Masa aku kenal dia, dah mengandung la. Dia cakap 'ingat senang ke buat anak?' aku gelak, bukan aku ketawakan dia, sebab masa tu aku tak faham. Aku punya imaginasi ke lain. Lagipun aku memang tak berhasrat nak ambil tahu. Yelah, rezeki anak bagi aku ada orang dapat awal ada orang dapat lambat. Masa tu aku anak dara lagi. Hmmpp aku bukan busy body rasanya hehehe

Bila dah kawin dan sedar lambat dapat anak baru ambil tahu betul-betul sistem peranakan, sistem hormon bla bla bla..

InsyaAllah aku akan sabar. Aku menulis utk catatan aku, utk kenangan akan datang dan utk share dgn orang lain yang nak tahu. Mungkin boleh jadi galakan pada kawan-kawan aku agar jumpa doktor. Sebab aku pun mulanya takut. Tapi demi masa depan, aku akan hadapi kenyataan.

Oh ya, banyak-banyak prosedur perubatan yang aku tahu, paling aku takut ialah pap smear. Masa aku dalam bilik doktor, ada ruangan katil dan seorang wanita sedang menjalani ujian pap smear, masa tu aku yang seram sejuk. Nampak rak borang pap smear atas meja doktor aku pun aku dah seram. Sib baik wanita tu tak mengeluarkan bunyi yang menyakitkan. Cuma mungkin memalukan je kot. Hubby aku pun kadang-kadang saje takutkan aku, mentang-mentang la dia tak payah pap smear. Ceh!. Cuma aku sebenarnya tak pasti adakah ujian pap smear sebahagian dari proses kes kesuburan.

Sebenarnya apa aku tulis ni apa aku ingat dan faham. Len kali aku nak rekod la perbualan dengan doktor. Senang sikit. Sebab aku takut salah faham. Lagi takut salah makan ubat. Caranya memang complicated. Kalau orang bidang ni baca catatan aku ni mesti diaorang kesan banyak salah. Apa-apa la.

Sebenarnya aku agak takut nak tulis benda-benda ni dulu. Tapi aku fikir tak pe la. Biarlah apa orang nak kata. Dalam pada itu aku bukan tak dengar nasihat orang. Cuma bunyi-bunyi langau memang aku abaikan. Hahahaha. Lagipun kalau ada orang mengata mengejek aku pun setakat mana mereka rasa puas? ingat Allah Maha Berkuasa!

Oh ya, aku nak berubat secara Islam jugak melalui anak didik Ustaz Harun Din. InsyaAllah kalau ada peluang. Amin.

Niat nak ke hospital swasta lain kena tangguh bimbang ganggu proses kali ni. Kiranya mulai hari ni hingga sebulan lebih aku amat perlu menjaga diri dan emosi moga-moga percubaan ni berjaya. Doktor cuma bagi aku satu cycle dulu. Nak tengok macam mana atas nasihat doktor pakar la. Ada orang dapat 3 cycle terus.

Oklah, dah siap post ni. Aku ada banyak perkara perlu diselesaikan hari ni. Apa kelas cuti tapi asyik layan blog kan? hehehe ini ayat cabaran utk diri aku.

Kalau nak komen sila komen jangan malu-malu.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 19 Oktober 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

18 comments:

  1. intan baca dari mula sampai abis

    moga berjaya kali ni kak!
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. (MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan)

    awk sy dah rasa mcmana benda ni masuk masa gugur dulu...adoi laaa xsanggup lagu nak rasa benda ni...uhuhuh

    ReplyDelete
  3. Irtiyah... akak doakan semoga berjalan lancar semuanya dan mencapai impian... aminnnnn...

    ReplyDelete
  4. Salam kak,

    Bagus betul kak ni, jadual kemas dan sistemik hihi
    Saya tak istiqamah kira hari, macam tak kisah je, cuma main ingat
    huhu tq la bagi semangat, pasni nak buat la

    moga Allah mudahkan segala urusan kak berdua
    Allah sebaik2 perancang
    dan Dia tak pernah buat sia2
    segala yang Dia tentukan bukan sia2 dan hanyalah yang terbaik untuk hamba2Nya..
    Dia pasti melihat usaha hambaNya dan membalas segala sabar dan redha hambaNya
    insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Cikgu saya baca sampai abih..jarang baca entry panjang2 nieh..heheh banyak maklumat nieh..saya pun tengah try utk no. 3...dah nak masuk setahun lum ada rezeki lagik.... rasa nak pi jumpa doktor jek tapi kan bila saya rasa frust jek tiap2 bulan kan..saya mesti teringatkan cikgu....syukur sekurang2 saya dah ada dua nyawa.... tapi still rasa cam tak cukup....

    ReplyDelete
  6. Salam semua

    to intan izani;
    Thanks intan. Memang panjang entri ni. Catatan pun iya kononnya.

    to ct;
    Awak.. saya pun takut. Harap tak kena.

    to izawani/JEEN;
    Thanks... Amin.

    to Sakinah;
    Buat tau jadual tu, terharu saya dengan kata2 mu.

    to Azimah@Melati;
    Sori la.. memang terpaksa panjang lebar. Tak pe ... memang digalakkan meramaikan umat Muhammad. Usaha la kalau memang bersungguh mahu. Semoga sama2 berjaya :)

    ReplyDelete
  7. salam alaik

    nak wat gak la jadual tu..

    bibik, org tak sabo nak tggu kita jumpa kat nitar

    da lama tak jumpa bibik

    windu tau :D

    ni dah musim final, doakan ika ye

    cayang bibik selalu!!! muaaaahhhh hehehe

    ReplyDelete
  8. jadual period tu dpt kat mn??ada skali ngn formula/format die ker? blh share x..
    10s

    ReplyDelete
  9. to alyza2311;
    Jadual period tu saya buat sendiri guna excel. Actually tak ada formula. tapi insyaAllah saya boleh share. Bila saya dah upload saya akan bagitau. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. salam

    bagus catatan supaya dpt berkongsi kpd yg ada masalah yg sama..share is caring
    semoga di kurniakan zuriat..insya allah..

    ReplyDelete
  11. to Admin;
    Salam.
    InsyaAllah .. semoga ada yang dapat manfaat.

    ReplyDelete
  12. Boleh x nak jugak jadual period tu??tq :)

    ReplyDelete
  13. Sis, leh x nak jaduap period tu jugak?:) hehe..muke tak malu T_T

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Sebenarnya sebelum ni saya ada share di entri selepas dari entri ini iaitu http://irtiyah.blogspot.com/2009/10/rawatan-kesuburan-hospital-3.html

      Tapi lepas zakiah tinggalkan komen ni.. saya cek.. fail tu dah 'rosak'. In sya Allah saya akan baiki. Tapi saya tak janji bila. Kalau saya masih belum baiki selepas seminggu dari tarikh hari ni.. tolong tinggalkan komen sekali lagi di entri ini ya. Maaf ya buat zakiah tertunggu.

      Delete
    2. Alhamdulillah.. saya dah berjaya upload file tersebut. Boleh download dah.

      Baca entri http://irtiyah.blogspot.com/2009/10/rawatan-kesuburan-hospital-3.html ada diberikan link di bhgn bawah entri tersebut.

      Delete
  15. Berape biyaya yg di perlukan untuk rawatan kesuburan ni dari awal sampai akhir
    #thanks :-)

    ReplyDelete
  16. Thank you so much for sharing all this wonderful information! We hope you will sharing some more information,
    We really enjoy your blog & content.For more information you can visit:naltrexone 50 mg tablet
    Buy Dapoxetine Online (Priligy) from OnlineGenericMedicine and Get the generic medicine delivered in the USA, UK.
    dapoxetine online and more information
    online generic medicine

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)