Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 5 : Tersilap

Kalau baca post ini tapi tak baca post sebelum ni (link post ada di atas), memang tak faham rasanya.

Akhirnya period hari ni. Penat aku tunggu, menghitung hari demi hari. Ini bermakna hari ke 21 adalah hari Sabtu iaitu 21 November 2009. Aku kena ambik darah pada hari tu. Sebab Sabtu, aku akan pergi hari Jumaat, awal sehari. Kebetulan tarikh tu adalah tarikh temujanji dengan doktor yang akan datang.

Bermakna sekali pergi je la. Rupa-rupanya Allah nak mudahkan urusan aku. Apa pun, mungkin pada temujanji akan datang tu doktor nak plan step seterusnya tapi aku rasa dia tak dapat buat apa-apa lagi sebab hasil percubaan cycle kali ni belum dapat dipastikan lagi sebab baru hari ke 21.

Mungkin dia akan fokus pada keputusan counting sperm hubby yang aku kena bawa masa tu.

Ya Allah permudahkan urusan kami. Kuatkan hati kami. Kuatkan iman kami. Amin

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 1 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

8 comments:

  1. salam..masa carik2 artikel ttg rawatan kesuburan ni, terjumpa blog awak. Very informative utk org2 yg nak wat rawatan dan perlukan info ttg rawatan ni. By d way, sy tgh nak carik info ttg rawatan kesuburan ni. ekceli sy br sethn kawen,blum peknen. Bukan nak rush2 wat rawatan tp umo da 30 nih...tsskk.. hope dgn dgn baca blog awak ni dpt la info2 berguna kan :)

    ReplyDelete
  2. to puanstoberi;
    salam. Selamat berkenalan. Tak pe. Saya menulis pengalaman saya. Untuk catatan diri sendiri dan sesiapa yang perlukan. Ilmu tak semestinya kita gunakan sekarang, mungkin akan datang.

    Kalau setahun masih tak ada, jangan tunggu. Kalau rasa hosp kerajaan tak layan, pergi hosp swasta/klinik swasta. Ini pandangan saya la. Tapi harap puanstoberi segera menimang cahaya mata. :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak,

    Harap sihat sejahtera..lama tak ziarah.. takde mood kebelakangan ini..

    Sabar ya.. :)

    Baguslah kak berkongsi pengalaman ni.Sebenarnya dari pengalaman orang kita boleh ambil pengajaran. yalah, setiap yang kita dengar dan lihat itu walaupun baik dan buruk tentu ada pengajarannya kalau kita berfikir. Hari tu yang bercakap dengan kakak tu ambil modal bercakap dari blog akak ni la hihi


    p/s: tq bagitau pasal blog. hihi modify ikut selera, jadi KO pula. Syok sendiri la, buka kat laptop saya OK je. malas2 pula nak betulkan balik. Sebelum balik kut buka semula.

    ReplyDelete
  4. salam. sekadar nak berkongsi pengalaman.

    actually, saya juga pernah buat rawatan kesuburan ni. lepas 4 bulan kahwin still takde apa, saya terus pegi pvt hospital utk check. risau sangat masa tu, takut saya yang bermasalah. so, after jumpa doktor, dia suggest sy mkn clomid & folic acid. then ambil darah. after makmal keluar report, doktor buat scan tp melalui 'bawah'. then doctor kata everything normal. so, I just continue mkn ubat2 tu semua selain doa dan berserah pada Allah.

    Alhamdulillah, after 3 month mencuba, saya disahkan pregnant on March 09. sekarang tengah tunggu baby pop-out, Insya-Allah awak Januari depan.

    by the way, teruskan usaha awak. saya doakan semoga awak juga akan dapat apa yg awak dan suami hajatkan, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. err..sy ada soklan la nak tanya irtiyah (tkpe kan panggil irtiyah)..leh kasik emel irtiyah tak??

    ReplyDelete
  6. Salam semua

    to Sakinah;

    Bila penerbangan tu? semoga selamat pergi dan balik. Mesti dah tak sabar2 nak balik kg ni. :) Alhamdulillah kalau ada yang dapat manfaat. Blog Sakinah pun banyak yang boleh diambil manfaatnya.

    Tak pe.. mana yang baik tu ambil dan sebarkan. InsyaAllah kita semua dapat bahagian yang baik juga. Kalau ada yang tak betul atau perlu ditegur.. bagitau la. Blog tu dah ok.. cuma adjust kelebaran je. Dan mungkin kena cek sikit nape tak leh tinggal komen. :)

    to Bakal mummy;
    Terima kasih sebab share pengalaman. Saya memang berdoa dan berharap percubaan guna clomid ni datangkan hasil. Ramai yg dapat keputusan positif. Harap saya pun begitu. Amin. Semoga awak dan kandungan awak sihat dan selamat hingga ke akhirnya. Seronoknya.. hehehe

    to puanstoberi;
    boleh. Memang itu panggilan saya dlm dunia cyber ni. Ini email saya imah [dot] johor [at] gmail.com . Gantikan [dot] dengan . dan [at] sengan @. Kalau boleh saya jawab saya akan jawab. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. akak...banyak RM tak prosedur utk semua ini.saya risau gak...kalu byk kene kumpul duit dulu la

    ReplyDelete
  8. @E K A

    Salam

    Saya bermula di hosp kerajaan. Boleh kata hampir tiada duit yang dikeluarkan. Bila dirujuk ke bahagian separuh kerajaan dan separuh swasta, kena bayar tapi masih berpatutan jika dibandingkan private. Consultation fee sekitar RM20 dan RM30.

    Tapi kalau buat prosedur yang tinggi tu...seperti IVF ramai maklum memang banyak la. Buat la survey dulu ya.

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)