Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 1 : Surat Rujukan

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 18 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010

Setelah 2 tahun 6 bulan lebih kurang usia perkahwinan kami, hari ini (18 Mac 2009) langkah pertama dilakukan untuk mencari penyelesaian.

Di ketika usia perkahwinan begini ramai yang sedang meniti hari menunggu kelahiran anak ke dua. Tapi kami meniti hari mendapatkan rawatan dari pakar.

Sebenarnya dah banyak kali kami merancang untuk buat langkah ini. Tapi sentiasa sahaja ada halangan yg datang. Membantutkan usaha kami. Sesungguhnya langkah pertama itu memang sukar. Baik dari dalam diri mahupun dari luar.

Pagi tadi... kami ke klinik kesihatan kerajaan Ampang. Tujuannya untuk mendapatkan surat rujukan untuk membolehkan kami membuat rawatan kesuburan di Hospital Ampang. Bagi yg tidak tahu, sekiranya pesakit mendapatkan rawatan pakar, caj yg dikenakan berbeza mengikut dari mana surat rujukan dikeluarkan. Itu la tujuan kami pergi ke klinik kerajaan tadi. Kalau kami dapatkan surat rujukan dari klinik swasta, caj bayaran adalah lebih mahal. Kita tak tahu kalau rawatan ini akan sampai ke peringkat IUI atau IVF? Aku belum pasti tentang istilah-istilah ini, yelah baru nak kenal-kenal. Maka kos akan terasa dikemudian hari. Di klinik kami ditanya dengan pelbagai soalan untuk mendapat gambaran masalah kami.

Surat dikeluarkan oleh doktor dan kami pergi ke Hospital Ampang.

Di hospital Ampang kami dirujuk ke bahagian Obstetrik & Ginekologi (Perbidanan & Sakit Puan). Kami tahu hari ini cuma untuk menetapkan tarikh temujanji dengan doktor.

Temujanji;
1) Pada hari kedua period (tarikhnya tunggu aku period la baru tahu). Kalau harinya kena pada hari klinik buka (Isnin - Jumaat) maka aku boleh ke klinik O & G ni la. Kalau tak, aku kena ke wad tingkat 4, wad 4D. Tujuan; ambil darah untuk ujian darah.
2) 20 Mei 2009 pukul 8 pagi.

Memang la lama proses ini akan berjalan. Tengok saje la tarikh temujanji itu. Itu yg buat aku termenung. Namun apakan daya, inilah yg terbaik dan mampu dilakukan ketika ini. Semoga Allah bersama kami.

Aku bersyukur dan gembira langkah pertama berjaya dilakukan. Langkah seterusnya menanti di hadapan. Sesekali di hospital tadi air mata aku bergenang. Entah kenapa aku begitu, mungkin kerana excited. Sesekali aku membayangkan perutku bakal membesar seperti pesakit2 di situ tadi. Ah! malunye. (Malu sebab seronok kot). Perasan terlebih. Semoga ada sinar menanti. Amin :) Doakan ye.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 18 Mac 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 13 September 2019

Ulasan / Tambahan :

Mungkin ada perbezaan prosedur dan maklumat memandangkan post asal ni dah lama. Seingat aku, sebelum aku mulakan langkah ini dulu, aku telefon hospital atau klinik kerajaan. Jadi aku cadangkan jika pembaca perlu maklumat yang lebih tepat, boleh telefon dulu untuk maklumat terkini atau tanya klinik kesihatan mana yang berhampiran dengan korang yang patut korang tuju.

Setakat yang aku tahu, untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan, mereka akan menerima kes kita jika perkahwinan kita berusia 2 tahun ke atas. Kalau ada peruntukan kewangan yang lebih, boleh la ke hospital swasta walaupun baru berkahwin.

Rasanya sesetengah klinik kesihatan kerajaan ada ujian asas contoh ambil darah untuk cek hormon. Jadi mungkin ada yang mulakan rawatan mereka di klinik kerajaan ini sebelum dirujuk ke hospital. Jadi di peringkat ini barulah korang akan dapat surat rujukan yang aku maksudkan di atas.

Semasa aku buat rawatan dulu, aku merupakan penjawat awam. Boleh kata hampir tiada bayaran dikenakan kecuali bayaran RM1 yang biasa kita kena bayar tu (mungkin dah cover di Guarantee Letter - GL) kecuali peringkat IVF (IVF-ICSI). Itu yang aku ingatlah. Kami terus buat rawatan IVF ini tanpa melalui IUI sebab situasi masalah sperma suami aku agak serius.

Selepas rawatan IVF tu kami uruskan tuntut (claim) kos ubat dengan pihak kerajaan, manakala kos prosedur memang kami kena tanggung. Jadi sebelum buat IVF beritahu pihak berkenaan (contoh klinik MAC HUKM / PPUKM - kami buat rawatan peringkat IVF-ICSI di sana) supaya mereka asingkan resit ubat dan prosedur. Memang kita perlu ada duit sebelum buat rawatan IVF tu sebab kena bayar dengan duit kita. Tuntutan / claim tu hanya boleh dibuat kemudian.

Nasihat aku, jangan bimbang untuk mulakan rawatan dengan memikirkan kos rawatan ni. Sebab belum tentu kes korang sampai kena buat IUI atau IVF pun. Buat sahaja langkah pertama ni dan jangan skip temujanji. Jika ada masalah nak hadiri temujanji sebab masalah seperti pada tarikh temujanji tu ada kerja atau urusan sangat penting, boleh maklumkan awal sebelum sampai tarikh untuk bincang. Maklumlah tempoh menunggu hospital kerajaan biasanya lama. Jadi jangan sia-siakan tempoh menunggu.

Para isteri, kadang kala hadapi masalah kerjasama pihak suami. Biasanya memang isteri la yang kena proaktif dan bijaksana untuk mulakan langkah macam ni. Maksud aku cari maklumat, pujuk, yakinkan dll. Jangan lupa doa, pemilik hati kita dan pemilik hati suami tu sama, Allah. Allah boleh bolak balikkan hati kita sekelip mata. Kuatkan semangat ye. Semuanya kerana Allah sayang.


Love

13 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2 : Ujian Darah

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun



8 comments:

  1. Rezeki dan ujian Allah datang dalam berbagai cara. kepadaNyalah kita memohon dan berlindung.

    Semoga Irtiyah dan suami dimurahkan rezeki, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kata-kata dan doa yg menyenangkan. Semoga saudara juga perolehi kebahagiaan :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    nak tanya, masa pegi mintak surat rujukan tu, boleh trus ke mana2 hospital kerajaan ke?
    nak jumpa sape?
    apa nak bagitau diaorg?

    ReplyDelete
  4. @nor

    Salam

    Maaf lambat balas
    Setahu saya, dapatkan surat rujukan dari KLINIK kerajaan. Kalau saya dulu terus je cakap nak surat rujukan ke hospital. Nanti doktor buat la temuramah sikit utk dia tulis dalam surat tu.

    ReplyDelete
  5. Suami adalah penjawat awam. Kami sdg menunggu rawatan IVF-ICSI (masalah bilangan sperma)....bagaimanakah bayaran yang dikenakan? Adakah bayaran sekaligus diperlukan atau pun secara berperingkat?

    Kay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf sebab lambat respon. Apa yang saya tahu, bayaran berperingkat.

      Kita akan bayar berdasarkan ubat dan prosedur hari tersebut. Jika doktor bekalkan ubat sekian-sekian atau ada prosedur hari tersebut maka kita bayar berdasarkan ubat, prosedur dan konsultasi hari tersebut.

      Tempoh hari pertama kita diberi ubat hingga proses memasukkan embrio tu mungkin lebih kurang 2 minggu lebih. Jadi semuanya akan dibayar dalam tempoh tersebut.

      Apabila kita buat keputusan utk buat rawatan IVF-ICSI maka kita kena sediakan duit rawatan (boleh tanya kepada doktor berapa anggaran) sebelum tarikh memulakan rawatan. Sebab tempoh start ubat sampai habis tidaklah terlalu lama. Cuma cara bayaran tu tidaklah sekali gus tetapi berperingkat seperti saya terangkan tadi. Dan penerangan tadi sekadar mengambil kira rawatan IVF-ICSI tidak termasuk ujian-ujian atau konsultasi sebelum rawatan IVF-ICSI.

      Maaf jika salah maklumat, hanya berdasarkan pengalaman.

      Delete
    2. Selepas memasukkan embrio, biasanya ada ubat contoh untuk kuatkan rahim dan lain-lain yang doktor akan beri. Boleh tanya doktor adakah anggaran yg dimaksudkan termasuk ubat-ubatan selepas memasukkan embrio.

      Jangan takut atau malu untuk berterus terang dan bertanya apa-apa persoalan dengan doktor kita. Mereka lebih maklum dan memahami situasi pesakit. Kos rawatan setiap pesakit juga boleh berbeza kerana doktor beri dos, jenis ubat berdasarkan keperluan tubuh pesakit.

      Delete
  6. Assalamualaikum.. Allhamdullilah, klu akak masih bace blog niy lagi utk jwp pertanyaan sy.. sy dh 6 tahun berkahwin dan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.. Sy pernah buat ujian darah sendiri tanpa suami sbb suami sibuk waktu tu.. Soalan sy, boleh ke sy pergi ke klinik kesihatan tu seorang tanpa suami..? Dan ape perlu sy cakap untuk dapatkan surat rujukan itu..

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)