Doakan kami dikurniakan zuriat

Daisypath Anniversary tickers

Perhatian

Untuk baca post sebelum ini, sila lihat senarai post di sidebar dan di bawah pos. Jika nak baca post berdasarkan label, ada di sidebar dan menu atas blog (digalakkan).

Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 7 : Pening

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Sambungan dari post sebelum ni iaitu Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 6 : Mudah Urusan

Sejak aku makan Clomid ini la post pertama yang berjaya [InsyaAllah] di publish. Tinggal satu hari je, esok kena makan pil tu. Bagi sesetengah orang termasuk aku, kesan sampingan ialah pening dan sesetengah orang tambah dengan loya. Aku tak loya kecuali sesekali macam rasa tak sedap kat tekak. Tapi makan ok je. hehehe

Sebaik saja telan pil kesan pening tu aku boleh rasai serta merta dan berlarutan sampai ke petang atau awal malam. Kalau di sekolah, aku lawan je sebab kena bergerak cergas. Makan clomid ni kena minum air atau jus dengan banyak. Kawan aku ada yang tegur, dia ingatkan botol air budak cina atas meja aku. Orang cina memang kuat minum air masak.

Tapi hidup aku agak terganggu sebab pening lalat ni. Walaupun begitu hati aku berbunga-bunga moga percubaan kali ni berjaya. Amin. Ramai yang positif dan aku harap aku pun begitu.

Oh ya tak semua orang akan pening makan clomid ni, sesetengah orang je pening. Sejak 2 minggu lebih kurang aku dah mula jaga makan, emosi dan pergerakan. Setiap kali nak angkat barang pikir banyak kali. Ada dua orang kakak kat sekolah tu pegi menunaikan rukun Islam yang ke 5, dan aku sempat mengirim doa. Memang aku cari juga peluang ni. Sebab nak kirim doa pun kalau tak kenal dengan orang tu macam tak patut pulak. Hehehe..

Ada seorang kakak tu cari adik-adik yang macam aku kat sekolah tu ada la 4, 5 orang yang belum ada anak. Akak tu sendiri offer untuk kami kirim doa pada dia.

InsyaAllah, aku boleh menghadapi ujian ini. Fikir yang positif dan jangan down.

InsyaAllah selepas habis pening lalat aku akan tulis perkara-perkara yang bermain dalam fikiran aku. Antaranya kisah KB yang tinggal kenangan. Allah lebih menyayanginya walaupun kasih baru ingin berputik.

InsyaAllah.

Nota : Post ini asalnya ditulis pada 5 November 2009. Aku review, ubah suai dan post semula pada 15 September 2019

Love

15 September 2019

Sambungan :
Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 8 : Clomid - Gagal

Post berkaitan :
Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) 2009 / 2010
Syarat Mendapat Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan) : Belum Berumur 40 Tahun

9 comments:

  1. salam.. KB tu apa? maaf kalau tanya tak betul.

    susah juga tu kalau pening2.. takpe sabar2..

    bagusnya kakak tu..

    ReplyDelete
  2. oh ya.. dah akak cakap.. mula2 saya tak perasan pula orang cina kuat minum air masak. lepas ada kawan saya cakap. patut la.. 2 orang cina classmate saya suka bawa air botol besar2 pergi kelas..

    ReplyDelete
  3. salah sorang dari mereka itu telah mendapat khabar gumbira..peknen 4 bulan siap buat pulut kuning jamu kawan2

    ReplyDelete
  4. Salam semua..

    to ibnuyahya;
    sedih.

    to Sakinah;
    KB seekor kucing. Saya dah buat entri terbaru tentang KB. InsyaAllah sabar. Memang orang cina kuat minum air.

    to AnimNaim;
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Akak punya effect... adalah emosi... tertekan dan murung tah hapa hapa... So, akak selalu pesan kepada sesapa nak amik clomid, mungkin kena kawal skit perasaan tu...

    Akak pun nak try amik gak clomid tu... tapi tengok la kalau mood masih baik, kalau tak baik, terus jer dengan anak 4 orang ni, tak payah tambah tambah !

    ReplyDelete
  6. izawani;
    ya ker.. lorr.. akak ada kesan tu masa ambil ubat ke? Apasal saya dah lepas makan ubat [clomid makan dalam utk 5 hari] baru stres ni?

    ReplyDelete
  7. Irtiyah, bukanlah kesan tu semasa ambil ubat tu maksudnya sejam dua lepas makan ubat tu, tapi maksud akak, akak ada ambil ubat tu beberapa bulan, jadi, akak mengalami stress yang melampau (Rasanya lah !). Masa akak jadi macam tu, ubatnya, akak dengar lagu mendayu... dan menangis bersama sama dengar lagu tu... (ada juga ketika rasa nak lari naik atas bukit dan menjerit kuat kuat... hahaha)

    Mulanya akak tak sedar, tapi... bila berenti ambil ubat tu, baru akak perasan...

    So, take care.... pastikan irtiyah tangani stress dengan berkesan, dan faham, stress ni mungkin disebabkan hormon sahaja.

    ReplyDelete
  8. salam

    tq akak..
    saya rasa memang ada kesan sikit. sebab .. benda yang selalu saya boleh tangani .. tiba2 saya rasa jadi stres. Kiranya macam saya sukar berhadapan dengan tekanan. Ia jadi tekanan melampau. Tapi InsyaAllah saya akan tangani. Saya pun tak nak stres. Kena mengaji lebih kot lepas ni.

    ReplyDelete

Sila komen.. jangan malu.. jangan takut.. tuan tanah tak makan orang... =)

Pembaca yang tiada blog @ akaun blogger / tidak mahu dikenali masih boleh tinggal komen guna anonymous tapi kalau boleh sila tulis nama @ nickname selepas komen.

Nama tu adalah nama yg sama anda guna di blog ini supaya saya tidak keliru anda dengan pembaca yang lain. =)